6 Apr 2015

Ber-skate


Assalamualaikum



Aku ni sebenarnya memang dah lama jugaklah pasang niat nak main skateboard ni. Tapi sebab rumah aku takde skateboard dan kalau aku yang gegurlz ni nak beli skateboard nanti kang menerima cemuhan daripada orang ramai pulak, lolzz. Eh beli jelah, ko hengat ade orang kisah pasal kau ke?

Lagipun aku tak rasa aku ni akan istiqamah nak main skateboard ni selalu. So daripada membazir, lebih baik aku tak payah beli dan pinjam je skateboard kawan. Keji tak taktik aku? hahahaha

Eh lupa nak cakap, gambar kat atas tu Penny board bukan skateboard. Skateboard-nya ada bawak jugak, tapi tak berapa elok sangat. Tayar dia macam tak smooth. Bila nak meluncur mesti tersekat. Lepastu jatuh. Pastu padan muka. Hahahaha


Perkenalkan ini Amirah yang sangat gila-gila. Aku benci berdiri sebelah dia sebab dia lagi tinggi dari aku 

Ini Hazami yang sangat cool. Dak-dak tumblr :p

Failed part 1

Kitorang semua ni sebenarnya takdelah reti sangat main skateboard dengan penny ni. Saje je nak cuba-cuba. Banyak kali tergelincir. Penny board tu memang tayar dia licin gila. Seronoklah main tapi asyik jatuh je. Amirah jangan kata, berapa banyak kali dia jatuh. Kitorang as kawan yang baik hanya mampu gelak je tengok dia jatuh. Jahat tak?

Untuk newbie macam aku ni agak susah sikitlah nak seimbangkan badan atas penny board tu. lagipun dia punya papan pemijak tu tak selebar skateboard. Ngam-ngam dengan size kaki. Tu yang asyik tercampak kat tepi tu. 



Masa kitorang bertiga tengah skate, Amirah kata dia macam nampak jiran aku, Jannah dengan Wiyah. Diorang tengah naik basikal. Tapi yang aku pelik, Jannah tu ada kat asrama. So aku beranggapan bahawa Mira tersalah orang, hahaha. Ntah apa yang dia nampak tu.

Sekali tiba-tiba diorang datang kat tempat kitorang dengan naik basikal ala-ala macam winter sonata tu. Kemain si Wiyah ni peluk Jannah kuat-kuat kat belakang. So romantic~ Yang basikal tu diorang sewa. Setengah jam RM10. Mahal kan? Dulu RM5 je tak silap :( Dahlah setengah jam je. Ishh.


Disebabkan rindu dengan Jannah aku pun brgambarlah dengan dia xD Punyalah gigih budak ni pagi-pagi main basikal dengan ex-schoolmate dia, pastu petang tu terus balik asrama dah. Dia cuti sekejap sangat, 2 hari je. Lumrah budak asrama


Lepastu kitorang ingat nak main skate kat tempat yang khas untuk skateboard tu. Sekali ada ramai pulak abang-abang tengah main skateboard kat situ, power pulak tu. Rendah diri pulak rasanya. Then ada sekumpulan makcik2 ni duduk kat tepi ni dia macam sengih-sengih pandang kitorang nak main skateboard. Ok fine, dicemuh. 

Lalu kitorang pun duduk-duduk kat tepi tu sambil tengah plan nak makan apa untuk breakfast. Eh? Sebab masing-masing dah lapar dengan beralasankan tak sarapan pagi, kitorang pun pegilah breakfast kat KFC Billion. First time aku makan set sarapan kat KFC. Dari form 2 lagi aku nak makan breakfast kat KFC kott sekarang baru dapat. Terharu ciked.



Ni aku punya. Egg riser. Tapi gambar kat dalam menu macamni,

So aku ingat ada ayam yang leper tu, sekali ada telur je. Pastu Hazami cakap dia "egg", so ayam tu takde. Nyesal pulak beli egg riser ni tapi takpe nasib baik sedap jugak.


