Assalamualaikum
Hari tu masa tengah blogwalking di blog rakan-rakan, saya pun tersinggahlah blog Kak Notie. Benarlah seperti nama blognya Saje Suka-suka, kebetulan hari tu beliau buat giveaway suka-suka je di blognya sempena dengan birthday pada bulan Julai. Syaratnya cuma perlu komen NAK saja di entry tersebut, siapa cepat dia dapat. Pemenang pula terhad untuk 10 orang saja.
Entry tersebut boleh baca kat sini --> Giveaway sempena birthday 2025
Betul-betul santai sangat giveaway ni. Kita pun cuba jelah nasib mengomen, kot-kot ada rezeki kann.
Hari Isnin baru ni, dapat pesanan cbox dari Kak Notie untuk emelkan details. Saya menang nombor 8 rupanya, hihi alhamdulillah! Entrynya boleh baca di sini --> Pemenang GiveAway Sempena birthday 2025
![]() |
lupa nak ambil gambar before unboxing parcel |
Semalam parcelnya dah sampai rumah, saya terus guna. Kita kan rakus? Mestilah nak test benda baru, hahaha.
![]() |
boleh adjust kepanasan. yang kiri tu haba kuat, belah kanan tu haba normal. Tengah pula untuk off |
![]() |
saya test masak megi je ahakz |
Saya perasan blogger Etuza memang dah lama bertapak dalam dunia blog sejak dulu lagi. Cuma masa tu saya sejenis blog tenggelam timbul yang update entry sehari, lepastu hilang berbulan-bulan lamanya hahaha. Start tahun lepas baru aktif berblog dan blogwalking, paling-paling pun seminggu sekali mesti akan tulis blog.
Saya ni jenis orang yang menulis bila ada cerita menarik saja. Itu yang kadang-kadang bila takde cerita (atau malas) saya biarkan je blog ni kosong.
InsyaAllah saya akan tetap konsisten berblog walaupun di waktu sekarang ni orang lebih memilih untuk aktif di platform selain blogspot, tapi kita masih setia mengarang karangan A++ panjang-panjang disini! Bangga tau jadi blogger yang masih aktif menulis sebab barulah nampak special serta lain daripada orang lain kan :p
Thank you for reading!
Tahniah sis.. comel betul periuk tu.. ^^
ReplyDeleteTerima kasih. Comel kannn!
DeleteAlhamdulillah. Ni lagi rare terus guna buat masak lagi. Apa pun terima kasih ya sudi jenguk rumah akak. Sebagai blogger walaupun akak pun kadang ikut mood menulis tetap menyokong. Semuga kita sentiasa istiqoma menulis karangan macam dulu2. hehehehe Terima kasih ya doanya. Aamiin Aamiin Aamiin
ReplyDeleteDah alang2 unboxing, guna terus jela, excited kan 😛 kalau saya malas tulis blog, saya singgah blog orang jelah hehe
Deletetahniah ...memang mutifunction kan periuk tu..akak pun ada beli juga, masa mula2 duduk sendiri
ReplyDeleteYe bestt. Dulu kat rumah ada periuk letrik camni jugak tapi dah rosak n size dia besar sangat + berat. Yg ni ringan n size sedang2. Sesuai kalau nk buat lauk2 simple utk sorang dua makan
DeleteAlhamdulillah ..Tahniah Mazni...seronok kan dunia blogger ni...semoga ukhwah berpanjangan ye...
ReplyDeleteSeronokk. Semua peramah n saling balas2 komen, tak kisahlah darjat blog orang lama ke atau orang baru hehe
Deletetahniah kerana menang GA itu. Boleh dibawa ke mana2 bila melancong nanti.
ReplyDeleteBest kalau bawak balik kampung :D
Deletetahniah maz....yeahhh dah sampai....kakmieja pun dah try, budak-budak intern masak maggie smalam seperiuk kami makan rama-ramai..
ReplyDeleteWahh masak maggie jugak! makanan tak sihat jugak jadi pilihan sebab senang kan, ahakz 😜
DeleteWaaa best nyer hadiah dia... Tahniah... Dah siap test masak lgi tu.. untung nyerr...
ReplyDeleteBaru bukak semalam terus test, nampak kan tak menyabor 😜
DeleteTahniah, Mazni! Comel la, periuk multicooker kak Notie bagi.
ReplyDeleteDah macam cerita Korea akak tengok pula. Dia masak maggi dalam periuk, bawa ke ruang tamu, makan depan tv, dalam periuk terus. 😁😋
bawak seperiuk ni makan sambil tengok netflix, memang acah2 korea sangat kan 😜
Deletewahh bestnyaaa. saya dah lama xjoin GA. menang apetah lagi hahah
ReplyDeleteSaya ni pun nasib sebab jadi pengomen top 10 je. Kalau kena cabut undi pakai mesin memang takde lah luck nya hahaha 🙈
DeleteTahniah. Bestnya periuk tu serbaguna. Boleh masak macam2 tu.
