24 May 2021

Camping di Lepoh Waterfall


Assalamualaikum

Tahun 2020 aku dah banyak bergiat dengan aktiviti outdoor walaupun takdelah fit sangat haha. Daripada hiking, sekarang camping pulak. Me iz excited ya dah lama tak camping. Patutnya bulan 10 tahun lepas dah bayar duit untuk camping kat Pahang tapi ngam-ngam bulan 10 tu kembali PKP, pastu sampai kesudah bertangguh. Maka bulan 11 masa syarat PKP macam dah longgar sikit kitorang pegilah camping kat sini.

Btw, sebenarnya aku panggil nama tempat ni Lopo, tapi tengok orang eja Lepoh pulak, so mana-mana jelah nama dia. Lepoh Waterfall ni terletak di perkampungan orang asli di Hulu Langat. Ambil masa sejam perjalanan dari Bangi nak ke sini. Nak masuk sini sorang kena bayar RM 6. Disebabkan kami ni bermalam sini dia kira berapa belas ringgit entah, tak ingatt.


Untuk sampai ke waterfall ni memerlukan 4 km perjalanan dan dalam 45 minit. Tapi dah kalau ada warga emas macam aku ni, tidakla nak sampai dalam 45 minit. Nak dekat 2 jam rasanya xD Ni first time aku masuk hutan bawak load (beg berat) so memang tak tahan jugakla. Lagi-lagi tali beg aku tu buat jadi lagi tak selesa. 

Yes, aku paling muda antara kami serta akulah yang paling warga emas.

bahagi2 barang untuk diangkat

Masa awal-awal perjalanan tu macam banyak lagi landai, siap lalu kat estet. Tapi makin lama makin mencuram jugakla dengan gendong beg besarnya. Nak patah bahu cheq. Bila dah dengar bunyi air terjun tu tandanya nak sampaila tu.



Sebaik sampai, memang ramai betul orang haritu. Kitorang pilih port paling hujung sebab nak pasang khemah. Tak lama lepastu hujan renyai pulak. Selesai pasang khemah terus masak. Bukan biasa-biasa tau diorang ni bawak makanan, ayam sekor, ikan sekilo. Takut kebuluran katanya haha. Itu yang beg masing-masing taknak kalah besarnya xD

Roti penyet hasil keganasan dalam beg serta makan malam lauk ikan goreng masak sayur lemak. Memang tak berlapar duduk dalam hutan seharian

Sepanjang sehari kitorang camping kat sini, memang sentiasa hujan. Jangan cakaplah sejuk dia macam mana. Waktu malam lagi menggigil. Lepas pengunjung lain semua dah balik, memang kawasan waterfall tu kitorang punyalah. Literally memang tinggal kitorang ber-10 je yang camping kat tengah2 hutan ni hahah. Risau jugakla tapi alhamdulillah okay je semua.

Malam-malam dok main kad pastu kena paksa habiskan makanan je

Suasana duduk dalam hutan memang tenang betullah. Sejuk je, dengar bunyi deruan air terjun pulak tu. Memang masa yang sesuai untuk tenangkan fikiran. Walaubagaimana pun, aku tak dapat tidur nyenyak sebab badan sakit akibat tanah tempat kitorang pacak khemah tak rata. Asal tidur je menggelongsor ke bawah.

Pagi esoknya, terus mandi cuci muka sebelum orang lain sampai. Bayangkan pukul 7 pagi dah mandi kat air terjun yang semalamnya baru lepas hujan? Menggigil bebb. Dalam pukul 8 camtu dah start ada pengunjung lain yang datang.


Disebabkan tengahari nanti nak gerak balik, Kitorang gigih habiskan semua makanan yang ada dalam beg sebab nak kurangkan berat. Tu pun masih tak habis semualah. Nilah kesilapan bawak banyak sangat makanan haa, macam bekalan duduk seminggu dah wei XD


We had so much fun there. Start dari sini aku kenal 6 orang baru. Dan lepastu kitorang masih giat merancang aktiviti2 hiking dan camping ikut plan diorang ni. Seronok bila ada kawan outdoor yang power-power blake. Aku jela segan sikit sebab paling tak fit kat situ haha!

Till next entry!



19 May 2021

Interview Pembantu Perawatan Kesihatan di Hospital UiTM Puncak Alam

 

Assalamualaikum

Pada 6/5/2021 baru ni, aku ada sesi interview di Hospital UiTM Puncak Alam sebagai jawatan Pembantu Perawatan (U11). Hospital UiTM ni baru je dibuka dan memang haritu banyak jawatan kosong yang ditawarkan. Hospital baru ni cantik gila yaa.

Tengok dari luar pun cantik, masuk dalam dia, fuhh. Tiba-tiba rasa nak sakit pastu admit kat sini hahah

Disebabkan ini jawatan daripada UiTM, cara-cara nak memohon dia ialah perlu beli nombor pin dahulu di BSN. Lepastu log in laman UiTM tu. Lebih kurang macam nak daftar UPU jugakla. Jawatan pembantu perawatan ni adalah kelayakan PMR sahaja. Gaji permulaan yang ditawarkan ialah RM 1204 dan maksimum ialah RM 3001 tak termasuk elaun. Ada kenaikan gaji bagi setiap tahun juga.

