Assalamualaikum
20/2/2018 - Selasa
PREVIOUS ENTRY (SHIBUYA)
PREVIOUS ENTRY (SHIBUYA)
Dannn pada hari ketiga di sini, kitorang baru dapat Japan Rail Pass. Japan Rail Pass ni is a must bagi pelancong yang datang ke Jepun sebab benda ni memang dikhaskan hanya untuk foreigner sahaja dan rakyat Jepun sendiri tak dapat kelebihan ni.
Apa kelebihan JR Pass ini? Korang boleh gunakan pass ni untuk naik semua jenis train dan subway, kecuali Shinkansen. While orang lain kena beli tiket, kita just tunjuk je pass ni dekat laluan khas (ataupun kaunter pertanyaan train) dan boleh lalu dengan ewahnya. Sebab tu orang Jepun jeles bila foreigner dapat kemudahan ni. Negara Jepun ni memang selalu sediakan keistimewaan untuk orang luar contohnya sediakan JR Pass ni, Osaka Amazing Pass, sediakan surau untuk muslim, concern pasal makanan halal. Bagus kan diorang ni?
Total JR Pass ni untuk sorang (7 days) = RM 1063 dan kali dengan kitorang 8 pax = RM 8504.
Untuk hari ketiga ni kita nak pegi ke Tokyo Tower dan Odaiba. Aku first time tau pasal Tokyo Tower ni masa tengok citer Detective Conan, so rasa excited nak tengok menara ni depan mata yang kononnya ada bomb dalam cerita Conan tu hahaha.
So, we took JR Yamanote line. Dari Komagome station, ambil train ke Hamamatsucho station. Keluar dari station tu, ambil north exit dan dari jauh memang boleh nampak dah menara kaler merah ni.
Sebelum nak jumpa menara Tokyo tu kau akan nampak pintu gerbang ni dulu. Yang ni adalah Zojoji temple, dimana ia berdekatan dengan tower tu.
Kitorang takdelah naik atas tower tu sebab banyak tempat nak lagi nak pegi. So cukuplah kot tengok dari bawah je untuk nak cukupkan syarat. Yang penting boleh flex dengan "AKU DAH SAMPAI TOKYO TOWER LAHH OMGG!"
Cuaca haritu cantik, biru je langit. Korang nampak je macam terik kan tapi dah nama pun winter, so suhu dia just nice. Rasanya haritu 6 celcius tak silap.
Lepas dah puas bergambar kat sini, terus gerak pegi Tsukiji Market. Okay nak menapak ke sini jauh giloss. So, kitorang daripada Tokyo tower (Hamamatsucho st.) pegi ke Shimbashi Station untuk ke Tsukiji market.
|
Daripada station tu nak ke Tsukiji market, kitorang berjalan kaki selama 20 minit. So kalau jalan kaki je dah 20 minit maybe korang boleh agakla berapa jauh dia. Lenguh i tell you, nak naik bas tapi taktau bas sekian-sekian tu betul ke turun kat tempat yang kitorang nak pegi tu. So jalan kaki jelaaa.
Dan...... kitorang lalu kat Ginza! Tapi kat Ginza ni singgah sekadar lalu jela takdela explore kawasan situ pun. Sebab sini kawasan yang glemer untuk makan-makan mewah, tempat entertainment, pub, night club. Senang citer, Ginza ni tempat untuk orang-orang kaya berseronoklah.
Lepas dah jauh berjalan... Sampai dah Tsukiji Market.
Apa yang menarik kat Tsukiji Fish Market ni, dia merupakan pasar yang paling terbesar kat Tokyo yang menjual bahan-bahan segar macam ikan, sayur dan buah. Tapi yang paling glemer kat sini ikan tuna yang size besar gedabak tu. Selalunya waktu pagi dia akan buat pemotongan ikan tuna ni pastu kalau lucky, kau dapatlah merasa raw tuna yang fresh tu. Teringin nak makan tuna mahal tu tapi datang lambattt.
yang ni tolonglah belii! Mochi dia sebesar tapak tangan dan sedap gila. Ada macam-macam perisa tapi yang paling aku suka is strawberi, green tea, mango |
Ni antara kedai sushi yang paling glemer. Aku tak surelah kat tempat lain ada ke tak, tapi kat Tokyo boleh dikatakan selalu nampak jugaklah. Terutama kat area Tsukiji tu, bersepah.
strawberi sebesar tapak tangan, manis dan sedap |
Tsukiji market ni is a mustlah kot kalau datang Tokyo. Bolehla nak beli-beli makanan laut kat sini. Asalnya ayah aku nak beli salmon pastu nak masak sendiri kat rumah. Tapi memandangkan kitorang banyak tempat lagi nak pegi, takkan nak bawak ikan tu kehulur kehilir dalam beg, mau busuk satlagi.
Aku tak katalah harga-harga seafood kat sini murah, well Jepun kan. Tapi kalau nak seafood yang fresh gila dari laut memang sinilah tempatnya. Oh, kat sini pun ada jual souvenir macam cawan, magnet, chopsticks. Tapi kedai cenderahati sini tak banyak sangatlah. Barang yang dijual pun bertema ke-jepun-an. Harga agak murah jugakla. Aku beli cawan corak gunung fuji cuma 350 yen. Tapi magnet ceramic dia mahal, kecik2 harga sama macam cawan, cuma magnet tu memang naisla. Weolls beli jugak btw, haha.
