25 Dec 2024

Taiwan Last Minute - Exploring Taipei Last Day

 Assalamualaikum

Selepas makan mee tarik, kami pun terus ke Ximending. Apakah aktiviti yang biasa dibuat sebelum kita pulang ke tanah air? Tak lain dan tak bukan adalah shopping! Ximending merupakan antara shopping street yang famous di Taipei. Disini lebih kepada menjual barangan fashion muda mudi. 

Sebenarnya aku macam blur sikit bila sampai ke sini. Aim kami untuk shopping kali ni adalah nak cari T-shirt souvenir Taiwan, tapi langsung tak jumpa ye!

Sebenarnya kiri kanan ni berderet je kedai-kedai. Kalau ada jual baju pun, semuanya design baju macam korean fashion, tak pun baju branded contohnya Uniqlo. Itu kat Times Square pun kita boleh cari... Rasa macam, apo Ximending ni langsung tak jual T-shirt Taiwan. Atau kami yang terlalu clueless sangat taktau nak cari kat mana?


Disebabkan sedih tak jumpa T-shirt, maka kami pergilah ke kedai Snek sebagai souvenir. Kalau nak cari snek taiwan, boleh cari di Cherry Grandfather yang terletak di Ximending. Kedai ni ada jual snek yang berlogo halal. Pekedai pun sangat friendly dan helpful. 


Kami beli mochi, nougat dengan seaweed je. Haritu borong sampai penuh 2 bakul, so dapatlah 2 item free. Pada aku snek dia affordable jugaklah. Kebanyakannya berharga bawah TWD150 setiap satu. Kalau yang harga mahal sikit tu snek yang takde logo halal.

boba nougat yang 2 dari kanan tu serious sedap! Menyesal ambil 1 je. 

Lepas beli snek ni, kami pusing-pusinglah di sekitar kawasan ni dan jumpa satu kedai yang jual tshirt Taiwan. Design baju lawa jugaklah, tapi ada 2 jenis design je. Cuma harga untuk sehelai baju itu after di convert, lebih kurang RM120 jugaklah. Mahal gila! 

Jalan depan sikit lagi jumpa jugak kedai baju, tapi design sangat limited, dan buruk. Makanya kami balik jelah. Serious macam tak enjoy sangat shopping kalini sebab tak dapat T-shirt. Biasanya kami ni kalau pergi berjalan mana-mana, mesti kena beli T-shirt yang melambangkan tempat tu. Korang yang pernah ke Taiwan, kalau beli T-shirt souvenir selalunya kat mana? :')


Dari Ximending, kami naik bas untuk sampai ke hotel. Penginapan kami ni di A-Pause Inn bertempat di centre of Taipei. Betul-betul dekat dengan Taipei Main Station, just 3 minutes walking distance.


Kat sini pun kami book 2 bilik jugak. Tapi yang bestnya bilik yang duduk berdua ni jenis Tatami style, so aku dengan adik lah yang duduk situ. Diorang yang bilik bertiga pun selalu ulang alik datang bilik kitorang je sebab selesa boleh duduk bersila. Bilik yang lagi satu tu takde ruang nak berjalan atau solat sebab katilnya besar sangat.

Our tatami room ni agak muslim friendly sebab ada bidet di tandas serta ada arah kiblat.


----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

13/6/2024

Disebabkan hari sebelumnya kami tak sempat cover banyak tempat di Taipei, seawal pukul 5 am kami dah bersiap dan keluar untuk berjalan. Flight pada pukul 3.40 pm so pagi tu gagahkan juga diri pergi berjalan. Mak dengan adik aku je tak ikut.

Jalan depan sikit dari hotel je dah nampak Taipei Main Station

Lokasi pertama adalah di Taipei City Hall. Datang sini semata-mata sebab nak bergambar berlatarbelakangkan Taipei tower je. Area sini macam banyak bangunan kerajaan, ala-ala Putrajaya gitu. Tapi from our hotel nak kesini agak jauh juga sebenarnya. Dalam 2 kali perlu tukar bas.

wachaaa satu kali!

Seterusnya kami ke Ciang Kai Shek Memorial Hall. Ini adalah antara tempat yang harus dikunjungi sebab cantik dan luas sangat. Sedikit sejarah, semasa president Chiang Kai Shek meninggal pada tahun 1975, Eksekutif Yuan decide untuk bina memorial hall ni sebagai tempat untuk Taiwanese mengingati beliau. Memorial hall ni mengambil masa selama 5 tahun untuk siap sepenuhnya. 

Mengikut pembacaan aku, CKS ni telah mewujudkan 'Martial Law' dimana pemerintahan ini semacam diktator yang banyak mengawal hak-hak kebebasan rakyat dari segi pemikiran dan menyekat kebasan bersuara. 


