29 Apr 2026

Bukit Lagong, Selayang

Ahad baru ni, aku pergi hiking kat Bukit Lagong dengan 2 orang kawan. 

Bukit ni terletak di Selayang, dengan ketinggian 572 meter (1,877 ft). Nak hiking disini perlu ada permit tau, so korang boleh mohon permit online kat website Forestry Selangor. Harga cuma RM5 sahaja.


Walaupun nama je bukit, tapi ini bukan sebarang bukit biasa. Sebab korang akan ambil masa 2-3 jam untuk sampai ke puncak! Dia punya jauh menapak tu, serupa macam Gunung Datuk punya timing je weyhh. Padahal tinggi 500 meter je..

Aku boleh katakan Bukit Lagong ni sesuai untuk pemula, TAPI setakat di checkpoint 1 je. Nak naik sampai puncak tu kena gagah sikitlah. Trust me, you gonna membebel nak sampai atas sebab trek dia turun naik ye xD

Ok, jom kita review trek!

Awal-awal lagi dia dah kasi pacak

Untuk sampai ke checkpoint 1, lebih kurang berjalan 40 minit  je bagi pace santai. Treknya pada awal-awal ni banyak mendatar dan sangat kids friendly! Ada jugak sebahagian yang sedikit menaik, tapi tak tinggi dan tak susah pun. 

Dragon Rock Garden. Ada sumber air mengalir yang segar. Tapi jangan suka-suka minum!
Berbukit sikit-sikit camni jewps

Setelah 40 minit berjalan, akhirnya sampai di checkpoint 1! Kat sini ada disediakan kerusi dan pondok untuk berehat. Tak silap aku, ni jelah the only view cantik yang korang boleh dapat kat Bukit Lagong ni. Sebab kat puncak tu hampeh takde apa-apa view, penuh pokok je hahaha.

Checkpoint 1 yang agak luas
The view. Boleh nampak Genting Highlands dari jauh!
Spotted Batu Caves & Bukit Tabur jugak
Kalau nak teruskan perjalanan, naik bukit ni

Aku berjalan dengan sorang akak ni, dia cuma naik setakat CP1 je. Tanya dia, agak-agak pukul berapa boleh sampai peak? Dia kata around tengahari jugaklah kalau jalan santai-santai macam aku ni, hahaha.

So aku pun teruskan perjalanan. Rupanya bila naik atas sikit dari CP1 tu, nampak the other view of Kuala Lumpur. Cantik bethol kotaraya ku, giteww!

Petronas Twin Towers, Tun Razak Exchange & Menara KL

Bila makin naik atas ni, treknya pun makin mencabar. Jalan pun dah start turun naik, ada banyak serangga macam lalat, lebah yang muncul entah dari mana.

Setakat hadap bukit ni aku tahanlah lagi. Tapi kena hurung dengan lebah, dengan lalat ni gue rimas amattt like, aku ni terlalu busuk ke sampai kena hurung dengan natang ni?! Apa masalah korang ekkk.

498 meter nampak dekat tapi... jauh nokk

Anyway kat sini banyak kali jugaklah kena scam. Aku sangkakan daripada checkpoint pertama tadi, boleh sampai peak dalam masa 30 minit lah lepas sorang kakak ni berkata sedemikian. And then met another kakak, dia cakap lagi 40 minit. Jumpa lagi sorang uncle pulak dia kata lagi sejam hahaha.

Pastu malas nak tanya orang dah. Percaya jelah kata akak kat CP1 yang target kitorang akan sampai tengahari tu xD

Bukit Nolang. Sudah halfway perjalanan
Ni actually jalan menurun. Tapi memikirkan nanti nak balik kena lalu sini sekali lagi.. Pengsan!

Lepas 2 jam berjalan, kami pun jumpa sungai! 

Kat Bukit Lagong ni memang ada Taman Eko Rimba yang boleh mandi-mandi sungai pun. Selain tu, kawasan hutan Bukit Lagong ni juga duduk bersebelahan dengan hutan simpan FRIM. Aku ada pergi FRIM baru-baru ni, boleh baca kat sini --> FRIM Nightwalk.


