23 Apr 2019

Kita nak ke Phuket!


Assalamualaikum

Honestly, aku ni dah lama sangat pasang niat nak ke Thailand. Kawan aku baru je balik dari Thailand haritu, jeles je guwe nak pergi jugakk. Walaupun Thailand ni duduknya dekat je dengan Malaysia tapi taktaulah kenapa tak pernah sampai lagi ek.. Padahal Thailand ni banyak sangat tempat-tempat menarik yang cantik.

Tapi serious, benda yang paling aku target kalau nak pergi Thailand nanti, aku nak pergi Phuket! Phuket ni kalau korang nak tahu, antara pulau yang terbesar kat Thailand dan keluasan dia adalah dalam sekitar 540 km persegi. Dengan keluasan sebegini, Phuket sebenarnya ada banyak attraction yang kadang-kadang kita selalu sangat terlepas pandang. Sebabnya, kita ni asyik teruja nak explore attraction place yang selalu nampak kat media saja. Attraction macam James Bond Island dan Kepulauan Phi Phi yang pernah jadi lokasi penggambaran filem Hollywood adalah antara lokasi yang tak henti-henti dilawati pengunjung dari seluruh dunia. Namun, dengan saiz seluas Singapura, Phuket ternyata menawarkan lebih daripada itu. First of all korang kena find the best Phuket hotels untuk keselesaan korang nanti. Kalau nak murah try online hotel booking.

Image result for phuket
lawanya Phuket! credit

Bukan sekadar pantai dan pulau, Phuket sebenarnya destinasi yang unik menggabungkan aura bandar Georgetown Penang yang meriah dengan bangunan ala-ala style Eropah serta pasar yang meriah, dan juga aura beach vibes Bali di Indonesia yang padat dengan attraction. Cukup lengkap sekali pakej pulau kat negara gajah putih ni kan? Nak tahu kat mana semua attraction ini? Teruskan membaca senarai tempat menarik kat Phuket ini.

Related image
ni bukan Georgtown ye, ni old town Phuket. Cute gila pinkyyy! credit

Dikelilingi dengan hutan tropika penuh kehijauan, Nai Harn Beach adalah salah satu daipada pantai cantik di Phuket, Thailand. Dengan suhu air sederhana dalam sekitar 29 darjah Celsius, membolehkan korang sekeluarga berendam dalam air laut dengan penuh kenikmatan. Nak snorkelling kat sini pun boleh jugak sebab semua peralatan boleh sewa kat kedai-kedai yang terdekat dengan pantai ni je. Untuk pengetahuan korang, waktu terbaik untuk bermandi-manda kat sini adalah dari bulan November sehingga Mei sebab ombaknya lebih tenang dan tak kuat time ni.

Image result for nai harn beach phuket thailand photo
Nai Harn Beach credit
Kalau Korang berminat nak cuba jetski, boleh jugak dapatkan service sewa jetski kat pantai ni untuk menikmati angin laut dengan cara yang lebih thrill. Bagi yang suka dengan aktiviti air yang lasak mesti nak cuba jetski ni. Pastu kalau penat buat aktiviti air, korang boleh bersantai kat tepi pantai jugak, sambil-sambil tu boleh menikmati pemandangan langit dan lautan yang membiru. Tak bawa kelengkapan yang cukup? Korang boleh dapatkan payung dan tikar dari kedai-kedai kat sekitar pantai ini. Salah satu pantai yang terpanjang kat Phuket, Pantai Karon, dikatakan antara salah satu pantai yang paling sesuai untuk dilawati bersama keluarga. Penuh dengan ketenangan dan cukup bersih, Pantai Karon adalah sebuah tempat menarik di Phuket yang sempurna untuk dijadikan tempat berkelah sambil menikmati pemandangan yang menyejukkan mata.

Kat sekitar pantai ni juga terdapat banyak penginapan keluarga yang menarik, restoran-restoran, gerai cenderamata dan kedai-kedai yang menjual pelbagai barangan penting sewaktu bercuti. Bila dah melancong ke luar negara ni, sepadat mana pun jadual korang, jangan sesekali lepaskan peluang untuk melawat bangunan sejarah kat tempat yang korang lawati ni. Kalau kat Phuket, lokasinya adalah kat Wat Chalong. Dikatakan sebagai tempat penyembahan Buddha yang  paling penting kat Phuket, kompleks kuil yang didirikan pada tahun 1837 ini dipenuhi dengan bangunan-bangunan yang berwarna keemasan. Salah satu bangunan kat dalam kompleks ni yang jadi perhatian ramai adalah Chedi yang berketinggian 60 meter. Bangunan ini dikatakan menjadi tempat penyimpanan sebahagian tulang Buddha yang telah didatangkan dari Sri Lanka pada tahun 1999.


