15 Aug 2016

Trip WA : Caversham wildlife park


Assalamualaikum

10/2/2016 - Wednesday

Apalah gunanya jika ke Australia jika tidak menjenguk simbol kebangaan Australia, iaitu 2 ketul binatang comel bernama kangaroo dan koala? Last aku pegi zoo masa darjah berapa tah, so kali ni bila dapat pegi zoo sekali lagi, punyalah seronok. Tambah pulak nak jenguk si kangaroo dengan koala yang kitorang tak pernah jumpa seumur hidup!

Perjalanan nak ke Caversham ni amek masa dalam 15 minit je dari rumah kitorang. We'olls sampai pukul 9 tapi malang sekali terawal sangat pulak. 9.30 baru boleh masuk.

Harga masa ni $27 AUD. Haa silalah convert. Aunty Ilah kata dah mahall. Dulu dia pergi dalam 2 tahun yang lepas, $23 AUD je taww. Sampai hati kangaroo2 ni bagi harga mahal kat kitaa :(


Kitorang habis masa 2 jam kat dalam ni. Boleh tahan luas. Macam2 jenis haiwan ada, tapi satu tempat je yang aku tak masuk. Haiwan reptile. Sebab aku tak suka tengok buaya, ular2 semua tu.

So, sasaran pertama aku haruslah nak mencari kangaroo!

bunch of kangaroo

Memang sampai kat tempat kangaroo ni jakun sungguh tau. Seronok bila dapat jumpa kangaroo2 yang comel ni! Aku taktau nak describe camne tekstur kelembutan bulu kangaroo ni tapi yang pasti lembut macam carpet yang mat2 pakistan jual kat kedai. Mungkin juga carpet itu ada di rumah korang. 

Eh sukahati je describe bulu dia camtu.

feeding the kangaroooo

Diingatkan juga, kalau korang nak datang caversham park ni, mohonler datang waktu pagi. Sebab time ni kangaroo2 masih belum makan, so bila kita datang nak bagi makanan  diorang takkan menolak rezeki. Kangaroo2 ni yang datang kat kita tau. Terharu jap i. Tapi kalau dah masuk tengahari bila dia dah kenyang tu, kau bagilah makanan mahal jenis apa pun, dia malas dah nak layan kau. Kejam kangaroo ni.

dialog hari raya;
kangaroo : Mak! maafkan kami.. kami dah banyak buat dosa dengan mak.. ampunkan kami mak..
aku: Eh ya Allah nak, apeni. dah2, bangun.. mak ampunkan awak semua...

Tapi paling payah nak ajak kangaroo ni bergambar. Makan je keje dia, susah betul nak pandang kamera T__T
ye aku memang malas nak bergambar.. kau pahal?

Lepas dah lawat kangaroo, kitorang pusing2 lagi cari binatang.

muka berlagak diva betoii puihhh!

Malaslah nak tunjuk gambar haiwan ni banyak2 sebab korang bukan berminat sangat nak tengok haiwan ni semua kan? hahaha. 

Lepastu kitorang pegi kat tempat show pulak. Haa show nilah yang kita nak tengok bagaimana bulu kambing biri2 ditogelkan. Daripada nampak gemuk sampai kurus jadinya, kesian ngatt :p

"aku tak rela diperlakukan beginiiii" - kata biri-biri

hasil setelah ditogel

Lepastu abang2 cowboy ni panggil 4 orang budak kecik untuk bagi anak kambing biri2 minum susu. Rakus betul biri2 ni minum! Oh btw ada adik dari malaysia ni yg kasi kambing tu minum susu. Time kat Caversham ni memang ramai gila orang Malaysia. Rasa macam kat zoo negara jap, haha.

pretty lady tengah melibas ala2 cowboy

Sepatutnya lepas habis show biri2 ni kita boleh cuba perah susu lembu. Tapi disebabkan kami cuma ada masa 2 jam je dalam ni, so kena jimat masa sikitlah. Koala pun tak jumpa lagi ni.

