24 Feb 2020

5 Taman Negara Terbaik di Eropah


Assalamualaikum dan haiii!

Walaupun sekarang ni masih lagi kategori awal tahun, tapi entah kenapa minda aku ni membuak-buak rasa nak pegi menghilangkan diri, atau dengan erti kata lainnya, nak travel. 

Kamonn, korang pun kenal kan aku ni jenis suka travel kan hahah. Yela, aku baru je lepas habis belajar, sakit lagi kepala ni ha. Nak jugak rehatkan minda ni kat tempat yang cantik. Tapi tulah, duit pun belum beranak lagi lulz.

Cakap je pasal travel, mesti kita ni imagine tempat-tempat bersejarah, kawasan berpantai yang cantik, nak foodhunting makanan sedap dan tempat shopping. Tapi jarang orang highlight kan kawasan semulajadi misalnya macam flora dan fauna yang masih dipelihara kat sesetengah tempat kan?

Kat seluruh dunia ni mesti akan ada lokasi yang masih menjaga flora dan fauna ni, salah satu daripadanya ialah taman-taman negara. Tbh, Seronok sebenarnya pegi taman negara ni sebab memang penuh dengan alam semulajadi. Siapa je tak suka kan? Disebabkan Mazni ni seorang pencinta nature dan dia juga sedang memasang niat untuk menjejakkan kaki ke Europe suatu hari nanti, so aku nak share dengan korang beberapa taman negara popular yang ada kat benua Eropah yang aku baru je jumpa info ni tadi. 

Kita ni dari Malaysia nak ke Europe boleh cecah hampir 20 jam perjalanan jugaklah, termasuk transit ya. Kalau korang pun ada niat nak ke Europe, better korang naik Emirates je! Biasanya orang yang nak ke Europe memang akan naik airlines ni je sebab rating dia tinggi dan harga flightnya pun okey. Boleh cuba survey harga dia kat Traveloka dan bandingkan dengan website yang lain! Selain sesuai dari segi bajet, Emirates airlines ni juga mengutamakan keselesaan penumpang dengan menghidangkan makanan yang lazat dan tempat duduk yang selesa. Kita nak fly jauh kot, so mestilah kena ambil airlines yang selesa. Barulah tak jadi cacing kepanasan duduk atas tu hahaha.

Yang ni cerita pasal luar negara, but if korang just nak bercuti dalam negara je, boleh juga cuba book tickets from Kuala Lumpur to Langkawi online di website Traveloka. Boleh pilih harga yang sesuai dengan bajet korang!

Oki, sambung balik cerita Europe tadi, meh dibawah ni aku senaraikan 5 Taman Negara yang terbaik di Eropah!
Jotunheimen – Norway
Jotunheimen yang membawa maksud ‘Home of Giants’ adalah satu taman negara yang terletak di Norway dan mempunyai lebih kurang 250 pergunungan yang mencecah sehingga ke 2000 meter dari paras laut dan sekaligus meletakkan Galdhopiggen sebagai gunung tertinggi dengan ketinggian 2469 meter. Apa yang menarik mengenai taman negara ini ialah ia menawarkan keindahan pemandangan yang menghijau di sekitarnya. Dekat sini boleh buat aktiviti seperti bebrasikal, hiking, ski atau pun berehat di boutique hotel yang disediakan di dalam taman negara itu. Bolehlah berbasikal sambil menghirup udara segar sambil mendengar bunyi derusan air sungai yang sejuk. Taman Negara yang cantik nilah menjadi kebanggaan bagi masyarakat Norway.
Image result for jotunheimen national park
haihh ya Allah lawanyee. ni kalau hiking sampai patah pinggang pun takpe bila dapat tengok view cenggini
   

Bavarian Forest – German
Bavarian Forest terletak di di sempadan German dan Republik Czech. Dengan keluasan 24,250 hektar, ia menjadi taman negara pertama yang wujud di German. Hutan Bavarian ini juga dikatakan antara hutan yang terbesar yang ada di benua Eropah. Dengan memelihara lebih daripda 10,000 spesis haiwan yang menjadikannya habitat, taman negara ini sering dilawati oleh pengunjung. Taman negara ini menawarkan pelbagai perkhidmatan untuk para pengunjung dan diantaranya ialah lawatan ke muzium, guide tour, hiking, jungle trekking, menunggang basikal, mengenali haiwan dan banyak lagi. So if one day sampai ke Taman negara ini, jangan lupa untuk mengambil gambar sebanyak mungkin kerana taman negara ini mempunyai pemandangan yang sangat indah.

