29 Jul 2021

Ujian Kompetensi Pereka Gred B29 UKM

 Assalamualaikum

Semalam (28/7/21), aku dapat email dari UKM untuk mengambil ujian tapisan kompetensi bagi jawatan pereka Gred B29 di. Ujian ni dijalankan secara online dan masa yang diberi adalah 8 jam untuk jawab kesemua soalan. 


Aku ada cari kat google, kalau ujian untuk pereka ni selalunya bentuk soalan macam mana yang dia keluarkan? Ada soalan bulat-bulat macam yang selalu ditanya ke tak? Memang semata-mata kena buat design grafik jeke? Kalau ujian untuk gred Pereka bagi jawatan SPP, kena jawab soalan bulat-bulat tu. Tapi untuk UKM taktau macam mana.

Aku standby jela baca sikit pasal latarbelakang UKM, visi misi, nama naib canselor dan benda-benda basic gitu je. TAPI.... dia tak tanya pun untuk jawatan pereka ni. Dalam masa 8 jam tu memang kena buat design sahaja.



Maybe sesetengah orang nampak macam 8 jam ni masa yang cukup untuk 4 soalan. Tapi bagi aku ngam-ngam weh xD Maybe aku tak reti manage masa dan nak cari idea tu memang aku ambil masa yang lama, huhu. 

Aku start jawab soalan tu dalam 9.15 am so 8 jam tu habis pukul 5.15 pm. Once kita tekan butang jawab ujian tu, 8 jam terus berjalan dan takleh pause dah. Ikutla nak jawab pukul berapa pun asalkan tak melebihi dari pukul 10 pm je. Cuma janganla pukul 5 pm baru nak jawab kan, tak cukupla masa 8 jam tu.


So aku share soalan apa yang aku dapat ye

Soalan 1: Buat satu logo yang melambangkan diri anda.

Soalan 2: Buat poster bersaiz A4 bertemakan covid-19.

Soalan 3: Buat layout majalah HIT UKM 4 mukasurat termasuk cover. 

Soalan 4: Buat animation slide-show mengenai SOP vaksin berdurasi 5 - 8 minit.

Semua soalan ni aku boleh je jawab cuma nak kata cantik perfect tu memang tak mampu lah hahah. Aku kalau buat design memang lama sikit sebab nak cari idea, dapat ilham tu sedikit terbantut. 

Dalam setiap soalan ni ada 3 point yang diberi. Yang pertama kena tunjuk proses atau lakaran, kedua kena bagitahu dari mana dapat sumber (cthnya sumber gambar, artikel atau idea design) dan yang ketiga software apa yang diguna untuk buat design ni.

Masa awal-awal tu aku menyempatlah lakar idea kat atas kertas, nak tunjuk proseslah kiranya. Dah hujung-hujung tu sorrylah, memang mampu hantar file PDF dengan bagitau guna software apa jelah xD Tak sempat nak cerita pepanjang tentang mana nak dapat idea blabla semua tu.

So begitulah exam bagi jawatan pereka di UKM, tempat lain taktahu macam mana. Berpinar jugak mata aku seharian jawab exam ni. Masa jawab exam pun sama macam office hour je mano tak sakit mata. Ni first time aku jawab ujian kompetensi di UKM, so lepasni kita tunggu sama ada dipanggil temuduga atau tak. 

Thanks for reading!


15 Jul 2021

Winter Japan Trip - Kyoto


Assalamualaikum

PREVIOUS ENTRY - Takayama

Aku rasa sekarang tengah PKP nilah masa terbaik untuk habiskan semua entry trip Jepun ni. Gilalah dah setahun aku tak sambung cerita Jepun ni walaupun tahu takde orang yang nak baca kan. Tapi still kena habiskan jugak xD

23/2/2018 - Khamis

Mengikut previous entry, kami pun check out dari guesthouse dan meninggalkan Toyama. Dari Toyama station, kami naik shinkansen untuk ke Kyoto station dan perjalanan mengambil masa lebih kurang sejam. Sampai saja di Kyoto station, terus ambil train JR untuk ke Emmachi sebab guesthouse kami duduk kat situ.

Kat Kyoto ni homestay yang aku suka sebab berkonsep ke-Jepun-an. Hanya 2 mins walk to JR Emmachi Station. Ni link rumah daripada airbnb - Kyoto guesthouse


Dapur memang sempit sikit tapi duduk sini memang kira lengkap dah semua benda, selesa je. Paling penting, ada heater kat bilik tau :p Btw untuk haritu memang rehat je lepas sampai guesthouse. Perjalanan jauh dan banyak tukar-tukar train sambil usung luggage, penat kott.

