27 Nov 2012

korea part III

12.11.2012

Assalamualaikum
Untuk korea part 3 kali ni lokasi di Busan. Busan ni besar sebenarnya, tapi kitorang cuma dapat tengok heaundae beach dengan aquarium je. Untuk pengetahuan semua, heaundae beach ni adalah lokasi penggambaran untuk movie Tsunami at Heaundae atau lebih dikenali sebagai Tidal Wave. Movie ni ditayangkan pada tahun 2009. Lawa sangat pantai dia, biru gitu~

light house. jauh gila nak sampai sini



haeundae beach :)

Cuaca kat sini nampak je macam panas, tapi sebenarnya taklah berapa panas sangat. Macam dekat Cameron Highlands je. Tak payah pakai glove.

Sebelum tu meh aku cerita sikit pasal AQUARIUM BUSAN ni. Aquarium ni adalah aquarium yang paling terbesar di korea. tengok tu, TERBESAR DI KOREA. Aquarium ni terus masuk bawah laut dan bukannya di darat. Masuk laut turun pakai escalator je hahaha.
  


















comel ikan ni







Lepas dah cuci mata tengok ikan-ikan yang cantik ni, kitorang singgah kat souvenier shop cuci mata lagi sekali. Banyak barang-barang yang comel, patung ikan dolphin pun ada tapi aku cuma terpikat pada octopus comel kat bawah ni. Harga dia 3 ribu won bersamaan dengan RM9. Mahal? standard bagi korea.

Dalam perjalanan dari aquarium nak pegi masjid busan, kitorang terjumpa looonnnggg carrrr. First time aku tengok kereta panjang macam tu. Ingatkan dalam kereta tu takde orang masa tengah bergambar, rupa-rupanya ada. Tapi pemandu tu baik, dia tahu kitorang tengah amek gambar jadi dia tunggu. Lepas dah siap bergambar baru dia blah. 



yg kubah tu masjid busan. 

Susah juga nak cari masjid busan ni sebab lokasinya tersorok sikit. Tapi utk solat zohor, kitorang cari jugak sampai dapat dan Alhamdulillah jumpa jugak akhirnya. Nama masjid ni ialah Busan Al-Fatah Masjid busan.  Masjid ni adalah satu-satunya masjid di Busan. Dekat sini ada ajar kelas komputer, kelas bahasa arab, kelas english. Ada lectures yang tolong ajarkan ikut hari-hari yg tertentu. 

Yang bina masjid ni orang Indonesia rasanya sebab kat situ ada banyak bahasa mereka. Masjid dia tak besar sangat, mungkin kat situ tak ramai orang Islam. Gambar masjid lupa nak tangkap kerana aku punya pasal. Sila search google untuk lihat gambar masjid. After solat kitorang pergi makan makanan turkey yang duduk kat sebelah masjid. Comfirm halal punyaa.




Disebabkan harga makanan dia agak over price sikit, kitorang makan kongsi-kongsi je. kami semua 8 orang order 2 pinggan kebab daging, 2 pinggan kebab ayam. 1 pinggan kongsi 2 orang. Itupun harga dah mencecah 40 ribu won ke atas. Mahal okayy. Tapi logik jugaklah sebab makanan tu memang sedap, lagipun makanan halal harga dia mahal dekat sini sebab susah nak jumpa. Lebih-lebih lagi makanan arab.

30-1 Namsan-dong, Geumjeong-guBusanSouth korea

tamat sudah perjalanan kita di busan. kita sambung lagi dalam korea part 4 di lokasi....adalah, tunggu dan lihat. hehehe. sekian assalamualaikum.:face45:

tertinggal episode yg lepas?


6 comments:

  1. ade rezeki nanti InsyaAllah kamu dpt pegi ^_^

    ReplyDelete
  2. haeundae beach ni memang famous jambatan tu pon.. bes nya kat aquarium tu ^_^

    ReplyDelete
  3. wuu,bestnya! :D
    cantik aquarium tu,hehe... tenang je tengok :)

    ReplyDelete

Nak komen apa? silakan~