24 Oct 2026

Solat subuh di rooftop Masjidil Haram & Sabil Jumaat


Sambungan dari --> Aktiviti free and easy di Mekah

12 Disember 2025 - Jumaat

Selalu solat kat tempat biasa je, kalini kami nak cuba solat subuh di rooftop pulak. Macam biasalah, kena datang awal sejam ke masjid untuk cop tempat. Tapi ini pun kami dapat tempat yang belakang-belakang je.

Tak ingat masuk ikut pintu mana. Tapi untuk naik ke rooftop ni kena naik escalatorlah. Nanti ada je ditulis arah mana nak naik tu..


Feeling solat subuh kat rooftop ni tenang dan nyaman je. Walaupun suhu di Mekah tidak sedingin di Madinah, suhu waktu subuh ni agak sejuk jugaklah sampai merah hidung aku. Mujurlah kita yang perempuan ni berselubung dalam telekung kan hehe.

Macam geng lelaki sebab saf diorang duduk kat depan, so dapatlah tengok view Kaabah dari rooftop. Dari atas kita tengok orang ramai tawaf mengelilingi Kaabah yang tak pernah surut tanpa mengira waktu, menghadap kiblat yang sama, serta masing-masing memohon keampunan dan hajat pada Allah yang maha esa.

Gambar ihsan dari abang. Dari setiap sudut terasa kedamaiannya

Pastu kami cadang lepas subuh tu nak sambung buat tawaf sunatla. Time beratur nak keluar tu kan, huhhh berhimpit himpit sampai bertolak-tolakan haa. Time nak turun escalator lagi rasa seram sebab jemaah ramai, pastu orang yang dah turun escalator tu tengah stuck pulak kat depan. Aku dah seriau memikirkan kaki tersedut dalam escalator kalau orang-orang kat depan ni tak berganjak haha.

Suasana ketika habis solat subuh. Macam sardin!

Mak dengan adik aku balik hotel, so only i, kaklong dan kakngah je nak sambung tawaf sunat. Baru perasan yang kitorang hanya buat tawaf bila tengah buat umrah atau tawaf wada' je. Langsung tak pernah buat tawaf sunat pun selama beberapa hari duduk sini huhu.

Alhamdulillah masa tawaf tu okay je, tak sesak mana. Biasanya lepas habis apa-apa solat fardhu, tak terlalu packed sangat. Dia kalau sejam dua before nak masuk waktu solat tu yang biasanya ramai, so planned your time wisely.

Apapun, di bawah ni aku nak tunjuk sikit beberapa hasil gambar tangkapan aku di sekitar Masjidil Haram. Letak sini sebagai kenangan <3

Ni waktu baru habis subuh masa nak buat tawaf sunat
Bila langit dah start cerah. Subhanallah cantik sangat kan
Sudut minum air zamzam. Yang ni berdekatan dengan pintu nak buat Sa'ie kalau tak silap
Orang tengah buat sa'ie
Level 1 at Masjidil Haram
Sudut kerusi roda disediakan untuk jemaah

Lepas habis tawaf sunat tu kami singgah mall Al-Safwah tower yang aku dah compile dalam entry ini. Lepastu balik hotel. Memandangkan harini hari jumaat, seawal pukul 9 am pun orang ramai dah mula berpusu-pusu pergi masjid. Memang diorang akan standby 4 jam awal, sama macam kat Madinah.

So nak citer lepas solat Jumaat tu, kami ada program sabil jumaat. Ustaz dah kumpulkan nama dan kutip bayaran untuk siapa-siapa yang nak buat infaq and kita boleh jugak ajak kawan-kawan atau ahli keluarga yang ada kat Malaysia untuk join.

Selain sabil pek makanan, ada jugak ustaz buka slot sedekah kambing 1 ekor. Boleh share untuk 5 nama dan sedekah ni akan diberi pada orang yang tinggal kat kawasan pedalaman di area Mekah ni.


Sabil pek makanan ni kami buat depan hotel je, gabung dengan jemaah Andalusia dari group lain. Lebih kurang 300 pek makanan jugaklah terkumpul dan sekejap je dah habis, Alhamdulillah.

Since macam ramai sangat je yang sabil kat depan hotel, aku dengan adik pergi kat bahagian belakang hotel untuk pass pek sabil. Happy tengok bila orang senyum dapat makanan :D

Jangan lupa untuk sedekah dekat kucing jugak!

Kalau ke tanah suci, prepare lah duit extra untuk kita buat sabil ni. Kat sini ramai je jemaah yang kurang berkemampuan dan diorang memang mengharapkan sedekah daripada orang ramai untuk makan. Kadang-kadang ada yang ambil pakej paling murah not including food, ada yang pergi DIY dengan bajet yang limited. Dan yang paling banyak sekali, pekerja pembersihan di sekitar Mekah.

Pastu jangan lupa jugak bawak makanan kucing jugak. Bukan manusia je yang perlu diberi sedekah, kucing-kucing kat sini pun kelaparan jugak. Aku pergi kedai-kedai runcit, susah jugak nak jumpa makanan kucing.. Sebab tu dah standby bawak dari Malaysia.

Next --> Ziarah Jabal Nur @ Gua Hira'


41 comments:

  1. Alahai rindunya dengan Tanah Suci...

    ReplyDelete
  2. Tak jemu rasanya bila membaca perkongsian tentang kisah haji dan umrah oleh bloggers. Semoga ada rezeki dijemput ke sana. Semoga dipermudahkan juga urusan semua jemaah umrah yang sedang terkandas akibat polemik yang melanda Riyadh dan arab Saudi sekarang

    ReplyDelete
    Replies
    1. makcik saya pergi umrah 2 minggu lepas. ngam2 masa dia berlepas tu, keluar berita pasal airport riyadh kena serang. sedih tengok rakaman cctv tu sebab ramai yg pakai ihram nak menuju ke mekah...

