19 Feb 2026

Ziarah Badar - Makan Nasi Arab Talam & Jabal Malaikat

Sambungan dari --> Ziarah Badar - Masjid Al-Areesh & Maqbarah Syuhada'

Sejurus ziarah makam Syuhada' Badar, kami pergi makan malam dulu sebelum ke lokasi akhir. Maklomla, muka semua jemaah dah kelaparan. 

Ustaz bawa kami ke restoran yang menghidangkan nasi arab dalam talam. Kami perlu membentuk 5 orang dalam satu bulatan, dan makan sambil duduk bersila. Honestly, agak susah untuk aku sebab kepala dengan badan nak kena bongkok2 pulak.

Hampir-hampir aku makan macam kucing ye, sebab rasa susah benau makan tak berpinggan ni. haha.

Makanan akan dihidangkan di atas plastik ni. Kosep ala-ala shellout gitu

Hidangan kami pada malam tu agak special sikit, sebab makan nasi arab seafood! Orang Arab ni selalu kan makan nasi arab kambing, ayam, unta. Okay ni bunyinya macam kesian, tapi aku tak pernah tahu pulak kewujudan nasi arab yang berlaukkan seafood macam ni ye. Sebab kat Malaysia pun kita asyik makan nasi arab kambing atau ayam je kan. 

Seafood yang dihidangkan pada malam tu adalah udang dan ikan. Kemudian ada hiasan sayur yang macam ulaman gitu. Didatangkan juga dengan smbal tomato.


Portion dia sangat banyakkk. Aku dah import abang untuk masuk group kitorang pun, still tak berjaya habiskan semua nasi. Group sebelah ni pulak semua lelaki, diorang yang pertama dapat clearkan nasi tu. Licin licau uii, haha.

Group perempuan kebanyakkannya makan tak habis xD

Bagi aku, rasa dia okay je. Cuma aku lebih prefer makan nasi arab kambing kot. Sebab seafood ni mereka goreng, jadi rasannya sedikit kering.

Kalau kambing, biasanya nasi akan dimasak sekali dengan kambing dalam satu pot. So teksture nasi tu rasa basah-basah sikit dan lebih sedap. Ikan pulak tak sesuai kalau dimasak sekali dengan nasi, nanti bau hanyir pulak kan.

Bye ikan, dah selamat menari-nari dalam perut :p

Seterusnya, kami ke Jabal Malaikat, iaitu bukit yang menjadi saksi turunnya ribuan malaikat yang membantu pasukan Rasulullah SAW ketika Perang Badar.

Para Malaikat ini diketuai oleh Jibril. Allah menurunkan Malaikat seramai 1,000 pada permulaan, kemudian jumlah naik ke 3,000 dan akhirnya menjadi 5,000. (credit)

Oleh kerana pertolongan malaikat nilah, tentera muslim menang besar dalam peperangan ni. Jumlah ribuan malaikat tu memang takkan mampu ditandingi oleh tentera Quraisy pada ketika tu. Kisah turunnya Malaikat dari langit ketika perang Badar ni ada dalam surah Ali-Imran ayat 123 - 127;

credit: Dr. Zulkifli Al-Bakri

Uniknya Jabal Malaikat ni, bukit-bukit disekitar dia semuanya jenis berbatu tau. Tapi Jabal Malaikat ni je yang berbentuk pasir putih halus. Aku cuba juga nak panjat sampai atas tu, tapi mengah komerr. Setiap kali menapak naik atas tu, kaki tenggelam dalam pasir.

Dah lah baru lepas makan.. Berjaya naik halfway jelah yekk.

View halfway
Abang ipar dengan anak buah aku yang berjaya sampai atas
Berposing sambil berlatarkan Jabal Malaikat dan rembulan malam
Di sebalik senyuman, ada auntie yang sedang struggle nak naik bukit ni
Pasir yang halus mulus sampai meninggalkan bekas tapak kasut dengan begitu detail sekali, hehe

Peristiwa di Jabal Malaikat mengajar kita untuk bersabar ketika menghadapi kesulitan, especially pada waktu kita rasa nak putus asa. Rasulullah SAW meletakkan sepenuh pengharapan dan menyerahkan diri kepada-Nya di saat yang genting. Maka Allah pun menurunkan pertolongan yang tidak disangka, sehinggakan pihak lawan pun tak mampu menepisnya.