So no wonderlah kat sini ada sungai walaupun airnya cetek je. Bolehlah buat celup-celup kaki atau basah rambut sikit kan.

Dari sungai ni tak jauh dah nak sampai. Lebih kurang 40 minit ke sejam sampailah puncaknya.

A biiiiggg pokok yang taktahu apakah spesiesnya
Jalan nak menuju ke puncak ni nampak macam kat estet mana entah..
Tanjakan terakhir yang no mercy!

Akhirnya dari pukul 8.30 am, kami sampai di puncak Bukit Lagong pada pukul 11.30. 3 jam perjalanan jugaklah nak sampai atas ni. Sehala saja dah 6km lebih, fuhh boleh tahan!


Seperti yang aku cakap tadi, kat atas ni takde apa-apa view, yang ada cuma sekumpulan lebah yang menanti anda je. Ambil gambar dengan signboard pastu terus lari pergi tempat lain sebelum kena sengat! YIH!

Kitorang rehat kat atas ni 30 minit. Lepastu dijamu buah dengan nugget oleh hikers lain pulak hahaha. Tau-tau je iolls tengah lapar :p

Untuk turun, kami nak lalu jalan lain pulak. Sebab tadi ada bukit yang macam dahsyat je nak kena panjat balik, aku tak sanggup dah. Sebelum naik kat bukit dahsyat tu, ada simpang ke kiri yang tulis kolam ikan, boleh lalu situ untuk keluar di perkampungan orang asli.

Ikut signboard ni kalau mahu keluar ke perkampungan orang asli/kolam ikan

Berbanding guna jalan semasa kami datang tadi, laluan ke arah kolam ikan ni semuanya menurun je, takde panjat-panjat bukit dah. Kat sini kita akan lalu jalan hutan, jumpa sungai dan akhir sekali lalu jalan tar. 

Bezanya dengan trek masa kita mula-mula naik tadi, jarak nak berjalan ke car park tu jadi jauh sikitlahh. Tapi aku suka sebab at least kita berjalan kat jalan yang rata. Sambil-sambil tu dapat tengok rumah orang asli, kolam ikan, ada kebun, jumpa taman awam dan dapat lalu kat sungai!

Dah keluar dari hutan, baru dapat line!
Perkampungan orang asli. Sekarang semua guna rumah simen je
Sape kaki mancing, boleh try datang sini :p

Untuk siapa-siapa yang nak praktis trail run, long distance hike, i highly recommend datang Bukit Lagong ni! Laluan trek sangat jelas dan confirm korang takkan tersesat kalau follow je jalan yang disediakan. Dah penat-penat naik bukit, nanti kat bawah tu boleh pergi mandi sungai pulak!

Dari segi difficulty, bagi aku tak teruk sangat. Jalan pacak dia tak perlu melangkah yang besar-besar pun, melainkan kalau jumpa kayu pokok tumbang. Overall trek sangat okay dan banyak santai. Dia jadi penat sebab jauh je hehe.

I would rate it 4/10 difficulty.



23 Apr 2026

Dapat sampul raya oleh Ibu Rawiwa

 

Selasa baru ni, ada terima parcel dari GDEX. Barulah teringat haritu kak Faizahanum @ Ibu Rawiwa kata nak postkan sampul duit raya Bank Islam.

Ibu Rawiwa emel 27 Mac, tapi biasalah si Mazni ni selalu tak perasan emel yang masuk. 15 April barulah den reply. Tu pun lepas Ibu drop komen dekat blogpost untuk check emel. Ampunn!

Walaupun syawal sudah berlalu, tapi tetap teruja sebab masih dapat sampul raya, lagi-lagi dari Bank Islam yang aku suka sangat tuu. Selain sampul Bank Islam, dapat juga sampul cantik dari kedai jewellery TOMEI. Memang cantik sangat kedua-dua design sampul ni dan kertas yang digunakan tu pun jenis high quality!

