Sambungan dari --> Ziarah Gua Hira' @ Jabal Nur
13 Disember 2025 - Sabtu
Setelah 10 hari berada di bumi haramain, maka tibalah hari untuk kami meninggalkan kota penuh barakah ni. Sayu hati rasanya.. Setiap rutin harian yang kita buat selama 10 hari, suasana, ketenangan di tempat ni pastinya akan dirindui.

Sebelum meninggalkan Mekah, kita akan buat tawaf wada'. Kami gerak ke masjid sekitar pukul 4.15 am. Tawaf wada ni kami buat separuh-separuh je sebab saja nak berlama-lama dalam masjid, sebelum we left for good.
Kami buat 4 pusingan sebelum masuk waktu subuh. Pastu stop untuk solat subuh dan kemudian baru sambung baki lagi 4.
 |
| jemaah dah memenuhi ruang solat untuk subuh. Ni kat tingkat 1 |
 |
| Burung ni elok je duduk diam2 jadi cctv |
Kalau sebelum ni buat tawaf wada' sebab nak ke Taif, kita tau nanti akan balik hotel semula. Kalini betul-betul the real tawaf wada' sebab akan meninggalkan Mekah dengan beribu-ribu km jauhnya :( Lepas selesai tawaf tu berkolam je mata ni.. sedih sangat!
Ya Allah, terimalah segala amal ibadahku sepanjang berada di tanah suci ini. Jangan jadikan kunjunganku ke Baitullah ini sebagai kunjungan yang terakhir. Jemputlah aku kembali lagi ke Tanah Suci dalam keadaan sihat, selamat, beriman dan diredai-Mu.
 |
| Semoga dapat jejak kaki kesini sekali lagi |
Kami pun terus segera pulang ke hotel sebab takleh lengahkan perjalanan. Bas akan bertolak pukul 10 pagi nanti, so kami pergi sarapan dan ready-ready barang kat lobi hotel.
Mak aku kan beli kerusi roda kat farmasi Mekah ni. Kami tinggalkan dia as wakaf kat hotel. Mudah-mudahan berguna untuk jemaah yang menginap kat hotel ni, tu pun kalau pihak hotel tak buanglah huhu.
 |
| Rindu suasana ulang alik jalan kaki dari hotel ke masjid |
 |
| Nilah nama street berdekatan dengan hotel kitorang |
Rutin selama seminggu kami di Mekah ni, hari-hari ulang alik ke masjid yang jaraknya 700 meter. Selalu tak cukup tidur, sehari berjalan 10k steps atau lebih, lihat gelagat jemaah dari serata dunia, dengar askar atau petugas kat masjid jerit hajjah hajjah pastinya akan selalu dirindui.
Penat tu memang penat. Tapi Alhamdulillah kami semua sentiasa diberikan kesihatan yang baik untuk beribadat sepanjang disana. Balik dari Mekah tu sorang-sorang jatuh sakit sokmo haha.
Pukul 10 am tayar bas pun terus bergolek meninggalkan hotel Al-Olayan Golden Hotel yang menjadi penginapan kami selama seminggu. Perjalanan untuk ke airport Jeddah memakan masa kira-kira 1 jam. Flight kami pukul 5.30 petang, so kami singgah solat kat masjid di Jeddah dan lunch.
 |
| Cantik betul Jeddah ni sebab dia bandar yang duduk kat tepi laut! |
 |
| Masjid yang tak ingat namanya.. Tapi luas dan selesa |
 |
| Makan Lunch pack Mr. Sate kat dalam bas. Serious sedap! |
Sampaikat Jeddah International Airport tu, terus check in luggage. Kat airport Jeddah ni barulah teringat ada aquarium besar kat tengah-tengah alam tu, tapi weolls tak nampaklah pulak. Terminal kami ni tak terlalu sibuk sangat dan kecik je, mungkin yang aquarium tu duduk kat main terminal.
Nak dekat sejam jugaklah uruskan proses check in ni sebab masing-masing bawak beg banyak. Nak nak kami ni pulak antara jemaah yang ahli family nya ramai, agak sangkut jugaklah. Pastu ada argue sikit dengan akak kaunter tu sebab dia kata kitorang dah lebih limit untuk drop luggage. Padahal kitorang datang 10 orang ye, ada balance lagi 3 ke 4 luggage boleh masuk lagi then akak tu pening sorang-sorang sebab banyak sangat begnya hahaha.
Dah tu takkan luggage lebih tu nak angkut masuk cabin pulak. Nanti kena bayar extra pulak kannn.
Untuk air zamzam, semua jemaah diminta untuk drop di kaunter khas dan tak bercampur dengan luggage biasa. Setiap jemaah dapat sebotol air zamzam, so total kami 10 orang ni, dapatlah 10 botol.
Pesawat pun mula berlepas ke udara pada pukul 5.30 pm waktu Jeddah dan akan transit di Sharjah. Kami dijangka touch down di Malaysia lebih kurang pukul 8 am gitu. Rasa jetlag betul lepas mengalami perubahan waktu 5 jam bezanya.
Kami berkumpul, ambil beg dan air zamzam serta bersalaman dengan semua ahli jemaah sebelum masing-masing bersurai.
A big thanks to our mutawwif, Ustaz Arif Syafarin yang sangat menyantuni kami semua, banyak berkongsi ilmu, menjawab segala persoalan dengan penuh berhemah. Plus point sebab suara ustaz sedap bila lead selawat atau talbiah, ahakz!
InsyaAllah semoga ada rezeki, kita jumpa lagi.
Terima kasih kepada Andalusia Travel & Tours yang menyediakan servis terbaik dari awal kami sampai sampailah hari balik. Makanan sedap, servis bagus, dan petugas pun sangat memudahkan urusan kami. Kami sekeluarga sangat puashati dengan layanan baik dari pihak Andalusia.
Masa daftar pakej umrah dapat sekotak kurma ajwa dengan sejadah masjid nabawi, sebelum balik dapat lagi goodies botol air dengan tahallul kit bentuk beg rosa Andalusia. Comel betull!
Apapun, terima kasih kepada korang yang sudi baca kisah-kisah sepanjang saya berada di bumi haramain. Lama kan entry ni, lepas hampir setahun barulah nampak penamatnya haha.
Semoga ada manfaat dari setiap cerita yang ditulis dan semoga kita dijemput untuk ke sini suatu hari nanti ❤︎︎
Entry yang lepas;
No comments:
Post a Comment
Nak komen apa? silakan~