Assalamualaikum
Sambungan entry lepas, tiba je di Panalaban aku terus check in hostel. Kat atas Gunung Kinabalu ni terdapat 4 jenis hostel. Antaranya ialah, Laban Rata hostel, Lemaing Hut, Panalaban Hostel dan juga Pendant Hut. Kami haritu dapat Panalaban Hostel, hostel yang paling baru di situ.
Yang bestnya kat Panalaban hostel ni, katil dapat sebijik sorang satu, bukan double decker. Dalam satu dorm tu ada 10 katil. Memang selesa sangat nak gerak sana sini sebab ruang agak spacious.
Dalam dorm ni juga ada disediakan tandas dan bilik mandi. Tandas memang bersih macam kat hotel. Tapi nak mandi kat sini memang menjeritlah sebab takde water heater langsung. Korang bayangkan diri korang tu macam ikan yang duduk dalam kotak ais, ha macamtu lah tahap sejuk air dia tu. Rasa macam kulit ni tersiat-siat ye mandi air sejuk macam ais. Tapi bila lagi kan nak rasa pengalaman mandi air ais camni? Hanya di Gunung Kinabalu xD
Kat sini juga ada disediakan tempat solat. Siap sediakan telekung, Quran dan yassin lagi. Nak bertadarus kat situ pun boleh haha. Tapi, surau ni bercampurlah lelaki dan perempuan. Masa aku solat Isyak tu nasib baik je takde orang, bolehlah golek2 jap.
Specialnya di Panalaban ni, korang dapat makan di kafe yang tertinggi di Malaysia. Dia punya stew kambing tu ya ampun... Memang sedap. Rasa berbaloi bayar mahal-mahal tapi dapat makan makanan sedap atas gunung camni.
Masa makan malam bermula daripada 5 petang hingga pukul 7. Supper sebelum summit adalah pada pukul 1.30 hingga 3 pagi, manakala sarapan selepas turun summit dibuka jam 7.30 hingga 10.30 am.
Kafe ni berkonsepkan buffet, so boleh je makan ikut banyak mana yang korang suka. Air yang diberikan cuma ada kopi atau teh sahaja. Kalau korang nak minum air lain, boleh je beli dekat dia punya kedai tingkat atas kafe atau bawak je 3 in 1 siap-siap. Nak minum air kosong pula, depan dorm kami ada water filter air panas atau sejuk. Aku bantai pegi buat maggi.
Di Gunung Kinabalu ni juga terdapat postbox yang paling tertinggi di Malaysia, terletak di sebelah Pendant Hut. Specialnya poskad ni, nanti boleh dapat cop daripada Mount Kinabalu. Bukan senang kan panjat gunung tinggi-tinggi semata-mata nak dapatkan cop daripada Malaysia Highest Postbox ni?
View daripada Pendant Hut ketika senja |
Bergambar dengan pintu yang ceria dengan stiker-stiker dari pendaki |
bagi saya ni dah tahap mewah dah ni. katil best mkn pun best terbaikkkk👍👍
ReplyDeleteYess. Memang selesa sangat. Rasa macam betulke kita nk atas gunung? Ke bersantai kat hotel 🤣
Deletehotel ataih gunung😁
DeleteTapi water heater takdak kak, so kurang 1 bintang sebab terseksa nak mandi 🤣
Deleteandaikata kat sini dah penuh ada alternatif lain ke utk berehat mcm ni?
ReplyDeleteSetiap orang yg nak naik gunung kinabalu ni wajib book hostel. Hostel dia ada macam2 jenis bilik dan hargalah. Kalau tak book hostel sini bermakna tak dpt naik kinabalu 😁
Deleteooo kira antara syarat wajib laa ya sblm mendaki👍👍👍
DeleteSaya bisa bayangkan dinginnya , Krn lokasi dia tinggi memang kan. Sedangkan pas saya di Dieng aja, yg ketinggiannya belum setinggi ini, air pun dah macam es 🤣. Apalagi di sana 😅
ReplyDeleteIya, saat mandi tu rasanya paling tersiksa. Jika boleh, memang tak mahu langsung guna air sepanjang di atas gunung sana, tapi air tu keperluan pula 🤣🤣
Delete