26 Jan 2014

Masuk waterpark percuma


Assalamualaikum


Semalam aku baru sampai Port Dickson. Harini nak balik dah~ Pergi PD ni pun sebab tahun lepas kakak aku menang tiket 1 hari 1 malam kat PD. Disebabkan kini beliau sedang menjalankan aktiviti khidmat masyarakat, kitorang kebas jelah tiket tu. Alah PD je pun~ dekat je.

Dah sampai tu, bersinar-sinar mataku tatkala melihat hotel dia besar+cantik. Baiknya orang yang sponsorkan hadiah untuk kitorang tu, dia pilihkan hotel yang cantik. Siap ada swimming pool lagi. Dia punya pool jangan cakaplah, besar gila. Kitorang pun apalagi, mestilah nak main air jugak!

Sampai je kat depan kolam tu terus terjun. Siap main gelongsor air lagi. Bila nak naik gelongsor untuk kali kedua, tiba-tiba ada guard ni tanya aku;

"gelang getah mana?"


Dalam hati aku tertanya-tanya, "Apa pakcik ni mintak getah kat aku pulak. Mintaklah kat kawan dia."


Aku geleng kepala sambil cakap "takde". Tak faham apa yang guard tu cakap. Kitorang pun sambunglah main gelongsor. Lepas main gelongsor tu, tiba-tiba guard tadi bunyikan wisel sebab nak panggil kitorang bertiga. Aduh agak-agaklah nak tiup wisel pun. Orang lain semua pandang.

And then dia cakap, nak mandi kat swimming pool ni kena ambil gelang getah kat kaunter. Manalah kitorang tahu. Kaunter dia punyalah jauh dengan swimming pool tu. Bila kitorang nak mintak gelang kat kaunter, dia cakap nak masuk waterpark ni kena bayar. Dah dengar ayat "kena bayar" tu, kitorang blah jelah. Tak sangka pulak sampai kena bayar, selalu kalau ada swimming pool kat hotel ni free je.

Rasa macam jadi pendatang haram pulak, hahah. Takpelah, at least dapat jugak mandi kat situ walaupun sekejap je, hihihi.

Inilah yang dikatakan masuk waterpark percuma. Tapi kitorang memang tak sengaja dan taktau langsung kena bayar. Mohon lepasni tukarlah tempat kaunter tu kat depan swimming pool. Mintak maaf ye atas ketidak-sengaja-an kami ni xp

Sekian, Assalamualaikum.



25 Jan 2014

Nak pakai apa untuk solat ni?


Assalamualaikum

Ramai orang berpendapat nak solat tu wajib pakai telekung. Hmm pakai telekung tak wajib pun untuk solat, yang wajibnya kena tutup aurat.

Syarat-syarat pakaian yang boleh dibawa untuk solat ialah pakaian yang menutup aurat. Tak kisahlah kalau kau pakai t-shirt muslimah dengan seluar ke, pakai baju kurung ke, jubah ke, at least kalau yakin pakaian tu dah menutup bolehlah pakai untuk solat.

Kadang-kadang  aku tengok kat surau shopping complex ataupun kat surau-surau kecil tepi jalan sana selalu sangat habis telekung. Dahlah tempat solatnya kecik, orang yang nak solat pulak ramai. Manalah cukup telekung kat situ nak menampung bilangan para jemaah kan. Ada jugak yang terpaksa kena tunggu lama sebab tak bawak telekung.

Bukan nak kata apa, tapi kalau semua orang dah tutup aurat dengan sempurna, senang je nak solat. Tak payah tunggu-tunggu turn nak pinjam telekung. Syaratnya simple je, tutup semua anggota badan kecuali muka dan tapak tangan. Pakaian yang kita pakai tu kalau boleh bukan kain yang jenis nipis dan tak ketat. Karang tak sah pulak solat, Wallahualam.

Kalau siapa yang keluar rumah tak pakai handsock atau stokin, bawaklah spare sepasang untuk pakai solat. Tapi kalau nak pakai terus dari rumah pun apa salahnya kan? Takkan nak tunggu time solat baru nak tutup semua aurat. Benda ni wajib sebab;
Mana-mana BAHAGIAN AURAT yang terdedah, bahagian itulah yang akan disambar oleh API NERAKA.
Jagalah aurat tak kira walau dimana kita berada.

