5 Nov 2020

TudungPeople Limited Edition, 100% diperbuat daripada botol plastik

 

Assalamualaikum

Read that title again, 100% gunakan botol plastik untuk buat tudung. YESS! But how?? Tertanya-tanya juga macam mana botol plastik boleh dijadikan tudung kan. Sejujurnya, kat Malaysia ni agak jarang saya dengar pakaian yang made from recycled plastic bottle dan wonder dengan proses pembuatannya.

"Made out of 100% recycled plastic bottles, each shawl saves 8 plastic bottles from ending up in landfills or oceans." -TudungPeople

Since aku suka konsep dia hasilkan collection baru ni, maka aku pun belilah satu. *rip my money* Lagipun pattern kalini lawa sangat, berkonsepkan laut disamping proses penghasilan yang unik untuk collection kali ni. Baru pestime beli TudungPoeple terus sambar yang Limited Edition hahaha. Siapa suruh konsep dia menarik sangatt?!

Dengar cerita TudungPoeple guna lebih kurang 15,000 botol terpakai untuk hasilkan collection ni. untuk sehelai tudung menggunakan 8 botol. Boleh agaklah pengeluaran dia tak banyak dan sangat limited.


So.... awal-awal tu aku beli warna coast. Warna ni antara hot selling. After dia sampai rumah, malangnya muka aku tenggelam bila pakai.. Sebabnya skintone aku agak tanned so nampak gelapp. Bila tengok model pakai nampak cantik sangatt


Tengok dalam gambar cantik sangat, tapi bila aku pakai memang tak sesuai. So after let go warna coast ni aku tukar warna marine pulak. Ikutkan hati nak ambil warna seaspray, tapi sah-sahlah habis dulu sebab tu warna hot selling jugak. So aku ambil warna marine. And takla nampak kelam sangat muka ai pakai warna biru.


So overall, aku sangat happy dengan keluaran baru ni. Sebenarnya ni kali pertama aku beli daripada TudungPeople. Dan, ni juga merupakan tudung paling mahal yang pernahku beli sepanjang hidup xD Selama ni aku paling kedekut nak keluar duit untuk beli benda-benda mahal tapi disebabkan konsep dia kali ni menarik so terpengaruh juga untuk beli sehelai huhu. Good job TudungPeople sebab berjaya menghasut orang kedekut macam saya ni HAHA!



My thoughts of wearing this shawl;

Mesti orang fikir dia ni diperbuat daripada botol plastik so tudung dia keras kejung kan. Actually, nak kata dia keras kejung sangat tu taklah. Dia rasa macam kain crepe, cuma lebih lembut dari crepe. Aku boleh kata material dia ni macam crepe + satin kot. Dia tidak sekejung kain crepe dan tidak seberat kain satin hahaha

I love it btw! Berbaloi juga spend mahal sikit tapi pattern dia lawa kan xD  Lagipun mana ada lagi butik lain yang pernah hasilkan tudung guna recycle material camni so i iz excited! Ini bukan review berbayar ya, ni sebab aku yang excited nak share hehe

Thanks for reading!