Assalamualaikum
tabung pun gedik nak pakai flower crown tau |
Untuk sem 2 ni, aku rasa aku kena start menabung sebab sem lepas dah banyak sangat membazir. Taubat dah ohh.. Oleh itu, aku gigih bawak tabung datang sini. Daripada dia duduk kat rumah dan takde isi apa2, baik aku bawak je kan. At least adalah jugak tempat nak simpan duit-duit ni daripada bersepah dalam lacilah, dalam poketlah. Bahaya kalau letak dalam dompet, nanti mesti terguna duit tu. Haha.
Ye, sekarang aku berjaya dalam misi menabung ni. Aku target belanja sehari mesti RM10 atau kebawah. Paling banyak aku boleh kumpul dalam sehari RM5 laa. Itu pun kalau hari tu nafsu makan aku tak melampau macam jin. Berjimat cermat kan amalan mulia. So dalam seminggu tu dapat jugakla kumpul berbelas-belas ringgit.
Cuma masalahnya sekarang, bila duit belanja kat dalam dompet dah nak dekat habis, aku macam tak sampai hatilah nak mintak duit kat mak abah sebab dalam tabung yang aku kumpul tu still ada duit lagi. Cuma nak guna tu sayanggg. Kenapa walaupun tengah menabung still rasa bersalah eh? :(
Time sekolah dulu senang gila nak menabung kott. Tapi bila dah tak duduk kat rumah ni, memang kena berjimat cermat habislah, haha. Kalau guna duit pun untuk makan je. Waaaaa memang aku ni ditakdirkan tak boleh menabung ke apaaa?
Emm sapa ada tips? T__T
Btw boleh tak tolong like untuk video FYP kakngah ai? Diorang perlukan at least 500 likes untuk dapat 5% marks. Nampak je 5% tu macam sikit gila kan tapi sebenarnya 5% tu umpama berlian di mata diorang, hahaha. Maklumlah, budak final year :p Takyah tengok sampai habis pun takpe, klik like je kat bawah ni.
Thanks for reading!
Hehe..kita sma la..Asl menabung je klu duit dh x dk tgn gtl sngt nak p korek tabung :-)
ReplyDeleteini pun sebab terpaksa. utk survive huhu T__T
Deleteakak dulu takdela menabung mana.. kumpul duit syiling aje.. ada suit syiling je, masuk tabung. sekarang, dah terguna tinggal 10% je.. hehehe...
Deletewah, selamat menabung ya mazni :3 cantik tabung tu. heehe. betullah, zaman sekolah senang je nk simpan duit tapi kalau dah masuk u, rata-rata pelajar simpan duit. semua kene tanggung
ReplyDeletebetul tu, susah jugakla nak menabung kt u ni. klau zaman sekola dulu just belanja duit makan kat kantin je, makan malam mak masak. sini dari pagi sampai malam kena guna duit, oh sedihya
Deletetabung comel-salah satu tips semangat menabung tu. :) heheh
ReplyDeletebtw done liking :)
hhe betul tu kak. tpi kalau duit nya takde, tak boleh nk kata apa juga :P
DeleteTerima kasih! :)
yeay! kita dah like dah...
ReplyDeletetips cermat? ..jangan guna duit syiling masa membeli..paling simple la..
thankyouuu!
Deletesaya lak selalu guna duit syiling time membeli, wahahaha!
try start menabung duit syiling je dulu. kite pun tak reti nak menabung tapi duit syiling boleh lah banyak sekarang kalau duit kertas tu jgn haraplah haha
ReplyDeleteduit syiling saya memang banyak sangat dah hahahaha. nak kumpul duit kertas T.T
DeleteTakde tips nak menabung sebab akak pun sama boros juga. Nak nangis sangat-sangat T___T
ReplyDeletesaya pun nak menangis huhu T__T
DeleteKalau akak, akak limitkan diri akak sehari berapa ringgit. Kalau banyak sangat membazir akak akan puasa untuk cover balik. Hehehe. Tapi kadang2 ada je masa tak boleh nak kawal T_T
ReplyDeletesaya pun kadang2 buat juga tips mcm akak ni, hehe. thanks ;D
Deleteteringin jugak menabung nie. tapi duit selalu habis kat makanan T^T
ReplyDeleteakan cuba menabung jugak~~ nak travel. hahahhaa :D
saya pun selalu habis duit kat makanan jugak, BV heheheh TvT
DeleteErr...
ReplyDeleteSaya pun fail menabung hhahahaah.
Ok qila nak gi cari tabung la nnt thanks mazni for the reminder huhuu
hahaha goodluck qila menabung xD
Deletealaa cik akak, hehe
ReplyDeletekite menabung dalam tabung hello kitty..
ReplyDeletetakde duit, korek balik. haha
hahaha saya kalau boleh taknak korek duit yg ada dlm tabung tu sebelum tiba tarikh mengoreknya T__T
Deleteramai pulak cerita pasal menabung. haritu baru comment blog someone psal ni hihi. Ok lah tips yang sama dari saya as student jugak.