Bak kata Ustaz Mohd Fadzil, nak solat guna plastik sampah pun boleh, janji tutup aurat xD Tang tu yang paling aku nak tergelak sampai terkeluar kahak tuu. Tapi make sure plastik sampah tu bersih lah ye. Jangan dipakainya plastik sampah yang orang dah campak kat tempat pengumpulan sampah tu. Tak sah! Hahaha Ustaz buat lawak je tu~ Mohon jangan ikutlah, tapi kalau tengah darurat InsyaAllah boleh.

Sekian Assalamuaikum;

18 Jan 2014

Susu segar berperisa


Assalamualaikum
Google
Hye, sorry for the late entry. Tadi pagi aku kemas kelas sampailah pukul 1, dah balik sekolah tu terus tidur mati, muahaha! Tak terfikir nak update blog.

Tadi abang aku baru balik pasar, tak sangka dia belikan susu segar yang berperisa ni. Dah lama tak minum, memang fresh! x)

Masa sekolah rendah dulu, diorang selalu datang jual susu ni kat sekolah. Sehari sebelum van susu ni datang sekolah, dia bagi kita satu borang and suruh tick nak susu perisa apa, jumlah yang nak dibeli berapa. Esoknya, baru van susu tu datang sekolah dan jual susu yang budak-budak dah order.

Masa susu ni dijual kat sekolah rendah, harga dia cuma RM1 je sebotol. Abah bagi sorang RM1. Aku dapat RM 1, abang aku dapat RM 1. Memandangkan susu tu ada 3 perisa je, abang aku selalu amek perisa jagung(warna kuning) dan aku semestinya pilih perisa coklat, my favouritee♥ Senang cerita, semua perisa aku dah rasa, semuanya memang sedap!

Tapi tadi susu segar yang abang aku beli kat pasar malam tu, harga dia dah naik doe~ Masa sekolah rendah dulu sebotol RM1, sekarang sebotol RM2. Padahal kecik je saiz botol tu. harga semua dah naik kecuali kangkung T_T 

Sekians;
Assalamualaikum


12 Jan 2014

Jom test kecepatan otak!


{ Entry autopublish }
Assalamualaikum dan salam hujung minggu


Waduhh aku sebenarnya nak buat entry lain, tapi oleh kerana tahap kelembaban internet yang macam ------ membuatkan aku terpaksa menaip entry yang lain. Entah kenapa sejak tiga empat menjak ni wifi rumah aku macam tengkorak. Nak view blog sendiri pun memakan masa hampir 2 minit. Memang rasa nak belasah je incik wifi ni. Sekian sudi membaca luahan perasaan yg takde kaitan.

Actually, entry ni aku copy paste dari facebook je. Benda ni nampak menarik so aku share jelah kat sini. Tahulah ramai yang dah test, aku je yang lambat sikit. Percayalah, anda akan tersengih sehingga menampakkan gigi setelah membaca entry ini :B kalau tak nampak gigi pun, at least senyum pun jadilah~

1. Jawab dgn spontan (MESTI CEPAT),
tk boleh fikir lama2..
2. baca satu demi satu. 
3. fokus..

Permainan fokus warna ... Mulaiiiiiii. 
1. kertas A4 warna apa ?

2. awan warna apa ?

3. tisu warna apa ?
4. lembu minum apa ?

Yang menjawab susu fokus anda terganggu, sbb lembu minum air

1. rambut anda warna apa?
2. bulu mata warna apa ??
3. jalan tar warna apa ???
4. kelawar tidur bila?

Yang menjawab malam, maknanye fokus anda tergganggu. sbb kelawar tidur di siang hari.

1. warna cendol apa?
2. daun kelapa warna apa?
3. warna umum rumput?
4. Zirafah makan apa?

Yang jawab rumput , itu salah,sbb Zirafah makan daun.

How? hehe. Aku test benda ni, tiga-tiga salah. Fokus terganggu. Aduhh nyampahnya, benda senang camni pun tak dapat nak jawab.

Jelaslah kini bahawa otak kita cepat terpengaruh dengan warna. Menariknya otak manusia! Hargailah otak kita ya, jangan ambil atau makan bahan-bahan yang boleh merosakkan otak :)

Sekian untuk harini, mari kita sambung buat homework yang bertimbun T____T
Assalamualaikum~



4 Jan 2014

Cara kesan jin dalam badan


Assalamualaikum

Haritu ada ternampak bekas senior saya tweet tentang cara nak kesan jin dalam badan. Memula tu rasa macam takut nak try tapi kalau tak cuba macam mana kita nak tahu kan. Amek masa 2 hari jugaklah baru ada keberanian untuk cuba.

