Assalamualaikum
Sambungan daripada entry Taman Negara Pahang Part 1
Petang before maghrib tu hujan tersangatlah lebat. So kami tak sure sama ada aktiviti dibatalkan or tak sebab tak tahu apa-apa info pun. Maklumlah takde group whatsapp... Aktiviti sepatutnya mula pukul 8.30 malam, tapi pukul 8 tu pun masih hujan lagi walau tak lebat.
Malu bertanya sesat jalan, kami pun tanyalah sorang abang kat tempat makan ni aktiviti jungle walk ada ke tak kalau hujan ni. Katanya tetap berjalan seperti biasa. Group lain ramai yang dah gerak kesana dulu, so kami pun kalutlah pergi makan dan kemudian terus naik powil.
angin malam + hujan gerimis = extra sejuk! |
Powil akan drop kami di jeti, kemudian perlu menyeberangi sungai menaiki bot untuk sampai ke tempat jungle walk. Honestly bagi aku, jungle walk ni agak bosan sebab disini sekadar berjalan dan tengok pokok-pokok mahupun insects saja. Lagipula, aku duduk di bahagian belakang, so guide terangkan apa-apa pun aku tak berapa dengar dan kitonya rabun, tak nampak sangatlah binatang kecil-kecil yang ada disebalik dedaun ni. Kat sini serious jem gila dan kena beratur macam budak sekolah xD
Kalau waktu siang, mungkin lebih menarik untuk bergambar sebab aku rasa cantik je tempat ni penuh dengan pokok-pokok.
macet amat |
Kami ada naik menara tinjau untuk tengok haiwan seperti rusa atau tapir yang sering berkeliaran di kawasan padang lapang. Haiwan ni aktif pada waktu malam dan diorang tak suka bunyi bising. Kalau lucky, boleh nampak penampakan haiwan tersebut dari jarak jauh. Tapi disebabkan cuaca malam tu sedikit gerimis, tak nampaklah pulak apa-apa kelibat haiwan. Aku hanya nampak pitch black view je, hahaha.
taktaulah Iqa ambil gambar ni boleh nampak apa.... |
sebelum keluar dari Jungle Walk tu akan lalu di chalet Mutiara ni. Ramai mat salleh je yang duduk sini |
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Untuk hari kedua, kami pergi Canopy Walk dan hiking di Bukit Terisek. Macam biasa, kena menyeberangi sungai dengan menaiki bot yang tak sampai 5 minit pun.
Untuk ke Canopy Walk dan Bukit Terisek ni perlu mendaki beribu anak tangga. Serious cakap, tangga-tangga ni mengingatkan aku pada tangga Kinabalu. Kami perlu trekking sekitar 15 minit untuk sampai ke Canopy Walk tu.
Layankan jelah tangga-tangga ni. Masa sampai tu MasyaAllah... macam sardine beb! Ramai sangat orang beratur tunggu turn. We all sampai tu around 9.30 am, dengan kepadatan orang di situ, nampak gaya macam tengahari jugaklah baru dapat masuk Canopy Walk ni.
Guide suruh kitorang pergi trekking ke Bukit Terisek dulu supaya tak buang masa sangat. Trail disini sangatlah cantik, penuh kehijauan dan segar hidung.
1st checkpoint |
Bukit Terisek cuma berketinggian 334 meter sahaja. Trail dia pada aku sangat mudah. Kalau cuaca baik, boleh nampak view Gunung Tahan yang merupakan gunung tertinggi di Semenanjung Malaysia. Tapi puncaknya ditutupi kabus haritu. Bilalah aku nak tawan Gunung Tahan agaknya ye? :p
Dah takde apa nak dibuat, kami turun baliklah ke Canopy Walk tadi. Ingatkan sampai bawah tu dah boleh terus masuklah, ternyata belum cok. Pukul 12.30 pm baru dapat masuk! Melangutlah sejam setengah taktau nak buat apa.
This is the highlight of Taman Negara Pahang. Panjang canopy bridge ni adalah 550 meter dan ketinggiannya adalah 45 meter dari tanah (lebih kurang 15 tingkat bangunan). Ia merupakan the longest suspension bridge in the world!
Hutan disini berusia 130 juta tahun. Mindblown betul dapat berjalan di atas canopy walk dan tengok view hutan yang masih kekal terjaga ni. Dapat jumpa banyaklah pokok tualang yang tinggi-tinggi dan pelbagai jenis pokok lagi yang tidakku tahu namanya.
