30 Jul 2025

Perihal bawa anak pergi hiking

 Assalamualaikum

Haritu aku pergi hiking di Gunung Datuk. Antara gunung favourite aku, entah dah berapa kali repeat. Pergi berdua dengan adik je sebab dia yang nak datang sini.

sebab kenapa suka datang sini, view cantik!

Masa naik tu okay je, ambil masa standard untuk sampai peak iaitu bawah 2 jam. Haritu aku naik gunung Datuk pakai sandal je sebab tertinggal stokin kat rumah. Lebih rela bersandal daripada pakai kasut tanpa stokin dalam keadaan kedua-dua belah ibu jari kaki tengah problem, haha.

ok cut the nonsense, ni bukan topik yang aku nak ceritakan.

So kisahnya, Pukul 10 am kami terus turun. Lagi 15 minit hampir sampai bawah tu nampak ibu dengan sorang anak perempuan ni berdua je tengah nak naik atas. Bagi aku macam lewat jugaklah hampir pukul 11 pagi baru nak mula naik.

Siapa yang pernah hiking gunung Datuk, mesti tahu trek dia masa awal-awal tu agak mencanak dan berbatu sampai kena naik guna tali kan? Kami yang tengah turun ni memang kena berhati-hati lah.

Okay berbalik pada ibu dan anak tadi,

Anak dia tu macam tak larat tau so dia mengomel lah suara macam nak menangis. Umur pun aku tengok macam 8-10 tahun gitu kot. So normal lah budak-budak penat dan meragam lagi-lagi bila nampak bukit pacak yang berbatu kat depan mata. Kuss semangat ko dik.

macam nilah treknya

Tapi kata-kata mak dia tu buat kitorang macam tergamam jap.. Ayat dia,

"Eh engkau ni apa masalah eh?"

"Kenapa kau ni macam ni? Kenapa buat perangai ni?"

Masa tu ada lebih kurang 8 orang yang tengah otw turun termasuk kami. Kitorang lah saksi tengok mak yang garang tu tengah marah anak dia. Kuat pulak tu, rasa macam kena marah sekali pulak, huhu. Semua orang kat situ diam je..

Selama aku hiking ni, banyak je ibu bapa yang bawa anak-anak kecik. Selalu tengok parents bagi semangat kalau anak tu tak larat. Ada jugak yang rajin melayan soalan dan telatah anak dan aku rasa benda tu comel sangat.

Ni first time aku jumpa parents yang marah kat anak bila tengah hiking. Agak kesian kat budak tu.. Kitorang pun takdelah tegur ke apa cuz you know kan, some parents ada ego yang kita takleh tegur.. Nanti dikatanya ni anak aku, bukan anak kau. ha sudahh.

Tapi aku rasa tak patut mak nya cakap kat anak macam tu. Budak tu pun kecik lagi. Kita yang pilih nak ajak dia hiking kat gunung (which is trail dia lebih susah berbanding naik bukit santai), kena fahamlah yang budak akan meragam dan penat. Kalau tau nak marah-marah, kenapa dibawanya anak tu pergi hiking?

Aku sebenarnya suka je tengok parents yang bawak anak pergi buat aktiviti outdoor camni. Selain pupuk minat untuk beriadah, dia juga ajar anak untuk lebih dekat dengan alam. So dari kecik nilah kena support diorang dan bagi galakan. Mana tau nanti dah besar terus panjat gunung everest pulak ke asbab dari dorongan mak ayah dia sejak kecik.

Nak tegas tu boleh je, tapi marah-marah sampai orang lain tengok tu macam boleh jatuhkan air muka anak je. Dah tak pasal-pasal orang yang tengok kejadian tu tengah judge parenting style kamu.

