11 Dec 2024

Taman Negara Pahang - Danz Eco Resort & melawat Perkampungan Orang Asli

 Assalamualaikum

Pada 16-17 Ogos 2024, aku dan 2 orang kawan degree (Iqa dan Shiera) pergi ke Taman Negara Pahang. Asalnya kami ni ada 4 orang, tapi hat sorang lagi tu tiba-tiba sakit sehari sebelum kejadian. Maka duitnya burn begitu saja.. So after subuh 16 hb tu kami dari Cheras terus gerak ke Pahang. Kami pergi ni pada hari Jumaat tau, seeloknya perlu sampai di sana sebelum solat jumaat lah.

Perkenalkan hosmet degree saya, 2 specky gworlz

Taman Negara merupakan antara hutan simpan yang tertua di Malaysia. Dengan keluasan keseluruhan 4,343 km persegi, kawasan Taman Negara ni meliputi 3 buah negeri iaitu Pahang, Kelantan dan Terengganu. Kami masuk ikut entrance Kuala Tahan, di Jerantut dan parking di situ.

parking berbumbung sehari RM15

Masa ni tersampai awal jugaklah sebenarnya. Sementara tunggu dikutip oleh powil (4WD), kitorang ambil gambar dan buat content untuk tiktok. Lecak weyy panas sungguh. Belum buat aktiviti lagi mekap aku dah cair, camne ni!

Encik powil ni sangat tepat pada masanya, kalau dia cakap pukul 12 baru gerak, memang pukul 12 jugaklah dia gerak. Walaupun kami datang sejam awal, tetap tak boleh masuk awal ye xD Perjalanan dari parking kereta untuk ke tapak camping tu rupanya cuma 7 minit je nyah. Selama aku pergi camping yang kena naik powil ni, paling-paling busuk pun perjalanan 30 minit tau. Tak sempat nak merasa thrill sakit-sakit badan, dah sampai pun tempatnya.

Kawan aku tanyalah, kenapa tak buat jalan tar je sebab dekat sangat tempat glamping ni dengan parking kereta. Abang powil cakap nanti tak thrill lah korang masuk hutan tapi tak merasa offroad. haha ye tak ye jugak, boleh la buat ghaso-ghaso kan.

Rasanya kalau jalan macam ni berterusan selama 30 minit, confirm patah riuk tulang dan pinggang ni
Tadaaa inilah campsite nya!

Untuk aktiviti di Taman Negara Pahang ni, kami ambil package 2 day 1 night under Danz Eco Resort. Penginapan di sini ada yang dalam bentuk chalet, capsule, glamping dan juga khemah biasa. Macam kitorang ni ingin privacy, tapi masih mahukan suasana bercamping, maka kami pilih style glamping. Harganya RM295 seorang dah include aktiviti, makan dan tempat tidur (harga depends pada jenis penginapan apa yang korang ambil).

Ni kali pertama aku masuk dalam khemah glamping, luas jugak dalam dia! Ada portable aircond lagi. Tapi yang paling spoil, selimut dia hapak nak mampp! Aku rasa diorang tak sempat nak basuh selimut ni agaknya. Tapi beragak lah, daripada bau dia tu macam dah lebih 3 guests guna tak sempat basuh je ni.  

Ni 'bilik' kitorang. Siap ada kunci lagi you all
ini bilik jenis chalet boleh muat 4 orang rasanya. Yang ni ada private bathroom

Lepas dah letak-letak beg, boleh terus makan tengahari. Apa yang aku suka kat Danz Eco Resort ni, makanan yang disediakan memang sedap-sedap belaka. Ada patin tempoyak aokmerrr! Aku si pelahap tempoyak patin pun tanyalah adik tu sama ada boleh tambah second round ke, tapi dia kata sorang boleh ambil seketul je. Maka kita pilih lah bahagian yang paling sedap dan paling besar, hahaha.

Pastu yang menariknya kat sini, kita dapat makan di bawah pokok Tualang yang berusia ratusan tahun. Ini kali pertama aku tengok pokok tualang yang besar dan tinggi macam ni. Really majestic! Khazanah negara yang harus dijaga.

Lepas makan tu kami solat dan tidur kejaplah sementara tunggu pukul 3 untuk aktiviti. Untuk hari pertama ni, kita akan pergi ke Perkampungan Orang Asli dan Rapid Shooting sahaja. Kena naik bot untuk ke sana walau hakikatnya cuma 3 minit je nak pergi kampung orang asli tu.

Sungai Tembeling

Dekat perkampungan orang asli ni ramai sangat orang, terutamanya foreigner lah. Kat sini kita diberi info tentang kaum Batek dan cara hidup diorang. Kaum Batek merupakan suku Negrito di mana kita boleh lihat dari ciri-ciri fizikal seperti rambut kerinting, warna kulit yang hitam manis serta dari structure bentuk muka nya. 