      Delete
  3. Kat rooftop pun ramai juga eh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. pergi bulan 12 ni, mana2 level pun always ramai orang heheh

      Delete
  4. Subahanallah, rindu sekali nak lagi ke sini..semoga Umrah lacar ya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau banyak duit, rasa nak repeat je tiap2 tahun kan

      Delete
  5. rindu sgt dgn mekah dan madinah....thanks for sharing..menggamit memori

    ReplyDelete
  6. Semoga mak dan kakak baik2 aje di Mekah sekarang ni. Rindunya nak solat di Masjidil Haram.

    ReplyDelete
    Replies
    1. walaupun mekah dan madinah tak kena serang, tapi kita still risau dgn konflik kat timur tengah ni

      Delete
  7. semoga kak linda direzekikan untuk jejak kaki ke tanah suci juga...aamin

    ReplyDelete
    Replies
    1. aminn. semoga kita semua dapat jejak kaki ke sana

      Delete
  8. masyallahhh.. bestnya. doakan akak ke sana nanti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. aminnn semoga puan yan dapat ke tanah suci

      Delete
  9. Beautiful photos of this event. And the cats are adorable! :)

    ReplyDelete
  10. Tak kesempatan nk solat kt rooftop time pegi aritu.. Rindu nya suasana solat nampak kaabah

    ReplyDelete
    Replies
    1. kitorang ni pun last minit terdetik nak solat rooftop. selalu solat kat level 1 tu je

      Delete
  11. Cantiknya rooftop sekarang. Ya Allah izinkan lah kami ke sana lagi. Aamiin

    ReplyDelete
  12. Uncle pernah sembahyang di roof top ni... Bukan sebab penuh, tapi saja sebab naik atas nak merasa... Uncle ajak guard kat atas tu selfie... dimarahnya uncle dalam bahasa arab... huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Samalah, saya pun sbb nak merasa solat kat rooftop. Askar2 kat sana mmng tegas huhu

      Delete
    2. Samalah, saya pun sbb nak merasa solat kat rooftop. Askar2 kat sana mmng tegas huhu

      Delete
  13. Tengok gambar pun nampak seronoknya suasana kat sana.

    ReplyDelete
  14. Saya belum berkesempatan solat di roof top.
    Rindu suasana umrah di Makkah. Mudah-mudahan Allah beri kesempatan untuk berkunjunglagi ke tanah suci, dan timur tengah kembali aman.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aminn semoga kita dpat kesana lagi dan keadaan kenbali aman..

      Delete
  15. sepanjang kat sana sy solat kat bawah je. ada sekali tu je solat kat tgkt 1 sbb bwh dah penuh... bkn tak nak naik ke atas... tp tu laa mostly berseorangan... ms buat umrah je dgn jemaah. tu pun diorg pilih dok bwh... org2 tua kan... mana laa larat nak berjln jauh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bestnya slalu solat kat bawah! Saya time tgh umrah je dapat solat fardhu sekali je kat mataf area

      Delete
  16. lepas subuh memang sesuai buat tawaf sunat... kalau bernasib baik time tu tak berapa ramai org sbb ada yg lps solat diorg trs keluar...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betull masa saya nk buat tawaf sunat tu tak ramai org sangat. Lepas subuh mcm lengang sikit

      Delete
  17. p/s menjawab pertanyaan: ye aiskrim zus buat ms ni ada kat FM je🙂

    ReplyDelete
  18. Akak suka solat kat rooftop waktu Subuh atau malam, sebab rasa lapang tenang dan tak terlalu sesak.

    Bab sabil tu, mungkin sebab grup kami trip singkat jadi tak ada pulak mutawif ajak buat sabil. Memang terasa sangat penat bila cuma beberapa hari je di Mekah. Macam tak cukup masa. InsyaAllah ada rezeki masa, nak kena pergi lama sikit. Tak rushing, boleh tenang-tenang enjoy Mekah macam Mazni 😀

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pastu cuaca dia berangin, lagi sejuk!
      InsyaAllah kalau pergi lama, mesti ada program ni. Ada jugak saya tgok jemaah dri indonesia buat sabil sendiri2 je. Beli kebab ke atau any food, pastu pas je kat siapa2 yg tgh lalu lalang :D

      Delete
  19. Teringin untuk solat di atas atap itu. Hehe insya Allah masa pergi haji.

    ReplyDelete
  20. Kita orang last day memang mutawif bawa solat kat atas bumbung . Lepas solat subuh ada tazkirah sikit. Bawa kak tijah naik kerusi roda guna escalator pun seriau. Tapi best kat atas tu

    ReplyDelete
  21. Tawaf sunat mmg jarang dibuat sebab lepas buat umrah semua nak balik hotel cepat sebab dah kepenatan.. and org perempuan mudah sikit tak perlu ihram mcm lelaki .. even do tak wajib pakaiihram utk tawaf sunat tapi polis saudi hanya beri pd yg pakai ihram pd lelaki untuk buat tawaf..

    ReplyDelete
  22. Ingiiiin sangat bisa balik ke tanah suci 😭😭😭. Memang rindu melihat baitullah ❤️❤️❤️.

    Reminder untuk saya juga agar bawa makanan kucing kalau kesana . Kasian pula kalau melihat mereka lapar begitu 😢

    ReplyDelete

Nak komen apa? silakan~