19 Jul 2025

Hiking Gunung Nuang via Pangsun

 Assalamualaikum

Hari Sabtu last week (12/7/25), aku dengan kawan (Sahira) pergi hiking gunung Nuang yang terletak di Hulu Selangor. Kami ikut trip by Gerbang Explore (GEO) di Instagram.

Kalau korang jenis selalu hiking, mesti pernah dengar pasal Gunung Nuang ni. Ianya merupakan gunung yang terletak antara sempadan Selangor dan Pahang yang berketinggian 1,493 meter. Ada 2 jalan untuk mendaki Gunung Nuang ni. Trail yang mudah adalah naik via Janda Baik (7 km +- sehala) manakala yang susah melalui Pangsun (10 km +- sehala). 

groupchat dari awal ada berbelas-belas ahli, end up tinggal 6 peserta + 2 crew je 

Trip dengan Gerbang Explore ni memang ikut via Pangsun sahaja. Aku dah well aware yang treknya agak hazab, so.. let's give it a try. Untuk beginner, seeloknya ambil via Janda Baik lah sebab perjalanan lebih pendek dan tak susah.

Mula gerak dari entrance pukul 2.20 am. Pagi tu, ada lebih kurang 3-4 group je termasuk kami. So tentatifnya adalah daripada starting point ni, kita akan bergerak ke pintu rimba yang jauhnya 4.2 km, anggaran masa adalah 1 jam. 

only us in this pitch black hutans

Jalan awal-awal ni santai je, banyak mendatar. Kita panggil dia jalan balak jelah ye. Tapi letih jugak sebab kat sini je dah berjalan 4 km macam tak berkesudahan. Nanti sepanjang jalan tu, kita akan jumpa dengan 6 pondok. Time balik nanti confirm mental dok mengira pondok, bila nak sampaii.

Macam biasalah, aku dan Sahira antara yang terkebelakang sambil ditemani oleh sweeper kami, Mira. Yang 5 orang budak-budak laju tu dah jauh kedepan, tinggallah kami 3 gadis comel ni di belakang huhu. Bapak seram ok sebab Nuang ni banyak jugak cerita mistiknya. Tapi alhamdulillah, takde benda-benda pelik berlaku sepanjang trip ni.

stop kat pondok ke-4
MGP kami merangkap crew GEO (Atiq) tengah mengajar kat tengah-tengah hutan

Lepas dah menempuh jalan balak sejauh 4 km, akhirnya kami sampai di pintu rimba yakni pintu permulaan untuk melalui trek mencanak. Dari pintu rimba ni, kita akan ke Kem Lolo  yang jaraknya lebih kurang 2 km dan mengambil masa sekitar 40 minit perjalanan. Kat kem Lolo ni lah selalunya orang akan berkhemah sebab ada sungai dan tapaknya pun luas juga.

Disini juga merupakan last water point sebelum ke kem pacat, so kami ambil wudhu kat sini siap-siap.

rehat kat sini tak sampai 20 minit pun
inilah kem Lolo (gambar diambil masa otw turun)

Di sini kita perlu merentasi 5 sungai yang arusnya agak deras. Cuaca pulak gelap, makanya please mind your step. Sebab tahun 2024 ada pendaki mati di sungai ni kerana kepala air. Sangat bahaya jika cuaca hujan, memang tak boleh lalu sini tau. Kami ni syukur cuaca elok je.

Perjalanan dari Kem Lolo nak ke kem Pacat ni cuma 2.3 km saja, tapi aku dan Sahira ambil masa 2 jam untuk sampai sini. Dia punya mencanak naik tu buat aku nak marah sebab langsung takde landai. Sepanjang naik ke Kem Pacat ni memang aku pancit teruk lah sampai dah buwek buwek rasa nak termuntah sebab penat sangatt! 

Lagi mental bila dah tak nampak cahaya headlamp diorang yang ada kat depan tu, so kami taktau berapa jauh lagi kena menapak. At last, berhenti sekejap untuk solat subuh dekat tengah-tengah jalan ni. Rupanya dari tempat kitorang solat tu, naik atas sikit dalam 10 minit dah sampai Kem Pacat! 

