12 Jan 2025

Habuan Shopee Live Sale : Borong skincare The Pastels Shop

 Assalamualaikum

Aku punya tabiat kalau bukak shopee, suka tengok live dulu sebelum beli apa-apa barang. Kebetulan masa payday sale bulan 12 tu shop skincare yang aku baru try ni tengah buat live dan ada offer pulak. Kitanya tengah serbasalah nak membeli sebab quota untuk shopping pada bulan tu dah habis... Tapi sebab 6 barang dapat RM50++ je, so tak salah kan kalau beli untuk buat stok? :p

Btw, ini bukan review berbayar. Saja nak share benda best dan hasil tangkapan aku yang dapat beli pada harga murah, hehe.

total 6 item berharga RM51.60. Yang "TAA" kotak putih tu beli waktu live asing, dapat RM9.40 including shipping daripada harga asal RM20++

The Pastels Shop ni adalah produk local skincare. Aku terjebak beli ni lepas nampak tweet daripada foundernya sendiri. Katanya Sunscreen The Pastels Shop ni mesra wudhu dan boleh terus bilas pakai air je jika nak solat.

Rasa macam wow! Hebatnya produk local dan sangat convenient untuk muslim. Masa first try guna sunscreen ni, tekstur nya sangat lightweight dan matte ye. Sesuai untuk orang kulit berminyak macam aku ni.

Absolutely invisible, super comfortable & weightless SPF50 sunscreen that offers broad spectrum protection from UVA and UVB rays. It contains prebiotics and succinic acid that fights free radicals, blemishes, and signs of aging.

Walaupun nampak je texture tu macam thick, bila apply pada muka memang meresap dan tak meninggalkan white cast. Sunscreen ni juga alcohol dan fragrance-free di mana ia sesuai untuk semua jenis kulit muka. Personally, muka aku take naik apa-apa rashes pun waktu pakai sunscreen ni, sangat selesa dan tidak melekit at all!


Ini pula adalah "TAA" moisturizer yang main ingredients nya daripada Tranexamic dan Alpha Arbutin. Aku ni kalau nampak Alpha Arbutin, memang favourite sungguhla sebab fungsinya adalah untuk mencerahkan. Texture bagi moisturizer ni adalah jenis watery gel dimana ianya memang sesuai untuk kulit oily dan combination!

dah macam calit air je kat tangan xD

Pembelian terakhir adalah Mentha Shampoo. Aku baru guna sekali je shampoo ni, so belum nampak kesan seperti yang diclaim lah. Masa pakai shampoo ni, rasa berangin je dan ada bau peppermint sedikit, rasa masa sental kulit kepala tu, fuhh! Segar beb! Tambah pulak dengan effect cooling tu, lagilah best.


THE PASTELS SHOP Mentha Amino BHA Peppermint Shampoo suitable for Hair Loss,   Scalp Acne, Dandruff & Itchiness.


1. Uses - to wash hair effectively without causing hair loss or damage in the long run. It also strengthens the hair from its roots as well as promotes hair growth.

2. Contains Salicylic & in a low percentage but sufficient to clean the scalp from itching, bad smell, dry skin and dandruff more effectively.

3. Key ingredient is - It refreshes the scalp, promotes hair growth and controls hair loss problems.



Buat masa ni, aku akan cuba konsisten pakai produk daripada The Pastels Shop ni sahaja. Selama ni aku pakai wardah, ni saja nak tukar angin try produk local pulaklah.Why not kan if boleh dapat harga yang berpatutan?

Thanks for reading!

29 comments:

  1. Sama la kita suka grab time promo. Walaupun kuota shopping dah habis boleh je selit2 lagi. Bulan depan kena kurangkan pula.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yay ada pun geng yg ada limit kuota shopping bulanan!
      tulah, rasa mcm rugi tak grab masa harga promo... sudahnya kita buang je rasa serbasalah n beli je buat stok utk bulan2 mendatang ahakzz

      Delete
  2. Wah, bagusnya sunscreen mesra wudhu'.
    Boleh cuba ni. Tq for sharing.

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah, saya pun mcm wow sangat bila tau ada sunscreen macam ni!

      Delete
  3. Cuya first time dengar jenama ni.. Biasa kalau nak membeli skincare ke Watsons saja..
    Tak pernah try tiktokshop lagi.. kecuali barang makan2 hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. saja nk try product local pulak xD dpt harga murah kita grab je hehe

      Delete
  4. yg penting serasi dgn kulit kita :)

    ReplyDelete
  5. Replies
    1. saya pun kalau pagi2 tak pakai sunscreen sangat. kita manusia masih perlukan sinaran UV ahakss. pakai bila panas merelitt ja

      Delete
  6. Sunscreen mesra wuduk, bagus nya. Menarik nampak produk ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya terpengaruh pun sbb di advertise as sunscreen mesra wuduk :D

      Delete
  7. saya kemaren dikasi skincare
    alhamdulillah udah dua bulan tidak dipakek sama sekali
    itu ada di meja wkwkkww

    ReplyDelete
    Replies
    1. aiyooo hahah inilah laki2. tak pakai skincare pun masih cantik kulitnya. saya jealous!

      Delete
  8. Kak SA pun guna wardah..dah 4 tahun dah...so far wardah je sesuai ngan kulit kak SA...

    ReplyDelete
    Replies
    1. wahh lama jugak tu pkai! tapi wardah memang best, harga pun mampu milik

      Delete
  9. First time dengar brand ni! And shampoo tu macam best je. Lenne sekarang ni guna brand Jepun je kalau utk haircare. Nanti boleh try yg ni pulak xx

    Lenne | www.lennezulkiflly.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. terpengaruh dari twitter, hehe! saya ni dah berapa banyak kali dah tukar shampoo, tak jumpa lagi yg sesuai dgn kulit kepala. saja nk cuba shampoo pastels shop ni huhu

      Delete
  10. pernah dgr nama brand ni tp so far sy belum penah beli lagi produk nya

    ReplyDelete
  11. hebat sarini ni boleh cipta formula sendiri. dia ni doc ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. dia study chemical engineering kat korea. mmng orang yg ada ilmu jugaklah dlm bidang2 ni :D

      Delete
  12. Bagus tu bila sesuai kat kulit, local product pulak tu. Skincare tu menarik juga. Nanti nak tengok² juga lah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Banyak jugak produk dia mcm serum, cleanser ^^

      Delete
  13. Berkenan dengan sunscreen tu sebab yang pakai sekarang ni dah nak habis

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh cuba kak ezna. Mesra wudhu gitu hehe

      Delete
  14. Saya jarang belanja di shoppee. Soalnya di sini ada Tokopedia yg lebih baik. Baru buka shoppe kakk memang produknya tak dijual di Tokopedia 😁.

    Memang kalo dah cocok dengan suatu produk, saya biasanya tak ganti2 kak. Soalnya kulit wajah saya sensitif super duper 😅. Kdg takut kalo coba2 dan breakout pula. Krn pernah begitu. Butuh 1 tahun utk balik normal.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tokopedia itu online platform ya? Kadang2 barang yg kita cari kat shopee pun tak jumpa, sudahnya beli di toko fizikal saja đŸ€Ł

      Saya ni baru nak cuba2 pakai produk local hehe. Itu pun sebab nampak meyakinkan dan bila pakai tiada breakout

      Delete
  15. Nanti lepas dah beberapa bulan pakai, cuba update sini berkesan ke tak. Akak ada juga terfikir nak try TPS ni, tapi asyik terlepas sale dia je. Itu yang sampai kesudah tak cuba-cuba lagi.

    ReplyDelete

Nak komen apa? silakan~