Sambungan dari --> Ziarah Badar - Masjid Al-Areesh & Maqbarah Syuhada'
Sejurus ziarah makam Syuhada' Badar, kami pergi makan malam dulu sebelum ke lokasi akhir. Maklomla, muka semua jemaah dah kelaparan.
Ustaz bawa kami ke restoran yang menghidangkan nasi arab dalam talam. Kami perlu membentuk 5 orang dalam satu bulatan, dan makan sambil duduk bersila. Honestly, agak susah untuk aku sebab kepala dengan badan nak kena bongkok2 pulak.
Hampir-hampir aku makan macam kucing ye, sebab rasa susah benau makan tak berpinggan ni. haha.
![]() |
| Makanan akan dihidangkan di atas plastik ni. Kosep ala-ala shellout gitu |
Bagi aku, rasa dia okay je. Cuma aku lebih prefer makan nasi arab kambing kot. Sebab seafood ni mereka goreng, jadi rasannya sedikit kering.
Kalau kambing, biasanya nasi akan dimasak sekali dengan kambing dalam satu pot. So teksture nasi tu rasa basah-basah sikit dan lebih sedap. Ikan pulak tak sesuai kalau dimasak sekali dengan nasi, nanti bau hanyir pulak kan.
![]() |
| Bye ikan, dah selamat menari-nari dalam perut :p |
Seterusnya, kami ke Jabal Malaikat, iaitu bukit yang menjadi saksi turunnya ribuan malaikat yang membantu pasukan Rasulullah SAW ketika Perang Badar.
Para Malaikat ini diketuai oleh Jibril. Allah menurunkan Malaikat seramai 1,000 pada permulaan, kemudian jumlah naik ke 3,000 dan akhirnya menjadi 5,000. (credit)
Oleh kerana pertolongan malaikat nilah, tentera muslim menang besar dalam peperangan ni. Jumlah ribuan malaikat tu memang takkan mampu ditandingi oleh tentera Quraisy pada ketika tu. Kisah turunnya Malaikat dari langit ketika perang Badar ni ada dalam surah Ali-Imran ayat 123 - 127;
| credit: Dr. Zulkifli Al-Bakri |
![]() |
| View halfway |
![]() |
| Abang ipar dengan anak buah aku yang berjaya sampai atas |
| Berposing sambil berlatarkan Jabal Malaikat dan rembulan malam |
| Di sebalik senyuman, ada auntie yang sedang struggle nak naik bukit ni |
![]() |
| Pasir yang halus mulus sampai meninggalkan bekas tapak kasut dengan begitu detail sekali, hehe |









wah bestnyaaaaaaa
ReplyDeletebestt!
DeleteTanah yang berpasir halus, memang sukar untuk dilalui.
ReplyDeletehaha kaki mendap dalam pasir!
DeleteSeru sekali makannyaaa.. Rasa kebersamannya memang mantap, tapi memang jadi susah karena bungkuk-bungkuk. hihihi
ReplyDeleteMemang agak sulit juga ya naik ke perbukitan yang berpasir. Pasir halus pulak. Tapi syukurlah akhirnya lancar semuanya mbak.
udah terbiasa makan atas meja, tiba2 kena terbungkuk. padahal makan di talam ini sunnah, hihi.
Deletebukitnya pun tak tinggi mana, tapi saya tak mampu lah sampai atas tu. perut penuh :p
Nasi arab ikan siakap pernah tengok keluarga neelofa buat. Kita biasa ayam & kambing je kan.
ReplyDeletehaha kami pulak pestime merasa nasi arab ikan ni
Deletemasa hubby nak bawa makan nasi arab ikan Jumaat lepas kiter cebik je.hahaha. rupanya sedap oo perapan dia. udang dia pun sedap giler bila dah digoreng.
ReplyDeleteSabtu lepas masa singgah kat jabal malaikat ni anak anak semua baru bangun tidur. diorang geleng je bila ajak turun dan panjat. tengah panas pun ye juga. sebab mikir pastu nak umrah guna tenaga malas la nak paksa budak kecik berdua tu.
alaa kenapa saya rasa biasa je nasi arab ikan ni? huhu.
Deleteuishh kalau tengah panas, melecur kaki pijak pasir2 halus tu
Wonderful photos. I love ❤️ lamb. I also love chicken, rice and fish.
ReplyDeletei love all kind of proteins! it's just this fish rice not into my likings
DeleteCantiklah formation pasir dan bukit tu...
ReplyDeleteNasi Arab ikan siakap rasanya pernah dengar neelofa buat
alamak, tah2 yg saya makan ni ikan siakap. selamba je men-tilapiakan dia
DeleteOrang muda pun susah makan bersila, lagi lah orang tua macam uncle... Naik bas nanti ada nasik kat seluar... huhuhu
ReplyDeletemak saya paling seksa sekali time makan kat sini. susah nak duduk bersila
Deletex sabar hendak menjejakkan kaki ke Tanah Haram. duit dah ada cuma x de kwn je.