Lepas dah puas shopping kat sini, next station is Odaiba pula. Odaiba ni macam pulau buatan manusia, Tokyo Bay dan is well known as "Tokyo Waterfront City". Tapi benda yang paling kitorang nak tengok kat Odaiba ni sebenarnya patung Gundam yang besar tu.
Apa yang coolnya masa nak naik train pegi Odaiba ni, train dia lalu atas laut youu. Ni macam bandar metropolitan sungguh. Btw nak pegi sini bukan guna JR Yamanote line macam yang kitorang selalu naik tu, kalini kena amek Yurikome Line and turun kat Daiba Station.
Yang jambatan tu namanya Rainbow Bridge. Function dia untuk menghubungkan laluan dari bandar-bandar besar tu nak ke Tokyo Bay(Odaiba) ni. So kalau kita naik train Yurikome Line tu memang lalulah kat bridge ni.
Yang ni pun glemer jugak kat sini, Statue Of Liberty versi palsu. Lol. Even kau ada kat Jepun pun boleh feeling-feeling macam kat Amerika. Maybe cerita baymax dapat ilham nama San Fransokyo tu lepas tengok Odaiba ni kut.
Ni pulak Fuji TV Building. Sini merupakan headquarters bagi Fuji TV yang paling terkenal kat Jepun.
Yang nilah paling kitorang tak sabar nak jumpa, Mr Gundam!! Dia punya tinggi tu nak dekat sama dengan Diver City kat belakang tu. Nama gundam ni RX-0 Unicorn dan ketinggian dia adalah 19.7 meter. Sebenarnya statue ni baru pasang masa september 2017 sempena menggantikan statue lama RX-78-2. Yang baru ni dia buat lagi besar dan lagi kacak compared yang previous model tu. Kalau tengok time malam, lampu-lampu kat badan gundam ni menyala warna merah. Memang cool habiss!
Ni model gundam RX-78-2 yang lama tu. Tinggi asal dia dulu cuma 18 meter je. Btw, kat sini ada Gundam Cafe so bagi peminat-peminat Gundam bolehla beli merchandise atau model Gundam kat sini. Ingatkan nak beli tapi harga dia mahal nau haa.
ingatkan sakura, tapi plum blossom je. Bolehla tu nak feeling2 sakura sikit daripada takde
Kat Odaiba ni ada disediakan prayer room dekat Decks Tokyo Beach (belakang Aqua City) and kat dalam mall. Masuk je situ terus naik floor 5 dan jalan hujung sikit jumpa prayer room dia. Tapi aku lupa lak nak amek gambar. Prayer room kat situ kena share laki perempuan dan boleh muat 3-4 orang je. Hehe asalkan ada tempat proper untuk solat kira bersyukur sangat dah.
Luar Tokyo decks boleh nampak view ni
Habis berjalan kat Odaiba dalam pukul 4 lebih, nak dekat maghrib waktu tu. Tapi even dah nak malam pun kitorang still nak jalan-jalan lagi hokeyy. Tapi yang tu tunggu next entrylah. Tulis panjang-panjang siapa nak baca kan. lol.
Thanks for reading!
Cantiknya cuaca masa Mazni ke Jepun ni. Macam nilah baru best nak jalan-jalan :D
ReplyDeleteBy the way, that tamago looks delicious. Tamago is one my favourites!
kann! dia terik tpi cuaca sejuk xD
Deletesebab tamago ni jelah yg nampak meyakinkan so kitorang beli je hehe. lagipun murah telur gebu camtu dapat harga 100 yen je!
Terik tapi cuaca sejuk ni memang biasa masa winter :D
Deletecuaca yang paling disukai ramai, HAHA!
Deleteerhhhh mochi tuuuu haihhhh. craving lah pulak rasanya hahaha. bestnya peg melancong mazni! gambar pun smua cantik ><
ReplyDeletelama dah tak singgah sini hihi
kitorang beli semua flavour hahaha! #peminatmochi
DeleteYa Allah, rindunya Japannnnn. I didn't hve the time to write about my trips yet. hhaha
ReplyDeleteplease share your japan trip soon! i'm willing to read xD
DeletePercaya tak setelah 5 tahun duduk Jepun saya tak pernah pergi pun Tsukiji Market. Hhahha
ReplyDeletepercayaa. sebab kak rasya sebelum ni duduk kat himeji, jauh dari tokyo :p
Deletetapi sekarang dah duduk kat tokyo kan? bolehla singgah hehehe
Ahhhhh sedapnya strawberry tu.. ada org ckp japan pnya lg sedap dari korea.. seafood tu pon nampak sedap jugak tp apakan daya ada gout.. huhu
ReplyDeletesedapp manis sangat! saya tk pernah rasa strabwerry korea lagi so belum tau apa perbezaannya haha
Deletekalau sayamau menangis tk boleh makan seafood sbb favourite tu huhu
Huhu Korea punya pon dah rasa heaven gila tak boley bayang jepun punya..
Deletebestnyer Japan..dalam bucketlist sy juga nii
ReplyDeletesemoga bucket list tercapai!
Deletex pandai aida nak komen specifically. sebab tak sampai ke jepun lagi :)
ReplyDeletebab harga, kalau kita holiday, jgn diendahkan sgt. kalau dikira-kira, nanti tak membeli lah kita hi hi...
indahnya. bestnya.
strawberry tu mak aii!
ReplyDeletebesar!
merah!
sodap...