8 Nov 2026

Ziarah Gua Hira' @ Jabal Nur



Pukul 4.30 pm lepas asar, kami berkumpul di lobi hotel untuk aktiviti ziarah terakhir, iaitu di Gua Hira'.

Gua Hira' terletak di puncak Jabal Nur yang jaraknya cuma 5-7km dari Masjidil Haram. Sebut je pasal gua ni, automatik kita teringat kisah Rasulullah SAW menerima wahyu pertama melalui malaikat Jibril. Gua inilah saksi kepada permulaan kerasulan Baginda.

Lalu kat area Mina'
Jabal Nur dari kejauhan

Kami bayar SR35 seorang untuk lawatan ke Gua Hira' ni. Dalam tu ada muzium (tiket lain), shoplot, gerai makan. Ustaz bagi masa 3 jam untuk pusing-pusing area sini so dalam 3 jam, siapa-siapa nak panjat atas sampai ke gua tu pandai-pandailah manage your time haha.

Kalau tanya aku, of course lah aku nak naik sampai atas!

Bergambar group berlatarkan Jabal Nur

Kami satu family semua naik atas Jabal Nur ni kecuali my mom. Jabal Nur berada pada ketinggian 640 meter dan memerlukan sekurang-kurangnya 30 minit - 1 jam untuk sampai ke puncak. Trail dia sangat mudah dan kategori kids friendly!


Rasanya kalau takde jalan yang proper macam sekarang ni, mungkin aku pun tak mampu sampai atas sebab curam dan berbatu.. Tetiba terfikir macam manalah Nabi Muhammad panjat sampai atas tu dengan keadaan takde tangga cantik macam yang kita nikmati harini. Ini termasuk juga Saidatina Khadijah yang ulang alik dari rumah ke gua Hira' untuk hantar makanan sepanjang Rasulullah beruzlah di gua Hira'.

Aku lalu jalan biasa ni pun dah terasa mengahnya.


Lepas separuh perjalanan ni ada semacam gerai-gerai dan spot bergambar. Bila sunset menjelma makin cantik suasananya. Dengan pemandangan bukit bukau sekitarnya serta dari jauh kelihatan Clock Tower sebagai mercu tanda ikonik yang tersergam indah di Kota Suci Makkah.

Ramai orang rekomen datang sini waktu petang atau malam sebab tak panas hehe.

sejuk beranginn!

Dua orang kakak aku dah taknak teruskan perjalanan lagi so kami yang lain-lain ni cuba jugaklah untuk sampai atas walaupun pancit terukk! Nak sampai ke atas tu banyak kena panjat tangga, tu yang buat jadi penat.

Kat atas ni takde lampu so kena berhati-hati
Anak fruits ku yang power dan paling laju!

Selepas 45 minit, akhirnya kami sampai di puncak Jabal Nur. Kalau nak ke Gua Hira' kena turun ke bawah sikit. Tapi masalahnya terlalu ramai orang sangat so kami pun takdela cubaan untuk masuk dalam gua tu. Sempit boleh muat 3 orang je..

Suasana di Gua Hira' (gambar from ahli group umrah)

Nabi Muhammad beruzlah (mengasingkan diri) di dalam Gua Hira' ni sepanjang bulan Ramadan kerana baginda tak sanggup melihat penduduk Mekah pada ketika itu yang melakukan perbuatan maksiat dan dosa-dosa besar.

Ketika Baginda sedang menyendiri di dalam gua, turunlah Malaikat Jibril membawa wahyu daripada Allah seraya berkata, "Iqra (bacalah)". Baginda menjawab "aku tidak boleh membaca!" lalu malaikat memeluk Nabi dengan sangat kuat sehingga baginda merasa lemas, kemudian melepaskannya dan mengulangi perintah tersebut sebanyak 3 kali.

Muka berlemoih beb! 

Jibril mengajar Nabi Muhammad membaca kalam tersebut (surah Al-Alaq (ayat 1-5) sehingga fasih. Setelah menerima wahyu tersebut, baginda pulang ke rumah dan meminta Saidatina Khadijah untuk menyelimutinya.

Selepas peristiwa wahyu pertama, ayat-ayat Al-Quran diturunkan secara berperingkat dalam tempoh Nabi menjadi Rasul, iaitu selama 23 tahun~


Kami duduk kat atas ni sekitar 10 minit je sebab nak kena solat maghrib. Kat atas ni ada je orang solat jemaah, cuma cam sempit sikitlah. Kita pun start turun untuk bagi laluan pada jemaah lain yang baru sampai. 

Suasana orang ramai yang tengah nak turun

Sampai bawah tu pergi solat dan cari mak aku. Ingatkan mak masuk dalam muzium Gua Hira' tu, laah rupanya tak masuk pun. Kalau tak, adalah gambar dalam muzium tu aku boleh tunjuk kat korang. Ewah. Tapi apapun, kami semua sampai bawah dalam masa yang dah ditetapkan oleh ustaz.

Maka tamatlah semua aktiviti ziarah umrah kami sepanjang berada di Tanah suci ni. Esoknya kami dah nak balik Malaysia semula huaaa sedihnya!

One happy family at home!

Lepas balik dari Gua Hira' ni aku dengan kakngah pergi lagi menambah apa-apa barang yang tak cukup. Pukul 11 malam baru balik reti nak balik bilik haha. Memang tak kenal erti penat tau kitorang ni :p 

Next --> Tawaf selamat tinggal & pulang ke Malaysia


No comments:

Post a Comment

Nak komen apa? silakan~