25 Dec 2024

Taiwan Last Minute - Exploring Taipei Last Day

 Assalamualaikum

Selepas makan mee tarik, kami pun terus ke Ximending. Apakah aktiviti yang biasa dibuat sebelum kita pulang ke tanah air? Tak lain dan tak bukan adalah shopping! Ximending merupakan antara shopping street yang famous di Taipei. Disini lebih kepada menjual barangan fashion muda mudi. 

Sebenarnya aku macam blur sikit bila sampai ke sini. Aim kami untuk shopping kali ni adalah nak cari T-shirt souvenir Taiwan, tapi langsung tak jumpa ye!

Sebenarnya kiri kanan ni berderet je kedai-kedai. Kalau ada jual baju pun, semuanya design baju macam korean fashion, tak pun baju branded contohnya Uniqlo. Itu kat Times Square pun kita boleh cari... Rasa macam, apo Ximending ni langsung tak jual T-shirt Taiwan. Atau kami yang terlalu clueless sangat taktau nak cari kat mana?


Disebabkan sedih tak jumpa T-shirt, maka kami pergilah ke kedai Snek sebagai souvenir. Kalau nak cari snek taiwan, boleh cari di Cherry Grandfather yang terletak di Ximending. Kedai ni ada jual snek yang berlogo halal. Pekedai pun sangat friendly dan helpful. 


Kami beli mochi, nougat dengan seaweed je. Haritu borong sampai penuh 2 bakul, so dapatlah 2 item free. Pada aku snek dia affordable jugaklah. Kebanyakannya berharga bawah TWD150 setiap satu. Kalau yang harga mahal sikit tu snek yang takde logo halal.

boba nougat yang 2 dari kanan tu serious sedap! Menyesal ambil 1 je. 

Lepas beli snek ni, kami pusing-pusinglah di sekitar kawasan ni dan jumpa satu kedai yang jual tshirt Taiwan. Design baju lawa jugaklah, tapi ada 2 jenis design je. Cuma harga untuk sehelai baju itu after di convert, lebih kurang RM120 jugaklah. Mahal gila! 

Jalan depan sikit lagi jumpa jugak kedai baju, tapi design sangat limited, dan buruk. Makanya kami balik jelah. Serious macam tak enjoy sangat shopping kalini sebab tak dapat T-shirt. Biasanya kami ni kalau pergi berjalan mana-mana, mesti kena beli T-shirt yang melambangkan tempat tu. Korang yang pernah ke Taiwan, kalau beli T-shirt souvenir selalunya kat mana? :')


Dari Ximending, kami naik bas untuk sampai ke hotel. Penginapan kami ni di A-Pause Inn bertempat di centre of Taipei. Betul-betul dekat dengan Taipei Main Station, just 3 minutes walking distance.


Kat sini pun kami book 2 bilik jugak. Tapi yang bestnya bilik yang duduk berdua ni jenis Tatami style, so aku dengan adik lah yang duduk situ. Diorang yang bilik bertiga pun selalu ulang alik datang bilik kitorang je sebab selesa boleh duduk bersila. Bilik yang lagi satu tu takde ruang nak berjalan atau solat sebab katilnya besar sangat.

Our tatami room ni agak muslim friendly sebab ada bidet di tandas serta ada arah kiblat.


----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

13/6/2024

Disebabkan hari sebelumnya kami tak sempat cover banyak tempat di Taipei, seawal pukul 5 am kami dah bersiap dan keluar untuk berjalan. Flight pada pukul 3.40 pm so pagi tu gagahkan juga diri pergi berjalan. Mak dengan adik aku je tak ikut.

Jalan depan sikit dari hotel je dah nampak Taipei Main Station

Lokasi pertama adalah di Taipei City Hall. Datang sini semata-mata sebab nak bergambar berlatarbelakangkan Taipei tower je. Area sini macam banyak bangunan kerajaan, ala-ala Putrajaya gitu. Tapi from our hotel nak kesini agak jauh juga sebenarnya. Dalam 2 kali perlu tukar bas.

wachaaa satu kali!

Seterusnya kami ke Ciang Kai Shek Memorial Hall. Ini adalah antara tempat yang harus dikunjungi sebab cantik dan luas sangat. Sedikit sejarah, semasa president Chiang Kai Shek meninggal pada tahun 1975, Eksekutif Yuan decide untuk bina memorial hall ni sebagai tempat untuk Taiwanese mengingati beliau. Memorial hall ni mengambil masa selama 5 tahun untuk siap sepenuhnya. 