Patutlah tak nampak cahaya headlamp diorang, rupanya semua tengah sedap membuta, lol!

suasana hutan yang misty dan mistik

Elok kami sampai di Kem Pacat ni, ingatnya nak tidurlah dalam setengah jam. Tiba-tiba hujan lebat pulak.. Berbungkus lah aku dengan raincoat tu. Bila hujan dah reda sikit, crew dah seru untuk gerak ke puncak pulak.

Huaa aku tak sempat nak tidoq tau tak? Mak letihhh!

inilah pacatnya. Pacat biru yang comel tapi takdak sebelah tangan. Euw puji diri sendiri!

Disebabkan cuaca baru lepas hujan dan berkabus, perjalanan menuju ke puncak ni terasa sejuk sangat. Cuaca macam nilah yang kita mahu untuk mendaki! 

Oh sebelum terlupa, puncak yang kitorang nak tuju ni adalah Puncak Pengasih a.k.a puncak tipu. Walaupun cuma 2km je, tapi trailnya sangat hazabb. Semakin curam, berakar dan berbatu which is aku sangat benci trail sebegini.

akar-akar cari gaduh
batu-batu ni pun ajak gaduh
supo jerangkung dah masing-masing panjat akar kayu ni
muka Sahira macam nak caruts, haha
when i said trail dia teruk, macam nilah rupanya

Setelah hampir sejam setengah naik, kami tiba di Puncak Pengasih. Kat sini hutannya bermossy sebab suhu yang sejuk. Hutan mossy camni mengingatkan aku pada Gunung Besar Hantu pulak. Mendamaikan, tapi penuh liku-liku dan macam hauk!

Apapun, dari Puncak Pengasih nak ke puncak Nuang ni perlu naik lagi 600m bersamaan dengan 40 minit ke 1 jam. Before sampai puncak, barulah nampak view pemandangan gunung-ganang di sekitar. Tu pun nampak sekejap jelah sebelum masuk semula ke dalam hutan dan this is the only open view sepanjang hampir 8 jam kami mendaki ye hahaha.

Maklomla gunung Malaysia kan, memang hutan banat sajalah sepanjang jalan.

mungkin ini banjaran Titiwangsa sebab gunung Nuang ni kan dah masuk sempadan Selangor dan Pahang
Bila dah nampak tangga-tangga, ini bermakna dah hampir sampai. Kena redah dalam 5 atau 6 tangga

Finally pukul 10.30 am gitu, kami sampai di puncak gunung Nuang! Walaupun gunung ni hanya berketinggian 1,493 meter saja, tapi tak boleh blah jugaklah mendaki sampai atas tu je ambil masa hampir 8 jam! Mana taknya, sekejap jalan dia turun naik. Menyampah ok menyampahh.

posing wajib setiap kali sampai mana-mana gunung, bergambar dengan papan tanda

Tapi apapun, aku sangat happy dah sampai sini sebabnya Nuang ni antara gunung yang dah lama berada di dalam bucket list aku. Ia juga merupakan gunung ketiga tertinggi di Selangor. Selain tu, kat sini pun merupakan tempat training favourite bagi para trail runner. Ada baca komen kat FB otai hikers beberapa tahun lepas, dia cakap gunung Nuang ni ibarat playground je. 

Playground untuk dia, tapi azab untuk aku hahaha.

antara tarikan kat sini, tupai gemuk!

Masa kami sampai atas ni, belum ramai orang sangat. Kebanyakkan yang memenuhi puncak gunung ni hike via Janda Baik yang cuma mengambil masa 4 jam saja. Kami duduk kat sini untuk bergambar, makan tengahari dan terus turun bila orang dah start berkerumun ramai. Nak turun bawah ni at least ambil masa 6 jam juga. Kalau boleh taknak sampai malam lah.

Anyway, terima kasih pada geng Nuang haritu, especially Mira dan Atiq selaku crew Gerbang Explore yang jaga kami semua dengan sebaiknya. Aku ingatkan naik tak ramai orang ni macam hambar je, rupanya lagi seronok naik 8 ketul macam ni ye sebab senang nak bonding! Kami punya gurauan dan ramah mesra tu macam dah lama kenal pulak, elok sekepala je semuanya :p

Ada rezeki jumpa lagi di gunung seterusnya!


