Sambungan dari --> Yuyuantan Park
Dari Yuyuantan Park, kami nak makan tengahari dan sekaligus solat di masjid tertua di Beijing. Iaitu di Niujie. Beberapa kali jugaklah kami singgah kat Niujie ni walau hakikatnya tempat ni tak dekat dari hotel pun. Kali ni datang nak solat sini pulak sambil-sambil cari makanan.
![]() |
| Street food yang sentiasa padat dengan manusia |
Selalu kalau datang Niujie ni, asyik tapau street food je. Kali ni first time nak makan sini. Banyak pilihan restoran halal, masuk je mana-mana yang anda mahu. Tapi tulah, bila banyak sangat, sampai tak tau nak makan mana pulakk.
Mula-mula ingatkan nak makan steamboat, tapi sebab harga per person hampir RM70, takpela makan mi tarik jelaa, hahaha. Kami pun random jela masuk satu kedai ni sebab nampak dia jual sate, dan dalam tu pun ada pilihan mi tarik.
Masuk dalam tu, ramai jugak orang sebab kedainya pun tak besar mana. Seat pun terhad, kami terpaksa pecah duduk 3 orang untuk satu meja. Problemnya di sini, menunya cuma ada kat papan tanda je, takde buku menu disediakan.
Kedai ni pun macam serabut sebab ramai orang. Waiter dia pulak datang kat meja asyik push push tanya "kenapa tak order lagi, nak makan apa". Geram betul ye sebab kitorang mana lah faham bahasa dia. Pastu bebel-bebel macam muntot hayam.
Dia nampak ada customer lain tengah menunggu turn, dia nak suruh kita cepat-cepat makan dan cepat keluar gitulah kot. Eh sukati aku laa, orang baru sampai, nak tengok-tengok menu and ambil masa nak fahamkan tulisan menu tu. Tiba-tiba kena marah pulak.
Last-last parents dengan abang aku keluar dari situ sebab menyampah dengan waiter tu. Makanan yang kami 3 orang order dah selamat sampai kat meja dah. Terpaksa makan cepat-cepat sebab rasa macam kena pressure je sepanjang duduk kat kedai ni, yihhh! Dislike nya dia punya service!
![]() |
| mi tarik dan sate kambing |
Keluar kat area street food tu, pergi cari makanan untuk diorang bertiga yang kena 'halau' tadi. Kami beli street food yang macam roti daging, sate kambing gitu-gitu jelah. Membeli kat sini pun mencabar jugak. Kalau kita lambat translate sikit je, terus kena bebel dengan pekedai.
Binawe betul orang-orang kat sini. Sangat tidak berbudi pekerti dengan tourist clueless seperti kami ni, haha. Sorry lah sebab tak pandai cakap cina..
![]() |
| mesti best kalau duduk kat Orange Hotel ni, senang nak cari makanan halal |
Abang aku terjumpa kedai yang jual nasi, dia pun tak sempat nak translate nasi tu berlaukkan apa.. Dia cakap kedai tu tak ramai orang, so dia main beli je. Pastu dia beli jugak air yang disangka soya. Turns out, 2 makanan yang dibeli abang aku tu merupakan makanan paling aneh yang kami pernah makan di dunia ni.
![]() |
| nasi lauk kurma |
Dia ingatkan nasi ni lauk daging sebab warna hitam-hitam, tu confident main beli je. Bila try makan rasa manis, rupanya nasi ni berlaukkan kurma! Yang warna oren dengan kuning aku taktau apa benda, tapi manis. Menggigil kami nak habiskan sebab serious tak boleh masuk betul makan nasi, tiba-tiba lauknya benda yang manis?? Aku taktau lah benda ni sebenarnya dessert ke apa. Ngeri bila ingat balik rasa makanan ni.
Bukan nasi ni je pelik, dia pun terbeli air berwarna hijau yang disangkakan soya perisa pandan. One sip, terus rasa nak tersembur minuman tu sebab rasanya BUSUK GILA! Aku pun google lah apakah nama air pelik ni, rupanya itu adalah fermented mung bean.
