17 Jan 2025

Camp Kayak di Little Amazon, Terengganu

 Assalamualaikum

Ini adalah entry basi pada tahun 2024 yang baru nak di update setahun selepas kejadian, haha. Aku pergi camping sambil berkayak ni pada 24 & 25 Februari 2024. Ini kali pertama aku main kayak menyeberangi sungai yang jauh ye. Sebelum ni rasanya main kayak yang dekat taman-taman tu je..

Nama lain bagi Little Amazon ini adalah Sungai Berang yang terletak di Ajil, HuluTerengganu. Disini kami akan berkayak sepanjang 25km menyeberangi sungai. Pada hari kami datang ni, cuaca sangatlah terik walaupun masa tu baru pukul 8 pagi.  

perlu naik lori dari campsite ke starting point kayak!

Macam biasalah kalau berkayak ni perlu in pair. Diorang bagi penerangan tentang macam mana nak dayung paddle ke kiri dan ke kanan, nak brake dan undur. Fuh dah macam bawak kereta! Bermulalah journey kayak kami dari pagi hingga petang! 

scorching hot!

Kalau nak dapatkan kelajuan yang seimbang, kita perlu dayung paddle tu sama rentak. Contoh kalau orang belakang dayung kanan, depan pun kena sama. Yang duduk belakang paling penting sebab dia yang kena manuever kayak dan bagi arahan "kiri, kanan, kiri, kanan". Bila mendayung arah yang sama, takdelah bot kayak kita asyik senget sana sini.

Baru 30 minit yang pertama aku dah ngomel bila nak habis.. sebab serious penat ye bagi yang tak biasa berkayak ni. Nak taknak kita perlu tempuhi jugak selama 6 jam. Hamek!

Nasib baik kami bawak glove. Nak lindungi tangan iolls dari matahari lah :p

peserta kena berkumpul sebelum masuk gate Little Amazon

Kami ni pilih route yang paling jauh, iaitu combination of Hulu and Hilir route, makanya dapatlah tengok pelbagai flora especially pokok-pokok! The highlights of this kayaking is selepas memasuki Gate Little Amazon, kami lalu di bawah pokok yang sangat besar dan membentuk canopy di kiri dan kanan.  Redup dan mendamaikan.

Kalau bertuah, boleh juga nampak hidupan fauna seperti monyet, burung hornbill dan lain-lain. Aku cuma dengar suara burung dengan monyet je rasanya.

look at this SubhanAllah!

Pokok besar yang membentuk kanopi ni namanya Keruing Neram. Ianya dah sukar untuk ditemui di Malaysia. Kalau melihatkan daripada batang kayu pokok ni melengkung, mesti usianya dah ratusan tahun. Pokok ni agak sukar untuk ditemui dan hanya terdapat di sesetengah kawasan sahaja. Salah satu cara untuk tengok pokok ni, mehlah datang berkayak kat Little Amazon Terengganu. Memang ini tempat dialah.

Barulah kita lebih menghargai alam kan bila berkayak jauh semata-mata nak tengok pokok ni.

makan lunch pukul 2pm

Lepas makan tu semua macam dah lemau sebab letih. Tangan pun dah lenguh macam mau patah sudah! Kami teruskan berkayak sampailah akhirnya pukul 4 pm barulah tamat aktiviti berkayak untuk haritu. Pastu bolehlah main-main air dan bergambar sementara tunggu dijemput oleh lori.


It was really fun and worth it! Tapi penat dia takyah cakaplah memang sakit gila badan. Lepas habis kayak tu aku tidur jap dalam sejam, bila bangun balik tu rasa nak menangis sebab badan macam lumpuh! Nasib baik adik aku bawak panadol actifast. Lepas makan tu terus elok badan macam takde apa-apa.

Takleh brain la ada sorang akak ni citer dia baru-baru ni pergi berkayak sepanjang sungai perak yang sejauh 50km. Kalau aku mesti rasa nak meninggal kat situ jugak... Memang powerlah siapa yang steady berkayak ni.


Itu saja pengalaman berkayak untuk hari pertama. Untuk second day nanti aku update entry lain ya!


