12 May 2025

HELLOMBOK!

Assalamualaikum

*Sila baca tajuk posting ini sebagai Hello Lombok, jangan Hell Lombok xD

Pada 26-30 April 2025 merangkap Syawal terakhir 2025, me and my friend Sahira berangkat ke Lombok dengan satu misi, iaitu untuk menakluki Gunung Rinjani! But honestly, masa nak pergi Rinjani ni aku rasa sangat malas dan tak excited langsung.

Bayangkan ek, masa nak hiking kat gunung Kinabalu dulu, punya semangat packing barang seminggu sebelum berangkat. Training pun bagai nak rak. Yang Rinjani ni, 2 hari before nak bertolak barulah aku kalut packing barang. Even pagi before nak flight tu pun aku masih berkemas-kemas lagi. Training tu training lah jugak, tapi rasa macam tak cukup usaha jeee. Padahal Rinjani is my wishlist since 2022!

Probably sebab aku baru balik dari China, so demam rindu kat China tu tak habis lagi tiba-tiba nak kena pergi tempat lain pulak aa gitu! Aku sampai minta maaf awal-awal kat Sahira yang kemungkinan tak dapat sampai puncak Rinjani sebab rasa tak ready sangat. Kita je tahu kemampuan diri macam mana..

Sahira apa lagi, dia bebel lah cakap kita berdua kena summit tak kira macam mana pun. Member banyak bagi semangat kat aku weii, siap hantar video motivasi bagai HAHAHA. Mana taknya, aku tiap-tiap minggu whatsapp Sahira minta kata-kata semangat because i was this cloooseee untuk putus asa. Tapi benda dah bayar, redha sajalah apa nak jadi pun. Let see how it goes xD

perkenalkan partner i untuk trip kalini, Sahira. Kawan belajar masa degree :p
Landed at Lombok International Airport 5.55 pm.

Oh sebelum tu, boleh baca my previous entry, Persiapan Mendaki Gunung Rinjani.

Kami ikut trip dengan Gunung Hub, which is my second time follow trip dengan diorang ni. Sampai je airport, Saad dan Wani as a crew greet kitorang dan lepas semua peserta dah berkumpul, kami dibawa untuk makan malam di restoran berdekatan airport dan singgah ke Indomaret untuk beli makanan keperluan lah.

Ayam Taliwang, Lombok specialty. Pedassss tapi sedap gak
sate daging, yang ni sedapp. Aku suka kuah dia walaupun bukan kuah kacang

Kat Indomaret ni kitorang just beli jajan sikit dengan air mineral je untuk bawak atas gunung. Serious menarik betul barang-barang dalam Indomaret nii. Coklat pepero tu selalu harga mahal kan, kat sini dapat Rp7k (dalam RM1.70). Rasa menyesal tak beli banyak-banyak sebab hari terakhir kat Lombok langsung tak sempat singgah Indomaret ni..

Btw aku dengan Sahira beli 5 botol air mineral untuk buat minum, air wudhu dan air kalau nak gi jamban, haha. Dekat campsite tu memang takde sumber air langsung, so pandai-pandailah bajet nak bawak air berapa banyak yepss.

Lepas dah shopping, semua naik van dan terus tidur. Perjalanan dari Airport Lombok nak ke Sembalun memakan masa 2 jam jugaklah. Sampai homestay Sembalun around 11 pm dan cuaca sekitar 17°C. Malam tu kitorang kena asingkan beg yang nak tinggal kat bawah dan mana yang nak dibawa naik atas gunung. Pukul 1 am lebih jugaklah baru dapat tidur lepas sorting-sorting barang. Tapi aku boleh lelap mata 2 jam je sebab i'm so nervous for tomorrow! Goodluck jela Mazni.