Image result for wat chalong
Wat Chalong

Berpasir putih yang lembut dipijak kaki, Pantai Surin adalah sebuah destinasi yang agak popular dalam kalangan pelancong dan penduduk tempatan kat Thailand ni. Airnya yang berwarna biru kehijau-hijauan cukup memukau pandangan. Disebabkan keindahan inilah kawasan di sekitarnya dipenuhi dengan barisan-barisan hotel dan perumahan mewah yang turut menjadikan aura Pantai Surin terasa cukup sophisticated dan wow gitu. Sambil korang feeling-feeling persis seperti selebriti kat tepi pantai, korang boleh menikmati makanan dan minuman yang dijual kat gerai-gerai sepanjang pantai ni.

Kalau korang ke sini, korang boleh plan untuk snorkeling kat bahagian berbatu sama ada kat arah utara atau selatan Pantai Surin. Kalau korang pencinta haiwan, lawatan ke Phuket Elephant Sanctuary akan membuatkan hati korang gembira bila tengok cara haiwan kat sini diberikan penjagaan. Untuk pengetahuan korang, gajah-gajah yang ada kat sini sebenarnya adalah gajah yang telah menghadapi kesengsaraan di bawah jagaan entiti lain yang lebih mementingkan keuntungan.

12 Apr 2019

Omulab - nasi pattaya Jepun


Assalamualaikum

Image result for japanese omurice gif

Dulu aku selalu tengok satu citer jepun ni tajuk queen of lunchtime. Dia suka sangat makan omurice sampaikan aku pun teringin nak makan jugak. Tapi kat sini memang susahla nak jumpa omurice aka nasi pattaya jepun ni, selain dari family mart. 

Lepas aku nampak post daripada Have Halal Will Travel ada restoran omurice ni baru buka, terus plan nak pegi dengan kakak dan akhirnya, merasalah saya omurice yang comel ni. Masa aku sampai ni betul-betul waktu lunch hour, makan kami perlulah menunggu sebentar sehingga mendapat tempat duduk. Memang penuh kedai ni. Last2 dapat makan kat bahagian luar aje haha.


Omulab ni berada di Petaling Jaya. Memang signature sini adalah telur.

Apa yang menarik sangat pasal omurice ni? Rupa dia nampak je macam nasi pattaya, tapi rasa dia memang tak sama. Diorang akan masak telur tu dan buat bentuk bujur dan bahagian dalam telur masih runny(cair) lagi. Kemudian telur diletakkan atas nasi, potong, dan telur tu pun jatuh macam lava gunung berapi.


Yang atas ni adalah classic omurice. Kakak dan abang aku punya. Nasi goreng dengan telur dan sos demiglaze. Sos tu paling best, rasa macam creamy2 dan ada rasa cheese sikit mengikut lidah aku ni.


Inilah rupa setelah dipotong. Tapi tak lawa sikitlah sebab kitorang yang potong sendiri haha. Texture macam nilah yang paling perfect untuk omurice. Dia kalau telur tu dah masak habis tak jadilah.


Yang ni pula aku punya, omu teriyaki chicken. Dish ni takda nasi. Sedap weyy. Aku suka presentation makanan dia. Sangat colourful dan boleh buat terliur. Cuma kalau korang lapar sangat aku tak prefer ambil ni, pergi ambil yang ada nasi sebab aku masih lapar setelah makan benda ni xD

If ada yang tanya makanan kat sini halal ke tak, semua bahan-bahan adalah dari supplier halal dan menu sini adalah pork free dan alcohol free. Boleh tengok kat facebook page diorang juga.

Overall memang aku suka makanan kat sini. Harga memang mahal tapi sedap okayy. Aku cadang nak repeat lagi dan nak cuba omu kare dia pulak!