Summary mendaki Gunung Nuang;
Total distance return 22 km bersamaan hampir 16 jam (hike dari 2.20 am - 6.10 pm)
elevation gain 1685 meter
43,000 total steps
difficulty level 6/10

Adakah saya akan repeat? If lalu Janda Baik, okay je. Kalau via Pangsun maaf, saya pengsan dulu haha.

70 comments:

  1. Tak pernah hiking. Kalau hiking rasanya sesuku jalan dah pancit. Hihi. Kawan2 ramai hiking nampak dorg selalu share. Sampai puncak nampak view cantik mesti nikmat kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kat Nuang ni tak berapa nampak view sangat kat puncak. tapi bila dah sampai atas tu, lega dia tak payah cakaplah hehehe

      Delete
  2. seronoknya dah sampai gunung nuang, cita-cita kakmieja dulu sampai skrg terkubur terus

    ReplyDelete
    Replies
    1. Best jugak gunung ni sbb ada sungai. Tapi seksa jugaklah nak sampai atas tu 🤣

      Alaa nape terkubur. Boleh lagi tu realisasikan

      Delete
  3. Mencabar stamina naik gunung tuharap semua ok lepas haiking ya

    ReplyDelete
  4. Masya Allah!
    Syukur Alhamdulillah dengan nikmat iklim khatulistiwa kita memiliki hutan hujan tropika yang hijau sepanjang tahun. Pemandangannya sangat indah dan mendamaikan walaupun nun jauh di dalam hutan.
    Tahniah, dapat menakluk Gunung Nuang!

    ReplyDelete
    Replies
    1. kelebihan hiking di gunung malaysia, terlindung dengan kanopi pokok. yg tak bestnya kurang view di sepanjang jalan
      terima kasih!

      Delete
  5. kita suka entry ni, plus keluh kesah tu jadi kita baca sampai habis sambil tgk gambar.
    tuan asben sukalah xtvt mcm ni, dia selalu pergi dgn geng2 opisnya.
    sekian daripada insan yg tak suka hiking, berkelah dan berkhemah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh suruh tuan asben pergi nuang ni pulak
      saya suka benda2 outdoor yg menyusahkan diri camni, haha!

      Delete
  6. seronok mendaki ni...cuma tak galak kan kepada mereka yang sakit lutut

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pun kadang2 lemah lutut jugak. makanya kena pakai knee guard dan training sikit before naik gunung yg susah camni

      Delete
  7. Awal dah kena bertolak ya....Permandangan atas tu memukau. Nak naik memang azab sikit la...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ikutkan plan asal nk gerak pukul 4 am, tapi sebab haritu ramai sangat orang, terpaksa gerak awallah
      gerak awal, turun awal gitu

      Delete
  8. Ya ampun! Rajinnya korang... Kalau uncle panjat katil je la....

    Jap... sini ada internet tak?Hehehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. ni kalau uncle takleh masuk ni, takde line internet tau!

      Delete
  9. Tapi ada post 1,2,3,4,5,6…dst. Kalau terus jalan tanpa ada istirihat teruk. Tak apa, alam semula jadi memberikan pelajaran mengatasi tantangan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. Menguji kesabaran pun ada juga hehe

      Delete
  10. selalu jugak dgr nama gunung nuang di dr update member yg kaki hiking... mencabar ye nk naik atas tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau lalu ikut pangsun ni memang susah sikit compared to janda baik. Jauhh

      Delete
  11. Nak gaduh sana, nak gaduh sini sampai juga ke puncak, terbaiklah Mazni :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha sambil naik sambil membebel kenapa gunung ni sedemikian rupa 🤣

      Delete
  12. Akak punya eldest sister punya tempat training ni, Gunung Nuang. Dia selalu keluar pagi-pagi buta naik gunung. Di Lumut ni, ada mini Nuang, iaitu Bukit 300. Akak naik Bukit 300 je la. Hehe.. Tahniah, Mazni, berjaya ke puncak Nuang, via Pangsun! 💪👏

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wahh tempat training kat nuang ni, mesti dia selalu masuk ultra run kan? Hebatt
      Terima kasih kak nur! 😆

      Delete
  13. Memang kalo mau naik gunung ni badan harus benar-benar fit, fisik dan mental, kalau gak kuat"bisa saja menyerah, apalagi suruh bangun tengah malam, aku milih tidur aja deh 😁