Haa meh aku bawak korang jumpa koala. Tapi sayang seribu kali sayang, koala ni tengah tidoq.. Kalau tak boleh cuba peluk dia


Pukul 11 tu sepatutnya ada show wombat and friends. Tapi sebab pukul 11 dah nak kena balik dah, tak sempat tengok wombat :(

Sebelum keluar, sempat lagi kami main dengan kangaroo. 

mula dah aktiviti bermalasan mereka


Sayu betul ek mata kangaroo ni. Teringatkan kampung halaman ke cemana? Btw, taktau kenapa kangaroo ni agak lain sikit berbanding kangaroo yang biasa kita tengok. Bulu dia pun rasa lebih kasar sikit berbanding kangaroo biasa. Kangaroo ni sangat rare dan mimik muka dia lebih comel sikit.

Tamatlah misi mencari 2 K (kangaroo & koala). Seronok sangat jumpa depa ni, jinak :) Ada rezeki kita jumpa lagi ok?


Nak jumpa lagi? Alah malaslaa, garu belakang badan i dulu - kata kangaroo


Thanks for reading!

23 comments:

  1. hahaha.. lawak gambar yang last ni. kiki

    ReplyDelete
  2. bestnyaaaa nak jugak pegang kangaroo dan koala

    ReplyDelete
  3. Hahaha. Comelnya gambar last sekali tu bersama caption yang sesuai. Hehe.

    Bestnya pergi jumpa kangaroo dan koala.. Rasa macam nak g zoo jugak tapi takdelah haiwan tu.. Hehe

    ReplyDelete
  4. comelnyaaa semua tu. ada koala, biri2, kangaroo. bestnyaaa. :D
    gambar last tu lawak sgt. siap bergaru belakang lagi XD

    ReplyDelete
  5. waaaa...duduk ausie ke sekarang ????

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh xdelah ni trip masa bulan 2 haritu. Tpi doakanlah dpt duduk aussie one fine day nnti haha!

      Delete
  6. Huwaaa so cute. bawak balik satu!

    ReplyDelete
  7. caption lawak-lawak lah. hahahaha. bestnya dapat makan kangaroo. eh, silap, bagi makan kangaroo xD

    ReplyDelete
  8. jap, first time tgk kangaroo warna putih (OMG!) ingatkan kangaroo warna coklat je. And, kangaroo punya cara lahirkan anak unik sgt, boleh tgk kat youtube tp mesti org yg jaga kangaroo ni dh bgi penjelasan kat awak kan.. hehe

    bilala aku nak gi ke sana... *monolog dalaman*

    ReplyDelete
  9. koala tu paling cute! aaaaa teringin nak tpegang

    ReplyDelete
  10. Beruntungnya awak boleh jenjalan overseas !!

    ReplyDelete
  11. jeles ok..kita xpernah lagi g oversea...duk baca blog aw jadi teruja pula sy..keep writing ur journey girl!

    ReplyDelete
  12. Okay kita jealous, kirim salam pada kangaroo dari saya ;)

    ReplyDelete
  13. Comellll. Geram nak peluk semuaaaaa!!! ><

    ReplyDelete
  14. why so cuteeee! geram je tengok.
    Kahkah.. okay lawak la nak suruh garu ye.=P

    ReplyDelete
  15. hehehe...akak terasa tau part sape yg g Aussie tak tgk Kola dgn Kangaroo..tau tak nak jmpe dorang I have to pay $55..hmmm...so, I decided to stay a side je...sobs!

    tapi nmpk you had a very good time there!

    ReplyDelete
  16. Serious sedekat itu dengan kangaro!? Aaaaa bestnyaaa untung nyaaa Mazni! Once in a lifetime why not kann.

    ReplyDelete
  17. wah bestnyaa :D
    https://mellyacrayola.blogspot.my/2016/10/segmen-jom-exchange-link-by-mellya.html

    ReplyDelete
  18. wah comelnya kangaroo
    abe Nik x pernah tgk agi dpn2

    ReplyDelete

Nak komen apa? silakan~