26 Jul 2025

Mokky's Pizza @ IOI City Mall

Assalamualaikum

Bulan lepas, adik aku ada ajak pergi makan Mokky's Pizza yang ada kat IOI. Aku pernah dengar pasal pizza ni dan ramai review sedap! Ia diasaskan oleh empat orang anak muda yang bermula dengan eksperimen membuat piza gaya New York di rumah semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Shahmi Shaharudin, atau lebih dikenali sebagai Mokky, adalah salah seorang pengasas yang mengilhamkan nama jenama tersebut. 


Nak makan kat dalam, tapi penuh! So terpaksa lah makan belah luar. Angin panas tak rilek betul, berpeluh-peluh aku. So kami pun tengok-tengoklah menu. Harganya standard untuk pizza kayu arang, dalam RM20-40 gitu.

Haa nah korang tilik tilik lah harga dia kat gambar bawah ni pastu judge lah mahal ke murah? haha


Kami order pizza saiz 12" satu, dan saiz 8" satu. Lepas dah sampai, pizza saiz 8" ni okay je sizenya. Dia taklah sekecik macam pizza personal yang kita selalu order kat pizza hut atau dominos tu. Bolehla sebab nak merasa sikit-sikit je punn.

beef pepperoni 12" - RM32
Golden Butter Chicken 8" - RM26

Review aku untuk kedua-dua pizza ni, okaylah sedap jugak. Untuk golden butter chicken ni antara best seller. Aku pun rasa pizza ni unik tapi... not into my liking sangatlah sebab rasa sedikit muak. Aku suka lagi beef pepperoni yang paling basic tu haha.

Mungkin taste aku suka pizza bersos merah kot. 

Standard makan pizza yang dibakar dengan kayu arang ni, masa makanan baru sampai tu berasap-asap ha mulut. Doh pun lembut gebu. Tapi bila dah sejuk jadi liat sikitlah nak mengunyah. Kalau rasa pizza tu pulak agak plain, diorang ada sediakan sos sabacco kunak sebagai penyeri kehangatan di lidah, sebab memang nak terbakar lidah aku makan sos tu ye. Pedasss!

Strawberry mango teapot - RM10

Adik aku order chocolate milkshake, tapi lupa pulak nak ambil gambar. Aku dengan kakngah share je teh ni feeling-felling macam kat London. Memang tak sedor diri dahlah tengah panas, pastu tadi makan pizza tu cicah dengan sos kunak yang maha pedas tu, minum pulak teh panas. Hahaha.

Tapi teh ni takde rasa manis pun. Aku taktaulah kita yang kena ambil gula kat kaunter ke, atau memang teh ni diminum dengan perisa semulajadi dia je? Adalah rasa sikit mango strawberry tu tapi tak kuat sangat. 

Overall, okay je makanan kat sini. Mungkin haritu pizza yang aku order tidak menepati citarasa sangat. Next time kena repeat pizza lain pulak, tapi ambil sos merah. Barulah ada rasa sikit.

18 comments:

  1. Pizza macam ni kalau kena gaya lagi sedap dari brand gah tu sebenarnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sekarang ramai orang buat pizza style kayu arang camni. masa datang sini pun ramai orang jugak kedainya sampai meja luar pun penuh. nampaknya owner restoran ni berjayalah hasilkan pizza yg orang suka :D

      Delete
  2. sedap nya pizza...dulu masa bujang selalu lepak sini belajar main ice kating

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya sampai sekarang tak main ice skating tu, haha. dahla duduk kat tengah2 alam, pastu kalau jatuh buat malu je xD

      Delete
  3. nampak sedap juga pizza pizza nyaa.

    ReplyDelete
  4. Kalau kedai ni kat luar, memang mahal. Tapi dalam IOI, gitu lah harga kebiasaannya. 😄

    ReplyDelete
    Replies
    1. harga dia sama utk setiap outlet rasanya. tpi sbb dalam mall, kita nampak harga standard jekan haha

      Delete
  5. Sama lah kita. Rasanya pizza sos merah lagi sedap kan.

    ReplyDelete
  6. Yg hitam2 atas golden Butter Chicken tu apa? Daun kari?

    ReplyDelete
    Replies
    1. iyaa daun kari. tapi kitorang tak makan :p

      Delete
  7. Replies
    1. sedap! kedai ni pun ada cawangan lain jugak :D

      Delete
  8. Yang golden butter chicken itu sangat mengundang selera, Mbak.
    Terlihat penuh juga dengan pengunjung ya...

    Salam,

    ReplyDelete
    Replies
    1. pak asa suka pizza bersos putih ya :D
      ya rame banget sampai perlu duduk di luar

      Delete
  9. Hebat juga tu restorennya sebab boleh tembus masuk IOI. Kalau pizzanya sedap menepati citarasa pasti orang akan datang semula.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, kalai dah masuk dalam mall besar tu kira berjaya dah 😁

      Delete

Nak komen apa? silakan~