Sambungan dari --> Aktiviti free and easy di Mekah
12 Disember 2025 - Jumaat
Selalu solat kat tempat biasa je, kalini kami nak cuba solat subuh di rooftop pulak. Macam biasalah, kena datang awal sejam ke masjid untuk cop tempat. Tapi ini pun kami dapat tempat yang belakang-belakang je.
Tak ingat masuk ikut pintu mana. Tapi untuk naik ke rooftop ni kena naik escalatorlah. Nanti ada je ditulis arah mana nak naik tu..
Feeling solat subuh kat rooftop ni tenang dan nyaman je. Walaupun suhu di Mekah tidak sedingin di Madinah, suhu waktu subuh ni agak sejuk jugaklah sampai merah hidung aku. Mujurlah kita yang perempuan ni berselubung dalam telekung kan hehe.
Macam geng lelaki sebab saf diorang duduk kat depan, so dapatlah tengok view Kaabah dari rooftop. Dari atas kita tengok orang ramai tawaf mengelilingi Kaabah yang tak pernah surut tanpa mengira waktu, menghadap kiblat yang sama, serta masing-masing memohon keampunan dan hajat pada Allah yang maha esa.
![]() |
| Gambar ihsan dari abang. Dari setiap sudut terasa kedamaiannya |
Pastu kami cadang lepas subuh tu nak sambung buat tawaf sunatla. Time beratur nak keluar tu kan, huhhh berhimpit himpit sampai bertolak-tolakan haa. Time nak turun escalator lagi rasa seram sebab jemaah ramai, pastu orang yang dah turun escalator tu tengah stuck pulak kat depan. Aku dah seriau memikirkan kaki tersedut dalam escalator kalau orang-orang kat depan ni tak berganjak haha.
![]() |
| Suasana ketika habis solat subuh. Macam sardin! |
Mak dengan adik aku balik hotel, so only i, kaklong dan kakngah je nak sambung tawaf sunat. Baru perasan yang kitorang hanya buat tawaf bila tengah buat umrah atau tawaf wada' je. Langsung tak pernah buat tawaf sunat pun selama beberapa hari duduk sini huhu.
Alhamdulillah masa tawaf tu okay je, tak sesak mana. Biasanya lepas habis apa-apa solat fardhu, tak terlalu packed sangat. Dia kalau sejam dua before nak masuk waktu solat tu yang biasanya ramai, so planned your time wisely.
Apapun, di bawah ni aku nak tunjuk sikit beberapa hasil gambar tangkapan aku di sekitar Masjidil Haram. Letak sini sebagai kenangan <3
![]() |
| Ni waktu baru habis subuh masa nak buat tawaf sunat |
![]() |
| Bila langit dah start cerah. Subhanallah cantik sangat kan |
![]() |
| Sudut minum air zamzam. Yang ni berdekatan dengan pintu nak buat Sa'ie kalau tak silap |
![]() |
| Orang tengah buat sa'ie |
![]() |
| Level 1 at Masjidil Haram |
![]() |
| Sudut kerusi roda disediakan untuk jemaah |
Lepas habis tawaf sunat tu kami singgah mall Al-Safwah tower yang aku dah compile dalam entry ini. Lepastu balik hotel. Memandangkan harini hari jumaat, seawal pukul 9 am pun orang ramai dah mula berpusu-pusu pergi masjid. Memang diorang akan standby 4 jam awal, sama macam kat Madinah.
So nak citer lepas solat Jumaat tu, kami ada program sabil jumaat. Ustaz dah kumpulkan nama dan kutip bayaran untuk siapa-siapa yang nak buat infaq and kita boleh jugak ajak kawan-kawan atau ahli keluarga yang ada kat Malaysia untuk join.
Selain sabil pek makanan, ada jugak ustaz buka slot sedekah kambing 1 ekor. Boleh share untuk 5 nama dan sedekah ni akan diberi pada orang yang tinggal kat kawasan pedalaman di area Mekah ni.
Sabil pek makanan ni kami buat depan hotel je, gabung dengan jemaah Andalusia dari group lain. Lebih kurang 300 pek makanan jugaklah terkumpul dan sekejap je dah habis, Alhamdulillah.
Since macam ramai sangat je yang sabil kat depan hotel, aku dengan adik pergi kat bahagian belakang hotel untuk pass pek sabil. Happy tengok bila orang senyum dapat makanan :D
| Jangan lupa untuk sedekah dekat kucing jugak! |
Kalau ke tanah suci, prepare lah duit extra untuk kita buat sabil ni. Kat sini ramai je jemaah yang kurang berkemampuan dan diorang memang mengharapkan sedekah daripada orang ramai untuk makan. Kadang-kadang ada yang ambil pakej paling murah not including food, ada yang pergi DIY dengan bajet yang limited. Dan yang paling banyak sekali, pekerja pembersihan di sekitar Mekah.
Pastu jangan lupa jugak bawak makanan kucing jugak. Bukan manusia je yang perlu diberi sedekah, kucing-kucing kat sini pun kelaparan jugak. Aku pergi kedai-kedai runcit, susah jugak nak jumpa makanan kucing.. Sebab tu dah standby bawak dari Malaysia.
Next --> Ziarah Jabal Nur @ Gua Hira'