    ReplyDelete
    Replies
    1. masa tengah panjat, rasa menyesal.. kenapalah menyusahkan diri naik gunung di pagi weekend yg indah ni 🤣

      Delete
  14. traknya sungguh menantang
    Wah kalau saya mah nyerah tu
    Pemandangan yang indah

    ReplyDelete
    Replies
    1. treknya agak mencabar bagi saya yg tidak terlalu fit ni

      Delete
  15. kagum betul dgn semua yg fit utk jd climber/hiker! my batchmate ada sorang...aktif sgt panjat mcm2 gunung wpun tahun ni umur dh 48!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wahh hebat! Mesti dia nampak awet muda n bertenaga je. My goals tuu

      Delete
  16. gunung nuang ni dah jadi tempat bermain lecture kita .. haha tapi via janda baik la.. teringin nak naik, tapi bila ajak member mula la dia bercerita kisah mistik. hmmm.. jom la mana tahu kita dapat hike sama2.. hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tula lepas saya balik tu, ada kawan dm panjang berjela pasal kisah mistik gunung nuang ni. Tapi lantaklerr, kita dtg sini nak hiking bukan nak cari makhluk lain hahaha

      Next plan kitorg nak gi rajah. Tapi taktaula lipak ke tak :p

      Delete
  17. Difficulty tu 6/10 je?.. perghhhh... akak nengok pun dah pengsan.
    4km belum masuk hutan.. omakaihhhh.... salute.. salute
    Bila dah masuk hutan nengok trail nya mencabar sangat tu... semua mencanak-canak...
    Apa pun... pasti Maz happy aktiviti begini kan.. teruskan mencabar diri!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memikirkan ada gunung yg lebih teruk dari ni, so kita rate medium hard je 🤣 lalu jalan balak 4km tu masa balik memang mental lah bila nak nampak tempat parking ni hahaha

      Happy jugak walaupun rasa menyeksa diri hehe

      Delete
  18. Masyaa Allah 16 jam pendakian cukup hebat dah pada kak ana untuk stemina Mazni dan kawan-kawan, tapi bagus sangat ikut team yang dh berpengalaman dalam mendaki begini.. tahniah dik : )

    ReplyDelete
  19. memang jauh perjalanan kak ana, sampai sakit2 lah kaki ni
    terima kasih!

    ReplyDelete
  20. Masya Allah, liat Puncak Pengasih jadi rindu masa-masa mendaki gunung ciremai 2012 lalu.
    Kurang lebih tekstur jalanannya sama persis. Benar-benar menanjak dan banyak akar pohon sepanjang jalan

    ReplyDelete
    Replies
    1. wahh lama sekali 2012. saya kalau laluan banyak akar ni memang cukup tak suka

      Delete
  21. Pendakian yang melelahkan, tapi sudah sampai puncak akan terasa puas memandang panorama yang indah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. benar sekali! sekaligus bangga dapat menaklukkan puncak ini buat pertama kalinya

      Delete
  22. sis tak pernah join hiking.. stamina semput.. hehehe.. tapi dulu-dulu rajin jugak pergi camping outdoor.. bila la boleh pergi camping lagi ni? huwaa..

    ReplyDelete
  23. dia kalau dah lama tinggal memang mudah semput. sekarang dah banyak tempat camping yg cantik2!

    ReplyDelete
  24. Syok nya Mazni naik gunung. Tumpang seronok tapi tak nak tumpang rasa penat tu hehe. Thanks for sharing tau. Cantiknya view dan foto.

    ReplyDelete
  25. Bagusnya. Mesti geng suka aktiviti outdoor ni. Saya tengok pun dah semput. 😅

    ReplyDelete
    Replies
    1. sukalah jugak. masa tengah naik tak habis2 menyesal. dah sampai atas terus tarik penyesalan tu hahah

      Delete
  26. Hiking nya memakan waktu 8 jam ya Mbak dari start jam 02 am. Terbayang sangat letih dan track yang terakhir setelah hujan itu...ya ampun sangat menantang sekali. Terbayang tanah yang masih basah karena air hujan dan pastinya sangat licin...

