26 Jun 2019

Skincare and makeup routine malas saya


Assalamualaikum

Hi semuaa. Harini saja jelah nak share rutin penjagaan wajah saya. Tak seberapa pun tapi sebab bosan, so walaupun takda siapa yang tanya kita nak share jugak. 

Aku ni seseorang yang amat sukakan skincare. Pantang kalau nampak Watsons atau Guardian je mesti WAJIB masuk ya anak-anak walaupun takda benda sangat nak beli. Pastu duduk dalam tu punyalah lama, last2 beli barangnya sikit je haha. Kisahnya aku ni village people yang tak berduit sangat pun, so mampu pakai yang simple-simple je. Oleh kerana itulah saya memilih Watsons atau Guardian sebagai tempat nak beli skincare atau makeup.

Semua dalam gambar ni barang-barang dari drugstore (baca: watsons/guardian) ya kawan-kawan, kecuali innisfree tu beli kat Wako Beauty Shopee. 

p/s: kalau nak beli skincare dari korea beli kat Wako beauty ni sebab harga dia lebih murah



Aku cuma buat basic punya skincare routines je sebab masih tak berani lgi nak pakai yang acid-acid bagai tu. Walaupun aku tau kesan dia daboom gila haha. Tunggulah dah kaya sikit baru try.

Step pertama haruslah buat double cleansing (oil cleanser + cleansing foam). Function buat double cleansing ni untuk membersihkan kulit muka sepenuhnya dari kotoran, terutama kalau jenis pakai makeup. Kadang-kadang kalau kita pakai makeup tapi tak cuci pakai minyak (cleansing oil, micellar water) tu yang boleh buatkan kotoran kat muka tu tak tanggal sepenuhnya, lepastu jadilah pores tersumbat. Pastu mulalah naik jerawat.

Ada orang prefer tanggalkan makeup guna wipes tissues tapi sebenarnya wipes tissue tak tanggal habis tau, terutama kalau pakai sunscreen. Haritu aku ada tengok video prof Muhaya terangkan yang sunscreen(jenis water resistant) ni kalau lap pakai tissue tak tanggal, kena cuci pakai minyak baru boleh. Nanti tak sah solat tau sis-sis sekalian.

So ringkasan untuk skincare routine aku;

oil cleanse (Hada Labo) - cleansing foam (Innisfree bija) - toner (Simple)- serum (Nano White)- moisturizer (Nano White fresh) - acne gel (Hiruscar) *tambahan

Benda yang paling aku suka
  • Hada labo cleansing oil - Muka rasa suci gila lepas guna ni 
  • Innisfree Bija - suka pencuci muka ni sebab muka aku elok je bila pakai. Focus bija adalah untuk merawat acne
  • Nano white fresh(moisturizer) - dah beli nak dekat sejuta kot. Kulit aku jenis berminyak, so takut nak pakai moisturizer, tapi pakai yang ni memang cepat menyerap dan tak rasa berminyak atau melekit bila apply kat muka.
  • Hiruscar - pakai time jerawat baru nak tumbuh. Nampaklah jugak kecutannya


Ada jugak step tambahan misalnya scrub muka (St. ives green tea) dan clay mask (innisfree). Yang ni takleh buat tiap-tiap hari, buat twice a week pun dah cukup.

Seterusnya makeup pula. Aku makeup tak pro pun kahkah. Pakai yang basic2 je. Makeup aku terbahagi kepada dua jenis, iaitu hari malas dan hari rajin.

Makeup hari malas


Taktaulah ni boleh consider as makeup ke tak sebab most of the time aku pakai ni je pegi mana-mana sebab malas :p Biasa kalau keluar jalan aku akan pakai beria, lepas solat memang 3 natang ni je yang mampu letak kat muka haha.

steps

sunscreen - bedak - lipstick

Makeup hari rajin

Malas nak citer panjang, terus saya bubuh step je hehe.

Makeup beria ni biasa pakai kalau ada apa-apa event ke, hari raya, keluar jalan.

Steps

Sunscreen - primer - foundation - concealer - bedak - blusher - eyeshadow(baru berjinak nak pakai) - mascara - lipsick

Masa hari raya memang tak lupa semua benda ni. Tapi kalau aku gi keluar jalan ke apa, aku skip foundation, terus pakai concealer je sebab muka tak berapa ngam dengan foundation... Nanti mesti naik jerawat. Mascara pun selalu skip jugak :p Kalau rajin baru pakai

Btw benda yang aku baru beli is blusher(Catrice) dan eyeshadow(Maybelline). Eyeshadow tu warna dia lawa gilaaa sebab kaler rose gold. Tapi aku pakai tak tebal mana sebab masih tak pandai xD






Benda yang paling aku suka

  • Sunscreen biore botol kuning - sebelum ni pernah pakai sunscreen brand innisfree tapi... berminyak nak matii dan tinggalkan white cast. Akhirnya aku dipertemukan dengan biore kuning ni, dah beli berbotol-botol. Sekali pakai tu tak rasa berminyak pun, terus absorb masuk kulit.
  • Revlon (concealer) - Bukan high coverage pun tapi rasa selesa bila pakai hehe
  • Eyeshadow maybeline - The City Mini Pallete code Avenue Sunset. Kaler rose gold lawa sangat
  • Mac lipstick - Code Del Rio. Aku suka sebab warna dia macam gothic-gothic sikit, tapi sesuai dengan kulit muka sayaa

So hasilnya adakah Mazni ini flawless orangnya?