Si bertuah tu pergi beli sampai 2 cup, serious tak mampu nak telan. Kami terpaksa siram air tu kat tanah sampaikan tanah tu pun berbau busuk, hahaha. Sangat malang sungguh lunch kali ni. Nasib baiklah ada beli roti daging dengan sate kambing. Ada jugaklah makanan yang normal untuk dimakan.
![]() |
| roti daging sebagai penyelamat. tapi rasa roti ni biasa-biasa je dan berminyak sikit |
![]() |
| Aiskrim harga 5¥ je |
![]() |
| akan ambil masa 3 tahun untuk siap proses baikpulih di masjid ni |
| ruang solat alternatif bagi jemaah lelaki |
![]() |
| walaupun bukan di main prayer hall, tapi interior dalamnya tetap cantik! |
| pintu luar masjid |









Tak suka makan dekat tempat crowded dan kena makan laju² sbb nak kena bagi laluan dekat org lain. Stress 😬
ReplyDeletePotong mood nak makan sebab ras macam kena halau huhu
DeleteNasi makan dengan buah kurma. Adoi la pelik2 je. Air busuk tu macam mana orang sana minum ye 😅
ReplyDeletePernah baca ada makanan tauhu busuk.. rupanya soya busuk pun ada juga.
ReplyDeleteCantik sangat interior dalam Masjid Niujie.
Agaknya kebanyakan masjid cina ni akan tetap mengekalkan warna merah.
Memang stres makan dalam suasana gitu. Tapi gitulah travel kan, ada cerita indah dan ada cerita tak best. Semuanya jadi kenangan. Mazni sekeluarga pun tentu akan ketawa bila kenang balik nasi kurma dan air busuk tu 😆
ReplyDeleteChinese muslimah tu mesti excited jumpa Mazni sekeluarga sampai ajak bergambar. Makin banyak la koleksi gambar Mazni tersebar di alam China sana 😀
Tragis pula kisah lunch pada hari kejadian ye. Memang terpleot rasa nak makan bila kena push dan kena bebel. Rasa tercekik pun iya. Lama renovasi masjid sampai 3 tahun ye.
ReplyDeleteAda juga pengalaman buruk ya, stress juga makan macam tu, waiter asyik dok tekan. Kena cari tempat makan halal yang kurang orang kot. Biarlah harga mahal sikit, asal selesa makan dengan aman.
ReplyDeleteKalau saya di sana, saya pun akan kluar. Batal beli 😅. Memang tak suka kalo di push sangat begitu. Salah mereka juga tak buat menu dlm bahasa inggris. Dah tahu pun turis . Dia harap kita semua harus paham bahasa dia apa 🤣.
ReplyDeletePenasaran pula rasa fermented mung bean tuh. Sebab saya rutin minum kombucha (fermented tea) atau apple vinegar daily. Kimchi atau Sauerkraut (fermented kubis) pun saya rutin makan. Jadi lidah memang terbiasa dengan makanan fermentasi. Tp fermentasi mung bean saya blm pernah coba 🤣
Nampak kering je sate kambing tu...?
ReplyDeleteDia takde kuah kacang ke untuk sate?
Jika travel ni , mesti cari Masjid untuk solat dan sujud syukur minta perlindungan dari bala bencana..Allah dengar doa hambaNya yang meminta padaNya. Alhmadulillah jauh berjalan banyak pengetahuan, iman kian tebal..subahanallah..
ReplyDeleteada menu tu, pernah tgk dlm drama cuma taktau lah kehebatan apa yg dorang ada sampai dorang boleh telan.
ReplyDeletelauk kurma? ergh... sungguh tak samaa dgn masak kurma di Malaysia.
tapi begitulah di negara orang, belajar silang budaya. terima kasih berkongsi pengalamannya.
spoil mood betul la waiter tu ye...saya tak boleh bayang macam mana minum air busuk tu..huwaaa
ReplyDelete