Memandangkan interview ni masa bulan puasa, lepas solat subuh tu terus gerak dari Bangi ke Puncak Alam. Takut jem. Dahla sesi ni start pukul 8. Aku sampai tu pukul 7.50 am, pastu tersesat kat dalam tu dalam 10 minit hahaha. Padahal dewan berkumpul tu kat bawah, taktau kenapa mata aku terhijab sampai pergi naik tingkat 3.

Calon yang hadir bagi ni adalah dalam 90 orang gitu. Ramai kan even jawatan taraf PMR je? Ok so kat bawah ni aku listkan dokumen yang perlu dibawa untuk interview ni,


Double check semula fail korang dan susun elok2 dalam satu fail, senang interviewer nak tengok. Dokumen salinan tu silalah susun ikut list sebab diorang akan ambil yang salinan punya. Kalau ada dokumen yang tak lengkap dia akan panggil kita suruh lengkapkan.

Sesi Interview

Ni kira first time aku interview kerajaan, so nervous tu lain macamla jugak :p

Kat sini ada 2 tapisan, dimana kalau tak lepas tapisan pertama, tak boleh pergi ke tapisan kedua. Atau kata lain dia dianggap tak berjaya lah. Tapi rasanya semua orang lepas je tapisan pertama ni sebab dia macam takde apa-apa sangat pun. Dia suruh perkenalkan diri, tanya pasal latarbelakang, apa skop kerja sebagai UPKK dan kenapa berminat nak kerja sini. 

Sebagai orang yang langsung takde background kesihatan, aku cakap je berminat kerja sini sebab saya suka tengok suasana bekerja di hospital sebab banyak nila-nilai murni seperti tolong-menolong, kerja secara teamwork dan ambil berat tentang orang-orang di sekeliling. Boleh juga bagi sebab kerana nak  berkhidmat pada masyarakat. Pandai-pandaila goreng bagi sedap ayat.

Setersnya masuk ke tapisan yang kedua pulak. Ada 5 orang calon dalam bilik interview tu termasuk aku. Panel pula ada 4 orang. Sekali lagi kena perkenalkan diri seringkas-ringkasnya. Calon-calon lain yang interview sekali dengan aku ni kebanyakannya ada latarbelakang kerja as bidang kesihatan, so aku agak tenggelam disitu xD

Macam biasa, interviewer memang akan psycho korang sebab dia nak cari orang yang terbaik. Ada soalan yang buat aku terkedu sikit, masa dia tanya "kenapa awak nak sangat kerja kat sini, jujur je sebabnya kenapa".

Bila dia kata jujur tu jangan terlalu jujur sangat. Macam ada calon ni tercakap sebab dia tak minat kerja hospital tapi family dia suruh mohon sini. Lepastu memang masaklah kena soal bertubi-tubi pasal kenapa mohon kalau tak minat, kenapa itu kenapa ini. Kesian jugakla, tapi aku rasa dia gugup after interviewer desc kerja UPPK ni macam susah sangat sampai kena tengok darah bagai kot. 

Aku pula jawab macam biasalah, sebab saya nak berkhidmat pada masyarakat blablabla, sekali dia cakap "saya tahu ni bukan jawapan awak, takpe awak jujur je kenapa nak kerja sini". Pastu aku pun jawab jelah jawapan jujur aku iaitu nak berkhidmat sebagai penjawat awam. Dia tanya pulak, "kenapa nak jadi penjawat awam" yang tu aku dah blur gila wey. Aku jawab je jadi penjawat awam ni ada banyak kelebihan dan secure sikit.

Tu jujur paling baikla aku bagi tu. Aku rasa rata-rata yang mohon jawatan ni pun sebab alasan yang sama. Tipulah kalau siapa cakap dia tak teringin nak berkhidmat as penjawat awam kan. kahkahkah. Honsetly, bukanlah jawapan yang bijak ya xD Calon lain bolehla goreng lebih sikit sebab diorang ada background kerja klinik-klinik. 


Gambar mak depan HUiTM

Interviewer juga ada tanya pasal pernah join aktiviti luar ke tak. Aku pernah join volunteer dulu, so aku boleh relatekan pengalaman aku berdepan dengan masyarakat and membantu orang awam semasa volunteer untuk di aplikasikan dalam skop kerja UPPK ni. Kena pandai-pandai relate je point yang korang bagi tu dengan kerja yang korang mohon ni. Barulah dia boleh nampak yang kita ni pandai bercakap dan nampak ada minat nak kerja sini.

Bila dia cakap ada soalan atau tak, seeloknya tanyalah 1 ke 2 soalan. Aku tanya berapa lama keputusan interview ni untuk tahu kita diterima atau tak. Diorang jawab lebih kurang 2 bulan camtu. Tempoh yang agak lamalah jugak.

Itu je benda yang aku nak share harini. Dapat atau tak tu belakang cerita, yang penting dah goreng elok2. Kalau dapat syukur Alhamdulillah, kalau tak dapat pun takpa. Mungkin ada calon yang lagi bagus masa sesi interview tu. 

Thanks for reading!