Assalamualaikum
Dijangka ini adalah entry terakhir semasa di Rotto, i'll make it short. Sebelum tu, previous entry pasal Rottnest island ni boleh baca di;
Selepas mengisi perut dengan ketulan sandwich yang ala kadar, kami teruskan mengayuh untuk pulang ke pangkal jalan. Tapi sebelum tu aku cari tempat untuk solat dulu.
Memang sunyi takde orang, itulah Mabel Cove. Kat sini adalah kawasan tebing yang dipenuhi dengan batu kapur. Nah ini gambaran rupa Mabel Cove tu..
 |
nilah tempat aku solat. berangin kauuuu |
Cabaran nak solat kat sini, angin mengerbang dengan sangat dahsyat, pastu nak sujud tu sakit sebab batu dia tajam-tajam oii haha. Thankfully, kat sini takde orang langsung pun!
Lepas habis solat berlaku sesuatu yang mendebarkan dimana ada ular kaler hitam yang jenis haluihh tu tiba-tiba muncul dari bawah. Dia nak menuju kearah aku pulak tu, bahana betul!
Lepastu apa lagi, kelam kabutlah lari sebab takut dia kejar pulak. Memang kat area sini dah warning ada snake tapi tak perasan pulak papan warning tu. Time nak keluar baru perasan, ciss! Kalau tau ada ular memang takdenya nak solat kat sini tau T__T
 |
walaubagaimanapun, tempat yg sunyi ni tetap cantik |
Lupa pulak nak cerita, sebenarnya sebelum sampai Mabel Cove ni kami terjumpa Quokka. Spesies haiwan comel yang hanya boleh dijumpai kat Rotto ni je. Rupa dia macam beaver+tikus!


gambar 1- "hi Quokka, jom jadi kawan?"
gambar 2- tidakkkkkkk jangan tinggalkan aku!
Yelah dia tak sudi nak kawan dengan kita..
 |
menggedik sungguh tau |
Quokka ni merupakan antara "the happiest animal in the world" sebab mukanya sentiasa tersenyum. Boleh search quokka selfie dan korang akan lihat betapa comel dan bahagianya muka si kecik ni bila bergambar. Dahla chubby! x))
Walaupun ni haiwan liar, tapi sangat friendly dan suka datang dekat orang. Diingatkan, tak boleh suka-suka bagi dia makanan ataupun cuba nak dukung si Quokka ni. Takut apa-apa jadi pulak nanti.


Selepas tu, kami teruskan perjalanan sehingga jumpa pink lake. Yes, sini juga ada pink lake cuma tasik kat sini tak berapa nampak pinknya.
 |
kombinasi kaler yg sangat cantik! |
And finally, tamatlah sudah misi berbasikal kami selama 7 jam. Menderita jugak sebab kaki penat mengayuh dan kulit terbakar selama 7 jam, tapi serious berbaloi sebab tempat cantik dan dapat pengalaman berbasikal mengelilingi satu pulau. Kan cheq dah kata, ni antara pencapaian paling hebat yg aku pernah buat :p
So, meh sini aku tunjuk hasil daripada cycling ni. Mohon jangan terkejut..
 |
Realitinya takdelah gelap sampai macam ni sangat. Lighting tak elok tuu, kahkah. |
Dia punya sunburn tu sama macam aku praktis kawad kaki selama 3 bulan. Cuma bezanya ni sunburn teruk dalam masa sehari! Pakai sunscreen pun takde kesan sebab SPF 30 je, tak sesuai dengan cuaca summer kat sini T__T
Walaupun dikecam dengan kulit yang sedemikian rupa, tapi kawan aku kata,
"At least kulit kau hitam dengan pangalaman yang orang lain tak pernah rasa. "
Sangat terharuu sebab ada yang memahami. Inilah sunburn yang menyeronokkan!
 |
dan my only sport shoes pun dah terkopak... Beli kat Korea, meninggal di Australia.. |
Kami turun kat Barrack Jetty, betul-betul depan Swan Bells. Dapatlah tengok bandar Perth ni dengan jarak dekat, cuma tak mampu nak berjalan je sebab kaki dah lenguh mencucuk-cucuk. Lagipun uncle Saf pun dah datang jemput kitorang masatu.
Itu saja untuk cerita Rottnest Island. Kalau berjalan di Perth, jangan lupa listkan Rotto dalam itinerary korang sebab tak jauh pun dari Perth!