Sejak pendemokrasian Taiwan pada tahun 2000, Pejabat Pengurusan Dewan Memorial Chiang Kai-shek telah menganjurkan pameran dan aktiviti pendidikan secara berterusan mengenai tema kebebasan & demokrasi, sejarah hak asasi manusia, dan keadilan peralihan, serta melancarkan pelbagai aktiviti kebudayaan dan seni untuk membantu meletakkan asas untuk peralihan tersebut.


Boleh juga tengok changing of guards ceremony, dimana guard yang telah stood motionless for the previous hour will be replaced by new 2 guards. Setiap sejam dari pukul 9 am hingga 5pm akan ada pertukaran guard ni.


Kami tak duduk lama pun kat sini, so tak dapat explore dengan lebih mendalam. 

Lokasi terakhir adalah di Taipei Grand Mosque. Masjid ni siap dibina pada tahun 1960 oleh arkitek Yang Cho-Cheng dan reka bentuknya bercirikan pengaruh Turki. Kita sebegai orang Islam, mesti akan cari masjid di negara yang bukan Islam. Aku tak tahu lah orang lain, tapi kalau kami, memang jenis suka cari masjid kat negara orang. Sebabnya di area-area berdekatan masjid mesti ada komuniti muslim dan makanan halal.


Tapi disebabkan orang-orang Taiwan ni sejenis yang mengamalkan work life balanced, kebanyakan restoran akan buka pada pukul 10 atau 11 am kemudian tutup pula pada pukul 7pm. Kitonya lapar, nak cari sarapan pagi tapi kedai halal sederet situ semua tak bukak....... Sudahnya beli telur dekat 7-Eleven jelah sebelum balik.

terjumpa dengan manhole cover yang comel

Balik hotel, kami terus kemas-kemas barang dan checkout. Kemudian off to airport. Masa tengah nak ambil gambar depan Taipei Station ni, tiba-tiba ada sorang aunty offer untuk ambilkan gambar kami anak beranak. Tapi abang aku dah kedepan jauh sangat, sudahnya dia je takde dalam gambar. Geram betul.. Dahla ni je peluang nak dapat gambar berlima yang proper, before ni asyik kena selfie je kalau nak dapat gambar berlima -__-

pandai aunty ni ambil gambar sebab aku nampak cantik dalam ni, LOL!
smart betul tempat cas telefon ni

Our last food was mee tarik malam semalam, pagi ni pulak cuma makan telur je. Ayah aku dah mula tak tenteram sebabnya semalam dia tak makan sangat mee tarik tu sebab demam, lapar tahap kritikal. Mujur dekat food court before masuk boarding gate ada makanan halal. Tapi kedainya jauh di tempat paling hujung. Tapi maaf cakap, makanannya tak sedap, haha. 

Tapi sebenarnya dalam boarding gate tu pun ada makanan halal juga dan prayer room. 


Flight kami pun berlepas dari Taoyuan International Airport lebih kurang pukul 3.40 pm. Ini adalah flight yang paling seksa sebab aku demam sampai muntah-muntah. Masa tengah menunggu nak boarding tu dah muntah, atas flight pun muntah sekali lagi. Habis terkeluar makanan yang tak sedap tadi haha. Masalahnya dengan mak pun join muntah sekali..

Dalam trip Taiwan kali ni cuma adik aku jelah yang takde demam apa-apa xD


Maka tamatlah cerita Taiwan saya selama 5 hari 4 malam. Taiwan sangat bersih, orang-orangnya pun baik dan harga pun tidaklah terlalu mahal macam di Jepun. I wouldn't mind to repeat Taiwan again! Nak try pergi area Taroko National Park pula.

Di bawah ni aku listkan cost bagi per person untuk rujukan. 

Flight tix AirAsia X (return) = RM584.93
Total hotel untuk 5 malam RM2,413.60 ÷ 5 = RM482.72
Wifi 5 hari (lepas tolak discount) = RM13.75
Taiwan HSR ticket (return) = RM145
Taipei Fun Pass (lepas tolak discount) = RM178.95
Total = RM1405.35

Kiraan ni tak termasuk shopping dan makanan lah. Cost keseluruhan lebih kurang RM1800 - RM2000++ camtu je dan tidak melebihi RM2500 pun. Bagi aku tidak terlalu mahal untuk ke Taiwan ni.  Apapun, terima kasih sudi membaca Trip Taiwan ni hingga habis. Untuk entry yang lepas, boleh baca --> Exploring Taipei CityJiufen Old StreetOtw to JiufenQingjing Farm 2Qingjing Farm 1 & Arrived at Taiwan.

Thanks for reading!