Pendapat korang? Ke sebenarnya benda ni biasa je, tapi aku yang hati tisu bila tengok budak tu kena marah? haha

38 comments:

  1. kadang tak boleh nak judge lebih2 sebab kita bukan duduk dekat kasut dia. hehehe mana tahu mak tu biasa bawa anak tu pergi hiking.. tetiba kali ni dia buat perangai.. ahh sudahh

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau dah bawak gunung, ni mesti dah biasa hiking. cuma saya jelah kesian tengok dia kena marah2 gitu sebab kita faham budak kannn mestilah penat ke apa

      Delete
  2. Pendapatnya tak patut. Dah la mak tu ajak anak, lepas tu marah pulak anak. Kalau Cie nak pi fun run, anak nak ikut kalau merungut penat siap sebab bukan ibu ajak. Hihi. Bebel jela slow2 tepi telinga anak. Segan la nak marah2 depan orang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yang tu kita boleh cakap "ibu tak ajak tapi awak yg nak ikut, pastu bising penat" xD

      Delete
  3. Tak suka betul parents yg marah anak guna perkataan “kau”

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya tergamam sebab tula. macam kasar sikit bunyinya huhu

      Delete
  4. lama tak daki gunung...last dulu Taufik daki kat Gunung Angsi Ulu Bendul N9 masa bujang...

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya ni kalau tak gunung datuk, pergi gunung angsi je. 2 ni je senang nak naik

      Delete
  5. Kesiannya budak tu..nasib la dpt mak garang...children cannot choose their parents

    ReplyDelete
    Replies
    1. udah letih pastu kena marah pulak. tabahlah dik huhu

      Delete
  6. Kesiannya budak tu..nasib la dpt mak garang...children cannot choose their parents

    ReplyDelete
    Replies
    1. garang tu biasa.. tapi kalau marah2 depan orang lalu lalang dan bahasakan anak sebagai 'kau' tu macam tak sedap bunyinya huhu

      Delete
  7. perghhhh mencanak gitu. Kesian anak tu dah le kena paksa lepas tu kena marah lah pulak. OOO mak garang kalau nak hiking pi jelah jangan paksa2 anak. Bab riadah bersama famili ni akak rasa biorlah santai-santai sambil mengeratkah ukhwah keluarga yang kadang jarang dapat bersama-sama disebabkan kesibukan masing-masing.

    ReplyDelete
    Replies
    1. baru start naik dah disambut dengan pacak camni. tarik nafas dalam2 duluuu
      betul tu. nak riadah takleh stress2. masa ni lah nak create bonding dengan family kan

      Delete
  8. Emm..mungkin mak dia geram sebab anak dia yang beriya nak ajak naik..tapi,kalau dah penat cmtu, baik patah balik je..kalau kak Linda lah..mak pun tak stress, anak pun berhenti merengek..anak² NIE memang ada perangai yang beriya nak buat something,bila kita dah bawak..tak buat pun..tu yg kdg2 boleh naik darah
    .hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks share another POV, boleh jadi jugak kan..
      untuk budak2 kecik dan kuat meragam ni elokla bawak hiking bukit-bukit biasa je dulu. biar dia tak terkejut sangat nampak trek mencanak haha

      Delete
  9. Akak pernah bawa si Sulaiman naik bukit, sampai separuh je, dia cakap tak larat. Turun la balik. Kang jadi apa² kita juga yang susah. Masa tu, sulaiman dah form 3 rasanya. Kalau nak marah² anak, baik tak yah naik gunung. Pi kedai makan, lebih happy. Hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau tiba-tiba anak pengsan, dah jadi satu hal pulak kan

      Delete
  10. mungkin mak tu pun ada masalah lain dalam kepala dia.. tengah serabut.. tetiba terlepas kat anak.. dah la penat nak hiking lagi.. just my 2 cents.. ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. kitorang yg lalu lalang pulak kesian tengok budak tu kena marah. adoilaa

      Delete
  11. kurang gemar nak dengar orang marah anak mcm tu, sepatutnya sebelum naik tu, dah ditarbiahkan anak tu kemungkinan yg bakal berlaku. anak yg betul2 semangat hendak pergi, dia kurang mengeluh berbanding anak yg diangkut paksa ikut sekali. daktiga begitula.
    pada saya, jika tak available hendak tinggalkan anak, maka lupakan jap nak naik gunung tu. jika hendak bawa juga, sabarlah dgn segala tindakan agar tidak menyesal. maafkan saya terpanjang bebel.

