7 Dec 2024

Taiwan Last Minute - Exploring Taipei City

Assalamualaikum

Untuk entry yang lepas, boleh baca --> Jiufen Old StreetOtw to JiufenQingjing Farm 2Qingjing Farm 1 & Arrived at Taiwan.

Disebabkan bergerak lambat dari Jiufen, kami tiba di Taipei pada pukul 11 am. Mujur hotel untuk haritu betul-betul duduk bersebelahan dengan Taipei Main Station, makanya pihak hotel boleh simpankan beg-beg kami ni sementara tunggu nak check in.

1 Day pass berharga RM188 masa kami beli ni

Untuk hari ke-4 ni sepenuhnya menggunakan Taipei 1-Day Pass. Kelebihan ada kad ni, korang boleh naik Taipei MRT, buses dan Tourist Shuttle secara unlimited serta masuk ke lebih 30 attraction di Taipei. Pass ni ada dijual untuk 2 day dan 3 day juga di klook. So if korang bercadang nak ke Taiwan, aku sarankan beli Taipei Fun Pass ni untuk cover semua attraction yang ada.

Boleh rujuk di sini untuk kelebihan kad ni --> Taipei Fun Pass

Lokasi pertama adalah di Taipei 101, menara kebanggaan Taiwan. Berketinggian 508 meter, Taipei 101 berada di kedudukan ke-11 dalam tallest building in the world serta tersenarai sebagai largest green building in the world.


Kita akan naik dari level 5 hingga 89th floor dengan lif yang sepantas 37 saat. Rasa pening sikit lepas dah keluar lif ni sebab laju terox. Sampai atas tu boleh nampak view bandar Taipei dan gunung ganang dari kejauhan.

Yang ni memang cool, dia ambil sampel kayu, tumbuhan dengan haiwan yang ada di gunung Huehan. Bila kita pakai headphone yang disediakan tu, dapat dengar bunyi hutan kat gunung tu.

maskot Taipei 101

Dekat tingkat paling atas sekali ada the heaviest solid damper it the world (660 tons). Function damper ni adalah jika berlaku gempa bumi atau taufan, ia akan reduce movement sebanyak 40% untuk mengelakkan tower tu daripada bergoyang atau collapsed. Takdelah kemalangan jiwa yang teruk sangat if berlaku bencana alam.

gambar google kredit sini. Kitorang tak masuk pun tengok mende ni

Ada disediakan prayer room jugak kat sini

Tak boleh explore lama sangat kat sini, kami pun terus keluar untuk ke next destination iaitu Maokong Gondola. Boleh naik train atau bas nak kesini dan perlu turun di Taipei Zoo Station. Disebabkan kitorang ni naik bas, so perjalanan jauh sikitla + jalan jem pulak dahh. 


Apa yang bestnya naik cable car ni, one way nak menuju ke atas tu memakan masa 30 minit. Biasa kalau naik cable car Langkawi or Genting ke, paling-paling pun 10 minit je untuk sampai atas. Yang ni naik saja dah 30 minit cokk, turun tambah lagi 30 minit. Puas hati, bolehlah rehat lama sikit kat dalam tu.


Ada 4 station je kat cable car ni. Kalau tengok kat atas-atas tu cuma kawasan kampung dan tanaman je. Penduduk kat area sini mungkin jadikan cable car ni sebagai main transportation untuk diorang turun kebawah.

Layan jelah dulu gambar-gambar ni :D

Ni Maokong station paling atas. Sebab takde buat apa-apa pun, so kitorang turun bawah jelah
Wenhu line train. Ala-ala Monorail gitu

Petang tu, kami nak pergi makan mee tarik halal. So daripada Taipei Zoo tu, kami perlu tukar train di Zhongxiao Fuxing. Kemudian ambil Bannan Line(warna biru) menuju ke Ximen Station. Pastu kena jalan kaki sikitlah. 

Terclash dengan timing orang balik kerja pulak

Finallyyy, makan time! Ini adalah Lao Zhang Beef Noodle yang terletak di Zhongzheng District. Kalau baca orang review kat google atau tiktok pun memang ramai sangat yang makan kat sini. Kedai dia tak luas mana, nasib baik masa sampai tu ada lagi tempat duduk. Masa kitorang tengah makan tu, tiba-tiba ramai pulak orang sampai kena tunggu giliran. 