Harga kitorang bertiga makan ni RM22.60. Bagi aku murah jugaklah. Dan ini GST kedua yg aku terima dari kedai makan. GST pertama time beli kat sushi king. Uuu sedihnya GST ni.

Time dalam perjalanan nak balik tu sementara nak tunggu mak aku datang jemput aku balik, aku dengan Mira trylah skate lagi pakai skateboard dia. Time tu macam tak ramai orang sebab dah panas dah waktu tu. Macam biasa, skateboard tu tersekat dan takleh gerak walaupun jalan berbukit.

failed part 2

Skate memang seronok tapi kalau kita pandai main lagi seronok rasanya. Tah bilalah nak pandainya aku pun taktahu. Belajar skate pun tengok kat youtube je, memang tak menjadi rasanya. Hahahaha.

Motif letak gambar ni untuk apa?

Thanks for reading! Assalamualaikum :)


39 comments:

  1. Tak pernah lagi main benda nie. Hehe Tapi petang petang ada jer dak dak laki main skate kat depan Menara Jam. Ensem lak tuu. Hahahahahaha --'

    Best laa kan dapat buat aktiviti macam nie. Akak asyik terperap dalam rumah jer cuti cuti begini T_T Huhu Apa apa pun, selamat ber-skate-boardingggg :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. ni pun main bukan selalu kak. lebih banyak terperap kat rumah je sekarang ni. hahaha xD

      Delete
  2. memang tak mampu lah akak nak main skateboard mau nya jatuh guling guling siap boleh buat filem hindustan. hahahahaha. ehh awak tayang gambar kfc tu malam malam menjejaskan keliuran akak tahuu. Hahahah !

    ReplyDelete
    Replies
    1. adalah menjadi perkara biasa kalau main skateboard ni kita terjatuh. redha jelah kan~ jangan jeles okay. nnti bangunlah awal2 pegi breakfast kat kepci :p

      Delete
  3. Dari dulu teringin nak main skateboard, tapi sampai la ni tak tercapai lagi. Nak beli, mahal pulak kalau yang tayar dia betul-betul smooth tu. Pastu tgok Penny yang ori dekat Times Square haritu pun dah cecah RM400++ *juling mata terus* HAHHA

    ReplyDelete
    Replies
    1. haritu saya tengok penny board mcm yang kawan saya punya dlm gambar tu harga dia RM135 je, tapi tahan lasak. yg rm400++ tu jenis yg berjenama kot

      Delete
  4. Kagum dengan orang yang pandai main segala boards ni. Dulu teringin juga nak main skateboard. La ni, dah tua rasa macam dah tak mampu nak main dah. hahaha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pun kagum dgn diorang2 yg power main skate/penny board ni, terutama yg pompuan. heleh tua sangatlah kak farah~ main snowboard haritu elok je, hahaha

      Delete
  5. bestnya. teringin nak skate jugak la. hehehe :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. tryla BV. best! tpi hati2 sikitlah :D

      Delete
  6. Ihh bestnya tmpt ni.. Saya skrg tgh try main rollerblade. Susah kut rollerblade berbnding ice skate ahaha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. rollerblade lagi susah eh? aaaa camni bolehlah saya try main ice skate tu kat ioi. haritu mcm takut nak main lepas tengok org share gambar kat IG yang dia punya kaki melecetlah, lebamlah lps main ice skate. huhu

      Delete
  7. kak sally mmg tak main dah la skate tu...naik je takut skate board tu patah dua...hahahaha...akak gemok...huwaaaaaa...hahahahhaa

    minat tu selagi tak langgar syarak, buat jela...mulut org dik....

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha hadoii kak sally ni suka buat lawaklaa. InsyaAllah lepasni kitorang skate lagi :D

      Delete
  8. seronoknya zaman remaja riang ria ^_^*

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup memang seronok. dapat pulak kawan yg gila2 ^^

      Delete
  9. Haahaa..time tecik tecik pon sebelum boleh jalan pun banyak jatuh..huu Fighting!