28 comments:

  1. Menarik tp kena kuat mental dan fizikal lah ye utk berkayak jauh² ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betull. Lenguh bahu badan semua, rasa mcm nak lumpuh

      Delete
  2. Best giler aktiviti kayak ni.. penat tu mmg la sebab dulu main kat langkawi boleh tahan penat dgn panas lagi.. 50km kayak? Ke akak tu sembang je hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yes memang best! Takpela penat pun đŸ€Ł
      Akak tu mmng budak aktif outdoor. Semua aktiviti gila2 dia tapau dah. Kayak 50km tu berhari-hari jugak dia join

      Delete
  3. Teringat plak i pernah join river rafting masa zmn matriks laaa berpuluh thn lps..memang abih sunburnt muka..berakit kat sungai perak

    ReplyDelete
    Replies
    1. sunburn tu biasa xD itulah bukti outdorians sejati!

      Delete
  4. berkayak ramai2 kat tempat macam ni mmg seronokkkkkk sgttt

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang best! new achievement unlocked ni sebab saya tak pernah terfikir akan pergi berkayak sampai 25km jauhnya

      Delete
    2. nanti bleh tambah lg 25km ;-)

      Delete
    3. Allahu đŸ€Ł itu terlalu extreme utk saya insan yg lemah ni hahaha

      Delete
  5. yang pernah berkayak long distance ni mesti hobi dia berkayak... kalau yg jarang2 ni... rs nya meninggal hidup balik hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya, salute sangat dgn org yg hobi berkayak ni. kita baru berkayak 30 minit dah nak patah bahu cokk

      Delete
  6. Bestnya. Kenapa masa duduk Kerteh 13 tahun, tak tau pun haha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha petanda kena try pergi ni. tapi kerteh nak ke ajil tu agak jauh sikit

      Delete
  7. Bestnya.. pengalaman yang amat bermakna :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. cukupla merasa kayak jauh2 ni sekali seumur hidup je xD

      Delete
  8. makaihhhh.. 6 jam. Bila dah habis penat tu mesti rasa berbaloi kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Berbaloi la sakit2 badan. 1st experience berkayak jauh ni hehe

      Delete
  9. Kat Gannu ada Amazon?! Harap takde anaconda!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jangan meminta đŸ€ŁđŸ€Ł tapi pokok yg rupa macam anaconda ada hahaha

      Delete
  10. tahniah kerana berjaya menyelesaikan misi berkayak. Sy dah hampir 52 thn jd kalau berkayak santai2 tu masih mampu rasanya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih! Kayak santai2 kat taman rekreasi ada banyak. Tapi harga mahal jugak diorang cas utk sejam huhu

      Delete
  11. Menarik aktiviti ni. Kalau aktiviti camni hubby suka la. Tempat pun nampak tenang je.

    ReplyDelete
  12. Seriuuuus kak 6 jam đŸ€ŁđŸ€ŁđŸ€Ł. Omg, rasa tak sanggub hahahahha.

    Saya pernah main kayak, di Vang Vieng , Laos. Tapi itu palingan hanya 1 jam saja. Itupun dah stress kapan sampai tujuan hahahaha

    Nasib baik sampai di destinasi , rute pulangnya dijemput yaa. Tak terbayang kalo lewat rute yg sama kak đŸ€Ł

    ReplyDelete
  13. Wahh jauh mbak fanny berkayak! Kalau sejam boleh layan lagi đŸ€Ł

    Ya route sebelum mula dan route balik tu di tempat yg berlainan. Saya pun taktau jauh mana kalau nk pusing semula dari route mula2 datang xD

    ReplyDelete
  14. Lama betul berkayak 6 jam :O Akak dulu berkayak setengah jam pusing-pusing kat Lac Beauvert tu pun cukuplah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lagi best kak berkayak kat canada, nampak view gunung2! Biasalah malaysia ni hutan hujan tropika, kita kayak kiri kanan tu nampak pokok je, tapi masih cantik juga hehe

      Delete

Nak komen apa? silakan~