19 Jan 2025

Bukit Sikai, Kuala Pilah

 Assalamualaikum

Baru ni kawan ajak hiking di Gunung Angsi. Tapi silap aku sebab lupa nak check info penutupan gunung di Negeri Sembilan.. Rupanya gunung Angsi masih belum dibuka untuk aktiviti pendakian lagi. Patutla masa kami datang 6.30 pagi tu langsung takde orang. Scary gelap gelita sangat dan cuma ada kereta kami je.

Dengan kecewanya, aku pun google jelah tempat hiking di sekitar Negeri Sembilan ni. Luckily, jumpa Bukit Sikai ni yang terletak di Kuala Pilah jugak. Dalam 20 minit lebih jugaklah dari Gunung Angsi. Lokasi Bukit Sikai ni sangat dekat dengan istana Seri Menanti di Kuala Pilah. 

Trek hiking disini tersangatlah mudah. Untuk awal-awal tu treknya lalu di bahagian semak-semak. Nanti kat atas sikit tu trek open view 360 dan berlatarkan view bukit-bukit yang diseliputi kabus pagi. Serious vibes dia macam kat Kundasang!

Tu haa naik atas sikittt je dah sampai

Tak sempat nak peluh, tau-tau dah sampai puncak. Hanya 15 minit je dari parking kereta untuk ke atas. If nak bawak anak-anak hiking sini pun sangatlah sesuai sebab treknya tak susah pun! View pun agak lawa untuk bukit yang rendah macam ni.

macam biasa, haruslah bergambar dengan papan tanda

cuaca pagi yang gloomy, tapi masih cantik!

Ini adalah first hiking untuk tahun 2025! Walaupun tak keluar peluh, tapi bolehlah untuk praktis awal-awal. Sebabnya bulan 4 ni kita nak road to...... JENG JENG JENG! Clue yang aku boleh bagi adalah gunung yang bukan dalam Malaysia, hehe.

Semoga Mazni dan kawannya rajin hiking setiap minggu untuk build stamina!

21 comments:

  1. Kalau track macam ni sis ok. Kalau tinggi2 tu yang agak scary dan gayat pada masa yang sama.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang ni memang senang kak 😁 view pun cantik juga

      Delete
  2. teringin nak hiking nie...1 perkara je tak pernah cuba lagi...setakat jungle trekking zaman2 sekolah dulu ada lah...hihihi...
    papan tanda tu memang dia tinggal je dekat atas bukit ke cmne?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh cuba dgn bukit2 rendah dulu. Santai2 je 😁
      Haah papan tanda tu memang tinggal kat atas je

      Delete
  3. Replies
    1. Haha bukan bromo! Tapi gunung kat indonesia jugak 😜

      Delete
  4. kalau 15 minit, sejam dah boleh buat 2-3 kali

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak naik turun banyak kali pun tak kisah sebab dekat je 🤣 tapi trek dia ada satu arah je. Kalau ada jalan lain seronok sikit buat loop

      Delete
  5. Nah kalo yg ini boleh saya coba kak 🤣. Saya tak terlalu suka trekking soalnya. Sekedar nak happy2 dengan kawan bolehlah. Tp kalo trekking serius dengan medan curam, nanti dulu 😅

    Aiiih penasaraaaan. Tadi baca komen di atas salah satu gunung di Indonesia, di manaa? 😍😄. Kalo Deket jakarta, bisa lah kita ketemu kak 😄

    Saya tebak dulu yaa, antara gunung salak, gunung Rinjani, gunung Semeru , Bukit sikunir .

    Ada di salah 1 itu tak 😁?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iyaa mula dengan bukit rendah2 je dulu, lepas tu boleh dicoba yg tinggi 🤭

      Bingo! Ada salah satu yg betul hehe nervous nak pergi ni 😆

      Delete
    2. Uwaaaaah tak sabar tunggu cerita kakak. Saya nih kalo bab naik gunung, bendera putih lah kak 🤣🤣. Lebih suka dengar cerita teman. Apalagi kondisi gunung yg kadang banyak cerita mistis dan Macam2, namanya juga gunung kan. Pasti banyak penunggunya juga.

      Saluut makanya dengan teman2 yg suka naik gunung, dan bahkan rutin.

      Delete
  6. Yang tak tinggi ni hehe nak masuk list. Kalau sampai kawasan sana lah. All the best Mazni dan kawan2.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alang2 tu boleh jalan nismilan pulak lepas hiking 🤭 terima kasih kak mulan!

      Delete
  7. Makan modal banyak tak biasanya kalau hiking?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau yg bukit2 ni tak pun. Gunung yg jauh2 tu pakai duit sikitla sebab ikut trip orang, permit, barang kelengkapan lagi

      Delete
  8. Macam tu sikittt je lagi?
    Kalau uncle angkat bendera putih!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biar kaki je jalan, mata tu pandang je bawah. tau2 sampai dah uncle 🤣

      Delete
  9. Trek nampak macam friendly kids jer.. boleh la kalau nak bawa anak2 ke sini :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang kids friendly! Bagi budak2 aktif sikit :p

      Delete
  10. Okay, pasal akak dah read previous comment, akak rasa RInjani. Betul tak? Sebab rasa macam pernah nampak Mazni tweeted pasal route untuk Rinjani sometime ago.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha betul! Harap dipermudahkan urusan nak ke sana xD

      Delete

Nak komen apa? silakan~