Mengikut pembacaan aku, CKS ni telah mewujudkan 'Martial Law' dimana pemerintahan ini semacam diktator yang banyak mengawal hak-hak kebebasan rakyat dari segi pemikiran dan menyekat kebasan bersuara. 


Sejak pendemokrasian Taiwan pada tahun 2000, Pejabat Pengurusan Dewan Memorial Chiang Kai-shek telah menganjurkan pameran dan aktiviti pendidikan secara berterusan mengenai tema kebebasan & demokrasi, sejarah hak asasi manusia, dan keadilan peralihan, serta melancarkan pelbagai aktiviti kebudayaan dan seni untuk membantu meletakkan asas untuk peralihan tersebut.


Boleh juga tengok changing of guards ceremony, dimana guard yang telah stood motionless for the previous hour will be replaced by new 2 guards. Setiap sejam dari pukul 9 am hingga 5pm akan ada pertukaran guard ni.


Kami tak duduk lama pun kat sini, so tak dapat explore dengan lebih mendalam. 

Lokasi terakhir adalah di Taipei Grand Mosque. Masjid ni siap dibina pada tahun 1960 oleh arkitek Yang Cho-Cheng dan reka bentuknya bercirikan pengaruh Turki. Kita sebegai orang Islam, mesti akan cari masjid di negara yang bukan Islam. Aku tak tahu lah orang lain, tapi kalau kami, memang jenis suka cari masjid kat negara orang. Sebabnya di area-area berdekatan masjid mesti ada komuniti muslim dan makanan halal.


Tapi disebabkan orang-orang Taiwan ni sejenis yang mengamalkan work life balanced, kebanyakan restoran akan buka pada pukul 10 atau 11 am kemudian tutup pula pada pukul 7pm. Kitonya lapar, nak cari sarapan pagi tapi kedai halal sederet situ semua tak bukak....... Sudahnya beli telur dekat 7-Eleven jelah sebelum balik.

terjumpa dengan manhole cover yang comel

Balik hotel, kami terus kemas-kemas barang dan checkout. Kemudian off to airport. Masa tengah nak ambil gambar depan Taipei Station ni, tiba-tiba ada sorang aunty offer untuk ambilkan gambar kami anak beranak. Tapi abang aku dah kedepan jauh sangat, sudahnya dia je takde dalam gambar. Geram betul.. Dahla ni je peluang nak dapat gambar berlima yang proper, before ni asyik kena selfie je kalau nak dapat gambar berlima -__-

pandai aunty ni ambil gambar sebab aku nampak cantik dalam ni, LOL!
smart betul tempat cas telefon ni

Our last food was mee tarik malam semalam, pagi ni pulak cuma makan telur je. Ayah aku dah mula tak tenteram sebabnya semalam dia tak makan sangat mee tarik tu sebab demam, lapar tahap kritikal. Mujur dekat food court before masuk boarding gate ada makanan halal. Tapi kedainya jauh di tempat paling hujung. Tapi maaf cakap, makanannya tak sedap, haha. 

Tapi sebenarnya dalam boarding gate tu pun ada makanan halal juga dan prayer room. 


Flight kami pun berlepas dari Taoyuan International Airport lebih kurang pukul 3.40 pm. Ini adalah flight yang paling seksa sebab aku demam sampai muntah-muntah. Masa tengah menunggu nak boarding tu dah muntah, atas flight pun muntah sekali lagi. Habis terkeluar makanan yang tak sedap tadi haha. Masalahnya dengan mak pun join muntah sekali..

Dalam trip Taiwan kali ni cuma adik aku jelah yang takde demam apa-apa xD


Maka tamatlah cerita Taiwan saya selama 5 hari 4 malam. Taiwan sangat bersih, orang-orangnya pun baik dan harga pun tidaklah terlalu mahal macam di Jepun. I wouldn't mind to repeat Taiwan again! Nak try pergi area Taroko National Park pula.

Di bawah ni aku listkan cost bagi per person untuk rujukan. 

