5 May 2016

Trip WA : Bye Kalbarri


Assalamualaikum

8/2/2016 - Monday (DAY 4)

So, today we are going back to perth. Honestly, aku tersangat sedih bila nak tinggalkan Kalbarri ni. Bila dah balik Perth, tak dapatla jumpa tempat-tempat yang cantik macamni lagi TT iolls kan nature's lover.. lol
wajib try air chocka mocha tu kalau singgah mana2 mart!
Kali ni kitorang bangun awal sebab semalam dah janji nak tengok pelican feeding. Tapi.... Tapi......... Pelican tak datang pulak time tu. Bukan rezeki kitoranglah haritu kot.. Kalau setakat jumpa pelican je adalah jumpa, cuma nak tengok orang feed pelican tu tak dapatlah.

Pengajaran, lenkali jangan tidoq. 
credit; cuti perth. gambar hari sebelumnya
Bye Kalbarri! Hello perth! So, let's the long journey begin! Again.


Masa otw, kitorang singgah lagi ke Port Gregory untuk tengok pink lake sekali lagi. Tapi haritu masa 1st time tengok pink lake ni takde pulak pili2 air tu. Taktau besar mana dia punya pink lake ni.


Tak jauh dari port gregory ni, kitorang singgah di Lynton Convict Depot. Aku pun lupa detail sejarah tempat ni... Apa yang aku ingat, tempat ni macam penjaralah. Lynton convict depot ni ada kaitan tentang government australia, tentera laut, fremantle and orang gaji... Omg i'm so sorry sebab tak ingat history tempat ni >< 
Dia punya luas tu sampai kau boleh nampak kereta yang jauhnya 1 km depan dari kereta kau tahu

Kemudian masa dah keluar di persimpangan nak menuju ke bahagian south, then i asked uncle saf pasal Geraldton. Okay time tengah kat traffic light tu memang kitorang tak jauh dari area Geraldton pun. Aku kata aku nak tengok masjid kat Geraldton tu so uncle pun u-turn dan kitorang pun singgah kat Geraldton sekejap.

Aku taktau sangat tempat menarik kat Geraldton ni, tapi sebelum pegi tu adalah google. Dia kata highlight kat Geraldton ni adalah memorial park. Tunggu satgi aku cite pasal memorial tu. Sekarang aku nak tunjuk gamba masjid tu dulu.


Al-Muhajirin Geraldton mosque

Jangan pelik kenapa masjid ni macam typical surau2 kat malaysia. Ye, masjid ni dibuat oleh orang melayu cocos. Melayu cocos tu apa? Haa tu entry lain nanti aku cite. Aku suka betul sejarah melayu cocos ni. Jadinya, ada ramailah orang melayu yang tinggal kat area sini. Tapi kitorang tak jumpa pun sebab duduk dalam kereta je manjang, haha. Btw, uncle kata imam masjid ni orang Jawa. So maybe orang jawa pun ada ramai jugalah kat sini.

Mulanya ingat nak solat zohor, tapi time tu awal sangatlah pulak, belum masuk pukul 12 lagi. Azan dalam 12.30 centuu. Lagipun, masjid tu tengah ada construction kat bahagian belakang, takleh nak masuk suka2 je. Pagar pun depa kunci sebab belum masuk waktu time tu.

Ingatnya nak singgah tandas kat masjid ni tapi dah tutup pulak, so kitorang pegi town demi mencari tandas awam disana. Ahahahaha. Sambil2 tu kitorang tengoklah bandar geraldton ni. Time kat sini serious aku cakap, suhu paling panas yang pernah aku rasa seumur hidup. 47 celcius!

No wonderlah geraldton ni panas, sebab dia dekat dengan tepi laut. Kat sini ada banyak port dengan beaches. Cantik! Aku google haritu, Geraldton ni antara tempat yang syok untuk ber-surfing.

Ehh google je keje kau eh. Dasar minah google!

Aku ingatkan ini masjid tau. Rupanya church. Bentuk dia macam kubah masjid daripada jauh... Berdosa ke kalau aku tercakap "eh, ada masjid" ahahha. Tapi senibina church ni sangat lain daripada church yang biasa kite tengok.