ReplyDeleteSaya kalau nk berjimat, selalu sy akan letak duit dalam purse RM50(contoh) untuk 1 bulan. kalau nak letak lebih boleh, tp kitekan nk berjimat jangan letak banyak-banyak. dan sy akan pastikan sy guna RM50 tu je dalam masa sebulan. so, kalau kita tengok duit dkt purse kite tinggal sikit, jadinya kite mesti akan kurangkan penggunaan duit kan :) kalau ada lebih yg kita tak guna tu, boleh lah simpan. Dan cara ni memang berkesan untuk saya. Cuba lah. Mana tahu berkesan untuk awak :)
Tapi, jangan sampai tak makan tau! hihi :)
wahh bagus jugak tips ni! hehe tak makan kadang2 tu sebab memang tak terasa lapar pun
Deleteterima kasih!
nak jugak bg tips dekat awk, mazni. tapinyeee saya pun sampai kesudah tak pernah berjaya nak menabung. hahahaha. azam menabung seperti angin lalu jelahhhh. pheww~ hahahaha xD
ReplyDeleteahahaha saya ni pulak jenis yg on off on off xD ade mood menabung, tkde mood tak menabunglah. harap budaya menabung ni bkn dilaksanakan ikut mood je kan :p
Deletealahai comelnya tabung! semoga berjaya menabung! hikhik :p
ReplyDeletetabung hadiah dari orang :p terima kasih!
Deleteakak did the same too.. so awak mesti boleh punya =)
ReplyDeletego go go..
hehe thanks kak :D
DeleteUish tak berat ke bawa tabung kemana2?
ReplyDeletemasuk dlm bagasi terus :p tak terasa beratnya tu, hahaha
Deletewow sehari dapat berbelas ringgit? Akak menabung 1 hari 50 sen start dari naik cuti mid sem hari tu. kuikuikui. Alhamdulillah dah jejak RM30 sekarang ni. Tapi niat gak duit tu, mana tahu kita menabung tu nanti bukan rezeki kita. Mungkin kita terpaksa laburkan ke jalan Allah. Apa pun, moga dalam bahagian duit kita tu ada bahagian untuk kita infak ke jalannya :) Love you <3
ReplyDeletehaha seminggu berbelas2 ringgitla kak :p nice jugak tu, sikit2 lama2 jadi bukit! thanks for a great reminder, insyaAllah :D
DeleteSelamat berjimat dan selamat menabung ye, Mazni.
ReplyDeleteYou can do it!
thankyou kak farrah!
Deletebgus entri ni, penyuntik motivasi. sbb baru2 ni sy igt nak beli bbrapa brg yg tak berapa penting, bila baca pos ni, rasa insaf pulak, hehe. Keep it up !
ReplyDeletehaha tak salah nk membeli, cuma jgn boros sangat jelah :p kekeke
Deletesusah nak menabung dah sekarang. kalau keluarkan duit dari dompet kang takut tak cukup untuk kecemasan hhuh
ReplyDeletehaha itulah. ni pun menabung sikit2 dulu utk duit kecemasan hahaha
Deletekak sally menabung secara paksa...cara terbaik cari tabung yg x boleh nak bukak...macam tabung mangga akak...meraung tgk duit dalam tu tapi xleh nak keluar..hihihi
ReplyDeletenais jugak cara tu kak sally. kadang2 tangan kita ni yg gatal pegi usik tabung tu. huuhu. nanti saya try cari tabung paksa macamtu! hehe
Deleteselamat menabung...plus kalau boleh letak la sebab kenapa kita menabung...or set a timeline for it :)
DeleteKalau ada target senang sikit nak menabung.. contoh target nak pergi korea.. hahaha
ReplyDeletebetul tu. so lepasni kena buat targetlah kita menabung utk apa, hehe
DeleteSelamat menabung awak!
ReplyDeleteterima kasih sis!
Deletebanyak cara menabung yang dikongsi oleh rakan2 online, semoga semua berjaya
ReplyDeleteInsyaAllah :)
Deletekalau ada duit, terus letak dlm tabung dulu and tggalkan duit belanja sikit dlm poket.. then belanja guna duit belanja je, yg dlm tabung tu tkyah usik selagi tkda benda penting. hehe^^
ReplyDeletesaya pun selalu buat cmtu jugak, haha. tapi bab usik duit dlm tabung tu... :p
DeleteKak aiza terus simpan dalam asb.. contoh seminggu RM10.. sebulan dah RM40.. RM40X12bulan=RM480.. Kalau simpan dalam tabung mesti akan ter'guna' bila terdesak.. kak aiza rasa lebih selamat buat begitu.. duit selebihnya boleh belanja seperti biasa..
ReplyDeletetabung besar tu seminggu dah penuh
ReplyDelete