Flight tix AirAsia X (return) = RM584.93
Total hotel untuk 5 malam RM2,413.60 ÷ 5 = RM482.72
Wifi 5 hari (lepas tolak discount) = RM13.75
Taiwan HSR ticket (return) = RM145
Taipei Fun Pass (lepas tolak discount) = RM178.95
Total = RM1405.35

Kiraan ni tak termasuk shopping dan makanan lah. Cost keseluruhan lebih kurang RM1800 - RM2000++ camtu je dan tidak melebihi RM2500 pun. Bagi aku tidak terlalu mahal untuk ke Taiwan ni.  Apapun, terima kasih sudi membaca Trip Taiwan ni hingga habis. Untuk entry yang lepas, boleh baca --> Exploring Taipei CityJiufen Old StreetOtw to JiufenQingjing Farm 2Qingjing Farm 1 & Arrived at Taiwan.

Thanks for reading!

FAIRUS Buat Giveaway

 Assalamualaikum

lama rasanya tak join giveaway. kotlah ada rezeki Disember, kita try cuba nasib jap :p


1. Membuat posting bertajuk FAIRUS Buat Giveaway dengan memuatnaik gambar poster di atas dan membuat pautan ke entri ini;

2. Tuliskan juga kenapa anda suka mengunjungi blog ini (biar jujur agar aku dapat mengerti kekuatan blog ini. Andai tak suka pun boleh tulis juga agar aku dapat memperbaiki kelemahan);

3. Tinggalkan pautan entri anda mengenai giveaway ini di ruangan komen; dan

4. Follow blog ini. 

Ulasan saya:

Saya pun baru je blogwalking di Blog Encik Fairus sekitar bulan 10-11 tahun ni so tak tahu banyak sangat tentang owner blog. Cuma saya dapati entry di blog beliau selalu cerita pasal sejarah dan muzium. As someone yang sukakan muzium, entry di blog En. Fairus sangat informatif dan beliau nampak passionate with his job dalam mem-promote orang awam untuk melawat ke muzium.

Giveaway ni berlangsung dari 18 hingga 31 Disember je. Mohler kita join ramai2 ye!


22 Dec 2024

Mee Kicap Ipoh - Southville City

Assalamualaikum

Semalam me & my siblings pergi makan restoran Mee Kicap Ipoh kat Southville. Tak silap aku restoran ni baru dibuka tahun lepas (or 2 tahun lepas), tapi masih kategori restoran baru jugalah. Ini kali kedua aku makan disini sebab terpengaruh dengan review daripada Twitter.

Biasa kalau makanan yang terlalu di over-review by influencer ni kebanyakkannya indah khabar dari rasa kan. Tapi Surprisingly, rasa makanannya not bad dan harga pun tak mahal! Ini pada pendapat akulah tau.

Wantan mee kicap - RM9.80

Mee tu boleh pilih nak mee kuning atau wantan mee. Kami lebih prefer mee wantan sebab halus-halus. Untuk menu hanya diberi mee wantan kicap + sayur pakchoy + sup kosong yang diletakkan fishball dan fish fuchuk. Portion agak banyak sebab kenyang nokss.

Wantan Mee Soup - RM9.80

Ini order aku, teringin nak makan something yang berkuah. Taste wise, cuma style mee bersup ni tiada kicap je. Bagi aku rasa sedikit kosong, jadi kena letak chili oil untuk rasa pedas, barulah ngam. Since aku memang peminat mee wantan soup, saya approved!

Mee Wantan Kicap with Smoked Duck - RM16.90

Yang ini kaklong dengan husband dia yang order. Daging tu sebenarnya ada 5 pieces, dalam gambar ni nampak 3 pulak. Yang ni kaklong aku cakap sedap. Maybe duck tu menyerikan sajian daripada rasa terlalu kosong kot. Ini pun antara bestseller diorang.

Steamed dumpling - RM11.90

Restoran tidak terlalu luas, tapi masih selesa. Aku pernah datang masa tempat ni awal-awal viral dulu, full house teruk! Sekarang maybe dah kurang viral, so masih banyaklah seat kosong. Lagi senang aku nak makan bila-bila masa je kan :p

Apapun, aku suka servis restoran kat kedai ni sebab pelayan dia baik sungguh ya. Kami kan bawak 2 budak kecik kan, baru nak tengok-tengok menu, waiter tu dah tanya "nak pinggan untuk budak tak?". We all takyah request pun dia sangat memahami tau. Dahla servis pun laju. 


Korang kalau singgah ke Bangi/Dengkil boleh la cuba restoran Mee Kicap Ipoh ni. Servis cepat, harga pun tak mahal sangat dan makanan sedap. Since ini merupakan kali kedua aku makan disini, lepas ni aku nak try dia punya mee kari pulak. Itu pun antara menu recommend jugak.

