Assalamualaikum
Selamat tahun baru pada semua rakan2 blogger! Semoga tahun baru ni kita semua berjaya capai goals masing-masing dan jadi lebih baik dari tahun-tahun yang sebelumnya. Rasa scary pula tengok umur tahun ni ye hahaha.
Sejak dari bulan 12 haritu, weekend aku sentiasa full dengan aktiviti. Be it pergi hiking, jalan-jalan, dinner dengan family. Alhamdulillah, rasa macam ada life sikit daripada duduk terperap kat rumah tak buat apa. Maka untuk weekend pertama di tahun 2025 ni pun aku cuba full kan dengan sehabis baik.
Hari sabtu tu cuma recycle sampah dan hantar kucing pergi vaksin tahunan kat vet je. Aku pun takde ambil gambar. Nak cerita pasal hari Ahad jelah pergi mandi sungai. Yang kelakarnya, kami nak pergi Lata Kedondong, tapi waze ni bawak naik ikut jalan Genting pulak. Selalu dia bagi ikut jalan Rawang tu je.
Dia punya kabus tak boleh bawak bincang. Padahal sebelum tu langit cerah je tau. Naik Genting ni umpama ke alam yang lain pulak. Motif sangatlah waze bawa lalu jalan sini xD Tapi syok jugak naik tanah tinggi berkabus sejuk kan.
Our favourite river, Lata Kedondong di Kuala Kubu Bharu. Tak ingat dah kali keberapa datang sini. But since pernah camping tahun 2021 dulu, terus jatuh cinta sebab airnya kategori bersih dan tempatnya pun tak ramai orang.
Kami kalau randomly plan nak mandi sungai tapi takde idea nak pergi mana, end up mesti pergi sini jugak xD If korang nak datang sini bawak budak-budak kecil, mandi di bahagian bawah saja sebab sungai ni sebenarnya agak dalam dan airnya sedikit deras.
Petang tu pulak kami pergi segarkan tekak makan dessert di The Soybean Factory. Mula-mula nak pergi The Soya kat Seremban, tapi macam jauhlah pulak. Sudahnya pergi kat Semenyih punya jela. Rasa pun lebih kurang sama macam the one that we had dekat Seremban tu walau kedainya berbeza. Harga pun lebih kurang je.
interior kedai bertemakan hutan rimba. Tapi apa kena mengena hutan dengan kedai yang menjual dessert soya? |
You all habiskan weekend buat apa tuuu?
Wah seronoknya pergi Sungai.
ReplyDeleteSaya habiskan weekend dengan membaca buku saja. Hahaahha
Setakat ni, tu jela mampu. Nak jalan² takde siapa yang boleh bawa dan takde teman . Moga ada rezeki nanti dapat jalan² juga aamin
Target tahun 2025 saya nk banyakkan baca buku cam cuya jugaklah.. tapi so far baru start sikit je. Tenggelam timbul niat nak membaca tu xD
DeleteSemoga cuya boleh jalan banyak2 tahun ni!
Weekend pertama akak habiskan dengan lepak anak beranak kat rumah, semalam urut badan ngan bidan, panggil datang rumah..lepas tu tido, tgok Lok Lok kat tv dan Netflix...habis weekend dengan xde aktiviti
ReplyDeleteSedapnya mengurut badan, saya ni pun badan sakit2 dah ni huhu.
Deleteduduk rumah bermalasan pun salah satu nikmat weekend jugak!
uish..lata kedondong tu yang macam best ja...boleh la cuba nanti bawa anak2
ReplyDeleteHaah memang best. Ada je family bawa anak kecik kat sini ber-bbq sekali hehe
DeleteLata Kedondong memang nampak best. Thanks for sharing. Cafe yang menu banyak berasaskan soybean tu pun menarik lah.
ReplyDeleteSebab tu selalu repeat situ je kalau mandi sungai 😁
DeleteBolehla buat utk minum2 petang kan hehe
Seronoknya outdoor!
ReplyDeleteTapi uncle indoor je...
Indoor pun best jugak, tak payah bersiap nak keluar hahaha
DeleteCantiknya air terjun tu!