24/2/2018 - Jumaat

Untuk 24/2 ni kita pusing-pusing around Kyoto~ Pagi-pagi lagi dah bangun dan terus gerak ke Fushimi Inari Taisha. Aku rasa shrine ni quite famous di kalangan pelancong yang singgah ke Kyoto. 

Emmachi Stn – Kyoto Stn (JR Sagano) – Inari Stn (JR Nara Local)


Shrine ni famous sebab banyak  gerbang merah sepanjang perjalanan. gerbang merah ni dipanggil sebagai torii dan ia menghubungkan jalan sehingga ke Mount Inari yang berketinggian 233 metres. Nak hike kat mount ni pun okay tapi ambil masa lebih kurang 2 jam. Memang tak ramai sangat yang gigih nak naik sampai atas sebenarnya. Cukup ambil gambar kat tiang gerbang merah ni sekadar cukup syarat.


Lepas dah melawat Fushimi Inari Taisha ni, next station nak tengok rusa pulak!

From Inari Stn – Uji Stn (JR Nara Local) – Nara Stn (JR Nara Rapid)

Lepas dah sampai Station Nara, ikutkan boleh je nak berjalan kaki pegi tempat rusa tu tapi kitorang naik bas je, sebab nak berjalan kaki amek masa dalam 20 minit juga. 

Sampai je kat Nara park, bersepah-sepah rusa berkeliaran sekitar situ. Comel-comel belaka dan jinak sangat. Kat situ pun boleh beli makanan rusa, harga cuma 150 yen je.


Bagus rusa-rusa kat sini, perangai bertauliah. 


Lepas dari Nara Park tu, kitorang pun pergi Nishiki Market, Pasar yang paling glemer kat Kyoto. Ada lebih dari 100 shops, antaranya menjual hasil laut segar, ada sayura-sayuran, street food. Kitorang pergi situ sebab nak cari ikan salmon dan beli sayur-sayur sikit untuk masak makan malam.


Nampak fresh betul semua seafood kat sini, geram je tengok. Tapi kalau di convert ke duit kita memang agak mahal la. Beli sikit-sikit je sekadar nak merasa xD


Street food kat sini pun ada je yang boleh makan, aku beli oden ni sebab dia dah mention halal untuk muslim makan. Sedap makan masa musim sejuk camni. Pastu nak buang tebiat sikit, pegi beli aiskrim greentea yang harganya dalam 120 yen kot tak silap. Makan sharing-sharing je.

Pastu aku ada gak beli fresh seafood sedia dimakan. Beli sotong kurita bakar dengan baby octopus yang disumbatkan telur kat dalam kepalanya. Tak payah letak apa-apa sos kalau takut sos tu tak halal. Street food yang aku beli ni harganya tak melebihi 300 yen la. Bolehla untuk cuba-cuba rasa kan.


Sepatutnya lepas pergi ke Nishiki Market ni kitorang nak pergi Gion. Tempat paling wajib pergi kalau ada di Kyoto. Gion terkenal dengan Geisha dan dia punya district tu memang terasa seperti vibes Jepun zaman dahulu kala. Cantiklah senang cerita. Tapi sebab mak aku dah tak larat jalan, takkan kitorang nak tinggal mak kan pulak kan. Maka tak dapatlah pergi.. 

Itinerary Kyoto memang takat haritu je, esoknya nak pusing Osaka pulak. Sobs sobs. Semoga ada rezeki nanti dapat pergi Kyoto semula

Till next entry, thanks for reading!

12 Jul 2021

Mandulkan kucing dan penjagaannya

 Assalamualaikum!

Adakah anda seorang pet owner? Sudahkan anda memandulkan kucing anda supaya dia tak terberanak setiap 6 bulan? 

Sebenarnya aku dah lama nak mandulkan kucing, sejak beberapa tahun yang lepas lagi. Tapi yela, masa tu aku student lagi. Mana ada duit huhu. Lagipun masa tu kucing aku asal beranak je terus baby mati sebab nyawa tak panjang. So macam takpela kot kalau tak mandul lagi hahaha.

Kita digalakkan untuk memandulkan kucing supaya tak berlaku pembuangan kucing. Bayangkan kucing korang kejenya mengawan pastu mengandung beranak pastu korang tak larat nak jaga sebab kos kucing kan mahal, pastu terpaksa buang kat pasar. Kesian kan kat kucing-kucing tu... :( Kita taknakla jadi manusia yang tak berperikemanusiaan camtu kan. Ada baiknya mandulkan jela kucing tu. Lagipun untuk kesihatan diorang jugak.

