Sambungan dari --> Kilang bunga rose & makan nasi arab dan kunafa
Selepas habis lawatan Taif, kami pulang semula ke hotel sebelum masuk waktu maghrib dan terus je pergi masjid untuk solat maghrib dan isyak. Lepastu masing-masing berpecah dengan agenda tersendirinya.
| Suasana di area mataf pada waktu malam |
Memandangkan ada lagi 2 malam je sebelum pulang ke Malaysia, masa yang berbaki ni lah kita gunakan untuk explore, shopping, foodhunting kat sekitar Mekah ni.
Cakap pasal shopping dan makan kat Mekah ni kan, aku pernah nampak orang tulis kat sosial media yang berbunyi lebih kurang; "orang sekarang ni pergi umrah, sibuk shopping sana sini la, cari makanan viral la. Macam dah lupa tujuan ke sana sepatutnya kena banyak ibadah".
Dia tak tahu kot masa aku pergi kursus umrah, ustaz yang racun suruh bawak duit banyak-banyak untuk shopping kat sana hahaha.
Bagi aku kan, ibadah is still ibadah, but at the same time dapat support ekonomi orang muslim kat sana. Kita pun happy dapat beli souvenir yang cantik-cantik, peniaga sana pun happy dapat pelanggan. Apa kamu ingat saya shopping semata-mata untuk diri sendiri jekee? Tidak hokeyy, kita berbagi-bagi dengan family dan kawan-kawan jugak. People can say whatever they want, yang penting kita haruslah sambil menyelam, sambil minum air~
Anyway, kami masuk mall kat dalam Clock Tower ni untuk cuci-cuci mata. Ada banyak shoplot yang branded, yang cantik-cantik level-level dato' datin laa. Memang ramai orang dalam tu dan tempatnya dibuka 24 jam. Weolls jalan just cuci-cuci mata sebab agenda utama dia adalah nak cari nasi arab unta je.
![]() |
| Inside Abraj Al Bait Mall |
Kami naik sampai level P3 area food court tu, dan nampak nasi unta tu bersebelahan dengan Burger King. Foodcourt dia macam tak besar sangat, tapi banyak kedai makan yang kelihatan menggiurkan untuk dicuba.
![]() |
Ni antara kedai yang buat aku terliur. Tak sempat merasa makanan kat sini.. |
![]() |
| Hashi Basha dengan menu special nasi unta |
Mulanya ingat nak makan situ, tapi kerusi banyak ghaib la pulak. So bungkus 2 pek untuk makan kat bilik. Satu pek tu seingat aku around 75SAR.. Agak pricey, tapi setiap suapan tu sungguh chef's kiss dan tiada penyesalan oleh setiap riyal yang dileburkan itu. Haa gitu punya over!
Mungkin sebab ini kali pertama aku cuba makan nasi unta kot. So tak pastilah review ni valid ke tak untuk dibandingkan dengan nasi arab unta kat tempat lain. Yang pasti, daging unta sangat sedap!
![]() |
| Daging unta dia banyak je sebenarnya, tapi tertanam dalam nasi |
Actually malam tu kami tak beli shopping sangat pun sebab tengah survey-survey kedai. Kami menyopping jubah kat Al-Safwah Towers pada hari esoknya. Tapi cerita dia aku compile sekali dalam entry nilah ye. Ternyata pilihan kat Al Safwah Tower ni lebih banyak dan berbaloi dari segi harga!
Al Safwah ni menghadap King Abdul Aziz Gate. Masuk je dalam tu nanti kena turun escalator, dan jumpalah bermacam jenis kedai yang akan buat anda rambang mata! Harga yang ditawarkan lebih kurang sama je untuk setiap shop. Tapi kalau pandai kecek, bui sajo :p
Harga jubah yang paling murah aku jumpa 20 riyal, paling mahal 380 riyal. Tapi standard harga yang biasa dibeli oleh kitorang range 50-150 riyal. Ada abaya, jalabiya, mukhawar memang lawa-lawa chuolls.
Aku pulak suka jubah yang kain dia macam campuran mixed linen sikit. Pastu ada embroidery yang cantik. Range jubah embroidery camni starting from 120 riyal. Tapi tula, masa kat Madinah haritu dah beli banyak jubah, so bajet untuk aku menyopping jubah mahal kat Mekah ni dah habis haha.
Mampu beli jubah yang harga bawah 70 riyal je. Sadis sungguh
![]() |
| Kaler ni cantik sangatt |
So tu jelah antara masa yang digunakan bila ada waktu free kat Mekah ni. Ada jemaah dari group kami yang rajin, pergi ziarah masjid jin la. Shopping tempat-tempat yang jauh sikit dari Mekah (but ofcos murah). Kitorang takdelah rajin sangat nak explore jauh-jauh dari kawasan hotel ni hehe.
Next --> Solat subuh di rooftop Masjidil Haram - Suasana persekitaran masjid









Teringin nak rasa daging unta. Semoga berpeluang ke tanah suci 1 hari nanti.
