23 Jul 2026

Umrah ketiga & tawaf wada'



Dengan Andalusia, umrah akan dibuat sebanyak 3 kali bersama pimpinan Mutawwif. Untuk umrah ketiga ni kami buat sekitar tengahari gitu. Tak ingatlah ada solat zohor kat mataf atau tak. Sebab tengok balik gambar dan masa, waktu tu tengah timing azan zohor.

Lost memory dah.


Apapun ada satu peristiwa yang aku akan ambil sebagai pengajaran pada diri sendiri..

Kisahnya, sebelum masuk masjid macam biasalah kami akan bersihkan kasut dulu. Sambil-sambil tu aku simpanlah selipar kotor dengan barang-barang dalam beg. Kebetulan jubah yang aku tengah pakai ni takde poket, so aku macam berfikir-fikir sama ada nak simpan phone dalam beg ataupun nak pegang je kat tangan. Maklumlah, kita pakai beg jenis drawstring yang takde zip, susah sikit nak capai barang-barang yang penting.

Tapi rasa cam leceh pulak pegang phone kat tangan sebabnya aku dipertanggungjawabkan untuk pegang kerusi lipat mak. 

So kakak aku pun offer untuk simpan phone kat beg dia je. Secara spontan aku terjawab,
"Susah la pulak kalau kau yang pegang. Nanti kita terpisah macam mana?". Haaa disinilah bermulanya kata-kata itu adalah doa. huhu


Akhirnya aku bagi jugak phone kat kakak untuk dia simpankan. Bila kami semua dah berjalan nak masuk ke masjid, kakak aku tanya "eh mana kerusi mak". Teruslah aku gabra sebab kerusi tertinggal kat tempat kami berkumpul tadi! Mak memang memerlukan kerusi tu untuk solat duduk.

Belum 5 minit pun tinggalkan tempat tu, kerusi tadi dah hilang bila aku cuba cari balik.

Pastu nampak ada kerusi wakaf yang diletak kat area situ, aku ambil jelah tanpa fikir panjang dan niat nak pinjam sampailah hari terakhir kitorang kat Mekah je. Pergi balik pintu masuk masjid tu, of course lah group aku dah gerak dulu.. Rasa cam lost jugaklah dengan takde handphone nya, sorang-sorang pulak tu.

Turun je kat mataf area, terus masuk barisan dan mula tawaf. Sepanjang tawaf tu fokus jela baca doa-doa personal dan sesekali tu selit juga doa supaya dapat jumpa ahli group aku selepas je habis 7 pusingan tawaf ni.

Selepas 30-40 minit dah lengkapkan tawaf, aku berjalan ke arah tempat air zamzam then benda pertama yang aku jumpa is ayah dengan abang aku. Mak aku pun risau aku hilang kemana. Nasib baiklah jumpa, kalau tak susahlah mak nak solat. Alhamdulillah termakbul doaku masa tawaf tadi.

Kena lebih berhati-hati dalam percakapan.. Cakap pasal tersesat haa memang sesatlah citer dia.

Bergambar with mak and her kerusi pinjam. hihi

Kami settlekan buat sai'e dan bercukur hampir pukul 2 petang. Kemudian terus balik hotel sebab takde aktiviti lain selepas selesai umrah ketiga ni.

Bukit di belakang sana tu adalah lokasi berlakunya peristiwa Nabi Muhammad membelah bulan
Hampir hari-hari ada hidangan lauk Melayu di hotel

Esok harinya kami akan keluar agak jauh dari kota Mekah. So ustaz pesan untuk buat tawaf Wada' sebelum keluar dari kota Mekah. Sepatutnya elok buat nak dekat-dekat waktu subuh, tapi kami buat 7-8 jam sebelum keluar dari Mekah.

Tawaf wada' simple je, ada wudhu, niat, tawaf sebanyak 7 kali dan diakhiri dengan solat sunat tawaf. 


Yang penting selepas selesai tawaf Wada' tu jangan lengah-lengahkan perjalanan dengan sengaja which is pergi shopping la, mencari-cari orang untuk sedekah, bagi kucing makan. Kami terus balik ke hotel je.

Next entry --> Ziarah Taif - Masjid Ibn Al-Abbas & beli buah di Taif

35 comments:

  1. Ya, kena jaga adab dan percakapan semua kan. Syukurlah jumpa semula. Alhamdulillah selesai umrah ketiga.
    Cantiknya kawasan ada burung merpati tu dengan langit yang indah.
    Untungnya ada lauk melayu, hilang rindu nak makan masakan malaysia kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Segala yg kita cakap tu terus jadi on the spot.. huhu.
      Kat sana banyak burung merpati gemuk2!
      Alhamdulillah makanan sepanjang dri hotel madinah sampai mekah semuanya sedap2 😋

      Delete
  2. Nasib baik ada kerusi wakaf. Hehe aduh kerusi emak kena kebas.
    Alhamdulillah jumpa balik ahli keluarga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha itulah. Semoga kerusi mak yg hilang tu jadi kerusi wakaf pada sesiapa yg memerlukan 🤣

      Delete
  3. Masa di Mekah mmg jaga betul, hatta dlm hati pun tak berani nak berkuit kata orang. Sebab makbul & bayar cash orang kata. Apapun alhamdulillah semuanya selamat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tula kan.. pengajaran utk diri sendiri huhu

      Delete
  4. Ya sama pernah terkena jugak. Bila mulut kata umrah ni susah, betul2 jadi susah masa buat umrah ke-4 masa tu. Habis jalan terencot2 sbb terpijak batu 2 kali, celah kengkang melecet teruk sampai tak boleh nak habiskan pusingan tawaf berjalan kaki dan terpaksa naik buggy. Terus insaf dan bertaubat masa tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang kena berhati masa berkata-kata. hatta nak komplen sikit pun risau jugak. semoga Allah ampunkan kita

      Delete
  5. Jadi teringat salah satu selebram asal Indonesia. Dia ngomong asal je gitu, kalau tidak salah perkara 'sakit'. Ehh, beneran tak lama kemudian dia jatuh sakit di momen umroh tu.
    Memang tak boleh lah kita bicara sembarangan kalau sedang di tanah suci. Tak elok

    ReplyDelete
    Replies
    1. di tanah suci memang harus jaga mulut, hati dan jangan fikir yang lain2 nya kan

      Delete
  6. Alhamdulillah, nasib baik jumpa semula ahli keluarga Mazni, walau terpisah seketika. Dekat sana memang kena jaga tutur kata dan niat kita.