Kelebihan memandulkan kucing ni, diorang jadi lebih manja. Tak kuat merayap, jadi gemuk (sedap gomol), tk kencing merata-rata bagi kucing jantan dan semestinya dah tak perlu risau kalau kucing menggatal kat luar tu tiba2 mengandung xD

Aku mandulkan kucing kat klinik Dr. Hawa cawangan Bandar Baru Bangi yang terletak di Seksyen 8. Sebelum nak mandulkan kucing, kucing korang tu perlu di vaksin terlebih dahulu. Kat bawah ni aku sertakan harga vaksin dan mandul kucing

Vaksin = RM 19

Mandul betina = RM 98

Mandul jantan = RM 48

Harga vaksin kat sini memang murah, n harga mandul pun agak murahlah. Sebab dulu klinik yang aku selalu pergi tu, survey harga mandul je RM 130. Kat klinik Dr. Hawa ni daftar kad kebajikan pula RM 10.

Mula-mula kena vaksinkan kucing dulu dan bayar depo RM10 untuk mandul kucing. Aku kena tunggu seminggu lepastu baru hantar balik kucing untuk dimandulkan. 


Aku sebenarnya risau kucing aku mengandung sebenarnya sebab haritu ada jantan tak guna dah terkam dia. So cepat-cepat bawak dia gi klinik, redha jelah kalau mengandung ke apa kan. Pastu Dr. cakap kalau in case kalau kucing pregnant akan ada extra charge lah dari RM 90 ke 300 depends pada keadaan *jaw drops*

Masa dah bedah tu klinik call bagitau yang si Minisu(nama kucing aku) ni pregnant dan extra charge RM 200. N dia tanya kita sama ada nak amik ke atau diorang uruskan, aku suruh diorang uruskan jela janin meow tu. Total cost untuk mandul sekali dengan vaksin kucing ni adalah RM 317. *cries*

Huhu nak mandulkan kucing dengan harga murah, last2 jadi mahal pulak. Ini mesti sumpahan dari anak kucing yang tak sempat lahir tu, aisehh sorry baby meow :( 

Macam trumpet

Setelah 1 hari setengah dia kena duduk kat klinik, Esok petangnya aku ambil dia balik. Ada pantang larang untuk jaga kucing lepas operate mandul ni.


Maka bermulalah penjagaan Minisu selama 2 minggu. Kucing aku ni jenis tak dibenarkan masuk dalam rumah sebab mak ayah tak kasi, masuk pun kadang-kadang je. Sangkar sedia ada pulak kecik sangat so aku belilah sangkar baru yang saiznya besar sikit selasa untuk dia duduk. 

Nasib baik masa tu WFH, so senang nak jaga dia. Lepas dari operate tu memang badan dia lesu asik melepet je. Mungkin sebab kesan bius tu dah hilang so dia sakit. Aku selalulah bawak dia masuk masa awal-awal tu dan manjakan dia sebab dia nampak stress kena pakai collar cone tu hahah. Macam alienn dah.

ini luka masa awal-awal operate

Lepastu berlaku pulak hal yang tak diingini, di mana kucing aku berjaya bukak collar cone tu dan dia pi jilat jahitan luka tu pulakk TAT Collar cone yang aku beli tu longgar, even time tu dah selotape pun dia boleh lepas jugak. Taktaulah leher Minisu ni sekecik mana....

Pastu jahitan luka tu terbukak sikit dan nampakla macam ada air-air bila kita sentuh area situ,takut nanah. Pastu pegilah klinik balik sebab taknak ada apa-apa infection. Doktor just cuci luka n bagi ubat sapu dengan antibiotik makan. Ubat sikit tu je kena RM 190 jugak tau hahha. 

Cats are expensive TAT


Dan hasil setelah sapu ubat, luka sembuh sepenuhnya! Lepas bukak collar cone tu aku kasi dia makan banyak-banyak sikit sebagai tanda habis berpantang xD Lepastu masa nak vaksin next monthnya tu, doktor check dia semuanya okay dan berat naik 300 gram dari sebelum mandul.

Boleh ke laman sosial Vet Dr. Hawa untuk info lanjut

Website Dr Hawa Vet

Instagram Dr Hawa

Facebook Dr Hawa


Thanks for reading!