    Setelah sampai puncak, lupa ya Mbak segala kesusahan selama perjalanan...

    Salam,

    ReplyDelete
    Replies
    1. iya pak asa, tu pace santuy2 gitu. kalau laju boleh buat 5-6 jam saja

      bagi saya jalan tidak terlalu licin kerana hujannya turun hanya sebentar. kalau lama, pasti lebih teruk dan licin lagi

      Delete
  27. bff akak suka hiking..dh byk gunung die naik...bila smp puncak syok tu dpt tgk view yg cantik...yg penting wajib ootd tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah bersusah payah naik sampai atas, wajib posing 10 ribu gambar, hehe!

      Delete
  28. trail berakar tu buat sy teringat bkt bohey dulang semporna... hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. wahh ingatkan bohey dulang tu trek dia santai2 bertangga. ada akar2 camni jugak ye?

      Delete
  29. tangga tangga tu memang dah ada ya? waduhhh... dah mendaki kena panjat tangga pulaaa.... betul2 menekan perasaaan ni ;-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah sebab kalau takde tangga macam lagi susah je nak panjat.
      dulu masa kat rinjani, saya benci betul nampak tangga camni. kat nuang, tangga ni yang paling ditunggu-tunggu sebab tandanya dah nak sampai xD

      Delete
  30. Tahniah Mazni si pacat biru yang comel! 👏🏽
    Seronok akak layan baca dan tatap gambar. Cantik akar berselirat tu, tapi kalau tersandung…haru 😆
    Hebat orang muda sekarang semua main day trip. Akak dulu naik G. Datuk pun bermalam tau 😀

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha terima kasih kak ujie!!
      saya pun tak suka akar! risau je kaki terperosok kat situ xD
      ehh boleh ye camping kat datuk? saya baru tauu

      Delete
  31. Rasanya tak sanggup wak nak menghiking lagu ni
    Baik kerja kebun gamaknya

    ReplyDelete
  32. Kak mazni, pacat itu artinya apa? Hewan pengisap darah saudara sepupu nya lintah itu ke? 🤣🤣🤣. Kalo betul, memang merinding saya langsung 😂😂. Banyak kah di sana, sampai diksh nama puncak pacar 🤣.

    Okeeee, fineeee, lihat medannya macam tuh, saya menyerah dulu lah 😂😂. Rasa2nya nak lalu lewat janda baik pun masih ragu wkwkwkwk.

    Apalagi start jalan malam. Dah lah mata saya minus, disuruh malam2 hiking, memang cari pingsan 🤣

    ReplyDelete
    Replies
    1. iyaa saudara lintah, tapi pacat ni saiznya lebih halus macam cacing (cuma pendek dari cacing). saya pun taktahu kenapa namanya kem pacat, sebab elok je saya baring-baring dekat tanah tu tak nampak pacat punnn

      wkwkwkw kalau for newbie lebih elok naik via janda baik kak, 4 jam jeee :p jalan malam waktu hiking itu perkara biasa, headlamp kan ada xD

      Delete
  33. Kagum betul dengan orang yang boleh panjat gunung tinggi ni. Gigih amat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tapi boleh tahan pancit jugak saya kat sini :p

      Delete
  34. Indah ciptaan Allah..nak kena mendaki tu la..mencabar sungguh tgk..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kaki saya ambil masa 4 hari baru pulih sepenuhnya hahaha

      Delete
  35. Hiking dulu² je masa zaman sek...sekarang takde dah..tapi, macam syiokk je kan..tak nak mula, takot jatuh chenta...hahaha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. apa salahnya kalau jatuh cinta? :p boleh kurus ni hahaha

      Delete
  36. nampaknya pendakian ke puncak Gunung Kinabalu lebih mudah drp Gunung Nuang ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. finally ada pun yang komen macamni! betul, gunung kinabalu lagi senang dari nuang ni

      Delete
  37. Alhamdulillah berjaya hiking ke gunung yang ada dalam bucket list. KSarie tengok akar pokok yang berselirat itu pun udah ngeri😅Keep on sharing cerita hiking ye sebab best membacanya

    ReplyDelete
    Replies
    1. syukur sampai jugak, tapi sekali ni jelah kot kalau ikut jalan pangsun xD

      Delete

Nak komen apa? silakan~