Aku ni seorang pencinta mi tarik cina. Setiap kali kalau nampak restoran mi tarik cina baru bukak kat Bangi ni, mesti nak try. Setakat ni dah 6 kedai mi cina yang aku dah cuba kat Bangi ni. Tapi Mi Tarik Yahya is on my top tiers!
Dulu restorannya nama Xinjiang Mi Tarik. Sekitar 2023/2024 kot namanya start tukar jadi Yahya pulak.. Tapi rasa makanannya still sama je tak berubah walaupun nama kedai dah lain haha.
Apa yang aku suka kat sini, sebab makanannya sedap dan murah. Mengikut taste bud aku, rasa makanannya hampir authentic dengan mi tarik yang asli dari cina tanah besar sana. Tak sure owner restoran ni is Chinese muslim dari sana ataupun orang lokal kita.
When i said harga makanan dia murah, tidak ada satu menu pun disini yang melebihi RM15. Paling mahal pun RM12.80 je. Selain tu, kalau korang spent RM8.80 dalam satu resit, boleh dapat free flow drinks! Ada pilihan teh bunga, tamarind dan juga soft drinks.
![]() |
| Free flow drinks |
My comfort food is always diorang punya mi tarik daging. With RM9.80, dapat makan sampai kenyang pastu dapat pulak free flow air.
Soup dia kaler light dan berempah macam sup mi tarik yang lain je. Nak lagi sedap kena letak chili oil lah bagi ada rasa. Tapi chili oil dia pun tak pedas mana hahaha.
![]() |
| Mi sup daging - RM9.80 |
![]() |
| Mi kicap daging - RM11.80 |
![]() |
| Nasi daging masak cendawan - RM10.80 |
Pastu tak lengkaplah kalau pergi kedai cina muslim tak makan dia punya dumpling dengan sate kambing. We always order 2 benda ni kalau tapau atau makan kat situ. Ada jugak chinese beef roti yang harganya cuma RM5 je. Cuma inti daging takdelah melimpah mana.. kenalah dengan harganya yang affordable.
![]() |
| Dumpling daging - RM10.80 |
![]() |
| Sate kambing - RM2.80/pcs |
Overall, makanan kat sini semua memuaskan dan mesra poket. Aku dah banyak kali repeat makan kat sini and this is one of my comfort food! Suasana restoran pun tak terlalu sempit, parking kereta banyak dan lokasi kedainya strategik di tengah-tengah Bandar Baru bangi.
31-G-1, Jalan Medan Pusat Bandar 4, Seksyen 9, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor (Berdekatan Masjid Hasanah)











Akak tak reti makan mi tarik ni sebab rasa rempah sup dia agak kuat. Tapi akak suka pulak perapan rempah sate kambing kat kedai mi tarik. Confuse betul lidah akak ni 😅
ReplyDeletekalau dah namanya sate, semuanya sedap. sama macam abang sayalah, dia pun tak suka makan mi tarik jugak. lidah saya pulak memang suka apa2 jenis mi sup
DeleteUncle kureng sikit mi tarik ni... Sebab sup sia tak sepower mi sup melayu. Tapi kalau mi kicap selalu nak cuba
ReplyDeletemi kicap pun sedap jugak!
DeleteLovely photos! Looks like a very nice place. The food looks very good!
ReplyDeletethe food is really delicious and affordable price!
DeleteMemang style diorang agaknya, chilli oil jenis tak pedas kan.
ReplyDeleteSuka sup kat resto gini, clear dan tidak terlalu berempah... memang comfort food lah.
haah betull. bubuh 2 sudu pun tak rasa pedas. cili oil diorang ni ada campur cuka sikit sebab rasa masam2. mi sup cina memang my comfort food hihi
Deletefav my zharfan ni! i pun suka jugak mee tarik! yums sgt!
ReplyDeleteMurah sangat ni, bolehlah try. Semua sedap nampaknya tu
ReplyDelete