Gran Paradiso National park – Italy
Salah satu taman negara yang paling popular di Itali. Tujuan ia ditubuhkan adalah untuk memelihara dan memulihara kawasan-kawasan serta biodiversity yang ada di sekitarnya. Habitat haiwan yang menjadi keutamaan bagi taman negara ini ialah kambing liar (Capra Ibex) yang tinggalnya di pergunungan Alpen Eropah. Antara aktiviti yang boleh dilakukan di sini ialah lawatan ke kawasan pergunungan, ski, mendaki dan berbasikal. 

Vatnajokull – Iceland
Taman negara Vatnajokull merupakan 1 daripada 3 taman negara yang terletak di Iceland dan taman negara ini merangkumi glasier atau salji. Jika sukakan alam semulajadi dan kesejukan, ini adalah tempat yang sesuai. Selain daripada glasier, terdapat beberapa lagi ciri-ciri landskap yang menjadi tumpuan pelancong iaitu air sungai yang sejuk serta gunung berapi.

Cairngorms – Scotland
Ia merupakan taman negara yang terletak di tengah-tengah Dataran Tinggi di Scotland. Taman negara ini menawarkan banyak aktiviti yang boleh anda lakukan bersama keluarga antaranya berbasikal, watersport, mengenali hidupan liar, jungle trekking menggunkana denai yang telah disediakan dan juga berpeluang untuk menginap di dalam taman negara ini dengan melihat bintang-bintang pada waktu malam, boleh nampak milky way! Siapa yang rasa nak lari daripada arus kemodenan bandar bolehlah kesini~
he says "oi"

Itu lah dia 5 taman negara yang terbaik yang aku boleh senaraikan bagi yang nak meneroka alam semulajadi di Eropah. German dan Scotland, kedua-dua negara ini mempunyai ciri-ciri landskap alam semulajadi yang unik dengan view yang sangat mengagumkan.

Korang tertarik nak pergi yang mana? :D

20 Feb 2020

Penantian itu adalah hadiah dari Tuhan


Assalamualaikum

I remember I'm at my lowest point a few months ago.

I cried a lot. I'm broken. Weight loss drastically within 2 months. Cry myself to sleep almost every night. Feeling hopless, useless and not good at everything. Rasa benci diri sendiri and takleh nak maafkan diri sendiri.

Rasa cam nak hilangkan diri waktu tu jugak, sebab taknak hadap hari-hari yang penuh dengan kesedihan. Nak buat apabenda pun rasa tak semangat. Dahla waktu tu nak masuk sem baru, lagilah down teruk mood aku. Pastu bila fikir balik habis belajar nanti dah kena fikir pasal perancangan masa depan. Dah menginjak ke alam dewasa, tapi aku ni masih begini, seorang yang tak pernah yakin pada diri sendiri.

Memang nasib tak baik sungguhla sebab sedih teruk masa final sem kan hahah. Apapun yang berlaku, memang kena kuatkan semangat je dan biarkan masa itu berlalu. Jangan disebabkan kesedihan yang melampau ni sampai aku takleh nak buat yang terbaik untuk pelajaran aku kan.

Aku rasa aku tak pernah bagus dalam apapun, tapi aku ada target dan aku nak cuba buktikan yang aku pun boleh buat. Dari diploma, teringin sangat nak dapat ANC (Anugerah Naib Canselor) tapi kecundang 2 sem. Bila masuk degree lagilah tak yakin sebab degree level ni tinggi sikit dari diploma. Tapi first sem degree dapat dean list. Terkejut jugak, lalu masuk sem seterusnya pun sama... Dan next pun sama... hinggalah ke final sem.....
.
.
.
Alhamdulillah, i was awarded with ANC which is first class degree!

Bayangkan bila korang dah lama gila nak benda tu, lepastu Tuhan kabulkan? Tahu tak aku tunggu nak dapat ANC ni dari zaman diploma lagi nak dekat 5 tahun dah T__T Alhamdulillah, baiknya Allah. Dia tahu aku banyak sangat menangis sepanjang degree ni. Dia tahu aku penat. Lalu dia gantikan segala kesedihan aku dengan benda yang paling aku impikan.

Selesai habis belajar, dah semestinya fresh grad macam aku ni dah masuk dalam fasa job hunting kan? Aku memang nak sangat habis belajar, tapi aku takut nak masuk alam pekerjaan. Lepas 3 minggu menganggur, Alhamdulillah dapat interview dan next weeknya terus masuk bekerja. Paling suka sebab kerja aku berkaitan dengan bidang yang aku belajar kat U. Takdalah sia-sia knowledge 5 tahun belajar course printing technology sebab at least dapatla jugak apply kat tempat kerja.


Alhamdulillah untuk semua yang Allah kurniakan.

Aku rasa macam baiknya Tuhan ni, aku perasan apa yang aku nak kan, memang Dia akan kabulkan. Cuma cepat atau lambat je.