ReplyDeletesemoga abam kie dapat kesana. ala pergi je dgn mana2 agen berdaftar. nanti kenal dgn ramai kawan baru
DeleteAlhamdulillah rezeki dapat membuat ziarah Badar bersama keluarga. Terima kasih atas perkongsian Mazni. Membaca perkongsian tentang umrah dan berkaitan dengan di bulan Ramadan ni rasa sayu dia tuh lain macam sikit. Mungkin sebab KSarie dah tua kot ye. Teringat Mazni pernah panjat Gunung Rinjani. Kata sepupu KSarie bila nak sampai atas tu, ada laluan berpasir ke berbatu kecil yang tiga kali kita menapak panjat, kita akan tergelongsor setapak. Macam tuh ke yang berlaku di Jabal Malaikat ni? First time KSarie tau ada nasi arab seafood.
ReplyDeletehaah, lebih kurang sama. sebab pasirnya haluihh bangat, tu yg rasa licin setiap kali menapak. cuma bezanya, jabal malaikat ni kategori rendah je. kalau tinggi macam rinjani mau nangis haha
DeleteAkak pun macam susah kalau makan tak guna pinggan, mau makan sikit je. Kalau ada pinggan boleh angkat pegang.
ReplyDeleteTengok rupa pasir tu memang jelas halus dan susah nak berjalan, apa lagi nak mendaki.
tu pun salah satu faktor kitorg tak makan habis kot.. susah nak membongkok tarik2 nasi haha.
Deleterasa macam pijak pasir pantai je, cuma condong sikit :p
tu laaa jarang orang arab makan seafood. tp yg ni dihidangkan siap ada seafood. maknanya tetamu yg datang ni memang special ;-)
ReplyDeletebarulah merasa kelainan sikit kan hehe
Deletepasir tu kalau main sandboarding ok tak? hehehe
ReplyDeletekuasa Allah kan... keliling bukit2 batu tapi kat sini berpasir...
saya rasa sesuai utk sandboarding. kalau pernah pergi lancelin dkt perth tu, ha camni la rasanya
DeleteUnik betul la sebab kat sini berpasir, sebelah sana berbatu kan...kalau Allah nak hantar bantuan kan....bukan bantuan manusia tapi malaikat.
ReplyDeletemerinding dengar kan?
Deleteeh haah lah mmg jrg nasi arab dihidang dgn seafood sbb sllunya haiwan di darat je ehehe
ReplyDeleteorang arab dah boring makan haiwan darat agaknya. seafood dikira makanan mahal. haha kat malaysia pun sama jugakler..
DeleteNasi arab memang portion besar, kan. Mutawif akak cakap hari tu. Orang Malaysia makan 4 orang satu dulang, orang arab 2 orang je satu dulang. Haha.. meletup perut. Best la, Mazni, dapat sampai Jabal Malaikat. Tumpang seronok akak baca entri ni. 🥰
ReplyDeletetula... dahsyat betul selera makan dorang ni.. salute!
Deletealhamdulillah, seronok bila dpt telusuri lokasi yg kita pernah baca dalam buku/Quran
Rindunya nak ke Mekah lagi :)
ReplyDeleteSemoga ada rezeki kesini lagi :)
Deletewah syok tu dpt ziarah kt Jabal Malaikat juga...akak tk pegi sini....best makan nasi arab dlm talam
ReplyDeleteTak ramai selisih dgn group dri malaysia kat badar ni.
DeletePengalaman makan dalam talam kan
Subhanallah cantiknya suasana malam Jabal Malaikat. Ziarah Badar, memang menarik sangat. Betul juga Mazni, nasi arab ni sedap dengan daging kan dari ikan. Apapun pengalaman dapat makan nasi arab dengan ikan bukan lah selalu kan.
ReplyDeleteMemang cantik. Kalau kat malaysia, tak teringin nak makan nasi arab ikan ye dak 😆
DeletePortion dia orang memang selalu banyak. Masa umrah lah banyak tempat ziarah yang dibawa. Kita orang ustaz offer bawa makan nasi unta. Tapi akak tak join lah hanya mereka yang berminat je yang pergi.
ReplyDeleteSambil beribadat dan telusuri sirah gituu.
DeleteLaaah awat tak join. Saya pestime makan unta, sedap betul rasa daging dia
Walaupun naik half way nampak jauh juga tu.. yang muda pun struggle apatah lagi yang berumur nak naik atas. Dengan kaki terbenam dalam pasir. Cantik pulak pasir tu macam berombak-ombak.
ReplyDeleteHaha kitonya mengah makan nasi banyak sangat. Tu tak mampu sampai atas tuu.
DeletePasir dia mcm safari desert yg halus2 tu
terliur la nasi arab tu! MZ BW tghari 5 ramadan ni hahahah
ReplyDeleteAlamakk sorry kalau lapar ye 😜
DeleteSaya pun tak pandai makan cara duduk begitu. Memang termengah-mengahlah dengan nak bongkok-bongkok lagi. Lauk nasi Arab memang pelbagai. Di negara kita sahaja terhad setakat ayam dan kambing. Padahal di sana boleh jumpa macam-macam lauk termasuk unta dan kuda dan seafood pula memang selalunya ikan dan udang. Dulu saya pun hairan, sampai sana ada pula nasi arab lauk ikan. Saya suka.
ReplyDeleteDulu masa bukak puasa kat masjid universiti, student dapat peluang makan ramai-ramai gini.
ReplyDelete