Dan, sambung cerita pasal memorial park tadi. Siapa tak minat nak tau sejarah, boleh skip je, hehe.

Kitorang tengok memorial ni dari jauh je. Sebenarnya ada je peluang nak naik atas tu. Uncle dah offer lagi n siap tanya "nak naik atas tak?". Entah kenapa, cuaca panas tu mengatasi segalanya sampai sanggup kitorang taknak naik atas tu. Padahal sebelum nak pegi perth ni aku dah baca pasal Geraldton memorial park ni. Siap dah jadikan list nak pegi sini lagi kalau singgah Geraldton. How could you tak naik atas?

Dia camni tau, bila otak kau asyik fikir "alah takde benda pun kat atas tu kan? Just sejarah orang mati je kan" Tapi hang lupa, bila naik kat atas tu, boleh nampak view bandar Geraldton ni. Hmm tulah tak pikiaq panjang. Tapi takpelah, at least dapat tengok dari jauh pun kira okay. Dalam banyak2 memorial yang aku jumpa kat perth ni, gerladton memorial ni antara yang paling cantik kot.

Memorial ni adalah bagi memperingati seramai 645 crew kapal yang hilang dalam world war II, 1941. Ikut apa yang aku baca, dome memorial tu diperbuat daripada perak dan membentuk burung seagulls. Means, setiap satu daripada seagulls perak tu mewakili salah seorang anak kapal HMAS Sydney II yang hilang.

Kat situ juga ada patung gangsa perempuan yang menghadap ke arah laut kononnya macam menunggu berita pasal kapal HMAS Sydney II yang hilang tula. Omg yang tu sangat sedih, she's waiting for their loved ones but seems like they'll never come back again :'( credit
credit

Tak naik atas pun, detail habis aku cerita dia punya sejarah.. Google ada bolehla citer kannn hehe..

Lepas tu, kitorang pun teruskan perjalanan. Then stop kat perhentian taktau. Tapi yang aku ingat, uncle kata kat situ glamour dengan lobster besar gedabak murah-murah. Mati-mati aku ingatkan nak makan kat situ tau. Tapi memang idoklah nak makan lobster cik, dah bawak bekal sendiri dah. 

Lagipun, all u need is money, money, money. But we don't have a money, money, money. Kahkah!

Kitorang stop kat depan playground untuk makan. Paling ajaibnya, lauk kari ayam yang dimasak 3 hari yang lepas still elok lagi. Sambal nasi lemak masa otw nak pegi Kalbarri pun sihat lagi dan takde bau2 pelik ke apa. Musim summer memang makanan tak cepat basi :D

Sekian dulu, next entry adalah di mysterious limestone. Rasanya lokasi ni macam dah tak asing lagi kot. Most of malaysians setiap kali pegi perth memang selalu singgah sini. Tunggu yaaa

Thanks for reading!

12 comments:

  1. seronok nye dapat berjalan ke negara orang

    ReplyDelete
  2. Bestnya dapat gi jenjalan. Bila tah nak kumpul duit gi jalan jejauh mihmihmih

    ReplyDelete
  3. bestnyaaa. dapat lawat banyak tempat lak 2 :D

    ReplyDelete
  4. lain kali nak bawak buku nota utk catat apa yg tourist guide cerita, sbb saya pun selalu lupa XD

    ReplyDelete
  5. Lawanyaaa oi. Kumpul duit ah gini nak gini sana :)

    ReplyDelete
  6. Akak kan kalau ada duit ke takde duit ke, memang tetap akan cuba berusaha sedaya upaya untuk makan lobster! Nak makan lobster sangat-sangat.

    ReplyDelete
  7. Pink lake 😍 Cantiknyaaaaaa!

    ReplyDelete
  8. akak da sampai Albany kemudian rasa macam gagah nak continue another 4 jam ke Pink Lake tapi kulupakan hasrat itu.. terlalu jauh and takut mengganggu plan lain..

    insyallah ada rezeki lain ke Perth memang nak ke Pink Lake tu..

    ReplyDelete

Nak komen apa? silakan~