Maka tamatlah ziarah Badar kami pada hari tu.

Seronok sangat ziarah ni sebab banyak ibrah yang kita dapat. Masa mak dan ayah aku pergi Haji dulu, diorang tak pergi Badar ni pun. Puas hati lah kalini dapat ziarah tempat bersejarah yang penting dalam Islam.


Esoknya hari Sabtu, sambung aktiviti ziarah kat tempat lain pulak. 


46 comments:

  1. Tanah yang berpasir halus, memang sukar untuk dilalui.

    ReplyDelete
  2. Seru sekali makannyaaa.. Rasa kebersamannya memang mantap, tapi memang jadi susah karena bungkuk-bungkuk. hihihi
    Memang agak sulit juga ya naik ke perbukitan yang berpasir. Pasir halus pulak. Tapi syukurlah akhirnya lancar semuanya mbak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. udah terbiasa makan atas meja, tiba2 kena terbungkuk. padahal makan di talam ini sunnah, hihi.
      bukitnya pun tak tinggi mana, tapi saya tak mampu lah sampai atas tu. perut penuh :p

      Delete
  3. Nasi arab ikan siakap pernah tengok keluarga neelofa buat. Kita biasa ayam & kambing je kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha kami pulak pestime merasa nasi arab ikan ni

      Delete
  4. masa hubby nak bawa makan nasi arab ikan Jumaat lepas kiter cebik je.hahaha. rupanya sedap oo perapan dia. udang dia pun sedap giler bila dah digoreng.

    Sabtu lepas masa singgah kat jabal malaikat ni anak anak semua baru bangun tidur. diorang geleng je bila ajak turun dan panjat. tengah panas pun ye juga. sebab mikir pastu nak umrah guna tenaga malas la nak paksa budak kecik berdua tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. alaa kenapa saya rasa biasa je nasi arab ikan ni? huhu.

      uishh kalau tengah panas, melecur kaki pijak pasir2 halus tu

      Delete
  5. Wonderful photos. I love ❤️ lamb. I also love chicken, rice and fish.

    ReplyDelete
    Replies
    1. i love all kind of proteins! it's just this fish rice not into my likings

      Delete
  6. Cantiklah formation pasir dan bukit tu...
    Nasi Arab ikan siakap rasanya pernah dengar neelofa buat

    ReplyDelete
    Replies
    1. alamak, tah2 yg saya makan ni ikan siakap. selamba je men-tilapiakan dia

      Delete
  7. Orang muda pun susah makan bersila, lagi lah orang tua macam uncle... Naik bas nanti ada nasik kat seluar... huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. mak saya paling seksa sekali time makan kat sini. susah nak duduk bersila

      Delete
  8. x sabar hendak menjejakkan kaki ke Tanah Haram. duit dah ada cuma x de kwn je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. semoga abam kie dapat kesana. ala pergi je dgn mana2 agen berdaftar. nanti kenal dgn ramai kawan baru

      Delete
  9. Alhamdulillah rezeki dapat membuat ziarah Badar bersama keluarga. Terima kasih atas perkongsian Mazni. Membaca perkongsian tentang umrah dan berkaitan dengan di bulan Ramadan ni rasa sayu dia tuh lain macam sikit. Mungkin sebab KSarie dah tua kot ye. Teringat Mazni pernah panjat Gunung Rinjani. Kata sepupu KSarie bila nak sampai atas tu, ada laluan berpasir ke berbatu kecil yang tiga kali kita menapak panjat, kita akan tergelongsor setapak. Macam tuh ke yang berlaku di Jabal Malaikat ni? First time KSarie tau ada nasi arab seafood.

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah, lebih kurang sama. sebab pasirnya haluihh bangat, tu yg rasa licin setiap kali menapak. cuma bezanya, jabal malaikat ni kategori rendah je. kalau tinggi macam rinjani mau nangis haha

      Delete
  10. Akak pun macam susah kalau makan tak guna pinggan, mau makan sikit je. Kalau ada pinggan boleh angkat pegang.