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pun fikir macam akak jugak. kalau nak bawa anak especially naik gunung yg agak susah bagi tahap kanak-kanak, memang kena sabar ikut langkah diorang

      Delete
  12. Kalau anak tu willing nak ikut dari awal takpelah. Tapi kalau mmg kena paksa, adoi kesian 😔

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah pasal. harap lepastu takde kena marah dah sampai berkau aku

      Delete
  13. Kalau anak-anak usia 8-10 tahun, bawaklah kemana sekali pun kalau mereka dah penat mereka akan meragam. sepatutnya mak tu bagilah air / berhenti sekejap bagi anak-anak tu rest. sedih rasa....mereka tu tak matang dan tak paham, nak pergi memang happy, tiba masa penat meragamlah mereka 😢😢

    ReplyDelete
    Replies
    1. setujuu. nama pun budak, memang kadang2 cepat meragam kalau penat

      Delete
  14. Kesiannya budak tu...daki gunung kot..bukit boleh tahan lagi....

    ReplyDelete
    Replies
    1. nak santai2 memang ke bukitlah citernya hehe

      Delete
  15. selamat mendaki gunung. kali terakhir mendaki thn 2022 lps. naik Bukit Keluang, Besut, Terengganu. Rasa letih yg amat. Syukurlah dpt naik dan dpt turun...

    ReplyDelete
    Replies
    1. wahh saya teringin nak pergi bulit keluang tu sebab cantik!

      Delete
  16. Tak dinafikan view Gunung Datuk ni sememangnya cantik. Tapi nak naik tu hazabedah betul ye. Pacak dan pacak betul. Mampu 2 kali je panjat datuk. Nak panjat lagi tak tahulah berdaya ke tidak. ini dah 7 bulan berehat hiking. Pewai of course. Tak membantu betul parents macam tu. Kesian kat anak. Dahlah tak berdaya, cakap pula macam tu. Bawa lah naik bukit ke apa kan. Zaman sekarang ni manusia jenis tak boleh ditegur. Ego melangit. Melawan. Lewat pulak tu naiknya. Memang tak suka perangai parents macam ni.
    Saya pernah jumpa tau hiker tu sorang je naik Gunung Angsi, berbadan besar juga nak naik pun kejap-kejap berhenti. Masa tu kami turun tengahari dah nak sampai bawah dah. Bayangkan kalau naik pun lambat, bila nak sampai. Nanti ambil masa lagi nak turun. Bahaya kalau dah petang petang baru nak turun. Kalau laju dan dah biasa takpe lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha yess gunung datuk ni awal2 lagi dah bagi salam pacak xD
      tula, selain naik lewat ni panas, takut nanti turun dah lewat. tapi kalau dah biasa naik dan tau anggaran masa takpela. saya tak suka naik lambat2 sebab bahangg

      Delete
  17. Selamat mendaki ..hati2 mybe ada pacat kah kan..cantik keindahan bukit

    ReplyDelete
  18. Tak boleh lah marah anak di depan banyak orang begitu. Dia akan malu 😔. Saya juga pernah ajak anak trekking di medan yg agak berat. Mereka marah juga, ngomel, tapi saya tak akan ikut marah, Krn saya tahu itu membuang tenaga lebih banyak.

    Biasanya malah saya diamkan saja, Krn saya tahu tipe anak saya, di saat mereka marah, tenaga mereka justru lebih laju untuk trekking 🤣🤣.

    Dan terbukti mereka duluan sampai saat itu.

    Terkadang jadi orang tua, belum tentu bijak. Merasa paling berkuasa terhadap anaknya. Ini yg biasanya malah buat anak2 jadi pemberontak. Tak mau patuh

    ReplyDelete
  19. Macam kasar je cakap engkau ni untuk anak....maaf mungkin cara akak lain la. Kalau itu yang diajar, bila mak tu tua...anak pula panggil macam tu....

    Mungkin dia bawa anak kecil tu sebab takde sape nak tengokkan kat rumah. Anak pun tantrum la dia...penat agaknya....tapi walaupun kecik, tetap la kena jaga airmuka anaknya takut malu kan....

    ReplyDelete
  20. Mestinya orang tua lebih bijak dalam mengajak anaknya, Mbak.
    Kalau sekiranya medannya tak berat, bolehlah mengajak anak. Tapi kalau medannya berat, ya jangan bawa anak-anak. Kasihan. Apalagi sampai anaknya dimarahi di area terbuka dan di lihat orang lain.

    Salam,

    ReplyDelete
  21. Kesian anak tu. Terfikir pula di kepala saya, mana tahu anaknya memang tak larat atau ada penyakit ke. Kan susah jadinya.

    ReplyDelete

Nak komen apa? silakan~