17 Sept 2025

Spring Raya : Tiananmen Square

 

Sambungan dari --> Beijing Olympic Park

5 April 2025

Memasuki hari ke-4 di Beijing, kita akan pergi dekat one of national symbol dia, iaitu Tiananmen Square. Cara nak ke sini, boleh turun di Stesen Tiananmen East atau Tiananmen West dengan menaiki metro line 1. Boleh juga turun di Qianmen Station.

Memang semua tourist place di Beijing ni kena scan barang, scan body bagai kan. Tapi pemeriksaan keselamatan kat sini, tersangatlah ketat ya. Dia akan check sedetail-detailnya sampaikan line untuk beratur tu jadi panjang. Kami bawak ground sheet (tikar camping) pun, habis dibukaknya sebab diorang ingatkan benda tu adalah banner untuk pemberontakan. Maklumla tikar aku tu warna hitam.. Tak pasal-pasal disalah erti, haha.

Ok kita cerita sikitlah kenapa tempat ni ketat sangat kawalannya.

Tiananmen Square yang terletak di tengah-tengah bandar Beijing ni, merupakan simbol negara China. Ia meliputi 440,000 meter persegi dan berdiri sebagai salah satu dataran awam terbesar di dunia. Dataran ini menjadi tempat beberapa peristiwa penting dalam sejarah China, termasuk pengisytiharan Republik Rakyat China pada tahun 1949.

Banyak detik-detik penting dalam sejarah China yang dibuat disini. Daripada upacara empayar kepada gerakan revolusioner dan perayaan kebangsaan. Dataran ni juga menampilkan Dewan Besar Rakyat, tempat dimana berlangsungnya pelbagai acara politik penting, dan Muzium Kebangsaan China.

Disebalik kemegahan simbol negara China, rupanya tempat ni pernah berlaku peristiwa berdarah pada tahun 1989, dimana rakyat yang berdemonstrasi pada waktu tu dibun** beramai-ramai

Mengikut pembacaan aku oleh pak Wiki, protest ni dicetuskan selepas pemimpin Chinese Communist Party(CCP) merangkap pro-demokrasi depa ni meninggal. Rakyat jadi risau pasal inflasi, rasuah, kemiskinan dan masalah pengganguran. Walaupun CCP dah laksanakan pelbagai reformasi, tapi masih tak cukup untuk mengatasi masalah tersebut.

Dewan Besar Rakyat. Uuu ada bintang 3

Bila dah takde cara untuk berdamai antara kedua belah pihak, dia seru semua batallion tentera untuk 'usir' peserta yang berdemo ni. Kemudian berlakulah pertumpahan darah. Kerajaan diorang kata angka kematian adalah 300 lebih, tapi sebenarnya dah mencecah ribuan orang, kerana mereka sendiri tak dedahkan angka rasmi pada waktu tu sebab taknak orang luar tahu. Semacam nak erase sejarah jugalah.

Peristiwa ni menjadi topik yang sensitif bagi PRC dan hingga kini, mereka masih tak mengakui ataupun memohon maaf atas apa yang berlaku. 

Aku wonder siapalah pakcik kat gambar tu.. Itulah Mao Zedong, the first chairman of the People's Republic of China

Tau tak benda apa yang kelakar? Rupanya Tiananmen Square ni bersambung dengan Forbidden City. Kalau tahu, masa hari kedua tu kita sekalikan je Tiananmen dengan Forbidden City ni sekaligus tau! Buat penat je datang hari berasingan sebab dekat Tiananmen ni takde apa-apa sangat pun selain nak bergambar buat syarat, haha!

Korang boleh baca cerita Forbidden City dekat entry ni --> Melawat Forbidden City

Monument to the People's Heroes

Tuga pahlawan ni dibina pada tahun 1952 di tengah-tengah dataran Tiananmen. Ia merupakan the first large scale memorial built in China bagi memperingati jasa pahlawan yang terkorban. Ukiran tulisan tu bertulis 'The People's Heroes are Immortal" oleh Mao Zedong.


Dari tugu pahlawan ni, aku nampak something yang cantik. Dari jauh macam bunga jee, mesti lawa bila ambil gambar. Bila tengok dari dekat, larhh rupanya kayu yang dah dispray berwarna-warni! Kreatifnya lahaii.

nampak macam bunga kan?!
tapi sebenarnya kayu!
Mao Zedong Memorial Hall
China National Museum

Tak sampai sejam pun melawat Tiananmen ni. Padahal nak beratur masuk tadi punyalah lama. Tapi okaylah asal dah ada gambar kan. Masa otw balik tu, aku tengok barisan beratur masih lagi ramai orang. Memang tempat ni tak pernah lekang dari visitors, especially dari rakyat diorang sendiri.

view Tiananmen dari seberang jalan

Pastu sajalah nak share, kat China ni kan terkenal dengan tandas yang takde pintu, atau tandas open yang boleh borak dengan orang sebelah kan. Kat Tiananmen ni kitorang jumpa cubicle toilet yang aku rasa agak decent sikitlah walaupun tak bertutup habis.

