27 Apr 2023

Puncak Kinabalu yang tidak kesampaian

 

Assalamualaikum

Dalam entry yang lepas, aku berjaya tiba di Panalaban dan merehatkan diri untuk summit attack pada pagi ni. Klik untuk baca Penginapan di Panalaban & Mendaki Kinabalu.

Seawal pukul 12.30 pagi kami dah kena bangun untuk bersiap-siap dan makan supper sebelum naik ke puncak. Dapat tidur ke tak? Sejujurnya tidak. Dapat lelap mata sejam setengah je sebab sejuk sangat. Bangun pagi cuci muka dan gosok gigi pun rasa mau matikk.

Masa keluar dari bilik, cuaca sedang hujan. Aku risau dah sebab bila hujan lebat, biasanya pendaki memang tidak dibenarkan untuk summit. So nak tenangkan diri, kami pun pegilah makan dulu dan berdoa semoga hujan makin reda.

Muka masing-masing tak cukup tidur pastu kena paksakan diri untuk makan pagi-pagi buta xD

Kebiasaannya summit attack akan bermula sekitar 2 am jika tidak hujan. Macam kami haritu hujan kan, diorang tunda sehingga pukul 3.30 am untuk tengok keadaan cuaca semakin baik atau semakin buruk.

Untuk summit attack ni, pendaki hendaklah melepasi last check point di pondok sayat-sayat pada masa yang telah ditetapkan. Biasa cut off time nya sekitar pukul 5 am macamtu, so pendaki memang kena paksa diri and pulun sehabis baik untuk lepas di sayat-sayat tu. Sekiranya pendaki melebihi had masa tersebut, maka pagar akan ditutup dan pendaki takkan dapat sampai ke puncak. Time nak ambil sijil pun nanti keluar hitam putih sajaa.

Cabaran nak mendaki ke puncak ni sebab cuaca memang hitam likat dan cuma mengharapkan cahaya headlamp jelah. Cuaca pagi2 buta pun memang sejuk menusuk ke tulang, tambah pula dengan kena mendaki anak tangga yang banyak sepanjangg ke sayat-sayat tu. Dah lepas sayat-sayat, kena lalu laluan berbatu licin pulak sambil pegang tali xD

Okay sambung pengalaman aku pulak. Selepas pukul 3.30 tu, tiada tanda yang menunjukkan hujan akan berhenti, maka...... pendakian ke puncak Kinabalu pada hari tersebut adalah dibatalkan!

renjer Kinabalu beritahu keadaan cuaca di atas gunung yang telah membentuk pusaran air

Korang bayangkan aku kumpul duit setahun lebih, hiking almost every week sepanjang 3 bulan sebelum panjat gunung, beli barang-barang keperluan, fly all the way from Semenanjung ke Sabah untuk tawan Kinabalu tapi hancurrr. Berderai hatikuuu! 

Tapi siapalah kita untuk pertikaikan aturan Allah.. Kalau Dia tak berkehendak atas sesuatu, maka kita kena redha sebab mesti ada hikmah. Tapi lepas solat subuh tu serious hujan lebat tahap menakutkan. Macamtu kau kata nak naikk? xD

Gunung Kinabalu dah jadi air terjun. Hujan lebat non-stop!

Bila diumumkan pendakian pagi tu cancel, apalagi semua pakat sambung tidur lah. dapatlah lelap mata dalam sejam gituu sebelum breakfast. Lepas subuh aku tak sambung tidur, pegi rakam video and ambil gambar air terjun dari gunung je. Pastu lepak kafe update instagram kesedihan tak dapat summit hahaha!

pagi-pagi dah makan megi. Pastu nanti sambung makan breakfast pulak. Perut apakah?

Sementara tunggu hujan berhenti, kitorang naik semula ke Pendant Hut sebab adik beradik aku nak pos poskad untuk diri diorang jugak. Memang terpaksa redah hujan ye dan panjat tangga sepanjang 100 meter tu untuk ke Pendant Hut. Menggigil. Time tengah naik tangga tu tiba-tiba rasa macam sesak nafas. Perubahan altitude buat aku rasa nak pitam. Itukah rasanya AMS?

"Dear me, maaf tak dapat nak summit. Cuba lagi di lain hari. Sekian :p"

Walaupun jam telah menunjukkan pukul 10.30 am, tiada tanda-tanda yang hujan akan berhenti. Terpaksa redah hujan sebab rasa dah lewat sangat dah ni turun.. Memang "syiok" masa nak turun anak tangga tu airnya dah macam air terjun. Rimas amat ye kasut penuh dengan air. Ada lebih kurang 4-5 jam jugak nak kena tempuh dengan kasut dan baju basah ni hahaha.


Untuk naik Kinabalu, aku boleh lagi control kaki daripada rasa sakit. Tapi untuk turun ni maaf, nak taknak memang kaki akan sakit. Sebabtu orang kata, turun ni lagi sakit dari naik sebab time turun banyak guna brake kaki dan hentak-hentak. Kalau mampu, berlarilah. Sakit yang sama, kelajuan yang berbeza xD

Tapi seperti biasa, nak kurangkan sakit tu turunlah secara zigzag.

