Assalamualaikum
Hi guys! Ekceli ni cerita semester lepas, dimana aku secara terpaksa kena mendaftar kelas drawing (glazing) untuk subjek elektif lantaran kerana tiada pilihan. Jujur kata, walaupun aku suka seni, tapi aku tak pandai dan tak pernah melukis di atas canvas ya. Ini adalah kali pertama aku guna acrylic dan lukis atas canvas.
Rasa teruja sebab sebenarnya aku dah lama jugak pasang niat nak lukis atas canvas. Tapi risau tak lawa jee. Maklomla, makcik ni baru pertama kali melukis lagak macam artists kekeke.
Korang tahu tak aku punya gigih baru first time guna acrylic ni, sampaikan sanggup bukak youtube untuk belajar teknik-teknik layer lukisan tu. But so far guna acrylic ni not bad, senang je rupanya. Cuma susah sikit bagi aku part nak buat shading (warna ikut tone) dan nak campur warna je.
Taktaulah tapi ini subjek elektif yang aku rasa macam susah nak dapat A dan saya amat banyak mengomel setiap kali buat drawing ni. Rasa tak ikhlas pun ada sebab sem lepas busy ya amat, pastu kena siapkan dua buah lukisan pulak. Tak ke haruu kelam kabut?
Untuk first drawing ni, kami kena tiru balik lukisan daripada pelukis terkenal. Aku pilih lukisan The Weeping Women by Pablo Picasso. Style yang digunakan oleh pelukis ini adalah Cubism.
credit google |
Korang nampak macam senang je kan nak tiru balik lukisan ni? Yeah kawan aku pun kata lukisan ni senang, so aku pun pilihla lukisan ni. Pastu housemate aku kata lukisan style cubism macamni susah sebab dia banyak campur-campur warna. Ko tengok kat bahagian rambut tu, dahla haluih, pastu aku kena warna berkali-kali supaya hasil dia jadi sebijik macam lukisan asal.
And my result is.....
TADAAA!
Tidaklah serupa, tapi bagi orang yang first time melukis kira okaylah jugaa. Lecturer tengok ni, terus dia kata awal-awal "yang ni saya bagi A". Fuhh, time tu macam tak sangka gila sebab masa awal-awal nak hasilkan lukisan ni punyalah macam hantu.
Tak caye ko tengok gambar bawah ni *emoji gelak*
Time lukis ni macam dah fedap gila tau, hudoh gila sebab bila start mewarna tu jadi comot dengan warna hitam sebab bercampur dengan kesan pensel. Pastu cuba jugak layer kan warna tu banyak kali sampaila nampak smooth, ini yang kita panggil teknik glazing.
biasalah, masa awal-awal memang belum nampak lagi hasilnya ye dok, hhe
Untuk lukisan kedua pulak, boleh pilih mana-mana lukisan dari google. So aku pilih gambar kocing
credit google |
Yang ni aku jahat sikitla, elok-elok kucing tu tengah duduk berdua-duaan sambil merenung ke luar jendela bersama kekasihnya, aku lukis kucing tu sekor je. Biar dia lonely #ForeverAlone
Sejujurnya aku sendiri tak puashati dengan lukisan kedua ni sebab warna dia memang lari habis, comot pulak tu dan bulu kucing tu paling susah nak buat. Tapi sebab dah malas so asal siap je sudahlaa. Lecturer pun dah cakap awal-awal yang lukisan kedua ni tak berapa sangat :p
Walaubagaimanapun, Mazni berjaya mendapat A untuk subjek drawing ni. Satu pencapaian yang bagus untuk menusia yang pertama kali melukis di atas canvas.
Kalau nak dibandingkan Mazni melukis di atas canvas dan digital drawing. Aku power lagi kat digital drawing kot. I tak lukis guna tab, cuma guna software paint tool sai je tapi bila kita lukis pakai komputer ni lebih cepat dan senang nak main dengan colour.
So.. this is some of my digital drawing yang dilukis menggunakan SAI
Tiru balik lukisan Kimi No Na Wa yang jumpa kat google. Cuma bezanya watak perempuan tu aku adjust kasi bertudung haha. Lukis ni sebab ada assignment notebook, semangat kan cover notebook lukis sendiri?
Yang ni pun rujuk google je. Gambar asal daripada Lanjee Chee. Ingatkan lukis ni sebab nak masuk pertandingan MIDF tapi takda rezeki time tu, so simpan jelah
Yang ni dilukis sempena assignment akhir untuk subjek typography. Sengaja aku buat Totoro tu menjadi kurus seperti huruf T sebab aku kena olah tulisan menjadi bentuk watak yang dipilih.
T stand for Totoro!
What do you think of my drawing? :D
Thanks for reading!