Kebahagian tandas awam kat sini adalah bila jumpa toilet yang sempurna, ataupun toilet yang ada partition tinggi camni. Kalau jumpa toilet tak bertutup tu, aku lebih sanggup kena batu karang daripada eyak kat situ, haha.

walaupun tandas ni tak cukup sifat, tapi bersih tau xD

Next, kita nak pergi cari masjid pulak. Akan bersambung di cerita seterusnya.

41 comments:

  1. Memang ketat betul pemeriksaan mereka ek. Jaga keselamatan negara.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul, sebab tempat ni pernah orang ramai buat pemberontakan. diorang taknak perkara berulang lagi

      Delete
  2. Kiranya tak lengkaplah visit Beijing kalau tak bergambar di Tiananmen Square tu ya.
    Tandas tak cukup sifat tapi bersih dah bagus sangat.. yang takde pintu tu pernah baca. Ada yang tutup dengan payung.

    ReplyDelete
    Replies
    1. bagi saya, kalau nak skip tiananmen ni pun boleh sebab macam takde apa2 sangat hahaha. better lagi pegi summer palace

      Delete
  3. Ketat sungguh kawalan keselamatannya ye Mazni. Semua hendak diperiksa.
    Kak Amie dulu pun kena sewaktu nak masuk kawasan Taj Mahal, habis beg tangan kena selongkar. Tak boleh bawa masuk pen dan buku nota. Di Airport Srinagar lagi teryk, disuruhnya buka brooch yang kita pakai. Kak Amie buka dari tudung, yang dalam handbag pun Kak Amie serah kepada petugas di situ.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sini memang ketat nak masuk. banyak askar berlegar2 kat kawasan tu.
      uihh dahsyat smpaikan brooch pun kena tanggal. habis bersepah tudung yg kita pakai

      Delete
  4. ketat btul pemeriksaan tu ye....oh rupanya Tiananmen Square ni bersambung dengan Forbidden City..kalo tk..bole trus pegi ari yg sama ye hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. lebih elok kalau sekalikan lawatan tu dalam hari yg sama xD takdela buang masa sangat nak commute kesana haha

      Delete
  5. Tiannamen Square ni mmg tourist spot la kan... Sbb tu security pun ketat
    Maknanya kayu² tu dicat pelbagai warna ye? Then susun² atas jalan gitu? Menarik juga, tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah. antara tourist spot femes kat beijing :D
      tulah, tak terfikir buat dri kayu. dari jauh nampak macam bunga jee

      Delete
  6. Penat juga beratur nak masuk ke square tu. Mesti berdebor-debor masa deme check barang kita.

    ReplyDelete
  7. Menarik perkongsian..travel di China yang sangat menarik..terima kasih perkongsian ini..blog sebagai kenangan..

    ReplyDelete
  8. Kreatif sungguh ya…kayu berwarna dibuatnya jadi macam bunga 😁

    Mujurlah akak tak jumpa tandas open masa ke China, seram 😂

    ReplyDelete
    Replies
    1. kita dah excited dah sebab nampak macam bunga bunga. sekali kayu daa

      Delete
  9. Cantiknya gambar2 Mazni ni. Terpukau tengok. Kawasan yang ada kayu2 berwarna tu pun cantik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih kak ezna. campur2 gambar dari DSLR dan gambar phone :D

      Delete
  10. nampaknya saya perlu baca dari mula..barulah seronok nak tahu kisah pengembaraan ini dari satu episod ke episod yang lain

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh klik pada menu tab travel di bahagian atas :D saya dah compile kan semua cerita beijing di situ

      Delete
  11. Jenuh tu nak beratur check satu persatu setiap orang. Diaorang ni strict patut lebih berdisiplin. Tapi bila datang negara orang perangai masing-masing macam hilang sifat kemanusiaan. Lahhh bersambung tempatnya dengan Forbidden City. Kalau tahu terus sekalikan je hari yang sama. Jimat masa. Tapi takpelah dah ikut jadual begitu, kita pun tak tahu. Dapat singgah kejap tanda hadir okaylah tu, dapat juga pengalamannya. Dah jalan-jalan kita enjoy je lah kan.
    Aduh part toilet kalau sampai boleh bersembang tu najis pun segan nak keluar. hahaha..memang legalah kalau jumpa toilet ada partition ni, baru rasa selesa dan selamat nak membuang pun kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebenarnya masa beratur tu, ada je kelibat manusia2 yg nak potong barisan. meluat jugaklah kita hahaha. itulah, tak check betul2 rupanya tiananmen ni bersambung dengan forbidden city, aduiii.
      saya ada jumpa toilet dengan 3 lubang, tapi langsung takde apa2 partition. boleh eye to eye dgn orang sebelah ye hahaha. tu nanti kita cerita kat entry lain xD

