Assalamualaikum
Sambungan entry daripada --> Forbidden City
Selepas melawat Forbidden City, kami balik semula ke hotel untuk makan dan rehat. Bila penginapan dah duduk dekat dengan main station, jadi tak kisah nak ulang alik ke hotel.
Kebetulan ada restoran halal berdekatan dengan hotel kami, lebih kurang 5 minit berjalan kaki. Lepas makan bolehlah balik bilik sekejap untuk rehat. Bila travel bawak warga emas ni memang perlu utamakan mak yang tak larat nak berjalan seharian. Lagi-lagi kita pula travel DIY yang banyak naik public transport nak kemana-mana.
![]() |
tangga tinggi camni takde escalator cokkk |
Apa yang aku perasan di station metro Beijing ni, tidak semua tempatnya ada escalator. Ada some station yang perlu turun naik tangga yang agak tinggi, which is pada aku sangat tak mesra oku atau warga emas. Mungkin escalator atau lift tu ada, tapi di pintu lain dimana jauh dari pintu yang kami jumpa ni.
Lain dengan station metro masa aku ke Taiwan tahun 2024, sentiasa ada escalator di setiap metro station tak kisahlah sama ada tangga tu tinggi atau rendah. Haiyoo Beijing banyak tangga dan sangat banyak berjalan ya. Makanya persiapkanlah kaki anda!
![]() |
Jumpa dengan random pokok otw balik ke hotel |
![]() |
signboard restoran dari luar. Aku cuma ada gambar restoran ni waktu malam je |
![]() |
porsi nasi membunuh (sebab banyak) |
look how big the portion! |
![]() |
la mian beef noodles |
Harganya standard, sepinggan nasi tu dalam belas-belas ringgit sama juga dengan mi tarik. Kami kalau taktahu nak makan mana, pergi restoran ni je sebab dekat dengan hotel dan affordable. Cuma disini susah bab nak komunikasi jela disebabkan pekerjanya semua tak boleh berbahasa english. Time nak order tu tunjuk gambar makanan jela kat waiter.
Cakap pasal komunikasi, korang wajib download chinese translator jika ke China. Aku macam tak suggest guna google translate sebab translationnya macam tak accurate je.
![]() |
antara apps yang aku download sebelum ke Beijing |
Selain tu, wajib ada apps alipay atau tng e-wallet, wechat (jika nak contact dengan agent) dan Amap (macam google maps tapi version china). Kebanyakkan makanan, entrance fee dan shopping memang sepenuhnya menggunakan TNG e-wallet je. Kami langsung tak bawak duit cash sepanjang di sana, haha tawakal sungguh dengan mengharapkan wifi 100% tauu.
Lepas makan tu, balik hotel untuk solat dan rehat, lepastu keluar semula dari hotel untuk sambung berjalan. Akan bersambung di next entry!
![]() |
main station di Beijing yang boleh menghubungkan line hingga ke serata province |
Patut makanan dia portion besar. Supaya banyak berjalan di stesen tren, naik dan turun tangga.
ReplyDeleteagaknya begitulah.. baru nak kurus duduk cina ni, sekali makanan dia pulak banyak benarr
DeleteBetul....kalau kat sana kawan saya cakap mereka tak guna aplikasi WhatsApp kan... Lepas tu pembayaran memang guna touch n go.
ReplyDeletemereka guna wechat. kat sana nak buka social media ig fb pun tak boleh. kena pakai roaming atau vpn
Deletebest sangat bayar guna TNG tu sebab dia akan convert kan terus dengan duit RM setiap kali payment. senang nak track perbelanjaan kat sana :D
Betul tu, saya dah tengok cara kerja touch n go boleh terus convert.
DeletePokok tu pulak cakap.... "Jumpa dengan randon tourist..."
ReplyDeletehehehe
Aduh uncle ni, ye tak ye jugak kan.. tergelak saya 🤣
DeleteTentang escalator yang jumlahnya sedikit, mungkin kah disengaja oleh pemerintah disana, Mbak?
ReplyDeleteMungkin pemerintah agak memaksan agar warga negaranya rajin jalan kaki agar tubuhnya sehat.
