Cuti hari pekerja baru ni, kami saja jalan-jalan pergi Sekinchan dan menginap satu malam. Nak pergi bercuti luar dari Selangor, rasa semua tempat jem dan tak berbaloi nak drive jauh. Tu yang akhirnya membawa ke Sekinchan je, 3 jam dari rumah.
Sebut pasal Sekinchan je, mesti dalam kepala ni ingat sawah padi, pastu ikan bakar. Honestly percutian kami ni sekadar jalan jalan cari makan jerr sebab taktau tempat yang menarik kat sini.
Gerak dari rumah pukul 9 pagi pada hari jumaat. Sampai sana hampir pukul 12 tengahari, pastu terus pergi lunch. Singgah Restoran Abah Bonda Ikan Bakar sebab aku dari haritu lagi nak makan ikan bakar. Masa sampai tu tak ramai orang, selang 10 minit dah duduk, eh hampir penuh pulak kedainya.
Aku order ikan cencaru bakar sambal (RM13) makan dengan nasi dan ulam je. Abah kata kenapalah tak order ikan merah ke, pari ke. Ni pergi order ikan budak asrama yang murah tu. Hahaha iolls is okay je makan ikan murahan asalkan dia ikan bakar, terus jadi sedap :p
Lepas makan, check in homestay dan tidur je. Pukul 5 petang baru keluar rumah dan pergi jalan-jalan, sekaligus cari tempat untuk makan malam. Punyalah plan nak pergi main basikal kat tepi sawah la, pergi ladang tebu lah, pergi pantai lah.. Last-last bergambar kat tepi sawah je.
Masa ni memang sawah tengah cantik menghijau, ada juga yang dah menguning. I don't know much about padi ni, tapi kalau dah kuning maksudnya boleh dituai la kan? Kitonya tahu nak bergambar je, ahakss!
![]() |
| kalau dah masak nanti, bakal dihidangkan di atas pingganku :p |
Lepastu nak singgah Pantai Redang, the only pantai dekat Sekinchan ni. Bila sampai sana, ya ampunn banyak gila kereta sampai takde tempat parking! Tambah pulak kat situ ada tokong, so mereka ada buat sembahyang something kot, sebab ramai orang kat tokong tu.
Kami pun cancellah pantai ni dan mundar mandir taktahu lah nak pergi mana lagi. Kalau ikutkan kat Kuala Selangor ni ada Pantai Cermin, tapi yang itu perlu sewa bot dan sesinya pula dibuat waktu pagi je. Itu kena datang next time pulaklah.
![]() |
| Nampak bot-bot nelayan sebelum sampai ke Pantai Redang |
Dah tak tahu sangat nak pergi mana, terpaksa lah cari jugak kedai makan walaupun masih kenyang dengan makanan tengahari tadi.
Untuk dinner, kami makan di restoran Abah ikan bakar if tak silap.. Malam ni nak try mentarang pulak sebab sepanjang jalan yang kami lalu, kemain banyak banner mentarang bakar sampaikan aku curious apakah menatang mentarang tu?
![]() |
| Mentarang bakar 2kg (20 pcs) - RM70 |
Ini mentarang. Ia merupakan sejenis haiwan cengkerang seperti lala, kerang, siput, etc. Isinya agak besar dan sedikit kenyal. Macam makan oyster, tapi rasanya lebih manis. Nak kata macam makan siput pun iye jugak.
Lagi sedap bila dicicah dengan cili kicap tu. Kalau datang Sekinchan, bolehlah try makan mentarang ni!
![]() |
| Ikan siakap tiga rasa - tak ingat harga sekor |
![]() |
| Sotong saiz besar ambil 3 ekor - RM117. Masak goreng tepung dan salted egg |
Hurmm total harga makan semua ni, RM360 weyhh, sumpah mahal! Walaupun kat sini kaya dengan makanan laut, tapi restoran punya markup harga kawkaw betul! Padahal rasa makanan dia biasa-biasa je, sedap lagi seafood yang aku makan kat Sabah 3 tahun lepas.. Dahlah servis lambat, sejam tunggu makanan baru sampai. Aku banned kedai ni next time.
------------------------------------------------------------------------------------
Pagi esoknya lepas subuh, keluar rumah untuk pergi pasar awam Sekinchan sebab nak beli haiwan laut! Hasil laut yang dijual memang fresh dan harganya of course lah lebih murah dari pasar kat rumah aku.
Mari kita tengok harga seafood sini mahal sangat ke sampaikan kena cas RM360 makan kat restoran semalam? Aku bitter tauuu!
Kami beli ketam (RM24 sekilo), sotong (RM15 sekilo), ikan bawal (RM26 untuk 2 ekor), ikan merah, kerang (RM15) dan Mentarang (RM15 sekilo). Haha yang mentarang tu, kita makan kat kedai malam semalamnya kena RM70, beli kat pasar 2 kilo dapat RM28 je nokk. Gila banyak bezanya!
Lepasni kalau datang Sekinchan, idokler nak makan kat restoran. Beli je makanan laut kat pasar, pastu masak sendiri.
![]() |
| Sarapan pagi di warung tepi sawah |
![]() |
| Lempeng cicah sambal bilis dan nasi lemak |
itu jelah kisah percutian ringkas 1 Mei baru ni.












No comments:
Post a Comment
Nak komen apa? silakan~