Kombinasi warna yang sangat ceria!

Boleh simpan buat stok untuk raya tahun depan xD


Selain dapat 2 set sampul cantik, dapat jugak Deep Relief Roll-On dari Young Living. Dulu masa tahun 2020-2022 dulu, keluarga aku memang kerap beli produk dari Young Living ni (tu pun sebab kakak jadi agent YL) so i know betapa berharganya barangan dari Young Living ni!

Roll-on ni bau peppermint dan bila apply kat kulit, ada rasa cooling effect sikit. Ingatkan minyak ni untuk pening kepala atau sinus, tapi lepas tanya kakakku - katanya untuk muscle pain. Sesuailah untuk iolls yang suka sangat tergeliat urat ni kan? Ehekkk

Sora ucap terima kasih

Terima kasih pada Ibu Rawiwa @ Kak Faizahanum. Semoga dimurahkan rezeki, diberikan kesihatan yang baik dan bahagia bersama keluarga tercinta! 

19 Apr 2026

FRIM Nightwalk

 

Baru ni, aku join ajakan geng hiking untuk buat aktiviti nightwalk di Forest Research Institute Malaysia (FRIM) di Kepong.

Gadis Outdoor masuk FRIM!

FRIM ni merupakan Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia yang ditadbir oleh Lembaga Penyelidikan dan Pembangunan Perhutanan Malaysia (MFRDB). Institut ni mempunyai kawasan seluas 545 hektar yang terletak bersebelahan dengan Hutan Simpan Bukit Lagong.

And aku baru tahu rupanya FRIM ni diumumkan sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO pada bulan Julai 2025! Malah, hutan ni merupakan hutan hujan tropika buatan manusia yang berusia lebih daripada 100 tahun tauu.

Briefing oleh 2 guide yang sangat banyak ilmu tentang hutan

Nak buat forest night walk ni korang perlu booking dulu lah dan slot dia boleh pilih pada pukul 8.30pm, 9.00pm dan 9.30pm. Untuk aktiviti Forest Night Walk ni, bayaran masuknya adalah RM300 per group (maximum 20 orang). Means seorang bayar RM15 sahaja.

Aktiviti night walk ni basically cuma berjalan dalam hutan untuk tengok pokok-pokok, tumbuhan dan any wildlife yang terdapat dalam hutan ni. Macam kitorang haritu masuk jam 9 malam, around 11 pm baru habis aktiviti night walk ni.


Banyak pokok-pokok besar kat sini antaranya, Cengal, Meranti, Jelutong. Kebanyakkan pokok ni mempunyai daya tahan yang kukuh, dan sesuai untuk buat rumah, perabot.

Tapi untuk pokok Jelutong pulak, kayunya lembut dengan kepadatan yang rendah. Dia sesuai untuk dijadikan mancis, pensil, pencungkil gigi, bingkai gambar, papan lukis dan patung kayu. 

Daun Keruing Kipas sebelum dia melebar jadi besar
Bau kayu ni macam kemenyan

Selain tengok pokok, kita juga boleh jumpa dengan haiwan yg hanya memunculkan diri pada waktu malam. Macam kami malam tu baru lepas hujan, rezeki dapat jumpa katak dan kunang-kunang.

Kami jumpa jugak dengan tumbuhan yang beracun. Antara yang aku ingat ialah ubi gadong. Once kita makan ubi tu, boleh mati dalam masa 6 jam! Tips dari guide kalau nak tahu tumbuhan tu beracun atau tak, calit sikit tumbuhannya pada area yang sensitif seperti lengan atau belakang leher. Kalau rasa gatal-gatal tu, maksudnya tumbuhan tu tak selamat dimakan.

Spotted Litter Frog
Anak ketam!
Pokok Bertam -  Rupa dia macam buah salak, tapi masam dan tak sedap!