Diperhatikan porsi makanan nya memang banyak ya Mbak. Mungkin orang disana porsi makannya memang banyak begitu ya?
Salam,
Saya pun rasa begitu pak asa, mereka nak rakyatnya lebih banyak berjalan kaki. Orang2 tua di sana pun berjalan laju juga
DeleteMemang banyak. Kami terpaksa bungkus sebab tak mampu habiskan
Tingginya tangga! Time turun okay lagi, nak naik karang jenuh :(
ReplyDeleteAkk ingat orang china makan small portion. Sbb selalu nampak mangkuk kecik² kan bila diorang makan bubur nasi ..
Memang dah jumpa tangga tinggi masa naik pun kakk. Kitorang kena papah mak dari belakang, suruh mak naik slow2 je.
DeleteBila makan restoran cina kat malaysia ni portionnya okay utk sorang makan. Pergi sana, pekedai bagi nasi macam kitorang tak makan seminggu. Hahaha
Wujud lagi ek wechat tu.
ReplyDeleteWujudd! Kat sana memang guna wechat as whatsapp. Nak bayar pakai wechat pay pun boleh
Deleteteringat makan mee tarik dkt pasar seni.. portion dia besar gila.. first time pergi situ sampai tak habis makan.. haha tak sangka chinese people ni makan banyak..
ReplyDeleteMi tarik pasar seni tu sedapp! Banyak, tapi saya boleh makan sorang ehekk :p
DeletePadahal badan diorang ni kecik2 je, tapi makanan besarr
wajib pakai aplikasi wechat dan ewallet tng ya
ReplyDeletehebat sekali ya di sana bisa menertibkan dan semuanya harus pakai aplikasi yang mereka buat hehe
Betul, mereka tak suka guna aplikasi dari barat. Barat ada chatgpt, china ada deepseek
DeleteAlamak, susahlah macam tu tak ada kemudahan escalator. Kena stamina kuat ni sebab banyak berjalan sana sini. okay sangatlah tu hotel dekat je dengan main station senang nak berjalan ke mana-mana. Mudah jugalah nak cari makanan halal kat sini. Mak aihh porsi dia besar betul. Kalau saya memang tak habis. Susah jugak tu tak boleh berkomunikasi in english. Macam ayam dengan itik bercakap gitu. Tapi nasib baiklah ada apps tu kan. Kiranya membantu jugalah. Cantiklah bangunan main station dia macam bangunan bersejarah gitu.
ReplyDeleteBeijing ni memang best, tapi spoil part takde escalator kat certain metro station. Kita ni kesiankan mak je huhu
DeleteMasa tempah hotel ni taktahu pun ada restoran halal berdekatan, kira jackpot jugak ni hehe
2 kali pergi negara yg cakap mandarin, mmng fedap bab communication ni xD
portion mknn situ byk sbb org sana mkn byk kot... hehehe
ReplyDeleteNampaknya begitulah, hehe
Deletepart big portion tu--sama mcm kat hanoi..sepinggan nasi goreng memang sgtlah byk!!!
ReplyDeleteHanoi pun mmg dekat jugak dgn china kan. Pengaruh nasi banyak tu dibawa smpai ke vietnam ye hahaha
DeleteMasa ke Beijing dulu, ikut tour dengan orang2 Cina. Pastu dalam bas nak cakap pun mereka cakap cina. Payah juga tak ada cakap English. Kami pergi Great Wall, perkampungan Cina yg dibuat movie kat situ dan tempat jade. Kat tempat jade, ada orang hadiahkan Dania rantai jade. Dania seorang je kanak2 masa tu. Masa tu umur 5 tahun.
ReplyDeleteCantik pokok tu ya.....masa kami pergi time winter dan keluar je flight pilot kata -17 darjah celcius.
Tapi pengalaman di Beijing kami ada yang tak best bila kena turun kat entah mana2 tempat oleh teksi sana. Orang kat sana time tu la (tak sure sekarang ni sama ke tak)....suka sangat meludah. Geli betul....takut nak tengok atas jalan.
Memang tour guide tu langsung tak cakap english ke? Macam mana tourist macam kita ni nak faham cerita.. adess
DeleteSaya tak pergi pulak tempat jade tu, mesti cantik perhiasannya!
