Assalamualaikum
Semalam aku baru sampai Port Dickson. Harini nak balik dah~ Pergi PD ni pun sebab tahun lepas kakak aku menang tiket 1 hari 1 malam kat PD. Disebabkan kini beliau sedang menjalankan aktiviti khidmat masyarakat, kitorang kebas jelah tiket tu. Alah PD je pun~ dekat je.
Dah sampai tu, bersinar-sinar mataku tatkala melihat hotel dia besar+cantik. Baiknya orang yang sponsorkan hadiah untuk kitorang tu, dia pilihkan hotel yang cantik. Siap ada swimming pool lagi. Dia punya pool jangan cakaplah, besar gila. Kitorang pun apalagi, mestilah nak main air jugak!
Sampai je kat depan kolam tu terus terjun. Siap main gelongsor air lagi. Bila nak naik gelongsor untuk kali kedua, tiba-tiba ada guard ni tanya aku;
"gelang getah mana?"
Dalam hati aku tertanya-tanya, "Apa pakcik ni mintak getah kat aku pulak. Mintaklah kat kawan dia."
Aku geleng kepala sambil cakap "takde". Tak faham apa yang guard tu cakap. Kitorang pun sambunglah main gelongsor. Lepas main gelongsor tu, tiba-tiba guard tadi bunyikan wisel sebab nak panggil kitorang bertiga. Aduh agak-agaklah nak tiup wisel pun. Orang lain semua pandang.
And then dia cakap, nak mandi kat swimming pool ni kena ambil gelang getah kat kaunter. Manalah kitorang tahu. Kaunter dia punyalah jauh dengan swimming pool tu. Bila kitorang nak mintak gelang kat kaunter, dia cakap nak masuk waterpark ni kena bayar. Dah dengar ayat "kena bayar" tu, kitorang blah jelah. Tak sangka pulak sampai kena bayar, selalu kalau ada swimming pool kat hotel ni free je.
Rasa macam jadi pendatang haram pulak, hahah. Takpelah, at least dapat jugak mandi kat situ walaupun sekejap je, hihihi.
Inilah yang dikatakan masuk waterpark percuma. Tapi kitorang memang tak sengaja dan taktau langsung kena bayar. Mohon lepasni tukarlah tempat kaunter tu kat depan swimming pool. Mintak maaf ye atas ketidak-sengaja-an kami ni xp
Sekian, Assalamualaikum.
Kita dah pernah g sini.. Best.. Dulu nama dia Tiara Beach Resort.. Sekarang Best Western ape ntah :)
ReplyDeletea'ah akk duduk kat situ lah. taktau pulak yg ni sebenarnya tiara beach resort. boleh pulak dia tukar2 nama, patutlah hotel ni besar semacam :p
DeleteDah kena bayar? dulu free je..
ReplyDeletenegara makin maju, semua benda nak kena berbayar-bayar --
DeleteWah2..untung la.. sronok la tu.. nak buat jugak la.hahahaha
ReplyDeleteni kalau sengaja nak buat camtu mana boleh. hahaha :p
DeleteHahaha..ye2 je akk ingt percuma,nk jugak pergi.tp dapat gak lah merasa main air percuma ye tak?
ReplyDeleteitu pun masuk secara tak sah la. hihi. mestilah best xD
Deletesiap tiup wisel tu.. mesti ada yang memandang ek?.. hihihi.. apapun dapat jugak mandi kat situ walaupun sekejap kan :)
ReplyDeletemestilah org pandang huhu :( tulah, at least dpt juga merasa
Deletememang kena bayar....cuti sekolah hari tue...akak bercuti kat situ...bawak anak2...nasib baik tiket tue dapat murah sikit...
ReplyDeletehihi saye taktau >< selalunya kalau dekat hotel swimming pool semua free. harga tiket dia mahal pulak tu
DeleteHotel apa ni?
ReplyDeletedirahsiakan :p
Deletehahaha macam2 kes pulak..
ReplyDeletekes tak sengaja. haha
DeleteEh eh kata percuma? :P
ReplyDeletehihihihi nasibaik dah seronok sakan dulu ahahahha :P
lawak lah mazni nih hiks
percuma dgn kemasukan secara tak sah la. nasib baik sempat gak merasa main air kat situ hahah xD
Deleteaiyok aiyok , kan dah kena marah dgn guard :pp
ReplyDeletemanade guard tu marah, dia tegur je n kata tak boleh mandi kat situ :p
Deletesama lah tu :p
Deletewahhh bestnya percuma... lepas keseronokannya.. kelakar entri nie
ReplyDeletehehehe :p untung dpt main air percuma
DeleteBayar ke awak?
ReplyDeletea'ah kena bayar :p
Deleteala.. tak bestnya nak kena bayar bagai.. gi mandi pantai la.. hehehe... saya tak pernah lagi sampai kat PD.. huhu..
ReplyDeletetulah pasal, buat spoil mood gembira je x( pantai kat PD tak bersih, hehe
Deletehaaaihh? cenggitu pulak? hotel mana kau pergi ni weh? rasa nak protes je xD
ReplyDeletelepak-lepak tepi pantai berpicnic lagi syiok tau..
ReplyDeletesemua benda nak kena bayO sekarang.
ish...
takde yang free dah sekarang ni kan..kalau free pun mesti tetap kena bayar benda2 lain ;)
ReplyDeletepernah duduk kat tiara ni dulu
ReplyDeletedah kena byr skrg? iks iks iks
cam kenal jeee tempat ni. hah tapi tu la. kita dah bayar nak duduk situ, kena bayar lagi ke
ReplyDeletesenyum-senyum akak baca
ReplyDeleteSengaja kan? Hahahaha..xpela..pengalaman tu.. ;-)
ReplyDelete