---------------------------------------------------------------------------------------

27/4/2025 - Ahad

Lepas subuh kami terus keluar bilik nak tengok view. Semalam sampai gelap gelita tak nampaklah apa benda, pagi tu barulah ya Allah cantiknya viewww! Tapi scary memikirkan kita nak panjat dia harini.. So aku pun sempatlah tulis entry Salam dari Rinjani untuk tenangkan diri sementara tunggu briefing :p

Rinjani at 6 am 

Lepas dah breakfast, kami diberi briefing oleh Mas Jeffry dan guide-guide yang lainlah. Untuk hari pertama ni kita akan start trekking dari Kandang Sapi hingga ke campsite Pelawangan Sembalun. Ada 4 checkpoint sebelum sampai ke campsite dan anggaran masa dalam 6 jam katanya. Kusss semangat.

Settle briefing, kami dibawa ke ofis Taman Nasional Gunung Rinjani untuk pendaftaran nama. Serious ramai gila orang yang beratur yee. Bulan 4 ni antara bulan hot sebab cuaca cantik, tu pasallah macet banget semua orang nak naik Rinjani. Dahla nama group kitorang kat hujung-hujung, melepet jugakla tunggu turn dengan cuaca teriknya.

Selesai urusan di sini, kami pun start gerak ke Kandang Sapi dalam 9.50 am camtu. Ada lah dalam 10 minit perjalanan naik trak nak ke 1st Checkpoint ni. Thank God, cuaca cerah gila pagi ni seolah-olah Rinjani menyambut kedatangan kami, ewahh! 

muka ada sinyumm lagi masing-masing~
(credit pic by Pijah)

Aku menerima perkhabaran yang agak buruk sebelum memulakan pendakian... Tapi yang tu kita sambung di next entry. Stay tuned!

43 comments:

  1. Member Akk pernah sampai Rinjani ni... Mmg mencabar treknya ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang dahsyat treknya 🤣 tapi view sangat chef's kiss!

      Delete
  2. Suspens ending entry ni..khabar buruk apa tu agaknya

    ReplyDelete
  3. Excited baca trip Rinjani ni. Terbaca jugak berita yang sedih tu, teringat terus ke Mazni, doa moga sentiasa dalam lindungan & Rahmat Allah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedih sangat baca pendaki malaysia maut kat sana, betul2 lepas kami balik pulak tu. Alhamdulillah group kami semua terhindar dari kecelakaan

      Delete
  4. Nampak sedap juga ayam taliwang tu. Hati2 mendaki tu. Semoga dijauhi segala bahaya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. bolehlaa~ cuma saya rasa mungkin ada kedai lain yg lagi sedap. harga kedai ni pun agak mahal sebenarnya dan makanan dia cam tak dipanaskan sangat huhu

      Delete
  5. Happy muka masing-masing, nak naik gunung. :D
    Cantiknya pemandangan sana.
    Bukan senang nak jumpa kawan yang bagi motivasi bila kita tiada semangat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. semua muka excited nak berkenalan dengan rinjani tu hahaha :p
      kawasan gunung ganang yg mendamaikan
      haha ni first time saya rasa hilang semangat nk hiking tau. padahal gunung impian ni huhu

      Delete
  6. Alamak! Cerita ada cliffhanger la pulak... ni yg buat uncle dup-dap-dup-dap

    ReplyDelete
  7. Ramainya. Mesti happening waktu tu. Apa istimewanya gunung ni? Ce citer sikit. 😀

    ReplyDelete
  8. Tak pernah ke Lombok lagi. Gunung Rinjani ni gunung berapi kan?.

    ReplyDelete
  9. 5 botol air mineral tu, total berapa liter agaknya Mazni angkut.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dalam 3kg air sahaja. Tapi ni kasi kat porter, saya memang tak laratlah nak angkat haha

      Delete
    2. ohh..heheh. Itulah, terbayang kalau angkut sendiri beratnya.

      Delete
  10. gunung ni kan yg ada pendaki malaysia meninggal tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya betul. Jatuh dia jalur torean otw nak turun

      Delete
  11. bersungguh betul member tu ya bagi semangat
    ye laa dia pn x nak laa kan semangat sorang2 kan...

    ramai betul ya yg dtg mendaki...
    org fit2 belaka ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha tula pasal! Saya pulak rasa serbasalah sebab runtuhkan semangat dia xD

      Musim panas, cuaca cantik!