Macam bigfoot sakit kaki. Jalan turun macam ketam
Lalu kat sini, aku sedaya updaya cuba jalan laju-laju sebab angin kuat. Kiri kanan dahlah gaung
Nampak je Carson Waterfall ni muka manyak happy sebab tandanya nak sampai gate dahh
A suncceeful climbers dia bilang. Kita aminkan jelah walaupun sedeyy

Setelah hampir 5 jam turun, kitorang selamat sampai di bawah dan collect sijil hitam putih yang sedih tu. Lepastu pergi ambil barang dan request nak mandi jap. Sabar jelah drebar tu kena tunggu kitorang berlima mandi bergilir-gilir. Perjalanan makan masa 2 jam dari Ranau nak ke Kota Kinabalu, mana tahan duduk dalam kereta basah kuyup badan bau bacin macam ni. 

Sesi penyerahan sijil hitam putih. InsyaAllah nanti kita aim for sijil berwarna!

So itu saja kisah Kinabalu yang tak kesampaian ni. Sedih dan kecewa memang ada. Tapi tulah, tau-tau sekarang ni aku ada lagi 3 bulan lebih untuk panjat lagi Gunung Kinabalu buat kali kedua. Yes, tahun ni kitorang nak cuba naik lagi pada bulan 8. Kalini ramai sikit yang join, kecuali abang aku dah merajuk taknak naik dah, haha. Mudah-mudahan semoga cuaca baik masa time kami pergi nanti dan dipermudahkan segalanya. Yang baca ni tolong doakan kami pleaseee.

Nanti if ada masa, aku update entry makan seafood kat KK. Itu pun kalau terasa nak update lah hehe.

Thanks for reading!



24 Mar 2023

Penginapan di Panalaban @ Laban Rata

 Assalamualaikum

Sambungan entry lepas, tiba je di Panalaban aku terus check in hostel. Kat atas Gunung Kinabalu ni terdapat 4 jenis hostel. Antaranya ialah, Laban Rata hostel, Lemaing HutPanalaban Hostel dan juga Pendant Hut. Kami haritu dapat Panalaban Hostel, hostel yang paling baru di situ.

Yang bestnya kat Panalaban hostel ni, katil dapat sebijik sorang satu, bukan double decker. Dalam satu dorm tu ada 10 katil. Memang selesa sangat nak gerak sana sini sebab ruang agak spacious.

Dalam dorm ni juga ada disediakan tandas dan bilik mandi. Tandas memang bersih macam kat hotel. Tapi nak mandi kat sini memang menjeritlah sebab takde water heater langsung. Korang bayangkan diri korang tu macam ikan yang duduk dalam kotak ais, ha macamtu lah tahap sejuk air dia tu. Rasa macam kulit ni tersiat-siat ye mandi air sejuk macam ais. Tapi bila lagi kan nak rasa pengalaman mandi air ais camni? Hanya di Gunung Kinabalu xD

Kat sini juga ada disediakan tempat solat. Siap sediakan telekung, Quran dan yassin lagi. Nak bertadarus kat situ pun boleh haha. Tapi, surau ni bercampurlah lelaki dan perempuan. Masa aku solat Isyak tu nasib baik je takde orang, bolehlah golek2 jap.

Specialnya di Panalaban ni, korang dapat makan di kafe yang tertinggi di Malaysia. Dia punya stew kambing tu ya ampun... Memang sedap. Rasa berbaloi bayar mahal-mahal tapi dapat makan makanan sedap atas gunung camni. 

Masa makan malam bermula daripada 5 petang hingga pukul 7. Supper sebelum summit adalah pada pukul 2 hingga 3 pagi, manakala sarapan selepas turun summit dibuka jam 7.30 hingga 10 am.

Kafe ni berkonsepkan buffet, so boleh je makan ikut banyak mana yang korang suka. Air yang diberikan cuma ada kopi atau teh sahaja. Disebabkan aku tak minum kopi, aku ambil teh jela. Kalau korang nak minum air lain, boleh je beli dekat dia punya kedai tingkat atas kafe atau bawak je 3 in 1 siap-siap. Nak minum air kosong pula, depan dorm kami ada water filter air panas atau sejuk. Aku bantai pegi buat maggi.

Di Gunung Kinabalu ni juga terdapat postbox yang paling tertinggi di Malaysia, terletak di sebelah Pendant Hut. Specialnya poskad ni, nanti boleh dapat cop daripada Mount Kinabalu. Bukan senang kan panjat gunung tinggi-tinggi semata-mata nak dapatkan cop daripada Malaysia Highest Postbox ni?

View daripada Pendant Hut ketika senja

Bergambar dengan pintu yang ceria dengan stiker-stiker dari pendaki

Aku rasa fasiliti yang disediakan di Gunung Kinabalu ni semuanya lengkap dan terbaik. Cuma kekurangannya takde heater je kat bilik dan air panas untuk mandi. Agaknya sebab itulah nak naik Gunung Kinabalu ni mahal kerana fasiliti yang disediakan. Duit yang kita bayar ni pun termasuk bayar porter-porter yang angkat barang-barang masak dan keperluan di hostel.

Ini saja untuk entry kali ni. Entry seterusnya adalah summit day yang... hahaha stay tuned okay!