Sesiapa yang minat tentang hutan, pokok-pokok, boleh lah datang FRIM ni untuk belajar banyak lagi jenis habitat hutan. Bagi aku yang kurang sikit ilmu pasal hutan ni, memang menarik sangat info-info yang diberi oleh guide berpengalaman!

Kalau taknak Forest Night walk, ada jugak aktiviti lain kat sini macam camping, Forest Skywalk iaitu berjalan di atas canopy walkway. Dapat tengok hutan daripada atas, di samping lihat night view of Kuala Lumpur landmark!

Forest Research Institute Malaysia
52109 Kepong,
Selangor Darul Ehsan,
Malaysia

15 Apr 2026

Niat ihram di Bir Ali dan tiba di Makkah

 

Sambungan dari --> Ziarah Wada' - Selamat Tinggal Madinah

Sebelum menunaikan ibadah haji atau umrah, para jemaah hendaklah berniat ihram di miqat yang ditetapkan. Hukum berniat di miqat adalah wajib. Apabila kita dah berniat ihram, maka berlakulah 13 pantang larang ihram yang perlu dijaga sehingga selesai ibadah umrah.


Seperti yang umum tahu, kalau kita direct flight dari Malaysia nak ke Makkah akan berniat ihram di miqat Qarnul Manazil. Kami daripada Madinah akan berniat di Masjid Dzul Hulaifah, miqat Bir Ali.

Masjid ni cuma terletak 15 minit je dari Kota Madinah. Disebabkan kami dah buat solat sunat ihram siap-siap di hotel, makanya takdelah masuk dalam ni. Yang jemaah lelaki pun ustaz dah pesan untuk pakai ihram siap-siap dari hotel, sebabnya kat sini ramai sangat jemaah dari serata dunia. 

Sunat memakai pakaian putih ketika menunaikan umrah/haji

Pertama kali aku pakai baju putih from head to toe, hihi. Kami mula berniat bila bas perlahan-lahan bergerak keluar dari perkarangan masjid di Bir Ali. Maka dengan ini, bermulalah 13 larangan ketika ihram;
  1. Memakai pakaian berjahit/berbentuk (Bagi lelaki: tidak boleh memakai baju, seluar, jubah, topi, atau pakaian berjahit lain yang mengikut bentuk badan).
  2. Menutup kepala (Bagi lelaki: tidak boleh memakai songkok, serban, atau kain yang menutup kepala).
  3. Menutup muka (Bagi wanita: tidak boleh memakai niqab/purdah yang menutup muka).
  4. Memakai sarung tangan (Bagi lelaki dan wanita)
  5. Memakai wangi-wangian (Pada badan, pakaian, atau makanan).
  6. Memakai minyak rambut (Di kepala, janggut, atau mana-mana bulu muka).
  7. Menanggalkan rambut/bulu (Mencukur, mencabut, atau menggunting rambut/bulu di badan).
  8. Memotong kuku (Kuku tangan dan kaki)
  9. Memotong pokok/tumbuhan (Di Tanah Haram Makkah).
  10.  Memburu binatang (Membunuh atau menyakiti binatang buruan darat yang halal dimakan)
  11. Melakukan pendahuluan persetubuhan (Bersentuhan dengan nafsu, bercium, bermesraan).
  12. Persetubuhan (Jima' - boleh membatalkan haji/umrah).
  13. Berkahwin/Mengahwinkan (Menjadi wali atau wakil nikah).

Lepas tu kami satu bas pun mula bertalbiah sambil dipimpin oleh mutawwif, 

Labbaik Allahumma Labbaik, Labbaik la sharika laka labbaik, Innal hamda wan-ni'mata laka wal-mulk, la sharika lak.

"Aku datang memenuhi panggilan-Mu ya Allah, aku datang memenuhi panggilan-Mu, tiada sekutu bagi-Mu, aku datang memenuhi panggilan-Mu. Sesungguhnya segala puji, nikmat dan kerajaan adalah milik-Mu. Tiada sekutu bagi-Mu".