Macam-macam cara sebenarnya untuk kesan jin ni, tapi setakat ni yang orang selalu test ialah dengar bacaan Ruqyah Syar'iyyah. Boleh cari kat youtube ye bacaan tu. Kat bawah ni aku copy dari youtube langkah2 untuk mengesan jin dengan mendengar ayat Ruqyah.

"Mungkin kita semua pernah mengalami perasaan ganjil di mana kadang-kadang kita terlihat bayangan orang di tengah malam. Suara ganjil memanggil kita ketika berseorangan. Bunyi-bunyi pelik dan seumpamanya. Hal ini berkemungkinan berlaku kerana kita tinggal bersama makhluk Allah yang lain iaitu Jin.

Tidak mengapa jika tinggal satu bumbung, tetapi bagaimana pula keadaannya jika mereka tinggal di dalam badan kita? Mungkin kita akan mengalami banyak masalah dan penyakit misteri. Oleh itu adalah penting untuk kita mengesan adakah badan kita ditumpang oleh makhluk ini? Mari sama-sama kita mencuba..

Langkah 1

Play RUQYAH SYAR'IYYAH di bawah ini dan dengar sehingga tamat (20min) menggunakan headphone dengan volume yang kuat.

Langkah 2

Pejamkan mata dan jangan ikut bacaan ayat-ayat ini baik dimulut atau dihati.

Langkah 3

Perhatikan setelah selesai... Jika anda batuk, berpeluh-peluh, terasa mual, jantung berdegup kencang, terasa berdebar-debar, ada benda bergerak-gerak di bawah kulit, sendawa, mengantuk, pening dan menguap, maka sahlah badan anda dihuni JIN.

Berjumpalah dengan ustaz atau ahli perubatan yang lebih mahir untuk mengesahkannya dan berubatlah secepat mungkin sebelum ia merebak menjadi lebih teruk."



Moga kita dijauhi dari gangguan jin dan syaitan dalam badan.
Assalamualaikum :)


1 Jan 2014

Allergic

Assalamualaikum & selamat tahun baru

Semua orang sibuk buat entry new year tapi aku ni terdetik nak buat cerita pasal allergic pulak. Dah ramai sangat yang cerita pasal tahun baru, so kite buatlah cerita lain pulak kan xD

Aku ni sejak lahir memang takde alahan dengan apa-apa makanan, boleh je telan apa yang aku nampak depan mata. Alhamdulillah lah takde sakit apa-apa. Tapi ada sesetengah adik beradik yang alah dengan seafood. Memang selalu kalau cerita pasal allergic orang fikir seafood lah penyebabnya.

Macam abang aku, dia alah dengan udang. Tapi nak kata alah tu tak sangat sebab dia still boleh makan udang jugak. Dengan syarat udang tu takde kulit. Tapi kalau ada udang dalam tomyam atau dalam mee memang dia tak makan, sebab udang tu ade kulit. Mungkin dia alah dengan kulit udang kot, muahaha ada pulak macamtu ye.

Adik aku pulak alah dengan ketam atau lobster. Ni kira alahan yang teruk, tak boleh makan makanan mewah. Lahaii kesiannya. 

Bila kitorang sekeluarga bahagia menikmati ketam sama-sama, adik aku pulak cuma makan ikan je. Taktau sejak bila dia kena allergic ni, masa kecik-kecik dulu dia boleh je makan ketam. Masa kat korea dulu lagi parah. Kitorang sepakat nak order lobster untuk makan malam. Adik aku taktau lobster ni rasanya macam ketam. Dah nama "udang kara" so ingatnya rasa udanglah kan. Sekali bila dia makan, gatal-gatal satu badan. Itulah kali pertama dan kali terakhir dia merasa makan lobster~ 

Tapi tak semestinya allergic ni merujuk pada makanan laut je, ada juga yang alah pada makanan darat. Contohnya ayam dengan daging. 

Ada kawan aku dia tak boleh makan ayam. Tapi tu tak kisahlah, at least dia boleh jugak makan daging. Yang paling kesian sekali, kawan adik aku yang sorang ni dia alah daging dengan ayam. Means kena makan sayur jelah. Ya Allah kesiannya T.T Tapi taktaulah dia boleh makan seafood ke tak. 

Cuba kalau ada orang ni alah dengan seafood, daging, ayam. Mesti lagi teruk. Makan sayur memang bagus tapi pada masa yang sama kita perlukan protein dalam badan jugak. Tapi nak buat macam mana kan, dah allergic. Btw, macam mana nak sembuhkan allergic ye? Aku tertanya-tanya jugak :/

Selamat bersekolah utk sesi 2014. Gambar asal ni "school 2013" tapi aku tukar jadi 2014 :p