Dekat dalam menu elok je ada bahasa english, tapi kat kertas order tu semua bahasa mandarin pulak. Tak kosser la nak translate satu-satu, kitorang panggil waitress dan tunjuk gambar je nak yg mana satu. Dia tolong tick kan, hahaha.

Harga makanan kat sini agak reasonable dan sangat mengenyangkan. Makanan yang kami order tu semuanya NDT 150 ke bawah. Daging dia tu walaupun tebal, tapi bila cucuk je pakai garfu terus terlerai. Nak cakaplah betapa lembutnya dia rebus daging tu. Tiba-tiba rasa syahdu sebab sepanjang beberapa hari duduk kat Taiwan ni kami cuma makan RTE food dengan beli kat 7Eleven atau Family Mart je. Kat sini barulah dapat fresh cooked beef noodles, sobsss.

yang ni fried beef dumpling. bentuk dia unik tapi sedap!

Total makan malam tu lebih kurang RM115++ lah. Sebagai seorang yang amat gilakan mee tarik, aku sangat berpuas hati dengan rasa makanan kat sini.

Lepas habis makan adakah kami terus pulang ke hotel? HARUSLAH TIDAK! Kita sambung lagi berjalan sampai patah kaki memandangkan ni malam terakhir di Taiwan. Tapi sebab macam dah panjang sangat, aku akan sambung di next entry nanti. Stay tuned! :D

Thanks for reading!

18 comments:

  1. wah... seronoknya dpt jln2 tgk negara org.

    ReplyDelete
  2. Taiwan best kan. Kami jalan2 Taipei tak lama sebab nak cover tempat lain pulak. Next time Insyaa Allah. Mee tarik sana memang sedap.

    ReplyDelete
    Replies
    1. bestt. saya pun duduk taipei sehari setengah je, tak sempat explore banyak tempat

      Delete
  3. bestnya!! mee tarik tu nmpk sgt sedap la!! suhu masa ni berapa yer? i suka kalau suhu nyaman/sejuk---sbbnya masa i gi langkawi last 2 yrs, naik cable car jugakkk tp paham2 ler cuaca panas terik, rasa mcm dok dlm sauna ajer...basah lencun tudung i dgn peluh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pergi ni masa musim summer, so dalam 27c gitu huhu panashhh >< tpi masa naik gondola tu cuaca mcm mendung2 sikit + naik kawasan tinggi, okaylah berangin sikit

      Delete
  4. Seronoknya jalan-jalan ke negara orang. Boleh merasa makanan yang tidak ada di negara sendiri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Tpi kami tk berkesempatan cuba authentic taiwanese food pun. Mee tarik ni kt malaysia ada bnyk

      Delete
  5. Bestnya dapat pergi Taipei 101. Akak teringin nak pergi Taiwan in general, tapi Taipei 101 ni memang on top of my list jugalah untuk pergi kalau ada rezeki.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau tiket tu beli kt kaunter rasanya dlm RM80 camtu rasanya. Better kalau nak naik ni beli je taipei fun pass tu. Dpt cover banyak tempat dan lagi jimat

      Delete
  6. Ada juga makan mee tarik kat Taiwan ni tapi tak ingat mee tarik apa. Taipei 101 tu cuma gi kat bawah je tengok shopping mall.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kt taipei mmng bnyk choice mee tarik halal, kita pilih mana yg paling terdekat dgn train station je masa tu haha.
      Shopping mall kat situ smua jenis2 yg branded je

      Delete
  7. Seronok dapat berjalana dan tengok negara orang..

    ReplyDelete
  8. Seronok bila baca blog trip ke Taiwan.
    Menarik info tentang damper tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak sangka benda yg saiznya lebih kecil berapa kali ganda dri bangunan tu pun boleh bagi separuh impact pada seluruh bangunan kan 😁

      Delete
  9. Bestnya dapat melancong ke Taiwan.
    Tempat makanan halal pun ada.

    ReplyDelete

Nak komen apa? silakan~