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya dah gelabah teruk time tu. nasib baikla ni umrah ketiga, so dah hafal rentak sikit kalau time umrah pertama, rasanya kat situ jugak saya nangis dengan takde phonenya, bersama jutaan jemaah lagi huhu

      Delete
  7. ya betul...kat tanah suci...doa jd sgt masin, even lintasan hati.. sbb it happened to my sister.dpn mata i...alkisahnya, my sister tak reti baca sgt tafsir in english, so dia pun terlintas dlm hati dia, bestnya kalau dpt tafsit BM...dan dan tu jugak, ada sorang jamaah perempuan (stranger) dtg letak tafsir quran BM atas riba dia...mcm miracle sgt!

    ReplyDelete
    Replies
    1. betull. ada jugak ustaz saya cerita jemaah dia terdetik nak beli shawarma, sekali ada orang infaq shawarma sedap. Alhamdulillah

      Delete
  8. Lovely photos. Thank you so much for sharing your travel experiences.

    ReplyDelete
  9. yaaa
    sy pun sama jagaaaa mulut supaya tak terkeluar kata2 yg boleh jadi makbul...
    even niat dalam hati pun kena jaga juga...
    bila jadi mcm ni betul2 jd pengajaran kat kite kan? tak apalah yg penting semua selamat dan urusan dipermudahkan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu. kat sini memang kena berkata yang baik2 je, jangan terlalu risau dan jangan pula terlalu merasa yakin. Alhamdulillah apapun dipermudahkan

      Delete
  10. sebenarnya berapa lama dok mekah? sebab 3 kali umrah tu, biasanya andalusia punya pakej dpt buat lbh dr tu kan? kalau tak silap sy laa

    ReplyDelete
    Replies
    1. kami duduk Mekah 6 hari 5 malam. kita pergi ni total 9 hari je tak termasuk 2 hari perjalanan flight

      Delete
  11. Kena betul² jaga lisan, perbuatan dan minda ya. Biasanya berlaku "TER" tanpa sengaja.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kadang2 tak sengaja pun.. kita terlebih risau sangat huhu

      Delete
  12. Pakej akak termasuk umrah bimbingan 3x, tapi akak cuma buat sekali je sebab masih jetlag badan letih sangat. Pulak cuma ada 3 hari penuh di Mekah. Target setiap hari buat tawaf sunat pun cuma mampu buat sekali je.

    Terima kasih share cerita buat panduan kita bersama. Alhamdulillah dapat jumpa semula lepas tawaf.

    ReplyDelete
    Replies
    1. 3 hari je kat mekah? memang letih tu.. takpelah asalkan dah lepas yang wajib kan.
      kami ni pun dari 1st day sampai mekah terus buat umrah 3 hari berturut-turut. dah settle ketiga umrah barulah free sikit

      Delete
  13. Tawaf wada' adalah tawaf yang paling syahdu sekali... komfom bertakung air mata...

    ReplyDelete
  14. Betul lah Mazni, selama di tanah suci tuh, pikiran dan perkataan harus dijaga.

    Ada kejadian juga, teman saya pas ke tanah suci. Dia tuh cuma ucap dalam hati saja padahal. Dia terpikir, duuuuh jangan sampai dekat orang kulit hitam, ga kebayang kalau bau ketiak

    Itu yg dia pikir.

    Tapi, selama di Mekkah, memang dia tercium aroma bau ketiak padahal tak ada warga kulit hitam di dekat dia. Menyesal sangat teman saya. Memang kena tegur langsung oleh Allah

    ReplyDelete
  15. Kawan2 Faa yang dah pegi umrah pun guna pakej Andalusia. Depa kata bagus servis tiptop dalam menjaga jemaah. One day Faa akan amik juga dengan Andalusia.

    ReplyDelete
  16. Betul tu.. Mmg kata2 kena jaga... Alhamdulillah lps terpisah tu bertemu kembali

    ReplyDelete
  17. Nak ke Taif memang kena buat Tawaf Wada kan.

    ReplyDelete
  18. Alhamdulillah, tahniah sebab berjaya menyempurnakan ibadah umrah dengan lancar. Momen Tawaf Wada' memang sentiasa tinggalkan kerinduan yang mendalam kat Tanah Suci. Terima kasih kongsikan kenangan yang sangat indah dan penuh keberkatan ni. Moga segala doa dan hajat dimakbulkan Allah SWT.

    ReplyDelete
  19. Kena jaga betul-betul semuanya walaupun kadang-kadang kita tercakap benda biasa aje kan

    ReplyDelete
  20. Saya pun terkena atas perbuatan sendiri ketika solat di Masjidil Haram. Di hadapan saya ada jemaah angkat kepala dari rukuk sebelum imam. Dalam hati teringat makmum tak boleh mendahului imam. Siap teringat hadis nabi. Tak pasal-pasal saya sendiri terlupa tahiyat awal, terus bangun untuk rakaat ketika. Ya Allah. Terus insaf!

    ReplyDelete

Nak komen apa? silakan~