    ReplyDelete
    Replies
    1. practice makes perfect! skater2 yg power tu masa dia mula2 belajar pun banyak kali dia jatuh jugak. thankyou!

      Delete
  10. bestnya!!!! nak jugak skating!!! :'(

    ReplyDelete
    Replies
    1. mohlah try. ajak kengkawan sekali. skateboard jgn lupa bawak, hehe

      Delete
  11. skate board...tgk je berani...nk ber skate? mmg x mampu!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. mcm saya jugaklah, tengok je berani. sekali bila try... haaa punyalah takde gaya langsung

      Delete
  12. sy pn mcm interested nk main skateboard xD ada try dekat toys'r'us.. pergh.. memang hancur. wakaka. nasib ada kawan yang teman masa tengah cuba main tu. kalau tak mungkin dah tergelincir kat lantai. hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. dulu saya 1st try naik skateboard ni mase kat tesco. bila try luncur mmng licin gila! plus dia punya lantai simen tu licin. lagi sikit nak terlanggar barang2. kang jatuh mampus kena himpap xD

      Delete
    2. best per kalau langgar barang. mungkin boleh masuk surat khabar ke ape. hehehe :P

      Delete
  13. Zumal teringin gak nak main skate nie.. tak pernah lagi main. Hehe, rasa macam muda lagi lak ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya ni pun baru 1st time main zumal, hahaha. tu pun bukannya skate betul2 pun

      Delete
    2. Dapat gak pengalaman kan ^^

      Delete
  14. haha, takut sebenarnya nak skate ni, pernah try, memang jatuh tersembam baik punyaaa. kena praktis selalu la agaknya bagi balance badan

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah memang kena selalu praktis, huhu

      Delete
  15. pernah nak try benda benda macamni,,last last tertry benda lain,,hahahahah,,,semua benda nak dicuba,,,,tu la masalahnya,,,btw,,,kualiti masa dgn kawan kawan tu yg pentingg,,kaannn

    ReplyDelete
    Replies
    1. samala saya, selalu gak camtu. yep, lagi2 lepasni kitorang dah bawak haluan masing2, tak dpt jumpa mcm selalu dah

      Delete
  16. best nya main skate board... akak xreti main benda cemni.. huhuuu,,, tua2 ni lagi la tak main.... ^_^ kfc mmg gtu pun... pomot ja lebih... yg betoi punya xsma pon cm lam gambq,, huhu

    ReplyDelete
  17. Smart laaa main skate heheheh tapi saya tak pandai. Teringin gak nak main tapi takut jatuh haha malu. Tapi serius bila tengok pompuan main skate dan seangkatan dengannya, saya macam peh peh macho gila hahaha.

    ReplyDelete
  18. kalau akak pergi jogging pepetang, ada bebudak main skate ngan roller blade kat satu kawasan lapang... seronok gak tengok dorang buat aksi.

    ReplyDelete
  19. comel jeee tengok uols semua main2.. ada minat n keinginan nak cuba tu lagi baguih..
    jatuh xpeee pengalaman ehehe..

    ReplyDelete
  20. untunglahhh dah jinak jinak main skateboard... btw, sejak bila kfc ade gst??? rasanya kfc tak kenakan apa2 tax... bru semalam bel kfc kt sg.buloh.... takde gst pun.... hmmm

    ReplyDelete
  21. Seronoknya skate! Dulu dulu teringin nak belajar sebab nampak cool, sekali dah ada skate board em takpelah susah hahaha

    ReplyDelete
  22. Klau akak mng tak lah nak main dik.. Ank dh dua ni haa.. Yg penting kfc lg best dpd skate sbb mkn. Hahha

    ReplyDelete

Nak komen apa? silakan~