Populasi mereka kini hanya berjumlah sekitar 1,500 orang sahaja di Malaysia. Mereka ni tinggal di dalam hutan hujan tropika di sekitar Pahang dan Kelantan dan hidup dalam kelompok lebih kurang sekitar 10 hingga 15 keluarga sahaja. Diorang ni tak mempunyai penempatan yang tetap kerana gaya hidup nomad yang sering berpindah randah dari satu tempat ke tempat yang lain. Apa yang aku ingat haritu, diorang akan berpindah jika sumber hutan dah habis di kawasan tu, ataupun disebabkan kematian.

Ritual Kematian

Cakap pasal kematian, diorang tak tanam mayat tau. Tapi sebaliknya mayat akan digantung di pokok dan dibacakan mantera sahaja. Setiap kematian tu merupakan malapetaka dan sebab itulah mereka akan berpindah dari kawasan tersebut. Kalau yang meninggal tu kanak-kanak berumur bawah 5 tahun, diorang akan tanam sebab umur gitu jasadnya masih suci dan takde dosa.


Kat sini dia tunjuk demo cara hidupkan api dengan menggunakan kayu dan tali yang diperbuat daripada rotan. Untuk lelaki kaum Batek, ni adalah skill utama yang diorang perlu ada kalau nak pass untuk kahwin. Ko tak reti hidupkan api? Tak layak kawen ha gituu. kalau perempuan pulak dia akan tengok dari kesenian diorang untuk buat atap rumah menggunakan daun-daun.

Btw orang-orang Batek ni dah layak berkahwin bila umur diorang mencecah 15 tahun. Macam brader yang buat demo ni, dia tengah otw nak ke jinjang pelamin dah kata guide, hahaha :p

Tengok macam senang je dia hidupkan bara api ni, dalam masa 1 minit dah siap. Aku try jugak buat, sumpah lenguh tangan. Rasa nak terkehel bahu ni. Give up jela di pertengahan jalan xD


Yang ni demo menyumpit pulak. Macam biasalah diorang ni sekali sumpit je terus kena bullseye, bila part aku yang try menyumpit terus peluru tu vanished from eyesight....

Peluru sumpit ni namanya 'Damak' dan di hujung lidi tu diletakkan sedikit racun. Kalau terkena racun ni, any hidupan boleh mati dalam masa 10 minit. Sama jugak macam skill hidupkan api, kalau lelaki kaum Batek ni tak pandai menyumpit dia tak pass untuk kawen!


Pastu kitorang pusing-pusing la kat sini dan bagi jajan kat anak-anak orang asli ni, comel je dia senyum happy. Anyway, orang asli yang tinggal kat sini boleh juga cakap melayu dan ada handphone. Diorang ni moden sikitla sebab dah biasa terima kunjungan pelawat. Sesetengah daripada diorang pun ada IC dan kerajaan pun ada je bagi bantuan untuk suku kaum asli Batek ni masa COVID haritu. Kalau ada sakit ke apa, KKM yang akan datang ke kampung diorang ni untuk bagi rawatan.


Tulah sedikit sebanyak info pasal Suku Batek kat sini. Habis je melawat kampung orang asli, kami main rapid shooting. Aktiviti ni macam takde apa sangat pun, diorang just bawak bot ni dengan cara merempit pastu bagi air melimpah kat dalam bot je. Pastu berlawan dengan bot orang lain untuk splash air dan saling membuli, hahaha. 

Habis tentatif untuk petang tu, boleh buat aktiviti bebas. Kami main air kat Sungai Tembeling ni dan ada jugak yang main bola tampar. Sungai Tembeling ni warnanya keruh, tapi dia tidaklah kotor atau bau busuk pun. Kedalamannya tak cecah kaki.


untuk malam ada aktiviti lain pula tapi sebab dah panjang sangat dah ni, kita bersambung di next entry ye.

Thanks for reading!


40 comments:

  1. Orang Pahang pun tak sampai lagi ke sini. Hihi. Menarik juga pakej tu. Nanti boleh ajak geng pi sana.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tryla pergi, memang best tengok hutan yg usianya berjuta tahun 😁

      Delete
  2. menarik nya cuti2 camping gini ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekali sekala tido hutan, baru rasa kelainan. Hehe

      Delete
  3. Wow! Duduk glamping... tapi makan gaya hotel!