Yang meludah tu sampai sekarang still ada. Kat airport siap disediakan tong sampah khas utk meludah. Tu macam pemandangan biasa sepanjang kat sana 🤣🤣
Larrrr meludah sampai la ni?. Memang budaya mereka agaknya....kat stesyen keretapi kat lantai pun ada. Kalau jalan tu takut nak tengok bawah....haha. Tour yang memang ambik kat sana tu. Bukan dari malaysia....dia panggil Badaling Badaling....Mutianyu Mutianyu maknanya tour ke Great Wall ada 2 laluan tu 1. Badaling dan 1 lagi di Mutianyu. Kami ikut Badaling. Dalam bas ada satu atuk cina dok mengikut hubby dan Dania. Dia berkenan dengan Dania. Rindu cucu agaknya. Pastu dia cakap cina. Haha. Adehhhh kelakar sungguh. Penerangan semua dalam bahasa cina.
Deletesaya pergi mutianyu great wall. terletak beg kat lantai pastu abang saya cakap jijik sebab lantai tu mesti dah kena ludah2 orang. cepat2 angkat balik beg tu xD
Deletemesti atuk tu nak sembang2 dengan dania, tapi dianya cakap bahasa cina aje hehe
betul2, ada belajar dorang kat sana mmg pior guna Chinese Language and fully use e-wallet bagai.
ReplyDeletecantik2 gambarnya.
Diorang sangat martabatkan bahasa mereka. Sampaikan dengan tourist pun dia bantai ke cakap mandarin, ha memang kita ni faham pun apa dia cakap. 🤣
Deletemasyallah cantiknya bunga tu...sakura kan tu? bila travel DIY, senang nak plan, ikut suka hati kita nak buat plan mcm-mcm...💗
ReplyDeleteYang tu peach blossom 😁
DeleteTravel DIY tak terikat dgn masa sangat, boleh santai2 je
Restoran lokal China semua aksara Cina kan, memang tak tau kita nak baca nama restoran.
ReplyDeleteAkak buat entri China pun terpaksa tulis refer nama tempat je 😄
Betul la Mazni, kalau guna Google Translate tak tepat translation. Ada yang betul, ada yang jadi pelik je maksudnya 😄
Haha itulah, everytime nak baca apa2 signboard kena translate, leceh sikitlaa
DeleteSebab pakai google translate la kitorang bercakap bahasa ayam itik dengan pakcik teksi kat taiwan tahun lepas hahaha
Kenapa terasa macam nak kena pi kedai chinese muslim untuk makan mee tarik lepas baca post ni. Banyak info Mazni share dalam post ni. Boleh KSarie rujuk bila nak pi China 1 hari nanti
ReplyDeleteItu petanda memang kena makan mee tarik tu!
DeleteThanks for sharing Mazni. Memang nampak banyak portion satu menu tu. Ohh Beijing Station banyak anak tangga ya.
ReplyDeletePerut orang sini besar2 agaknya hehe. Banyak tangga di station tu normal, tapi jadi tak normal bila tangga yg tinggi pun takde escalator :')
Deletela mian beef noodles nampak sedap gurih, dan railway station juga nampak moden tetapi juga traditional. memang terbaik di china ni, semua teknologi macam mandiri, tak bergantung pihak asing. semoga aku boleh pergi ke china satu hari nanti.
ReplyDeleteKan, china tak mengharapkan negara luar untuk maju. Apps, pembuatan barangan mahupun transportasi dan bangunan yang moden semuanya dari sana 😁 semoga mas bisa kesana juga nanti!
Deleteportion banyak pastu pegi ke mana-mana semua kena jln kaki bakar kalori kan ehehe
ReplyDeleteItulah pasall 🤣 dah melantak banyak sangat kan, bakar baliklah haha!
Deletecantik gmbr dkt pokok tu...tringt dlu time travel beijing..bab makan dia mcm tk berasa sgt..nasibaik ada akak opis bawa sambal ikan bilis br la nikmat skit hehe
ReplyDeleteKalau saya suka makanan cina, so tak boring sangat dgn makanan kat sana. Cuma kalau ambil mi sup tu plain sikitla, wajib letak chili oil dia
DeleteTeringin pula nak ke Beijing, nampak bersih dan kemas bandarnya. Nasi goreng tu macam nasi goreng cina di sini, ingat tipu-tipu sahaja huhu. Pernah sampai Sanya, Hainan sahaja di negara besar China. Katanya diorang haramkan guna tulisan Arab, itu yang logo halalnya pelik sikit, kena pakai Google Lens untuk kenal pasti. Apa pun populasi Islam sedang meningkat banyak di China.