Bergema seluruh bas tu dengan lafaz talbiah. Masa tu dada aku pun rasa sesak, tiba-tiba mengalir pulak air mata  ni.. Yelah.. kita ni tak baik mana, banyak pulak dosanya. Tapi diizinkan untuk menjadi tetamuNya dan jejakkan kaki ke Baitullah akhirnya.

Syukur kepada Allah.

Selamat tinggi Bir Ali

Sekarang kan ramai orang lebih memilih naik speed train, 2 jam je perjalanan dari Madinah nak ke Makkah. Kami ni guna bas je, jadi 6 jam perjalanan. Tapi seronok je sebab dapat tatap pemandangan slow-slow. Pastu sambung tido jela.


Setelah 4 jam perjalanan, bas pun berhenti di RnR area Wadi Qudaid. Kat sekeliling area RnR ni pun tak banyak bangunan lain, melainkan kawasan padang pasir yang tandus dan beberapa tempat makan yang boleh dikira dengan jari. Ustaz cakap, area Wadi Qudaid ni pernah jadi kawasan persinggahan Rasulullah ketika dalam perjalanan dari Makkah menuju ke Madinah.

Fasiliti yang disediakan di sini adalah tandas, surau dan jugak tempat makan. RnR ni agak femes dalam kalangan jemaah. Rombongan kami dapat duduk kat meja bahagian hujung-hujung je.

Dari hujung kanan sampai hujung kiri penuh!

Macam biasa, makan nasi arab di dalam talam dan perlu share 5 orang. Lauk yang ada kalini adalah ayam bakar dengan ikan goreng. Makanannya okay je. Cuma aku banyak cuit ikan daripada ayam, sebab ayam tu hitam benorr. Jadi rasanya sedikit kering dan plain.

Tersandar kekenyangan lah lepas makan. Nasib baik ada gap 2 jam lagi untuk sampai Makkah. Dapatlah reda kan perut ni sebelum buat umrah :p  


Bila dah masuk sempadan Tanah Haram, kami pun melalui Masjid Aisyah di Tan'im yang jaraknya kurang 10 km dari Masjidil Haram. Dari jauh dah nampak menara jam Mekah, rasa berdebar-debar pulak.

Penginapan kami selama 7 hari 6 malam di Makkah

Tiba di Al-Olayan Golden Hotel hampir pukul 9 malam. Time tu jugaklah ada jemaah dari negara lain pun check in sekali, lobby jadi padat dengan beg. Nak tunggu lift pulak, sentiasa penuh dengan orang turun naik. Paling-paling pun 15-20 minit lah baru boleh sampai bilik.

Suasana lobi hotel yang bersih

Sebab malas nak tunggu lift, sadokan jugaklah diri ni untuk angkat beg dan naik tangga sampai tingkat 7. Mujur bilik kat tingkat 7 je, bukan tingkat 16. 

Anyway, sama macam di Madinah, kami dapat bilik berempat. Tapi biliknya sangat sempit dan tak boleh berselisih. Nak bukak bagasi pun terseksa, tambah pulak setiap sorang bawak 1 bijik bagasi besar tu haa.

Good thing is katil dia bouncy dan bantal empuk

Taktahu lah bilik ni memang ada untuk 1 jenis je ke macam mana.. Sebab family kaklong, ayah & abang aku dapat bilik yang lebih luas dan selesa nak melangkah. Agaknya ini ujian kami di Tanah Haram kot, haha.

Dapat rest sekejap kat bilik dan perlu turun semula ke lobi sebelum pukul 11 malam sebab kita nak pergi ke masjid pulak. 


Ramai di antara jemaah kami ni adalah umrah pertama kali, so ustaz Arif pun briefing sikit tentang perjalanan kami malam tu. Nak masuk ikut pintu mana, apa landmark terdekat, etc... Jarak hotel kami nak ke Masjidil Haram adalah 680 meter, perlu berjalan kaki lebih kurang 15 minit untuk sampai ke pintu masuk masjid.

Jalan kaki tak terasa jauh sebab ralit tengok suasana malam yang hidup
King Fahd Gate yang sudah kelihatan