    ReplyDelete
  4. Tinggi betul pokok tualang tu... Semoga terus kekal la di situ, jgn diusik² khazanah alam ni...
    Tak ramai ye dulu kaum Batek ni. Mgkn ada yg berhijrah keluar agaknya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah. Elok dia duduk dalam hutan simpan, tak diganggu pembalak haram.
      Ya dah tak ramai. Mungkin sesetengahnya dah berpindah ke rumah yg lebih moden atau anut agama lain. Yg betul2 tinggal kat hutan mmng setakat 1500 orang tu je

      Delete
  5. seronok tu dpt merasa glamping...tk pernh try lagi...slimut hapak tu spoil btul...bila komplain apa kata owner?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha tak komplen pun, hadapkan je 🤣 silap jugak tak komplen masatu

      Delete
  6. Kalo ada rezeki, saya nak stay di sana juga .. menarik bisa melihat orang asli sekalian. Jadi penasaran dengan suku Batek ini. Kulit hitam rambut keriting, mirip dengan suku Papua tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun tak reti beza sangat sebab muka macam lebih kurang je. Tapi kaum batek ni di bawah suku negrito, dan suku ni ada di filipina, india dan malaysia (kata google)

      Delete
  7. Bab makan tu paling best sebenarnya. 😂

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betull. Makanan yg disediakan semua sedap2 😁

      Delete
  8. Aduiiiii.... hapak nak mampxx tu yang tak sanggup nak hadap...uwaaaaa! Lempar jew masuk sungai hihihiii. Besar sungguh pokok tualang tu. Rasanya saya pernah tengok pokok tu di hutan Lembah Danum, tapi lamalah dulu dalam tahun 2011 begitu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iyee lain macam sungguh hapak dia tu. Nak2 pulak malam tu hujan, nak taknak terpaksa jugaklah guna selimut tu, tapi tak tarik sampai atas lah 🤣

      Kat hutan hujan tropika macam kita je banyak pokok tualang tinggi camni

      Delete
    2. ehh.. ok sangat harga pakej tu siap makan, tempat tinggal dan aktiviti.
      menarik pulak aktivitinya tu.
      adoiii... selimut hapak boleh spoil mood.

      Delete
    3. bagi saya harga okay bila dah termasuk aktiviti, cuma aktiviti nya tak banyak sangat. kalau nak ke lata berkoh dikira cas lain pulak :D

      Delete
  9. Best nya. First time pergi 1996 lama betul tu, tengok pun memang dah banyak berubah. Moga sampai ke sana lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wahh lama betul tu! saya pun belum lahir lagi hehe. Mesti dulu udara lagi segar 😁

      Delete
  10. Asyik sekali Mbak ber-glamping di tengan hutan bagitu.
    Tenda nya sangat bagus dan makanan yang disajikan...wah ini bakal enak makan dan enak tidur...
    Foto terakhir...ah senangnya main di sungai...

    Salam,

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kali pertama saya masuk tenda style glamping, selesa rupanya di ruang dalam tu 😁

      Memang kenyang sungguh asyik makan je di sini. Menu pun semua sedap2

      Delete
  11. menarik juga . tak pernah sampai lagi Taman negara .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Trylah sekali, fasiliti semua selesa. Dapat dekatkan diri dgn hutan. Ecewahh

      Delete
  12. Menarik aktiviti kat Taman negara ni tapi nak kena tunggu bukan musim hujan la kot.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, bahaya kalau dtg time hujan. Risau air deras

      Delete
  13. bestlah sana , banyak tau benda baru jugaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pun mmng teringin nak pergi sini, akhirnya dapat jugak pergi

      Delete
  14. Best giler adventure macam ni.. Teringin sangat :D
    okla nanti kalau sya nak dtg nak bawa gula-gula untuk anak anak org asli tu.. suka tgk diorang senyum :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. untuk yang sukakan alam memang recommend sangat pergi taman negara ni. duduk dalam hutan yg berusia 130 juta tahun memang menakjubkan :D

      diorang suka kalau dapat makanan2. tapi saya tak ambil gambar sebab diorang macam pemalu hahaha

      Delete
    2. Dulu di tasik banding perak.. siap susun anak anak kecil org asli utk amik gmbr tapi kita reward mereka dgn gudap jajan huhuu..

      Delete
    3. Okaylah kalau gitu, anak orang asli sana peramah. Sini macam malu2 sikit. Saya nak ambil gmbar pun rasa serbasalah xD

      Delete
  15. Dah lama Kak SA idam- idamkan nak pi sini...ntah bila la dapat pergi ni

    ReplyDelete
  16. Semoga ada rezeki SA pergi sini nanti. Memang cantik tempat ni 😁

    ReplyDelete
  17. Wah.. Bestnya... Haisyh, seronok nie kalau ada geng nak ke sini...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Better plan trip berempat. Senang nak book stay nnti 😁

      Delete
  18. Tapi kan, kiranya orang asli Batek nie memang kehidupannya di situ je ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada lagi di belah2 lain. tapi suku batek ni boleh dijumpai di pahang-kelantan saja

      Delete
  19. Mazni suka aktiviti lasak rupanya ye....sama ngan Kak SA cuma lama stop dah ni...since PKP...ntah bila nak start balik ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya minat! Kak SA kena cari geng ni, baru boleh start balik :p

      Delete

Nak komen apa? silakan~