Here's the menu yang aku snap. Tapi maaf saya snap 1 page jee


Thanks for reading!

Address7, Jalan 17/45, Seksyen 17, 46400 Petaling Jaya, Selangor
Operation hour : 10.30 am - 10.15 pm

3 Apr 2019

March update - sepanjang kehilangan

Assalamualaikum

Walaupun takda siapa yang tanya mana saya pergi sebab dah lama tak update blog ni, tapi biarlahh nak update jugak :p Banyak sangat benda nak cerita ni tapi tak perlulah kita buat satu entry khas kot. Cukuplah update sekali harung camni aje.

Masuk tahun 2019 ni boleh dikatakan agak busy sebab aku intern. Even ada masa terluang pun, hari sabtu ahad tu mesti nak gi keluar jenjalan takpun duduk melepet kat rumah takda buat apa. Sebab aku takda cuti sem lantaran digantikan dengan intern, maka masa cuti yang ada memang kita gunakan dengan sebaiknya.


Basically aku banyak food hunting je sejak-sejak ni dan inilah punca berat naik. Dulu metabolism aku tinggi kot, jenis yang makanlah banyak mana pun tapi berat susah nak naik. Sekarang ni tengoklah baru 3 bulan je dah naik 3 kg. Nak marah pun tak guna sebab siapa suruh tak jaga nafsu makan -__-

Nanti ada masa aku buat review pasal semua tempat yang aku dah makan ni hehe.


Masa hujung bulan 2 tu dapat invitation pegi pelancaran mesin baru FujiXerox with my classmate. Sangat cool okay their new product, multifunctions. Harap lepasni FujiXerox buat launching kat Jepun pula pastu invite kami semua. Jeles sebenarnya sebab tengok senior kami sem ni dapat gi Jepun, nak jugak :p 

Amboi besarnya impian kau kan?


The precious moment is spending time with family. Tapi adik bongsu aku je takde masa ni sebab dia tak cuti. Setiap kali kaklong dengan abang ipar aku balik je mesti kitorang suka sebab nak jumpa si kecik Yahya tu. Macam biasa setiap kali diorang ni balik abah mesti ajak makan luar. Haritu pegi makan Nippon sushi kat Bangi sebab kaklong aku teringin nak try situ.

Yang ni pun nanti kita buat food review gak :p


3 minggu lepas kawan kitorang masa kerja kat DIY tu baru kawin. Memula aku plan berdua je, pastu ajak lagi 2 orang kawan. Positif dah ingat kami berempat je, pastu sampai sana tengok ada lagi 3 orang. Lawak tau sebab dalam group semua pakat senyap je ingatkan takde siapa yang nak join, rupanya diorang bertiga pun plan dalam diam jugak hahaha.

Walaupun semua yang ada dalam gambar ni dah tak kerja kat DIY tu lagi tapi kitorang still keep in touch sampai sekarang. So i can say they all ni kawan dekat Bangi kot sebab serious aku tak pernah keluar lepak dengan mana2 kawan Bangi ramai2 camni. Pernah lepak malam lak tu :p 


Sooo.. Intern saya selama 3 bulan pun tamat pada 22/3 haritu. Semua staff kat sini baikk. Aku ni jenis selalu sangat buat silap tapi diorang okay je tolong backup kan and ajar baik-baik. Sebenarnya aku dengan kawan aku ni orang pertama yang diorang terima untuk intern but they did the best untuk ajar kitorang. Walaupun rasa macam kami ni terlalu dimanjakan haha. Rindu lak nak dengar abang Siddiq tengah membebel macam memakcik sambil hadap PC lol!

Thankyou sebab buat jamuan kecil-kecilan untuk kami berdua!

Sekarang pun dah masuk bulan 4, aku pun dah masuk semester 5 dan dah final year. Masuk je kuliah haritu perghh pressure dia lain macam wey. Dah kena fikir untuk final project. If korang pernah baca pasal kesusahan aku menghabiskan final project masa diploma dulu, tapi kalini lagi padu. Bak kata lecturer aku,

"THIS IS DEGREE LEVEL OKAY"

I might have a mental breakdown kot nak habiskan baki setahun ni but please pray for me. Aku nak berjaya dengan cemerlang degree ni untuk parents aku. Aaa please don't cry Mazni, jangan lemah sangat okayy.

Thanks for reading!