Boleh rujuk Instagram mereka untuk lebih lanjut

B-G-30, Savanna Lifestyle Retails, Jalan BBLS2,
Bandar Baru Lembah Selatan, 43800 Dengkil, Selangor


11 Dec 2024

Taman Negara Pahang - Danz Eco Resort & melawat Perkampungan Orang Asli

 Assalamualaikum

Pada 16-17 Ogos 2024, aku dan 2 orang kawan degree (Iqa dan Shiera) pergi ke Taman Negara Pahang. Asalnya kami ni ada 4 orang, tapi hat sorang lagi tu tiba-tiba sakit sehari sebelum kejadian. Maka duitnya burn begitu saja.. So after subuh 16 hb tu kami dari Cheras terus gerak ke Pahang. Kami pergi ni pada hari Jumaat tau, seeloknya perlu sampai di sana sebelum solat jumaat lah.

Perkenalkan hosmet degree saya, 2 specky gworlz

Taman Negara merupakan antara hutan simpan yang tertua di Malaysia. Dengan keluasan keseluruhan 4,343 km persegi, kawasan Taman Negara ni meliputi 3 buah negeri iaitu Pahang, Kelantan dan Terengganu. Kami masuk ikut entrance Kuala Tahan, di Jerantut dan parking di situ.

parking berbumbung sehari RM15

Masa ni tersampai awal jugaklah sebenarnya. Sementara tunggu dikutip oleh powil (4WD), kitorang ambil gambar dan buat content untuk tiktok. Lecak weyy panas sungguh. Belum buat aktiviti lagi mekap aku dah cair, camne ni!

Encik powil ni sangat tepat pada masanya, kalau dia cakap pukul 12 baru gerak, memang pukul 12 jugaklah dia gerak. Walaupun kami datang sejam awal, tetap tak boleh masuk awal ye xD Perjalanan dari parking kereta untuk ke tapak camping tu rupanya cuma 7 minit je nyah. Selama aku pergi camping yang kena naik powil ni, paling-paling busuk pun perjalanan 30 minit tau. Tak sempat nak merasa thrill sakit-sakit badan, dah sampai pun tempatnya.

Kawan aku tanyalah, kenapa tak buat jalan tar je sebab dekat sangat tempat glamping ni dengan parking kereta. Abang powil cakap nanti tak thrill lah korang masuk hutan tapi tak merasa offroad. haha ye tak ye jugak, boleh la buat ghaso-ghaso kan.

Rasanya kalau jalan macam ni berterusan selama 30 minit, confirm patah riuk tulang dan pinggang ni
Tadaaa inilah campsite nya!

Untuk aktiviti di Taman Negara Pahang ni, kami ambil package 2 day 1 night under Danz Eco Resort. Penginapan di sini ada yang dalam bentuk chalet, capsule, glamping dan juga khemah biasa. Macam kitorang ni ingin privacy, tapi masih mahukan suasana bercamping, maka kami pilih style glamping. Harganya RM295 seorang dah include aktiviti, makan dan tempat tidur (harga depends pada jenis penginapan apa yang korang ambil).

Ni kali pertama aku masuk dalam khemah glamping, luas jugak dalam dia! Ada portable aircond lagi. Tapi yang paling spoil, selimut dia hapak nak mampp! Aku rasa diorang tak sempat nak basuh selimut ni agaknya. Tapi beragak lah, daripada bau dia tu macam dah lebih 3 guests guna tak sempat basuh je ni.  

Ni 'bilik' kitorang. Siap ada kunci lagi you all
ini bilik jenis chalet boleh muat 4 orang rasanya. Yang ni ada private bathroom

Lepas dah letak-letak beg, boleh terus makan tengahari. Apa yang aku suka kat Danz Eco Resort ni, makanan yang disediakan memang sedap-sedap belaka. Ada patin tempoyak aokmerrr! Aku si pelahap tempoyak patin pun tanyalah adik tu sama ada boleh tambah second round ke, tapi dia kata sorang boleh ambil seketul je. Maka kita pilih lah bahagian yang paling sedap dan paling besar, hahaha.

Pastu yang menariknya kat sini, kita dapat makan di bawah pokok Tualang yang berusia ratusan tahun. Ini kali pertama aku tengok pokok tualang yang besar dan tinggi macam ni. Really majestic! Khazanah negara yang harus dijaga.