      Delete
    2. Yang jenis gelabah tu memang annoying. Pernah hadap masa pergi KLCC haritu, tourist dari mainland. Perati je perangai mereka ni.
      Aduh, tak dapat bayangkan macamana dorang boleh melepas kalau semua occupied. hahaha...

      Delete
  12. Replies
    1. macamni kira okay lagi uncle. nanti next2 entry saya tunjuk yg paling hebat!

      Delete
  13. yelaaaa... ingatkan bunga-bungaan rupanya serpihan kayu
    kreatif betul diorang...
    kira go green ke macam mana ni? hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kreatif kan 😁 kalau pakai bunga pun masih go green jugak kan? Yg tak green tu pakai plastik 😛

      Delete
  14. tiba-tiba rasa curious pula bila cakap tandas kat situ bersih...
    hehehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha yang ni bersih sebab baru lepas cuci tau :p
      at least tak bau hancing

      Delete
  15. Mazniiii, ya Allah saya auto tergelak laaah baca part terkena batu karang 🤣🤣🤣🤣

    Samaaaa, saya pun lebih ikhlas menahan pipis drpd harus buang air di tempat terbuka 😂😂.tak nak kluar pipis dan poop yg ada 🤣

    Baca ttg kerusuhan yg terjadi, macam Dejavu lah.. jadi ingat kerusuhan jakarta 98, rakyat demo, ditembak polisi, sampai jatuh korban.

    Trus sekarang part itu nak ditulis ulang dalam buku sejarah. Dihapus samasekali 😅. Memang Indonesia govt ini bab merekayasa sejarah paling jago ..

    Teringin kesana lagi. THN depan saya memang plan ke China, tp ke kota Harbin. Cuma via Beijing. Semoga sempat main2 dulu di Beijing

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak sanggup kakk! Tak boleh keluar najisnya kalau tandas open gitu. Malu diliat orang 🤣🤣

      Saya pernah dengar pasal rusuhan jakarta tu. Teruk jugak kan? Bila kerajaan nak erase sejarah tu, nampak sangatlah perangai mereka tu keji.. kasihan pada korban

      Wahh turun di beijing, lepastu naik train ya kak? Seronoknya!

      Delete
  16. mcm2 pengalaman bila travel ke negara org! priceless experience sgt!

    ReplyDelete
    Replies
    1. dapat kenal sejarah dan culture suatu negara tu!

      Delete
  17. Bila baca pasal peristiwa berdarah di Tiananmen Square ni memang sayat hati. Lebih kurang sama kisahnya macam Gwanju Rising, Korea Selatan. Kedua-dua tragedi ni extra sedih sebab ianya melibatkan tentera/polis negara sendiri VS rakyat tempatan yang kebanyakannya tidak bersenjata pun. Ada 1 gambar peristiwa di Tiananmen Square yang lekat dengan minda KSarie sampai sekarang. Gambar seorang pemuda berdiri depan sebuah kereta kebal. KSarie sejak tua ni baca pasal sejarah memanf cepat naw bergenang air mata. Tak hipster sungguh😅

    ReplyDelete
    Replies
    1. sedih kan bila kerajaan sanggup tembak rakyat sendiri kan. semoga kejadian macamni tak berulang lagi. gambar lelaki baju putih tu iconic betul kan

      Delete
  18. kena bawa air masak siap-siap.
    dah masuk, kenalah take photo tanda hadiiir.
    terima kasih bawa kita jenjalan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kitorg mmng bawak portable bidet tu pegi mana2

      Delete
  19. Sejarah nya menyedihkan...beratur lama tu dh buang masa ye tak..akak pi china kena bawak botol air...hahahha...nak masuk toilet je bawak botol air..depa ada yg tandas xde bidet...

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang semua tandasnya takde bidet. tak silap saya kat airport haritu pun takde jugak huhu

      Delete
  20. Ramainya pengunjung. Kenapa tandasnya pendek? Ada sebab ke design macam tu? 😲

    ReplyDelete
    Replies
    1. Style tandas kat china memang jenis tak berpintu. Paling worst kalau jumpa tandas yg langsung takde cubicle. Yg ni kira proper dah tau

      Delete

Nak komen apa? silakan~