      Delete
  12. Jelas betul ya Gunung Rinjani seketul tu.
    Kiranya Maz hiking dengan hikers Malaysia je lah eh namun guides dari sana.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya betul. Follow trip dari malaysia tapi guide n porter semua orang sana

      Delete
  13. Keren sangat Cik, sekali datang langsung menaklukan Rinjani. Luar biasa.
    Btw salam kenal - blogger Indonesia

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih 💜 hehe gunung impian sejak 2022, saya takkan sia-siakan peluang!

      Delete
  14. Ala....dah macam KDrama ni. Hujung cerita tergantung. Tak sabar tunggu episod seterusnya. Rinjani memang antara gunung yang hikers hendak naik kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oke next entry saya tulis panjang sikit 😜
      Benarrr. Antara gunung tercantik di asia tenggara

      Delete
  15. cantik pemandangan Lombok ni...ada kesempatan mahu juga ke sana nanti

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang cantik lombok ni, dari laut, darat hingga ke gunung semuanya saujana mata memandang

      Delete
  16. My wishlist juga tapi tak tahu bila nak sampai nyer ke rinjani ni huhuu... Ok mmg baca Hello Lombok hahahaa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Banyak orang umur 50 an pun boleh tawan rinjani tau, kena pasang azam duluu heheheh

      Delete
  17. Saya paham yg dirasakan kak mazni awal2. Kadang ada tiba2 terpikir, macam tak semangat pergi, apalagi kalau tahu Medan yg ditempuh akan berat.

    Saya merasa begitu saat ke Belarus. Pergi hanya dengan kawan, dan ragu tiba2. Takut ini itu lah.

    Tp pentingnya punya teman yg saling support dan KSH semangat kan.. teman saya juga begitu, jadi kita pun dibuat happy lagi.

    Saya cukup lihat dari jauh saja lah Rinjani ini 😂. Kalo memaksakan diri naik, confirm tak sanggub hahahahah.

    Dulu ex boyfriend saya pendaki pro. Dia pernah ke everest juga dengan team 7Summit dia. Trakhir JD guide di Carzten pyramid 😅. Makanya saya tahu betul yg dirasakan para hikers ini. Memang mereka tak bisa kalo melihat gunung, pasti ingin didaki 😄

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau bukan kerana temen saya kasi semangat, I think I cannot make it.

      Waduhh kak fanny, rinjani cantik amattt. Rugi kalo nggak pernah naik seumur hidup. Masih muda lagi kan kak? 😜😜

      Kalo level2 everest tu dah kategori lain. Saya kadang2 masih ada rasa malas naik ke gunung, makanya bukanlah antara hikers tegar sangat. Kita pilih gunung mana yg nak didaki je hahaha 🤭

      Delete
  18. Kenangan manis yang tak mungkin dilupakan.
    Alhamdulillah, diberi kekuatan stamina dan semangat untuk menawan puncak Rinjani.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih. Alhamdulillah, muda2 ni lah cuba hiking selagi mampu. Harap boleh konsisten smpai umur 50 an gituww 😜

      Delete
  19. Patut baca entry dari mula, tapi takpelah, menarik pengalaman yang ada.
    Part Sahira bagi semangat dan galakan tu bagus sangat. Dalam penat, dalam tak bersedia akhirnya berjaya juga kan. pakej dak Sahira kena tinggal lagi.. hehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe sorry entry bersambungg
      Itulah, tak sangka jugak sebenarnya 😆

      part kena tinggal tu... hahaha rasa serbasalah jugakla tinggalkan member. Takpela Sahira berjalan dgn porter. Porter tolong snapkan gambar lawa2 lagi 🤣

      Delete
  20. Banyaknya air nak kena bawa..
    Susah juga takde kemudahan air,
    Bilik air mesti lagi takde kan?
    Teringat dulu Cuya pergi bukit batu putih tak silap, tandas takde.. terpaksala buang dekat semak2 hahaahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Beginilah hidup dgn alam, mmng gali lubang jela kalau nak yak yak 😂 kitorg pun tk mandi 3 hari luls

      Delete

Nak komen apa? silakan~