20 Aug 2019

Learn from mistake


Salaam and hii

gambaq takda motif
Aku tak pernahlah nak buat entry luahan macamni so korang jangan geli tau baca ni, haha!

A months ago is the hardest for me. Kira macam i'm at my lowest point jugakla. Aku teruk gila waktu tu sampai tak makan, berat turun, terus hilang semua benda yang aku minat termasuk blogging ni. Aku lebih prefer untuk menyendiri, layan perasaan dan bersedih pastu blame diri sendiri. Dahla duduk rumah sorang-sorang, korang boleh bayang tak perasaan aku waktu tu camne? Haha

I admit memang aku buat silap. I pushed people away but then i regret it a lot. I feel upset because they don't understand me but in fact, I'm the one yang complicated. Now I learn from my mistake. Pada aku untuk berubah menjadi lebih baik, setiap orang tu pasti akan buat kesilapan. Kerana kesilapan itu adalah pengajaran dan supaya dia lebih berhati-hati daripada buat silap lepas ni. 

Before ni pun pernah je aku buat silap on certain things tapi not in this case ya haha. Kiranya setiap kali kita dapat pengalaman baru, kita akan buat kesilapan untuk pengalaman baru kita tu. Seterusnya kita yang akan menentukan sama ada kita nak ubah atau biar je. But i choose to change and improve. Walaupun mungkin ambil masa tapi slow-slow la kan geng.

Dan sekarang saya sedang di fasa healing dan redha :D

Lately ni adalah jugak sedih-sedih tu tapi dah kurang blame diri sendiri. Aku cuba fikir positif, cuba maafkan diri sendiri, cuba buat something yang boleh alihkan perhatian aku dari terus bersedih. Sampai bila kita nak jadi camni kan? Nampak worthless gila tau, aku sedih dengan diri sendiri. Sebab tu kena cuba kuatkan semangat je.

Btw walaupun aku masih dalam mood grief, masih dapat berita gembiraaa. Selain pergi bercuti dan rehatkan minda, baru ni aku dapat result, Alhamdulillah it turns out well, beyond my expectations! Serious sem 5 aku drained gila sebab penat lepas intern takde rehat, pastu serabut gila banyak kerja, stress cari client untuk final project. Pastu dengan kucing aku dah takde. Memang boleh dikatakan setiap minggu aku menangis tiap malam dan time tu aku betul-betul hilang motivation, susah nak fikir positif. Even a simple mistake pun boleh buat aku down teruk huhu rasa macam bukan diri sendiri. I am struggling with myself everyday :(

Lantakler semua orang nak kata aku ni overreacting ke overthinking ke apa. Inilah aku yang complicated huaaa

Now tinggal lagi 1 semester untuk aku tamatkan degree ni. I am one step closer to get ANC award(insyaAllah). Korang semua dah pernah baca ke this entry dimana aku langsung tak excited masuk degree? HAHA tak percayanya dah nak habisss! Lepastu bermulalah job hunting. Aaa yang ni pun takut gak but please pray for me okies?

Tolong yakinkan aku yang sebenarnya aku bukannya useless because i always felt that sejak dari sekolah :'D 
Tolong yakinkan aku yang even benda tu rasa susah nak dapat, aku pasti boleh

dan paling penting,
Tolong jangan judge aku. 

Thanks for reading! muah cikedd :p