Assalamualaikum
Salam Ramadhan kepada semua. Alhamdulillah dapat kita merasa Ramadan tahun ni walaupun ada sedikit kurang. Tapi takpe, banyak lagi aktiviti yang boleh kita lakukan selain tak dapat ke bazaar dan solat terawih. Boleh gunakan masa ni untuk perbanyakkan baca Al-Quran!
Cakap pasal Al-Quran, beberapa bulan lepas aku dengan kawan-kawan pergi melawat ke kilang percetakan Quran yang paling besar kat Malaysia. Nasyrul Quran ni adalah kilang percetakan Al-Quran yang kedua terbesar di dunia selepas Madinah. So bangga ke tak bangga?
Bangunan ni dari luar memang besar. Nampak ciri-ciri islamik dia tu. And kat sini kalau nak masuk free je. Korang boleh tengok proses penghasilan Quran dari A to Z. Replika Quran kat dalam ni pun cantik-cantik coraknya.
Before dia bawak masuk pegi lawatan, kena masuk dewan ni dulu sebab pihak diorang akan bagi intro dulu. Tapi sebab aku datang lambat, so tak dapat dengar :p Dalam 10 minit aje intro tu.
Kat gambar ni diorang terangkan 10 step untuk hasilkan Quran guna tangan. Ni hasilkan guna tangan tau. Daripada proses melakar, scan, menyemak, menulis. Surprisingly, proses untuk menghasilkan sebuah mushaf Al-Quran memakan masa 10 tahun.
Aku pun terkejut bila dia cakap 10 tahun. Tapi bila fikir balik logikla, sebuah Quran je dah berapa mukasurat kan, nak kena tulis surah satu-satu, warna motif2 bunga kat Quran tu, pastu lembaran Quran tu diterap pakai daun emas asli. Nak buat semua benda-benda ni kena detail.
Bahagian ni putih bersih bersinar-sinar sangat, ahaha.
Kat sini dia pamerkan contoh mushaf Al-Quran dari setiap negeri-negeri di Malaysia. Corak kat tepi Quran tu semua lain-lain bagi melambangkan setiap negeri. Macam kat bawah ni aku snap gambar negeri Selangor dengan Terengganu kot.
surah an-nas dan surah al-falaq
kulit Al-Quran yang bersalut emas dan tools yang digunakan untuk menulis Al-Quran
Yang ni pulak adalah contoh-contoh mushaf Quran yang ada di seluruh dunia. Ada banyak tapi aku ambil gambar ni je. yang dalam gambar ni ialah mushaf Fatimah, Mushaf Nigeria, Mushaf Mandarin dan Mushaf Palestine.
Kat sini bukan pamerkan pasal Al-Quran je, ada jugak dia tunjuk seni-seni yang bertemakan islamik macam jubin atau tembikar. Ukiran kayu pun ada gak kat sini.
Ini adalah bahagian production. Pelawat cuma boleh tengok dari atas je. Nak masuk kat sini ketat sikit, bukan boleh suka-suka masuk.
Sedikit perkara yang aku suka tentang kerja kat sini,
- Staff yang akan terangkan semua benda yang ada sepanjang rombongan adalah pelajar-pelajar tahfiz
- Hanya pekerja lelaki sahaja yang dibenarkan untuk bekerja di bahagian production, staff perempuan boleh kerja di bahagian-bahagian lain
- Sebelum mula kerja production, solat dhuha akan dilakukan secara berjemaah
Worth it sangat lawatan ke sini. Banyak ilmu yang kita dapat. Aku amazed tengok kecantikan replika Quran yang dihasilkan kat sini. Before balik pun diorang bagi kita Yaasin free yang dicetak kat sini!
Thanks for reading!