Jawapannya, tak pun.

Sorry kalau kecewakan anda :p Kita pun masih mencuba untuk cantik je nii. 

Apa pulak korang punya skincare atau makeup routines? sharelah siniii :D




17 Jun 2019

kehilangan itu suatu yang memeritkan


Assalamualaikum

Terdetik nak buat entry ni lepas baru je menjenguk ke luar tingkap dengan perasaan yang begitu syahdu, tunggu sesuatu yang dah tak akan kembali. Siapa?

Jelly.

gambar pertama masa baru datang rumah
Siapa yang follow aku dah lama ataupun kenal aku secara personally atau kenal aku dari social media, mesti tahu yang aku ni sukaa sangat kucing. Aku ada kucing, nama dia Jelly. Dia datang kat rumah aku entah macam mana, tak kenal pun sebab before ni tak pernah nampak pun dia kat kawasan perumahan ni. Niat nak bagi makan kat kucing jiran, tapi si Jelly ni sibuk nak makan makanan orang lol. Adik aku kata dia comel, so kitorang pun nak bela dia dan abang aku bagi nama Jelly.

Tapi masalah disini, kitorang tak pernah bela kucing sebab parents tak suka kucing masuk-masuk rumah and buat sepah. Punyalah merayu nak bela si kucing kutip ni. Maka mak abah pun kasi tapi dengan syarat dia takleh masuk rumah xD Sejak bela jelly nilah aku belajar macam mana nak mandikan kucing, bagi makanan ikan rebus, bagi dia makan ubat, manjakan dia dan macam-macam lagilah yang kitorang buat dengan Jelly ni.

Maka Jelly pun dah jadi sebahagaian daripada family kitorang. Mak ayah aku tak suka kucing tau, tapi dengan Jelly ni pelik. Mak aku daripada tak suka pegang-pegang kucing tiba-tiba nak belai-belai si Jelly tu, ayah aku daripada malas nak ambil tahu pasal kucing, tiba-tiba semangat nak belikan ikan segar untuk dia, suruh aku sediakan tempat yang selamat sikit masa Jelly beranak haritu.

Kira mak ayah aku sayanglah kat Jelly ni haha pelik kann.

Setiap kali balik rumah, mesti dia ni dah tercenguk depan pintu. Kalau kitorang bukak je pintu rumah mesti muka dia dah terpacak kat depan tu ha even takda panggil pun. Tau-tau je dia ni pun.

suka tunggu depan pintu

Tapi sehari before puasa tu, kitorang panggil dia, dia tak balik2. Hari sebelumnya ada pulak, cuma aku jela takda kat rumah. Adik aku kata haritu mata dia sakit, tapi dah nak pulih. Cuma kalini ayah aku bagi makan ikan, dia langsung tak sentuh. Sejak akhir-akhir tu memang dia jarang makan dan badan dia lesu je.. Itu salah satu tanda kucing nak pergi, takda selera makan dan tak aktif.

Sekarang ni memang aku rindu setiap kali jenguk luar tingkap pastu nampak budak ni duduk kat luar. Rindu nak bagi dia makan, rindu nak mandikan dia(even pernah kena cakar) rindu nak belai-belai dia,  nak belikan makanan untuk dia, nak bawak gi klinik, rindu nak bercerita dengan dia, rindu nak dengar suara ngiau dia yang annoying tu.

Only cats owner je yang faham camne perasaan hilang kucing tersayang. Aku menangis gila kot sebab sayang sangat kat Jelly ni. Dia memang paling manja. Hilang pun tiba-tiba, takda sakit apapun..

Setiap kali balik rumah mesti terbayang-bayang je Jelly ni. Bekas makanan dia penuh lagi, masuk bilik air ada pulak syampu dia, geledah dapur, jumpa pulak ubat dia. Memang setiap sudut dekat rumah tu penuh kenangan dengan Jelly.

Tak sangka tahun lepas adalah tahun first and last beraya dengan Jelly. Sekejap sangat. Ingatkan kita boleh lama lagi tapi Tuhan nak pinjam sekejap je.. Aku punya sayang kat Jelly ni, kalau dia sakit sikit pun mesti aku bawak dia pergi klinik. Sanggup spent duit untuk Jelly je :')


Terima kasih Jelly sebab menceriakan family kitorang. Tengoklah sampai dia dah takda ni pun mak abah asyik bercakap pasal dia lagi. You'll always become part of our family :']



 Thanks for reading!