    Tengok rupa pasir tu memang jelas halus dan susah nak berjalan, apa lagi nak mendaki.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu pun salah satu faktor kitorg tak makan habis kot.. susah nak membongkok tarik2 nasi haha.
      rasa macam pijak pasir pantai je, cuma condong sikit :p

      Delete
  11. tu laaa jarang orang arab makan seafood. tp yg ni dihidangkan siap ada seafood. maknanya tetamu yg datang ni memang special ;-)

    ReplyDelete
  12. pasir tu kalau main sandboarding ok tak? hehehe

    kuasa Allah kan... keliling bukit2 batu tapi kat sini berpasir...

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya rasa sesuai utk sandboarding. kalau pernah pergi lancelin dkt perth tu, ha camni la rasanya

      Delete
  13. Unik betul la sebab kat sini berpasir, sebelah sana berbatu kan...kalau Allah nak hantar bantuan kan....bukan bantuan manusia tapi malaikat.

    ReplyDelete
  14. eh haah lah mmg jrg nasi arab dihidang dgn seafood sbb sllunya haiwan di darat je ehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. orang arab dah boring makan haiwan darat agaknya. seafood dikira makanan mahal. haha kat malaysia pun sama jugakler..

      Delete
  15. Nasi arab memang portion besar, kan. Mutawif akak cakap hari tu. Orang Malaysia makan 4 orang satu dulang, orang arab 2 orang je satu dulang. Haha.. meletup perut. Best la, Mazni, dapat sampai Jabal Malaikat. Tumpang seronok akak baca entri ni. 🥰

    ReplyDelete
    Replies
    1. tula... dahsyat betul selera makan dorang ni.. salute!
      alhamdulillah, seronok bila dpt telusuri lokasi yg kita pernah baca dalam buku/Quran

      Delete
  16. wah syok tu dpt ziarah kt Jabal Malaikat juga...akak tk pegi sini....best makan nasi arab dlm talam

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak ramai selisih dgn group dri malaysia kat badar ni.
      Pengalaman makan dalam talam kan

      Delete
  17. Subhanallah cantiknya suasana malam Jabal Malaikat. Ziarah Badar, memang menarik sangat. Betul juga Mazni, nasi arab ni sedap dengan daging kan dari ikan. Apapun pengalaman dapat makan nasi arab dengan ikan bukan lah selalu kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang cantik. Kalau kat malaysia, tak teringin nak makan nasi arab ikan ye dak 😆

      Delete
  18. Portion dia orang memang selalu banyak. Masa umrah lah banyak tempat ziarah yang dibawa. Kita orang ustaz offer bawa makan nasi unta. Tapi akak tak join lah hanya mereka yang berminat je yang pergi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sambil beribadat dan telusuri sirah gituu.
      Laaah awat tak join. Saya pestime makan unta, sedap betul rasa daging dia

      Delete
  19. Walaupun naik half way nampak jauh juga tu.. yang muda pun struggle apatah lagi yang berumur nak naik atas. Dengan kaki terbenam dalam pasir. Cantik pulak pasir tu macam berombak-ombak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha kitonya mengah makan nasi banyak sangat. Tu tak mampu sampai atas tuu.
      Pasir dia mcm safari desert yg halus2 tu

      Delete
  20. terliur la nasi arab tu! MZ BW tghari 5 ramadan ni hahahah

    ReplyDelete
  21. Saya pun tak pandai makan cara duduk begitu. Memang termengah-mengahlah dengan nak bongkok-bongkok lagi. Lauk nasi Arab memang pelbagai. Di negara kita sahaja terhad setakat ayam dan kambing. Padahal di sana boleh jumpa macam-macam lauk termasuk unta dan kuda dan seafood pula memang selalunya ikan dan udang. Dulu saya pun hairan, sampai sana ada pula nasi arab lauk ikan. Saya suka.

    ReplyDelete
  22. Dulu masa bukak puasa kat masjid universiti, student dapat peluang makan ramai-ramai gini.

    ReplyDelete

Nak komen apa? silakan~