Lepas makan tu kami solat dan tidur kejaplah sementara tunggu pukul 3 untuk aktiviti. Untuk hari pertama ni, kita akan pergi ke Perkampungan Orang Asli dan Rapid Shooting sahaja. Kena naik bot untuk ke sana walau hakikatnya cuma 3 minit je nak pergi kampung orang asli tu.

Sungai Tembeling

Dekat perkampungan orang asli ni ramai sangat orang, terutamanya foreigner lah. Kat sini kita diberi info tentang kaum Batek dan cara hidup diorang. Kaum Batek merupakan suku Negrito di mana kita boleh lihat dari ciri-ciri fizikal seperti rambut kerinting, warna kulit yang hitam manis serta dari structure bentuk muka nya. 


Populasi mereka kini hanya berjumlah sekitar 1,500 orang sahaja di Malaysia. Mereka ni tinggal di dalam hutan hujan tropika di sekitar Pahang dan Kelantan dan hidup dalam kelompok lebih kurang sekitar 10 hingga 15 keluarga sahaja. Diorang ni tak mempunyai penempatan yang tetap kerana gaya hidup nomad yang sering berpindah randah dari satu tempat ke tempat yang lain. Apa yang aku ingat haritu, diorang akan berpindah jika sumber hutan dah habis di kawasan tu, ataupun disebabkan kematian.

Ritual Kematian

Cakap pasal kematian, diorang tak tanam mayat tau. Tapi sebaliknya mayat akan digantung di pokok dan dibacakan mantera sahaja. Setiap kematian tu merupakan malapetaka dan sebab itulah mereka akan berpindah dari kawasan tersebut. Kalau yang meninggal tu kanak-kanak berumur bawah 5 tahun, diorang akan tanam sebab umur gitu jasadnya masih suci dan takde dosa.


Kat sini dia tunjuk demo cara hidupkan api dengan menggunakan kayu dan tali yang diperbuat daripada rotan. Untuk lelaki kaum Batek, ni adalah skill utama yang diorang perlu ada kalau nak pass untuk kahwin. Ko tak reti hidupkan api? Tak layak kawen ha gituu. kalau perempuan pulak dia akan tengok dari kesenian diorang untuk buat atap rumah menggunakan daun-daun.

Btw orang-orang Batek ni dah layak berkahwin bila umur diorang mencecah 15 tahun. Macam brader yang buat demo ni, dia tengah otw nak ke jinjang pelamin dah kata guide, hahaha :p

Tengok macam senang je dia hidupkan bara api ni, dalam masa 1 minit dah siap. Aku try jugak buat, sumpah lenguh tangan. Rasa nak terkehel bahu ni. Give up jela di pertengahan jalan xD


Yang ni demo menyumpit pulak. Macam biasalah diorang ni sekali sumpit je terus kena bullseye, bila part aku yang try menyumpit terus peluru tu vanished from eyesight....

Peluru sumpit ni namanya 'Damak' dan di hujung lidi tu diletakkan sedikit racun. Kalau terkena racun ni, any hidupan boleh mati dalam masa 10 minit. Sama jugak macam skill hidupkan api, kalau lelaki kaum Batek ni tak pandai menyumpit dia tak pass untuk kawen!


Pastu kitorang pusing-pusing la kat sini dan bagi jajan kat anak-anak orang asli ni, comel je dia senyum happy. Anyway, orang asli yang tinggal kat sini boleh juga cakap melayu dan ada handphone. Diorang ni moden sikitla sebab dah biasa terima kunjungan pelawat. Sesetengah daripada diorang pun ada IC dan kerajaan pun ada je bagi bantuan untuk suku kaum asli Batek ni masa COVID haritu. Kalau ada sakit ke apa, KKM yang akan datang ke kampung diorang ni untuk bagi rawatan.


Tulah sedikit sebanyak info pasal Suku Batek kat sini. Habis je melawat kampung orang asli, kami main rapid shooting. Aktiviti ni macam takde apa sangat pun, diorang just bawak bot ni dengan cara merempit pastu bagi air melimpah kat dalam bot je. Pastu berlawan dengan bot orang lain untuk splash air dan saling membuli, hahaha. 

Habis tentatif untuk petang tu, boleh buat aktiviti bebas. Kami main air kat Sungai Tembeling ni dan ada jugak yang main bola tampar. Sungai Tembeling ni warnanya keruh, tapi dia tidaklah kotor atau bau busuk pun. Kedalamannya tak cecah kaki.


untuk malam ada aktiviti lain pula tapi sebab dah panjang sangat dah ni, kita bersambung di next entry ye.

Thanks for reading!