Ingat lagi masa form 1 dulu aku dah target nak dapat 5A dalam SPM. Ko taktahu masa form 4, form 5 aku kena campak pegi kelas seni tau, kelas ketiga dari belakang hahah! Tapi aku tak kisah pun, sebab aku memang minat seni, cuma kadang2 geram sikitla dengan mulut orang kan. Disebabkan aku rasa aku tak pandai, macam mustahil untuk nak dapat 5A tu. Tapi Allah dengar doa aku tu, pappp! SPM betul-betul dia bagi result yang aku nak. Walaupun ada orang cakap "Alah kau duduk kelas seni, memangla senang nak dapat result bagus". Hehe ye aku tak nafikan, tapi kalau aku tak usaha, aku takkan dapat apa yang aku target ye dok?

Sama macam sekarang, aku target nak dapat first class tapi belum rezeki untuk merasa time diploma dulu. Tapi naik degree, Dia bagi apa yang nak tu. Bab kerja pun sama, aku selalu doa nak sangat kerja dalam bidang. Tak kisah beso ke kecik ke syarikatnya, aku nak apply knowledge yang aku ada. Dan Alhamdulillah, Dia bagi apa yang aku nak.

Serious airmata tu jangan cakaplah dah berapa banyak jatuh ha. I think i deserve this after a lot of sacrifice. Dan semestinya dengan izin Dia!

Tetapkan target kita, put effort untuk apa yang kita nak tu dan banyakkan berdoa. Sentiasa cakap yang baik-baik untuk diri kita sebab setiap kata-kata tu semua adalah doa. Tuhan sentiasa dengar :) 

Thanks for reading!


9 Feb 2020

Degree is done!


Assalamualaikum

Hai semuaa! Rindunya nak menulis kat blog, last update entry masa bulan 9 tahun lepas. Tak sangka sekarang ni dah 2020 kann. How time flies~ And yes, 2020 is a new chapter for me, I've completed my bachelor's degree! 


Rasa tak sangka lak, dulu nangis-nangis takmau masuk degree, at last habis juga. Daripada tak dapat sesuaikan persekitaran baru, akhirnya dah biasa juga. Daripada susah nak berkenalan dengan orang baru, akhirnya boleh rapat jugak. Inilah lumrah hidup, setiap pertemuan pastinya ada perpisahan. Setiap yang kita tinggalkan, pastinya akan ada secebit memori. I'll miss my degree life walaupun pada mulanya aku rasa aku takkan rindu, tapi sedihla juga dah habis belajar ni.

Akan rindu suasana belajar walaupun kejung mata hadap komputer, letih badan sebab terkejar-kejar nak siapkan final project, serabut nak siapkan thesis, habis duit nak bayar itu ini, selalu tak sempat makan, tak cukup tidur macam zombie, tengok kengkawan buat lawak bodo dalam kelas walaupun masing-masing tengah stress :p


Sama macam diploma, kami kena buat exhibition dan jemput orang awam untuk tengok pameran kami ni. Btw, boleh baca entry diploma show kat sini --> CLICK HERE! Cuma degree ni rasa macam lagi banyak kerja sikit sebab nak kena siapkan thesis. Aku memang tak suka dengan kerja-kerja yang melibatkan research writing ni, tapi i put so much effort untuk siapkan benda ni. Rasa bangga dengan diri sendiri sebab sanggup pegi KL untuk cari bahan, sanggup pegi UiTM Shah Alam untuk dapatkan data. 


The thing yang paling I terharu sekali is, kawan-kawan dari diploma sudi datang untuk support degree show kitorang. Mak dan abah pun datang juga sebab this will be my last exhibition as a student hehe. Overall, degree show berjalan dengan lancar, masa final presentation pun aku takdala kena hentam teruk sangat sebab aku kaki goreng boek punyaa haha!

Alhamdulillah for everything!


Memang banyak betul penghargaan yang aku nak buat untuk semua orang sebenarnya ni. Tapi at first memang aku akan ucapkan terima kasih untuk clientku, Andalusia Cawangan Bandar Baru Bangi sebab sudi menjadi client saya. Kemudian ucapan terima kasih buat supervisor saya yang paling banyak membantu dan juga kawan-kawan yang banyak memberikan kerjasama untuk kita tamatkan degree ni. We made it guys! 

Result will be out on 14th February. Yes, 14 Febuari ni valentines day, tapi kitorang dapat surat cinta dari UiTM ya. Taktahu nak rasa apa haha but wish us luck! And oh btw, aku akan start bekerja esok. Alhamdulillah, dapat kerja pun dekat je dengan rumah and dapat kerja di syarikat printing. Walaupun syarikat kecil, tapi at least kita cuba cari pengalaman kan? Doakan aku ya! :)

Taknak update panjang-panjang tapi aku ada banyaak benda nak diceritakan kat sini. I'll update later okiess. Banyak betul pending entries yang tak tercerita tapi aku akan ambil masa untuk update entry nanti hehe

Thank you for reading!