Berjalan di atas Canopy Walk ni lebih kurang 20 minit sahaja. Walk slowly je untuk menikmati keindahan suasana. Rasa macam hukaloh, naik sini 20 minit je, beratur sampai 3 jam! Apapun, aku tetap enjoy tengok suasana hutan ni.
Dah turun Canopy Walk tu kena tunjuk permit yang guide dah bagi semalam. Cari punya cari, tak jumpa! Rasanya tertinggal kat dalam khemah hahaha. Renjer situ dah cakap tak tunjuk permit takleh keluar eh. Nasib baik kat situ dapat line, so kami whatsapp Iqa untuk snapkan gambar permit tu. Ada hikmah jugaklah Iqa tak join aktiviti harini. Bayangkan kalau Iqa ada sekali, pastu kami 3 orang ni semua tak tertinggal permit kat khemah? Melayang duitlah kena denda hahaha.
Habis je segala aktiviti, balik semula campsite untuk makan! Menu hari kedua ni ialah pais patin, first time aku makan dan rasa nak nangis sebab sedapnya! Terima kasih Danz Eco Resort sebab menyediakan makanan yang sedap-sedap sepanjang 2 hari duduk sini!
with our guide! |
Overall, best sangat Taman negara Pahang ni. Cuma bagi kami, aktiviti tak banyak sangatlah. I really thought yang nak ke Lata Berkoh tu dah di include sekali dalam aktiviti, rupanya kena add on. Kalau ambil 3 hari 2 malam tu maybe dah include sekali, tapi mahal sikitlah.
Thanks for reading!
fuhhhhh meleleh air lior tengok pais patin tu! sedapnyaaaa!
ReplyDeleteMakan sambil senyum sampai telinga tau xD kawan saya tk makan, saya ambil hahaha
DeleteTang kena beratur tu yg spoil tu
ReplyDeleteBenar sekali.. beratur nak dekat 3 jam pulak tu huhu
DeleteThanks for sharing. Aihhh berkobar2 nak pergi. First time pergi 1996 memang banyak tempat masih suci hehe. Sekarang nampak best sangat macam2 attraction nya.
ReplyDeleteSekarang mungkin dah banyak penambahan berbanding dulu rasanya. Tpi suasana hutan masih terjaga 😁
DeleteRamainya orang! Ingatkan masuk² hutan ni gini tak sepadat ni...
ReplyDeleteMesti cantik view atas canopy walk tu kan
Saya terkejut sebab ramai mat salleh kat sini. Diorang semua tgh cuti summer time ni, datang malaysia n memilih utk masuk hutan pulak xD
DeleteCantik! Segar mata memandang view yg penuh hijau
Duh Mbak asyik sekali ini jungle walk dan canopy walk. Kalau jungle walk karena dilakukan malam hari jadi kurang banyak melihat pemandangan, tapi ketika canopy walk pemandangan-pemandangan indah dapat saya nikmati dari foto-fotonya disini.
ReplyDeleteDi daerah saya di Jawa Barat ada beberapa gunung. Gunung yang paling dekat dari rumah saya adalah Gunung Gede. Membaca posting Mbak ini saya jadi ingin juga jungle walk atau hiking ke Gunung Gede...
Salam,
Ya, malam memang tak nampak apa. Saya kurang enjoy sikit dgn night walk tu. Canopy tu best sebab cantik walaupun perlu menunggu lama 😁
DeleteWahh gunung gede saya pernah dengar! Pak Asa sekali sekala boleh masuk hutan ni. Dekat sangat dah dengan rumah tu hehe
Wah rajinnya jalan tengok hutan. Cuya takde peluang nak berjalan ke hutan² gini, mana ada orang nak bawa.. hahaha
ReplyDeleteTengok gambar pon jadi la. Baca pengalaman orang jelaa hehe
Haha saya pun sebab kawan2 sekepala minat aktiviti outdoor. Kalau kt fb or ig ramai je yg buat open trip hiking atau camping 😁
Deletebagusnya aktiviti2 gini esp utk those yg suka apa2 back to nature themed ni
ReplyDeleteBetul tu MZ. Sekali sekala keluar dari hiruk pikuk kota ecewah
DeleteKak SA ingat x rmai pilih percutian kat Taman Negara Pahang, rupanya ramai ye...seronok..cuma night jungle trekking tu mcam no point kalau x nampak pape kan..faktor cuaca plak lagi...
ReplyDeleteAhaha itulah pasal... katanya sebab waktu malam je insects2 ni menjelma. Tpi manusia macam saya nilah yg tk berapa nampak sangat xD
Delete