ReplyDeleteNampak tenang sbb tak ramai org ye...boleh la masuk list
Air terjun dia sebenarnya kena jalan lagi jauh smpai hujung, tu lagi cantik. Tapi dalam sangat air kat sana, saya tak bawa pelampung
Deleteweekend ari tu kami ronda2 mall jer ;)
ReplyDeleteCuci2 mata tahun baru ni :p saya kalau jalan mall risau je terbeli benda merapu
DeleteWaaahhh bestnyaaaa sungaaaiiiii! Bilalahhhh ada rezekiii nak mandi sungai lagiii! Lama sangat dahh tak mandi sungaii ni! Haha, mcm besttt jeeee tmpt Mazni pergi tuuu! Bolehhh try pergi nanti! Hehe
ReplyDeletePergila kak, habis mandi sungai boleh terus naik genting sebab dekat gila hehe
DeleteWah…bestnya mandi sungai! Segar badan dan fikiran.
ReplyDeleteBaru tau pasal Soyabean Factory ni.
Weekend akak sentiasa sibuk ke sana sini, tak duduk rumah.
Nak sejukkan badan, pastu menggigil.
DeleteSoybean factory ni ada beberapa cawangan jugak kt selangor.
Wahh productive every weekend ya! 😁
uiiii berani ya datang sini time2 hujan mcm ni😁
ReplyDeleteTime kita datang elok panas kak. Jangan mai petang2 je 😛
Deletepernah nampak juga soyabean factory ni tapi rasa mcm waswas nak singgah. kalau jumpa nnt nak try laa
ReplyDeleteInsyaAllah selamat sebab menu semua dari soybean, sesuai utk vegetarian 😁
DeleteKalau sejenis suka outdoor ni.. mana jenis air terjun pun tau ya Mazni.
ReplyDeleteNi akak pertama kali lah dengar nama Lata Kedondong. Biasa dengar Lata Iskandar, Lata Bukit Hijau je 😁
Nampak air nya agak deras juga ya. Akak tengok pun dah gigil... sejukkkkkkkk, belum mandi lagi tu adehhh
The Soybean Factory tu nak juga cari lah... cam sedap je yang uols makan tu.
Ni pun sebab join camping dgn kawan2 dulu, kalau tak memang taktahu.
DeleteLata iskandae dgn lata bukit hijau tu saya pulak tak pernah dengar xD barangkali bukan dalam selangor kot kan.
Haah air dia deras sikit, syok mandi. Kalau pergi waterfall paling hujung tu lagi best, cuma dalam tak cecah kaki tu haha.
Menarik ya Lata Kedondong ni tak pernah tahu ada tempat ni.
ReplyDeleteWeekend baru ni Mrs. A pergi wedding officemate dekat aje di Seremban jugak heheehee
Betul2 satu arah jalan nak naik ke genting je sungai ni hehe. Lepas mandi sungai boleh terus naik genting :p
DeleteWah sedapnya makan nasi minyak kenduri!
Bestnyer dapat mandi sungai
ReplyDeleteHarap2 takde lintah
Alhamdulillah sini takde wak 🤣 kalau ada, saya memang tak repeat banyak kali dah
DeleteBestnya hujung minggu santai-santai mandi manda. Hujung minggu kami santai-santai rehat di rumah.
ReplyDeleteSaya pub kadang2 weekend suka duduk rumah bermalasab jugak xD
Deletemasa kecik2 sungai di kampung sy meriah. setiap hari ada je budak2 gi mandi. tp skrg sungai tu jadi mcm tempat seram je. tiada lagi org yg berani mandi-manda spt 40 thn lps.
ReplyDeleteSayangnya kan. Mungkin dah tak ramai yg duduk kat kampung, atau ibu bapa pun tak kasi anak2 mandi sungai sebab bahaya
DeleteTak pernah sampai lagi lata Kenderong KKB tu.. Lama dah tak masuk kwsn natirw mcm ni.. at this moment takde aktiviti lagi.. nak tenang dan rehatkan fikiran sebelum gasak pergi travel lagi hahaha..
ReplyDeleteCubalah pergi sekali, syok berendam situ. Wahh bestnya penuh travel lagi tahun ni!
DeleteAir sungainya tampak jernih dan bersih. Sepertinya asyik sekali mandi di sungai itu Mbak. Airnya pasti terasa sejuk dan dingin.
ReplyDeleteAh jadi ingin juga saya mandi di sungai...
Weekend yang menyanangkan...
Salam,
Memang dingin airnya sampai menggigil. Saya mandi sampai 2 jam di situ hehe
Delete