ReplyDeleteTerima kasih kak. Best periuk ni, kita style makanan simple jelah mampu hihihi
Deletetahniah.. ni blogger kedua yg saya baca dah dapat hadiah dari kak notie...
ReplyDeleteterima kasih! yg lain2 belum buat entry lagi agaknya hehe
Deletewaaa bestnya dpt hadiah. congratss
ReplyDeletetenkiu MZ!
Deletetu la kita pun terkejut mazni start aktif blog balik. haha
ReplyDeletetahniah jadi salah satu pemenang! agak2 periuk tu boleh buat kukus tak?
haha kita ni 2 ke 3 tahun lepas banyak je cerita nya. tapi sebab malasss kan xD
DeleteCantik sekali hadiah dari blogger kak Notie itu Mbak.
ReplyDeleteSetelah dicoba dan berfungsi dengan baik. Semoga hadiah tersebut berguna bagi keseharian.
Btw. Blog saya juga tertulis dalam senarai blognya Mas Etuza...ah jadi terharu...
Salam,
memang cantik dan berfungsi dengan baik!
Deletetahniah! Pak Asa antara blogger aktif :D
Hadiah yang praktikal. Boleh main masak-masak, mungkin boleh buat stimbot lepas ini.
ReplyDeletetula, ada plan nk buat steamboat jugak. tgoklah bila2 kalau rajin :p
Deleterasa mcm dh komen kat entry ni hhehe MZ singgah BW ni
ReplyDeleteSorry MZ, saya tak approve komen lagi haritu huhu. Tak sempat BW. Ni baru balik rumah ><
DeleteTahniah Maz dapat hadiah GA walau asalnya suka² je.
ReplyDeleteSenang tau masak pakai periuk serbaguna kecil tu.. akk kadang masak pakai periuk cam tu je bila berdua. Masak lauk, sayur, nasi. Memang praktikal.
Terus semangat berblog Maz, slowly but surely😅
kalau duduk rumah tak ramai org mmng sesuai guna periuk ni, saiz dia sederhana comel je kan
Deletethank you kak! insyaAllah legasi blog ni akan diteruskan, gituhh
Salam singgah sini, terkejut ada news untuk saya...Alhamdulillah andai memberi rasa senang hati pada Mani ya..saya memang nak blog yang aktif, asal ada entry 2025, saya anggap aktif dan nak jadikan kawan atau sahabat maya...sekali lagi terima kasih, apapun setiap manusia ada pilihan sendiri ada hak sediri, ada yang suka ada yang tak berapa suka.Kita positif dan memahami. Entry jarang menulis tak apa..mungkin saya jg manusia biasa..Ada kala tak menulis di blog..
ReplyDeletetengah cuba konsisten ni menulis seminggu sekali. itu pun terasa berat tau hehe
DeleteAlhamdulillah.
ReplyDeleteSemoga pemberi hadiah dan penerima sentiasa dimurahkan rezeki.
Wah, sudah digunakan juga.
Eh, ada juga url saya dalam entri Etuza. Nanti saya ke sana
Baik betul kak notie kan 😁
DeletePuan amie memang antara blogger aktif pun hehe
alhamdulillah tahniahhhh
ReplyDeletebest tuuuu boleh buat masak2 kat opis hehhe
Guna kat rumah je. Risau letak ofis nnti hilang hahaha
Deletebila dah masuk senarai tu maknanya kena sentiasa menulis laa kan kan kannnn hehehhee
ReplyDeleteAllahuu 🤣 insyaAllah, cuma nak konsisten selalu tu tidaklah hehehe
DeleteSantai betul giveaway kak Notie ni. Alhamdulillah. Tahniah dapat jadi salah seorang pemenangnya. Function betul dapat periuk multifunction ni. Tudiaa terus masak maggi. hihi...
ReplyDeleteTahniah juga tersenarai dalam blog Etuza. Teruskan berblogging jangan tenggelam timbul lagi.
Tula, hadiah pulak bukan kaleng2 tu. Semoga murah rezeki kak notie.
DeleteMasak megi senang sikit kak hehehe
Alamak, ini macam amaran ni insyaAllah akan konsisten
Tahniah, dik! Best ada periuk multifunction begini.
ReplyDeleteTahniah! Terbaik lah. Terus test masak megi. 😂
ReplyDeleteSaya baru baca juga tulisan kak notie yg GA. Isssh, kalo saja saya di sana, dah ikut jugaaak 😄😄. Baguuus nih kak, bisa mungkin dibawa kalo naik gunung, tapi pakai listrik yaaa...
ReplyDeleteSaya blm baca blog Abang etuza. Nanti nak baca juga. Tambah kenalan blogger , sukaaa lah ☺️👍
Tahniahhhhh rezeki tak pernah salah alamat. Kelasss gitu masak maggi sebagai pecah telur memasak guna periuk hadiah. Semoga Mazni terus kekal menulis ye. KSarie pun kadang-kadang ke laut dalam menulis blog. Ayuh kita sama-sama terus usahakan menulis ye💪
ReplyDelete