ReplyDeleteMula2 saya ingatkan tak sedap. Tapi kena pulak dengan tekak :D
DeleteBiasalah tu. .kalau post/share dok dlm masjid saja pun nanti org condemn juga 🤭
ReplyDeleteCantik jubah tu, beli tak?
Kita datang dari jauh, apalah salahnya gunakan free time tu utk membeli belah jugak kan 🤭
DeleteYang biru putih tu tak beli sebab takde bajet dah haha!
Semoga ada rezeki nak ke sana lagi. Trip umrah sebelum ni sebab first time kan, excited nak banyakkan ibadah dalam Masjidil Haram, jadi agenda menyopping dan food hunting tu tak wujud langsung dalam fikiran masa tu hihi. Sempat beli sejadah mini dan coklat je utk anak2 dan asben akak sbb dieorg tak ikut. Kalau ada rezeki buat umrah, nak selitkan jugak masa explore tempat shopping dan food hunting. Setuju dgn Mazni, daging unta sedap 👍🏻
ReplyDeleteOhh kak Carneyz pergi sorang rupanya. Kalau gi sorang ni mmng lebih khusyuk sikit bila banyak habiskan waktu di masjid 🥰
Deleteakak pn ada merasa juga nasi unta husband tapau tp mcm tk ingat dh rasanya camne haha...dkt mekah tk sempat nk shopping..akak beli jubah dkt madinah
ReplyDeleteBagi saya, lebih sedap dari kambing hehe.
DeleteSaya pun banyak membeli kat madinah je haritu, kat mekah beli sikit2 je
Shopping kat Madinah lagi murah dari mekah. Tapi mekah barang dia nampak cantik Dan mewah. Akak dulu shopping kat Madinah banyak bila kat mekah beli yang tak jumpa Di Madinah. Semuga Allah jemput akak lagi ke tanah suci mekah. Aamiin
ReplyDeleteWah bestnyaa, teringinnya nak rasa nasi unta! Nampak sedap betul walau harga 75 SAR tu agak pricey. Tapi bak kata Mazni, sekali-sekala 'meleburkan riyal' demi pengalaman baru apa salahnya kan, janji berbaloi! Tengok gambar food court Hashi Basha pun dah terliur.
ReplyDeleteHahaha ustaz sendiri yang “racun” suruh bawa duit lebih untuk shopping tu memang tak boleh lawan. 😂
ReplyDeleteBuat umrah ya? Seronoknyaaa. I plan nak pergi next year. Please doakan :')
ReplyDeleteJujurnya waktu uncle kat sana uncle tak shopping.... sebab uncle serahkan tugas tu pada aunty... hahaha
ReplyDeleteIgnore je yang menulis itu mazni 🤭. Ntah2 iri tak bisa banyak shopping. Ibadah memanglah ibadah. Tapi tak ada salah kita shopping juga di sana. Bukan tiap hari bisa pergi tanah suci. Trus kita pun ingin bawakan sesuatu untuk teman dan saudara di tanah air kan. Berpahala juga.
ReplyDeleteBetul kata ustad nya 😄👍
Issshmelihat aneka tempat belanja di sana, betul2 teringin balik lagi. Nampaknya dah beda dengan dulu saya datang lah.
Nasi unta pun tak Cuba 🤭. Harus coba makan itu kalau saya bisa umroh lagi . Jubah di sana memang cantik2 kaaan. Menyesal saya dulu tak beli banyak hahahah
Masa tengok gambar nasi daging unta tuh baru nak tanya mana daging untanya sebab tak nampak pun😂. Nasib baik Mazni udah koba dagingnya tersorok. Lawa-lawa betul jubahnya. Bisa rambang mata
ReplyDeleteAkak sebab sekejap je kat sana, jadi memang tak berapa sempat nak explore. Selitkan juga sikit masa untuk tengok-tengok sekitar. Jadi tahulah sikit suasana Mekah selain Masjidil Haram.
ReplyDeleteBab shopping, memang kurang minat. Dah belek-belek pun tak ada yang suka, sehelai jubah pun tak ikut balik Malaysia 😄
sempat laa masuk safwah tower tu utk cuci2 mata. end up beli jus je hahaha
ReplyDeletebudak sebilik sy laa gelap mata tgk jubah2 hahahaha
ReplyDeleteada 1 tu dia berkenan sgt
pejam mata bayar 180 riyal sehelai
Tidak pernah makan nasi unta sebab makan dekat hotel tempat tinggal.
ReplyDeleteHarap ada peluang nanti untuk cuba. Insya Allah.
Hehe saya kurang suka beli-belah sebab tidak suka beg jadi berat.
Banyaknya kedai makan sekarang. Tahun 2022 kami pergi setelah dibuka lepas COVID, memang tak banyak kedai yang buka. Jubah2 pun design lama. Tapi tetap lah membeli. Rindunya lah, moga dapat ke sana lagi.
ReplyDeleteMenarik tu makan daging unta ye. x pernah cuba.
ReplyDelete