ReplyDeletenasi goreng cinanya lebih kurang sama macam di malaysia. tapi nasi goreng kat kedai ni mcm letak minyak bijan sikit, sedap bagi saya. haah kat sana memang tak boleh pakai tulisan arab kat signboard, sebab tu logo halalnya dibaca as Qingzhen.
Deletepopulasi muslim di sana memang ramai. kat beijing ni tak susah utk jumpa komuniti muslim
Agak bingung juga ya kalo mau cari menu yang halal, tapi ada mungkin gak banyak, porsinya itu banyak sekali, bisa hemat 🤭, cantik foto yang berlatar bunga itu
ReplyDeletedi beijing banyak je makanan halal kak. ada halal roasted duck juga tapi saya yang tak berkesempatan pergi huhu
Deletemasa kami datang bunganya sedang elok berkembang :D
turun ok lagi. kalau naik tanpa eskalator tu plus bawa luggage berat mau ada yg pengsan atas tangga tu hehehehe
ReplyDeletekat metro station tiananmen ada jumpa tangga tinggi macamni jugak, tapi kami kena naik hahaha. jenuh!
Deletealamakkkk beef noodle tuuuuu i can'ttttttttttttttttttttttttttttttt
ReplyDeletenasib baik kat malaysia banyak beef noodle cina ni, bolehlah buat hilang kempunan :p
DeleteTp restoran mereka tak masalah kalau kita pesan 1 untuk sharing kan? Sebab macam di Korsel, tak boleh. Harus pesan 1 masing2, padahal porsi juga banyak.
ReplyDeleteSegalanya dah digital kalo di China ini kan. Saya pun dah baca tak bisa pakai cash kebanyakan. Memang hrs install aplikasi pembayaran mereka juga. Di Taiwan begitu juga ya kak? Nak ke Taiwan akhir tahun ini
Takde masalah. Sebab saya ada makan mi tarik dan share 3 orang, mereka okay je. Oh saya dah lama tak pergi korea, macam tu pulak ya. Taknak rugilah tu orang pesan makanan sikit -___-
DeleteChina saya langsung tak bawa cash, sepenuhnya bayar guna tng ewallet dan alipay 😁 taiwan kami guna cash dan juga kad kredit, wise atau bigpay
tangga tu curam betul tengok nya... nampak lawa sungguh pokok tu dengan bunga-bunganya...
ReplyDeleteboleh share makanan tu ramai-ramai, melainkan betul2 lapar, memang tak sedar habis je
Mak saya turun tangga macam ketam dah.. masa datang ni tgh early spring, tapi lebat jugaklah bunga2 kt tepi jalan pun
DeleteTula, taktau pulak portionnya banyak segini. Kalau mee tu takde masalah makan sorang, yg nasi tu aduii.. nak pecah perut
Wah dah lama tak pi china. Last dulu pi Guangzhou shenzhen dan hongkong. Wechat tu memang femes ye. kalau tgk ciier cina selalu nampak dia guna wechat tu
ReplyDeleteSaya teringin nak pi guangzhou sebab nk borong silk!
DeleteWechat ni umpama whatsapp, penting sebagai alat utk komunikasi kat sana disebabkan whatsapp di ban di china
Kiranya di sana tidak guna mobile internet ya? Macam bayar secara talian nampaknya kena guna wi-fi di sana. Haha memang tawakal betul. Dibuatnya dia tak bagi wi-fi percuma memang naya.
ReplyDeleteKami sewa portable wifi dari malaysia. Sebab pakai wifi kat sana pun tk function, tetap tak boleh bukak apps2 ig whatsapp
DeleteNasi goreng ke tu? Menarik betul. Mungkin orang sana makan dalam portion yang banyak.
ReplyDeleteiya nasi goreng, sayur kobis2 sikit. sedapp
Delete