30 comments:

  1. 1st time tengok manhole ada kaler... heh

    ReplyDelete
  2. thanks for sharing, esp part cost tu, sgt2 membantu in case saper2 nak gi cuti2 taiwan :) nice place laaaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. You're welcome! Taiwan memang best, tak menyesal pergi ^^

      Delete
  3. Nice sharing, ada costing lagi...bolehlah simpan2 budget ...terima kasih tau.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama2 😁 terima kasih sudi baca entry saya hehe

      Delete
  4. Taiwan ni souvenir kurang sikit kan. T-shirt macam tak lawa sangat. Mahal jugak. Tapi mochi dia halal dan sedap2. Alaaa tak jumpa boba tu. Rasa nak repeat lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Saya cari kat ximending tu memang susah nak jumpa kedai khas yg jual souvenir tshirt.... rasa mcm menyesal tak cari masa kat jiufen.

      Boba tu saya ada jumpa kat shoppee. Haritu tengok harga dia tgh sale dapat bawah 20. Kalau tk sale nak dekat 40 jugakla

      Delete
  5. Souvenir kat situ tak banyak ke? Tapi makanan diorang banyak. 😁

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau macam keychain2 fridge magnet tu ada je. Tapi tshirt susah bebenor nak jumpa

      Delete
  6. Thanks for sharing cost tu. Tak mahal pun rupanya kos nak pergi taiwan ni. susah tak nak communicate dengan local sebab biasanya mereka tak boleh cakap bahasa inggeris dan at the same time kita pula tak boleh cakap bahasa mandarin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iya, masa buat kira2 tu saya pun rasa cam eh lebih kurang 2k je nak gi taiwan ni. Nasib dapat tix murah.

      Communicate agak susah sebab diorg mmng tk reti ckp english. Kami pun bnyk guna google translate je kt sana. Tpi if urusan kaunter2 tkde masalah sbb staff boleh je ckp BI

      Delete
  7. Replies
    1. Terima kasih! Selamat tahun baru juga 😁

      Delete
  8. Muntah sebab makanan tak sedap atau mmg demam atau tak boleh terima makanan taiwan huhu.. sabar je la.. benda yg paling tak best masa travel ialah sakit..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasanya muntah sebab makanan tak sedap hahaha. Kat taiwan ni kami bnyk makan RTE dan snacks 7E je. Makanan sana pun just makan mee tarik..

      Nasib baik saya sakit tu masa flight nak balik. Kalau pertengahan trip, boleh hilang mood, hahaha

      Delete
  9. Ximendang tu kiranya tempat shopping tapi bukan utk souvenir la.. faham faham.. dulu kita pun cari t-shirt di setiap tmpt yg dijejak ki. Tapi lama2 rasanya banyak baju nka pakai selalu sayang.. so stop beli tshirt hahaa kalau travel mana2..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah betul. Dia macam fashion street je. Susah benau nak cari tshirt ilovetaiwan xD

      Haha kalau saya mmng wajib cari tshirt. Kitorg berjalan dalam malaysia pun mesti cari tshirt jugak. Kenangan

      Delete
  10. Haruslah mencari masjid.. sbb ada masjid ada makanan halal . And rasa seronok bila tahu kat mana masjid .. rasa mcm secure bila travel gitu huhuu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn. Even saya kalau jumpa org muslim yg duduk sana pun rasa excited sangat. Apatah lagu bila nampak masjid heheh

      Delete
  11. nak tahu tak sampai ke sudah sy tak jumpa masjid ni hahaha
    pusing2 asik sesat je

    ReplyDelete
    Replies
    1. sesat itu biasa xD kitorang pun lebih kurang 2 kali tukar bas nak kesini

      Delete
  12. p/s selamat tahun baharu dear...

    ReplyDelete
  13. mahole kat sana kalau kena tempatnya ada yang cantik2 sy pernah jumpa masa tu laa berangan nak gi Jepun hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya jumpa seketoi je sepanjang gi taiwan ni. Tk banyak sangatt

      Delete
  14. Saya memang dah plan nak ajak keluarga ke Taiwan ini kak. Semoga bisa THN ini. Walopun tak yakin, sebab 2025 kemungkinan akan jadi travel to Timor Leste 😄.

    Ihhh samaaa kita kak, tiap traveling pasti yg dicari t-shirt dengan tulisan negara tersebut 😄😄. Macam dah jadi ritual wajib kan hahaha. Tapi selain t-shirt saya suka juga cari magnet dan keychain.

    Aiiih sampai sakit dan muntah2 yaaa. Terlalu letih nampaknya di sana. 🤗

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jarang saya baca pengalaman org travel ke timor laste. Menarik ni!

      Rasa macam tak lengkap percutian if tak beli tshirt. Tapi kat taiwan ni tak jumpaaa 😭

      Delete

Nak komen apa? silakan~