Assalamualaikum
Sempena anniversary mak dan abah pada bulan 12 tahun lepas, kami adik beradik belanja makan di Joe's Kitchen yang terletak di Nilai (opposite AEON Nilai). Ini dah jadi our favourite restaurant sebab makanannya sedap di tekak aku dan portion besar! Ini kali ketiga kami repeat sini.
Asalnya kedai ni adalah Joe's barber shop, tiba-tiba ada kedai makan pulak. Boleh la after potong rambut pergi makan pula, kedainya pun duduk bersebelahan je.
![]() |
range harga air dalam gambar ni adalah RM6 ke RM10. Aku pilih ice lemon tea je RM6, anak buah aku amik yang fancy2 blue lagoon RM10 lah. |
Aku order yang ni, nasi goreng seafood, RM15. Masa first time makan sini dulu, mak aku yang order nasi ni. Aku try cuit-cuit sikit, eh sedap pulak! Mungkin orang nampak RM15 tu agak mahal untuk nasi goreng, but haiwan-haiwan di dalam ni meriah dan portion dia sangat banyak (at least for me).
Lamb chop RM25. Yang ni pun macam typical lamb chop juga. Dalam gambar ni nampak je macam sikit, tapi daging dia besar sebenarnya.
![]() |
Thin Crust Chicken Rendang Pizza, RM20 |
![]() | |
|
Overall, aku suka gila restoran ni. I wouldn't mind repeat banyak kali pun haha. If nak tengok full menu, boleh tengok di instagram diorang!
PT 12936, Jalan BBN 1/7B Putra Indah Putra Nilai, 71800 Nilai, Negeri Sembilan
*PS: lama tak bukak blog dan blogwalking sebab aku tersangatlah busy sepanjang bulan 1. Nanti kita akan sambung blogwalking!
Syedap syedap semua nie...ada pizza tu best...
ReplyDeletesemua menu sedap2 kat sini!
DeleteSemua menu nampak menyelerakan! Cuya pulak sejenis suka western, memang kena la kalau
ReplyDeletepergi kedai ni :D
kalau jalan2 kat nilai bolehlah singgah sini hehe
Deletemknn semua nampak sedap laaa
ReplyDeletesedap MZ, our current fav restaurant!
DeleteSenang kan booking & order awal² esp nak datang dlm group besar . Takdelah lama sangat menunggu kan...
ReplyDeletebetull, lagipun kedai dia ramai orang. kalau nk tunggu siapkan order 10 orang ni plus customer lain mau berjanggut satgi xD
DeleteSemuanya sedap2. Air macam2 warna tu, memang terliur tengok.
ReplyDeleteyang order air fancy-fancy ni budak-budak kecik je haha
DeleteAir2 tu kalau dapat bulan puasa nanti... Auummmm!
ReplyDeletemengancam habis! risau satu jug tu kita je minum sorang
DeletePresentation menunya cukup menarik dan vibrant.
ReplyDeleteplating kemas, rasa pun sedap. ok lulus!
DeleteKalau dah memang menepati selera dan harganya pun affordable memang akan repeat kedai yang sama je kan. Lagi kalau kita dah tahu layanan cemana.
ReplyDeleteni pun rasa nak repeat lagi, cuba makanan lain yg belum pernah rasa lagi hehe
DeleteSelamat menjamu selera sesedap
ReplyDeleteselamat dalam perut dah haha
DeleteWaaaaah sukaaaa lihat tampilan plating dia kak 😍😍😍. Porsi memang terlihat besar. Kalo makan di sini, best ramai2, jadi bisa saling mencoba kan 😄.
ReplyDeleteN9 jauh tak dari Putrajaya? Sept saya ke KL dan plan stay di area Putrajaya.
itulah function datang ramai-ramai, boleh cuit sikit makanan orang lain :p
Deletekalau tak jauh sangat, around 40 menit saja
Sedap sedap makanan premiuan chicken grill tu nampak padu..
ReplyDeletemakan sampai senak perut hahaha
Delete*Utusan Diraja*
ReplyDeleteKehadapan tuan hamba,
Beta , Permaisuri Cuya Wal Kelapa menjemput tuan hamba untuk
hadirkan diri ke majlis giveaway beta yang sedang berlangsung.
Kedatangan tuan hamba sangatlah beta nantikan. Ayuh, ke teratak beta.
Beta menanti!
https://nasuha-itsmyessay.blogspot.com/2025/02/giveaway-kerajaan-kelapa.html
haha amboi sangat ayat dia! nanti saya join!
DeleteMinuman tu berwarna-warni. Nampak pizza terus terasa nak makan pizza la pulak.
ReplyDeleteSaya pun rindu pizza. Dah lama tk makan dominos or pizzahut, so makan jela pizza ni buat pengubat rindu huhu
Deletepizza tu mmg nampak sedap...
ReplyDeletefuhhh terus terasa lapar petang2 ni
Rasa crispy crunchy!
Deletedah ada sate tambah lagi dengan ayam goreng...
ReplyDeletefuhhhh
mmg betul2 meriah
Yg tu jenuh nak menghabiskan sebab banyak gila. Tapi abang ipar cakap sedap
DeleteOkey la ni boleh masuk list..nanti akak pi JJCM, Seremban- Nilai bukan jauh mana pun kan
ReplyDeleteHaaa sebelah2 je. Lepas dh makan sini boleh singgah aeon nilai pulak kt seberang dia je
DeleteAdoiiii terliur....terpaksa masukkan dalam kedai yang kena pergi kalau terpergi ke Nilai
ReplyDeleteHaaa masuk list meh!
DeleteCantik warna-warni pilihan minumannya.
ReplyDeleteSedapnya thin crust pizza tu. Saya suka.
Semua makanan nampak sedap belaka.
Semua menu kenyang2. Kita makan time dinner, ambik masa juga nk tunggu perut ni kempis baru boleh tidur haha
Delete