17 Jan 2026

Adopt kucing jalanan

Bulan September 2025, aku kutip sekor kucing dari tempat kerja untuk dijadikan my forever cat. Everyday dia selalu datang office, akulah tukang rajin bagi makanan. Pastu dia ni terlalu manja, suka ngendeng dengan manusia.

Tak sampai hatilah tengok kucing yang manja, baik camni duduk kat area ofis yang banyak anjing tu.. Kalau hari cuti, nanti dia ni makan apa lah.. Kitonya lemah semangat sikit bila melibatkan kucing ni, huhu.

So aku pun decide untuk bawak balik rumah je. Aku namakan dia Sora. Seekor kucing betina yang umurnya sekitar setahun gitulah.

muka masa awal-awal kutip. Comot dan bulu berguguran macam ada penyakit leukemia

Sebenarnya kat rumah aku dah ada 2 kucing. Before nak kutip budak baru ni, wonder jugaklah macam mana penerimaan anak-anak aku kat kat rumah ni. Especially anak sulung aku yang tersangat diva tu, Minisu. Dia tu pantang sikit dengan kucing lain, mesti nak marah-marah. 

Kucing yang dia boleh terima cuma adik dia je, namanya Sol. Selain dari Sol, memang dia tak suka!

Kau nak kutip kucing baru?? Sini, hadap kaklong kawasan dulu! - Minisu
Kucing perempuan ke? Dia bising tak? I tak sukala kucing hingaq ni -Sol

Seperti yang umum sedia maklum, bela kucing ni adalah komitmen. Kucing ni umpama anak kita which is kena sediakan makanan berkualiti, sakit bawak pergi klinik, barang-barang keperluan dia macam makanan, pasir, supplement pun kena beli. Malah berak pun kita yang kena cedok.

Kerja dorang? makan tido berak terbongkang dan suruh kita cari duit untuk dia. Untuk budak Sora ni, aku perabis almost RM400+ untuk dia saja. Kat bawah ni aku listkan senarai harga dan prosedur membela kucing kutip ni.

Step pertama waktu baru kutip dia, bawak pergi vet untuk doktor check dulu. Since Sora takde flu atau bersin, doktor cuma bagi ubat kutu dan ubat cacing je.
- Deflea & Deworm = RM45

Lepas dah deflea dan deworm, 2 minggu kemudian baru boleh hantar untuk vaksin. Untuk kucing yang baru dikutip atau baby kucing yang dah berusia 6 bulan, mereka akan divaksin 2 kali tau. Vaksin pertama ni untuk kuatkan diorang punya immune.

Sementara tunggu gap nak hantar pergi 1st vaksin tu, aku hantar budak ni pergi grooming botakkan bulu. Dahsyat sangat keguguran bulu dia ni, so request nak buat lion cut dan mandian medicated. 
Medicated bath & Lion cut = RM105

Muka bengkek je setelah ditogelkan

Then kena tunggu sebulan gap untuk proceed vaksin kedua pulak. Proses nak deflea, deworm dan settlekan 2 kali vaksin ni makan masa almost 2 bulan jugaklah.
- Vaksin (Klinik Dr Hawa) = RM19 x 2 = RM38

Dann, last step yang paling aku tunggu-tunggu adalah mandulkan dia. Klinik Dr Hawa Vet yang aku biasa pergi tu, slotnya penuh sampai hujung bulan November. Lepas dah mandulkan, kena kurung dalam sangkar selama 2 minggu dan monitor lebih sikit. 

Aku dah tak sanggup nak tunggu lama lagi sebab memang nak settlekan sebelum masuk bulan Disember. Nanti kesian budak ni kena berkurung dalam sangkar lama sangat.

So aku bawak pergi klinik yang tak ramai orang. Harganya pun cuma extra RM20 daripada klinik Dr. Hawa tu. So, okay je. Hantar mandul, kena tinggal kat sana 1 malam. Total mandul RM120.

Untuk cara penjagaan kucing mandul, aku pernah share kat entry ni --> Mandulkan kucing dan penjagaannya. Pasir pun kena pakai jenis kertas dan yang tak berhabuk. kena pakaikan collar cone jugak untuk dia tak jilat luka operation tu.

Pakaikan pet collar dengan bengkung. Yang bengkung tu, sendat sangatlah pulak
Pakaikan baju, terbesar sangatlah pulak. Maleh aku

Total yang aku senaraikan di atas adalah RM308. Tapi ada lagi kos-kos tambahan beli barang-barang dia. Lepastu hantar pergi boarding untuk several days jugak. itu yang cecah sampai RM400. Tapi aku sangat bersyukur sepanjang proses nak mandulkan dia ni takde apa-apa masalah macam tengah bunting ke, atau jahitan operation terbukak.

Kalau tak, lagi kena cas mahall.

Penerimaan kucing-kucing di rumah

Minggu pertama masa baru lepas kutip budak ni, memang kakak dengan abang dia asyik marah-marah je. Si Sora ni sampai terkencing dua kali kat dalam rumah sebab terkejut tiba-tiba je kena herdik, kena tampar. Haha kesian tau!

Masuk minggu kedua, Sol dah boleh duduk makan sekali. Boleh bau-bau, cium cium. Tapi si Minisu kaklong kawasan tu masih marah-marah lah. Kalau boleh memang taknak tengok langsung muka si Sora ni. Kalau terserempak pun, kena duduk jarak 1km dari dia barulah okay, haha.

Makan pun kena ada gap

Lepas sebulan lebih gitu, barulah kakak dia ni macam okay sikit. Boleh duduk dekat-dekat, tapi ada masa dia marah jugak. Dan Sora pun sekarang dah berani melawan kakak dia.. Pening kepala aku

Mata bertentang mata, pastu mulalah nak gaduh

Anyway, aku sangkakan Sora ni sopan dan solehah. Ternyata setelah bawak balik rumah, dia sangat aktif, kuat menggigit dan kuat mencakar. Tak provoke dia pun tiba-tiba kena gigit! Memang hari-hari dia wajib bergaduh dengan aku tanpa sebab.

Buang kat tepi jalan kang baru tau!

Ini gambar 2 hari lepas. Tidur terbongkang macam bahagia sangat je. Perut pun dah nampak buncit

Semoga Mazni sentiasa murah rezeki untuk jaga semua anak-anak bulus dia!


2 comments:

  1. Hari tu ada cubaan menyelamatkan anak kucing baru lahir yang ditinggalkan ibu sebab jatuh dalam longkang. Seminggu lebih juga anak cuba menjaganya masa cuti sekolah tapi tak berjaya. Hari ke 8 dia mati.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau baby kucing memang chance untuk survive tu susah sikit. lagi2 yg baru lahir..

      Delete

Nak komen apa? silakan~